Khasiat jambu batu.


Tahu kah anda, 1 cawan Jambu batu mengandungi 377gm VitaminC, manakala sebiji buah oren hanya 67gm VitaminC. 


Mana lagi power? Mesti la batu kan..


Jambu ni power khasiat dia. Antara buah tempatan yang superb khasiat dia. Tinggi antioksida, vitamin C, potassium dan fiber. Ada banyak kajian pula tu pasal jambu:


1. Dapat turunkan gula dalam darah. Ada 5 kajian pasal hal ni.


2. Sihatkan jantung dengan turunkan kolesterol jahat.


3. Hilangkan senggugut. Kajian sebut pasal ambil 6mg ekstrak daun jambu.


4. Bantu sembelit. Daun jambu pula boleh redakan cirit birit. Hebatkan. Tak la be**k batu 🤣


5. Dapat turunkan berat badan. Pandai pandailah berjinak dengan jambu ni.


6. Dikatakan bersifat anti kanser. Ada 4 kajian sebut bab ni.


7. Dapat tingkatkan sistem imun. Di saat banyak virus ni bagus ambil jambu ni. Biar kuat sistem imun.


8. Bagus untuk kulit. Lambatkan penuaaan. Tegang sikit kulit tu. Daun jambu pula dikatakan dapat hilangkan jerawat.


Kalau dapat tanam jambu, tanamlah. Kalau tak dapat beli saja. Pastikan seminggu dapat makan 3-4 kali. 


Tak nak makan pun tak pe. Cuma lambat sikit nak kurus, cepat sikit kulit kedut dan mudah dapat jangkitan. Tu jer.. 


Hahahahaha.


Hari ini MJ beli jambu batu as usual no asam. Jangan di asam kan kalau kita nak khasiat jambu batu tu. Tapi kalau nak sedap, letak lah. Depends pada tekak masing-masing.


PS:// Snacking meal selepas break IF tadi. 


#IntermittentFasting

#IFJourney

No comments