FUN day!

Shaklee FUN DAY dan Family DAY.

Nama pun FUN DAY, mesti lah fun!

FAMILY DAY

MJ dari pagi berFUN dengan family juga. Kami breakfast di Pantai Remis, Jeram sambil beli stock makanan laut di sana dengan famili. Macam-macam ada, dari segi makanan laut. yang tak pernah jumpa pun ada. Yang MJ geli geleman pon ada. 

Pelik-pelik rupanya nama siput ni. Ale-ale, mentarang, pepahat, ikan nyok nyok. ehhh macam-macam. nah MJ selitkan gambar-gambar shopping barangan laut.


Udang lipan. Kegemaran ni..

Tak tahu apa nama siput ni. Scary je.

Ini pun tak tahu nama siput ni.

Kutip kulit kerang. Hangat wehhh.

Papa saya merenung hasil laut. 

pelbagai jenis siput. Pilih saja.

Adam teman atok pilih udang.

SHAKLEE FUN DAY dan BISNES SHAKLEE.

Selepas settle kat sana, dalam pukul 12 tengahri, terus MJ berdesup ke HQ Shaklee di Sunway. Kerana ada Shaklee FUN DAY.

Shaklee ada buat pelbagai aktiviti bone density check, health check, rasa Performance Drink Lemon, dan paling best ada tester Cinch Chocolate, Latte dan Vanilla. Pendek kata, pergi lapar balik kenyang.

hahahahhah.

Tidak kurang juga hadiah yang super duper banyak yang MJ bawa balik. Payung, buku, cawan, mug, beg dan macam-macam jenis beg.

MJ hidangkan gambar yang indah-indah ya sepanjang hari kejadian.

Bersusun barangan sebelum bayar.

Antara free gift. Payung dan beg dedaun. Best gila.

Itu bahagian gifts. banyak kan!

Penuh bonet borong barangan Shaklee u ols!

MJ teman downline borong barangan sebelum tutup kaunter.

Full house.

Dapat minum Performance Drink. Lega tekak dapat minum PD ni

tadaaaa.. lawa kan presentation.

Boleh minum Cinch Shake. 3 perisa terus. Ini lah MJ cakap, pergi lapar dan balik kenyang.

PENUH!

shopping lagi.

Sempat MJ susun dulu, sebelum beri pada customer.

best kan!

#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ProjekBlogMega
#ProjekDuitRaya
#SahurSimpleZatPadu
#MagnificentJewels


 

Kenapa Shaklee Supplements terbaik di Malaysia?

Shaklee adalah jenama supplements paling laris dan paling terkenal di Malaysia. Juga no 1 di pasaran dunia.

Personally MJ sangat suka dengan set penjagaan wajah dari Shaklee. Rangkaian jenama YOUTH.

YOUTH merangkumi, cleanser, toner, moisturizer, SPF sunscreen, serum, Bahan aktif vitaminC dan VitaminE, BB Cream, Clay dan Gold mask. Kualiti terbaik setanding jenama antarabangsa yang lain. 





Seterusnya Shaklee ada rangkaian Vitamin yang pelbagai. You name it. Antara yang best selling adalah ESP, VitamimC, Vivix.

OH ya.. sekarang nak puasa kan, SET KURUS SHAKLEE lah yang paling hot.
 

Tak kurang juga set penjagaan rumah.



Set Penjagaan rambut pun ada.

Tidak lupa untuk kanak-kanak.





Pendek kata, dalam Shaklee semua ada. From head to toe la kata orang.

Shaklee adalah syarikat yang mementingkan kualiti.

Kalau u ols nak tahu, Shaklee adalah syarikat yang semulajadi dan beyond organic.

#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ProjekBlogMega
#ProjekDuitRaya
#SahurSimpleZatPadu
#MagnificentJewels





Kurus sebelum raya dengan set kurus Shaklee

KURUS.

KURUS  ni susah bagi yang tidak berdisiplin. Disiplin tidak makan dan minum manis. Disiplin untuk tidak makan makanan berminyak. Disiplin untuk tidak makan lewat malam. Disiplin untuk makan suku suku separuh. Disiplin untuk bersenam. Disiplin untuk mengamalkan tidur yang berkualiti.

Tetapi jika tiada semangat yang kuat dan tiada disiplin, ia nya menjadi sangat tidak mudah.

