Simple tips untuk istiqamah.

5 Tips Simple Nak Istiqamah

-----------------------------------------

Alhamdulillah, Allah beri izin MJ dengar tips ni. Dan boleh share dengan u ols.

Memang MJ tercari-cari dan mencari-cari cara nak istiqamah. Ada cakap dalam hati “Ya Allah, bantu aku”


"Macamana la buat sesuatu tu biar berterusan dan istiqamah". 


Bila dengar tips ni, rupanya banyak dah tahu.

Cuma tak tersusun dan terbuat.

Ibarat bahan masak tu ada je dekat dapur, tapi tak tahu masak apa. 

Ni siap hidangan untuk makan aje. ecewahh. 

Senang hidup!


Boleh apply dalam ibadah harian, tabiat harian juga dalam bisnes. 

1. Niat Kerana Allah. 


+ Contoh nak baca alquran. Niatlah kerana Allah. Bukan sebab nak menunjuk. Bukan sebab nak cerita dekat orang. Bukan sebab malu orang lain baca kita tak baca Ramadhan ni. Ya, niat kerana Allah. 


 + Contoh dalam Bisnes, Niatlah nak bisnes ni kerana Allah. Bukan kerana upline, bukan sebab downline, bukan sebab orang lain kerana Allah. 

.

.

2. Buat secara berkumpulan/beramai-ramai >> bukan lone ranger

 

+ Jika baca quran sorang-sorang mungkinlah adakala rasa malas. Maka boleh buat bersama kumpulan. tak kisahlah buat dengan suami isteri, anak-anak, adik beradik. Join tadarus contohnya. Buat group whatsapp untuk tadarus contohnya. Ia menyuntik motivasi. 

 

+ Begitu juga dalam bisnes, jika kita berseorangan - kita cepat putus asa, cepat rasa letih, kurang motivasi. Cuba bayangkan kita ada team, pastinya kita akan lebih teruja, semangat, bantu-membantu, push each other. 

.


.

3.Cari Ilmu

- Ilmu tak pernah cukup, tak pernah habis. Jika harini kita rasa kita cukup ilmu, kita dah silap. InsyaAllah dengan ilmu baru kita akan melangkah lebih jauh dan lebih pantas. 

 

+ Ilmu alquran misalnya, dari tak pandai baca, kita boleh baca, perelokkan bacaan. Mengetahui makna, tadabbur, amalkan. Lagi banyak kita tahu, lagi besar cinta pada Alquran. 


+ Dalam bisnes pun begitu. Jika kita rasa stuck - carilah punca, ada ilmu baru yang kita kena belajar. usah kedekut untuk invest dalam menuntut ilmu. 


.

.


4. Cari Guru / Mentor


Point yang sangat simple. 


 

+ Kalau kita baca quran sendiri, kita tak sedar salah dekat mana. Sebab ilmu kita limited. Bila baca dengan guru, dengggg! baru tahu langit tinggi rendah. Dengung tak cukup, panjang terlebih dsb. Wajib cari guru. 


+ Begitu juga bisnes. Jangan sombong dan malas untuk dekati Mentor. Mentor orang yang dah lalui dan lebih berpengalaman dalam sesuatu bidang. Mentor ni pemudah cara, bila menimba ilmu dan pengalaman dari mentor kita boleh adapt dalam bisnes dan apa yang lebih bagus kita boleh tambah baik ikut kreativiti kita. Rugi sapa berjauh dengan mentor. 

.

.

5. Jangan bertangguh


 "Tak apalah, nantilah baru buat"


 "tak apalah, Ramadhan tahun depanlah start"


"tak apalah, anak umur 2 tahun nanti baru mula bisnes"


 

 

Apabila ada skrip-skrip macam diatas ni, ini penyakit suka bertangguh yang memakan diri. Tak ada sesiapa rugi kecuali diri sendiri. Orang lain tak rugi kecuali diri sendiri. 


Jika harini ada perkara baik nak buat. USAH BERTANGGUH. BUAT SEGERA. BUAT SECEPAT MUNGKIN. BUAT KERANA ALLAH. 

 

Moga KATA-KATA MOTIVASI ini memberi manfaat. 

Boleh klik SHARE, tak perlu minta izin. 

#BlogMegaShaklee

1 comment