Pigmentasi atau jeragat. Apakah itu?

Pigmentasi. mimpi ngeri kan?

Persoalannya bagaimana caranya agar jeragat ataupun pigmentasi itu boleh dihilangkan? Tentunya dengan melakukan perawatan rutin setiap hari. #kulitkeringkulitberminyak

Namun sebelum melakukan cara mengatasinya, kita perlu tahu dulu apa penyebab dari pigmentasi atau jeragat pada kulit. Hal ini penting agar kita tidak melakukan apa yang menjadi punca pigmentasi tersebut.

Lelaki lebih bernasib baik kerana kurang terdedah kepada masalah ini kerana hormon semulajadi yang ada pada mereka. Begitu juga pada mereka yang berkulit gelap kerana ketiadaan melasma atau melanin pada kulit.

Wanita Asia yang tinggal di negata bercuaca tropika lebih terdedah kepada risiko pogmentasi kerana pancaran matahari yang mengandungi ultraviolet.

Menurut pakar kulit, pigmentasi terbentuj akibat aktiviti melasma berpunca daripada tindakan hormon yang merangsang sel melanin pada kulit.

Selain hormon, faktor genetik juga mempengaruhi masalah ini. Pigmentasi muka terbentuk di dalam kulit sejak zanan kanak-kanak lagi. Cahaya matahari mengaktifkan melasma dan sekoranya seseorang itu kerap berjemur, ia akan mempercepatkan kemunculan pigmen pada kulit.

Wanita mengandung dan yang baru melahirkan anak juga terdedah kepada kewujudan jeragat pada kulit kerana perubahan hormon yang dialami. Begitu juga dengan wanita yang mengamalkan pil kontraseptif, potensi kulit untuk ada jeragat adalah tinggi daripada wanita biasa.

Penyebab pigmentasi. Kita harus tahu penyebab sebelum mencegah kan. Sambung #kulitkeringkulitberminyak

 Sinar ultraviolet (UV)
Sinar matahari merupakan penyebab utama terjadinya pigmentasi. Penggunaan sunblock sangatlah penting untuk melindungi kulit dari kesan buruk sinar UV
• Hormon
Hormon juga merupakan salah satu penyebab timbulnya pigmentasi. Biasanya yang menjadi penyebab adalah hormon estrogen, progesteron, dan MSH. Pigmentasi ini biasanya terjadi pada ibu hamil, yaitu pada trismester ketiga, dan juga pada pemakai pil kontrasepsi.
• Ubat
Ubat-ubatan juga berpengaruh pada kulit. Ya, ubat-ubatan akan menyebabkan timbulnya pigmentasi atau jeragat di kulit. Jika seseorang mengambil ubat-ubatan difenilhidantoin, mesantoin, klorpromazine, sitostatik, dan minosiklin maka jeragat akan muncul.
Genetik dan keturunan
Faktor genetik juga mempengaruhi kesihatan kulit. Jika keluarga anda memiliki pigmen jeragat, adalah normal jika pigmentasi terjadi pada anda. Menurut doktor kulit, timbulnya jeragat kerana faktor keluarga yang mempengaruhi sekitar 20-70 peratus. Selain itu faktor keturunan juga punca timbulnya jeragat atau pigmen. Biasanya ia dijumpai pada golongan hispanik dan golongan berkulit gelap.
• Produk Kosmetik
Beberapa jenis kosmetik juga dapat mempengaruhi terjadinya pigmentasi, terutama pada kulit wajah. Segala jenis kosmetik khususnya yang mengandung pewangi atau bahan-bahan tertentu dapat menyebabkan fotosensitiviti kulit.
• Pencemaran udara
Sangat penting bagi kita untuk menggunakan pelindung kulit ketika keluar rumah. Ini penting agar risiko pigmentasi akibat pencemaran udara tidak berlaku.Pencemaran udara juga menjadi penyebab terjadinya jeragat atau pigmen. Terbentuknya jeragat atau pigmen ini disebabkan sel kita menciptakan antioksidan dan membebaskan melanin berlebihan untuk membasmi kerosakan akibat bahan yang dapat menyebabkan terjadinya iritasi kulit.

Kesan pigmentasi.
Bagi Mamajura pigmentasi sangat stress!
Sesetengah daripada kita mungkin berpendapat bahawa pigmentasi bukanlah masalah yang serius tetapi sebaik sahaja melanin mula bertambah dan bercantum dengan sel kulit, keadaan akan menjadi teruk.
Pigmentasi akan bertambah teruk dan warna kulit berubah. Namun, pigmentasi boleh dirawat jika rawatan disegerakan bagi mengelak kesan lebih buruk.

SAMBUNG SINI U OLS mengenai TIP KURANGKAN JERAGAT.



No comments