TETAPI, ia akan jadi lebih mudah dengan SET KURUS SHAKLEE.

Ayuh.. kurus sebelum RAYA.

Mudah sungguh kurus dibulan Ramadan. Kerana bulan ramadan semestinya kita kurang makan. Kita boleh mengawal nafsu makan kita.

Bulan puasa boleh mengaktifkan autophagy dalam badan. Bacaan lebih lanjut tentang autophagy.

Nak kurus?

Pengambilan protein penting. JOM MJ share kebaikan protein.

  1. Membantu mengekalkan berat badan ideal

Melebihkan protein di dalam diet serta mengurangkan pengambilan karbohidrat membantu mengurang tisu lemak dalam tubuh. Amalan secara berterusan mampu mengekalkan berat badan ideal.

  1. Membantu mengawal rasa lapar

Mengambil sajian tinggi protein seawal pagi seperti greek yogurt bersama buah-buahan segar akan mengaktifkan hormon untuk bertindak balas menyekat rasa lapar sepanjang hari.

  1. Membuat anda rasa kenyang

Pengambilan makanan berprotein tinggi membantu mengawal selera dan memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat dan lemak.

  1. Protin membantu membakar lebih banyak kalori

 Berbanding diet tinggi karbohidrat, diet tinggi protin mencetuskan proses themogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis adalah proses di mana tubuh meningkatkan pengeluaran tenaga dan lebih protein akan memberi isyarat kepada tubuh untuk membakar lebih banyak kalori sebelum, semasa dan selepas makan.

  1. Protein penting untuk penjagaan tulang

 Jumlah protein dalam diet harian boleh memberi kesan kepada tahap kalsium dalam badan. Diet rendah protein memberi kesan kepada sistem pencernaan untuk menyerap kalsium dan secara tidak langsung keperluan kalsium badan akan diperolehi dari sistem rangka badan. Apabila ini berlaku, individu akan mengalami kehilangan kepadatan tulang.

  1. Membantu melawan penuaan

Melalui proses penuaan seseorang akan kehilangan jisim otot dan untuk memastikan proses penuaan tidak mengganggu pertumbuhan otot maka pengambilan protein disamping senaman yang teratur amat penting.

  1. Melindungi anda dari stress

 Stress bukan sahaja memberi tekanan kepada mental malah turut membuatkan segala sistem dalaman menjadi tidak menentu serta mampu merencatkan hormon. Pengambilan lebih protein dari yang disarankan adalah bagus kerana ianya mampu mengembalikan dan memulihkan sistem tubuh badan.

  1. Bagus untuk kulit

Kulit merupakan anggota badan yang paling terdedah kepada sinaran matahari serta sinaran uv yang boleh merosakkan kulit. Pengambilan diet yang tinggi dengan asid amino serta penggunaan pelindung matahari yang bagus mampu melindungi serta mengurangkan kesan uv. Protin juga penting untuk proses regenerasi sel kulit agar ianya sentiasa terlihat mulus, tegang dan awet muda. Protein Shaklee ada Niacinamide. Memang lagi superb!

  1. Bagus untuk rambut

 Rambut adalah mahkota seseorang wanita. Jika inginkan rambut lebat serta sihat maka perlulah mengambil protein yang secukupnya. Diyakini dengan pengambilan protein, masalah kegugurun serta pertumbuhan rambut yang terencat dapat diatasi.

  1. Makan tanpa rasa bersalah kerana ianya SEDAP

 Ramai yang merasakan untuk memiliki tubuh yang cantik perlulah mengambil sayur-sayuran dengan jumlah yang banyak dan mengurangkan pengambilan protein serta karbohidrat. Namun begitu, pengambilan protein yang secukupnya melalui diet seimbang amat penting bagi tubuh badan kerana pertumbuhan otot, tulang sehinggalah ke rambut amat memerlukan asid amino. Jadi jangan rasa bersalah hanya kerana anda menikmati hidangan yang mengandungi ikan daging dan sebagainya.


