Tips bisnes online.

Hai u ols..

Hari ini kita santai-santai la ye..

MJ nak share Tips bisnes Online.

Bisnes ada offline dan online kan. kalau Offline ada kedai fizikal, ada gerai atau pejabat macam tu.

Tetapi kalau online, kita based on handphone, laptop atau on media sosial.

Jom MJ share apa yang Mj buat sebagai bisnes online.

ONLINE



O- Online.




Online ni banyak platform yang boleh kita gunakan. Facebook, Instagram, Telegram, Tweeter, Blog, Whatsapp, Mudah, Carousel dan banyak lagi platform nya. Kita tak perlu menggunakan kesemua platform ni. Kita gunakan yang mana kita suka dan sesuai. Unless kita ada pekerja atau bantuan lain untuk mengelolakan platform yang lain.

N-networking.



Bisnes online ni penting kita ber-networking. Menggunakan media sosial ini kita perlu tahu cara bernetworking sesama kawan-kawan di media sosial. Kita perlu berkawan dan menambah kawan dari masa ke semasa. Contoh di Facebook ada group yang kita boleh join untuk 'berkawan'.

Tetapi bukan bisnes online sahaja perlu 'berkawan', tetapi walaupun kita buat bisnes online.. kadang kala ber offline juga perlu. Kadang itu ada ketika kita pergi COD atau bertemu customer.. itu juga networking. 

Bila kita networking, kita build database dan prospect yang baru. Berkenalan dengan orang baru memberi nafas baru kepada list-list kawan-kawan kita.

L- Look.



Walaupun bisnes online, LOOK kita juga penting. Jangan la kata bisnes onlibe duduk rumah atau berselindung dibelakang handphone dan laptop sahaja. Penampilan kita juga penting untuk kelihatan professional di hadapan customer. Kenapa saya berkata begini?

Kerana 'story' adalah salah satu senjata yang best dalam dunia online bisnes ini. Takkan la kita nak kelihatan selekeh dan selebet untuk tatapan umum kan. NO NO NO.

Skincare, make up, pemilihan warna dan corak tudung juga penting.

Kalau keluar tu, wangi la sikit kan. Spray perfume yang kita suka supaya kita lagi yakin. Bab kasut tu, MJ selalu pesan..selipar adalah dilarang sama sekali. Seeloknya kita berstokin dan kasut tu pun proper.

Dan kalau Shaklee ada merchandise seperti beg, botol air, payung dan lain-lain lagi yang boleh kita bawa untuk tatapan umum.

Gituuu..

I- Irresponsible.


Hidup dalam dunia alam maya ini juga memerlukan Tanggungjawab atau Responsibility yang tinggi.

kita harus bertanggungjawab dengan kata-kata yang kita tulis, dengan statement yang kita buat, gambar yang kita letak (jaga aurat semua). Jangan sesekali menabur fitnah, menjadi cyber bully dan mengeluarkan statement yang boleh menyebabkan perbalahan.

Ia pasti memakan diri.

N- No discipline



Disiplin penting bila melakukan bisnes online. Nama pun online, mesti kita terscroll sana sini. Tertengok kehidupan orang lain, artis. Tertengok baju baru, tudung baru. Terbaca gosip. Terbaca orang tu pergi holiday la. EHHHH... banyak pula ter dia.

Itu yang bahaya kan.

Kita kena disiplin yang betul. Kita kena ada to-do-list yang mana penting dan harus dilakukan dahulu.


E- Engagement


Engagement dengan customer atau kawan-kawan di media sosial itu penting. 

Kita kena ada connection dengan mereka. 

Bagi yang bisnes online, kita ada jadual untuk tanya khabar pada hari pembelian, hari sampai barang, then beberapa hari selepas makan dan sebulan selepas tu, seterusnya pada bulan yang kita bajet supplement dia habis. Masa tu kita tanya nak repeat beli ke tak? ahhh Gituu..


Simple je TIPS BISNES ONLINE ni. Boleh u ols tiruvasi dan ubah mengikut kesesuaian diri masing-masing.

No comments