JOM dapatkan SET PUASA SHAKLEE dan SET KURUS SHAKLEE







#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ProjekBlogMega
#ProjekDuitRaya
#SahurSimpleZatPadu
#MagnificentJewels





 

TAZKIRAH : MENGENALI TOKOH MAZHAB - IMAM SYAFIE



Imam al-Syafie merupakan seorang tokoh agung yang sangat terkenal dengan keilmuannya di seluruh pelusuk dunia. Nama penuh Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafi’ bin al-Saib bin Ubaid bin Abdul Yazid bin Hasyim bin al-Muttalib bin Abdul Manaf. Keturunannya bertemu dengan Rasulullah SAW iaitu datuknya, Abdul Manaf. Imam Syafie juga merupakan pengasas kepada mazhab Syafie dan dilahirkan di Gaza pada tahun 150 Hijrah, iaitu pada tahun kewafatan Imam Abu Hanifah al-Nu’man bin Thabit, pengasas kepada mazhab Hanafi.

Imam al-Nawawi menyatakan bahawa pendapat yang termasyhur adalah Imam Syafie dilahirkan di Gaza. Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadith (nasiru al-sunnah) dan pembaharu agama (mujaddid) bagi abad kedua hijrah. Mazhab Syafie adalah integrasi aliran pemikiran mazhab Maliki (aliran hadith) dan mazhab Hanafi (aliran al-ra’yi). Imam Syafie berpindah ke Makkah ketika berumur dua tahun dan membesar di sana. Beliau juga menghafal alQuran ketika berumur tujuh tahun dan menghafal kitab al-Muatta’ Imam Malik ketika berumur 10 tahun. Beliau juga mengambil ilmu daripada ahli ilmu antaranya Muslim bin Khalid al-Zanji al-Makki (mufti Mekah) dan dibenarkan mengeluarkan fatwa ketika berumur 15 tahun.

Di Madinah, beliau telah belajar dengan Imam Malik, iaitu setelah beliau bersedia untuk berjumpa dengannya untuk mempelajari kitab al-Muatta’. Semasa Imam Syafie menuntut ilmu, beliau berulang-alik dari Makkah ke Madinah dan berjaya menghimpun serta menuntut ilmu yang dimiliki oleh Imam Malik sehingga Imam Syafie menjadi rujukan dan hujah dalam bahasa Arab. Beliau digelar nasiru al-sunnah ketika berada di Baghdad kerana membantu melawan puak bida’ah yang berkembang meluas pada ketika itu khususnya di Iraq yang membawa kepada kekacauan kerana banyaknya mengikut kepada hawa nafsu serta jauh dari Islam dan hidayah. 

Kota Baghdad juga menjadi tempat Imam Syafie memulakan penulisan buku-buku utama beliau antaranya al-Risalah al-Uula yang menghimpunkan ilmu usul fiqh dan musṭalah hadith. Semasa usia Imam Syafie yang masih muda, Imam Syafie sering mengunjungi dan bergaul dengan suku Hudzail yang tinggal berhampiran Makkah. Beliau mempelajari bahasa Arab fuṣḥah dari suku Arab asli penutur bahasa Arab yang tidak bercampur dengan laḥn dan bahasa asing yang lain. Oleh kerana itu, beliau memiliki kemampuan bahasa yang sangat baik sehingga memahami al-Quran dan hadith Nabi SAW dengan baik. Pada awalnya Imam Syafie lebih cenderung dalam mempelajari syair, sastera dan bahasa Arab. Namun, Allah SWT telah menentukannya untuk mempelajari ilmu fiqh. Dalam usianya yang muda, Imam Syafie telah mendapatkan ilmu dengan secukupnya walaupun beliau hidup dalam kemiskinan.

Pengembaraan Imam Syafie dari suatu tempat ke suatu tempat telah banyak memberi impak dalam meningkatkan ilmu yang dipelajari. Beliau juga bersifat terbuka dengan mengambil ilmu daripada ulama’- ulama’ hebat yang terdiri daripada mazhab yang berbeza. Kemuncaknya beliau adalah seorang faqih yang mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap syariat Islam. 

 

Rujukan: 

1. Muhammad Amirul Asraf Mohd Darawi & Kamariah Kamarudin. (2018). Manhaj Akidah Imam al-Shafie dalam Novel Rimba Jiwa dan Qalam Kalbu. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

2. Zulkifli Mohamad al-Bakri. (2010). Istilah-istilah Fiqah dan Usul Empat Mazhab. Putrajaya: JAKIM.

3. Akram Yusuf Umar al-Qawwasi. (2003). Madkhal Ila Madzhab al-Syafie. Jordan: Dar alNafais.

4. Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin, Muhammad Arid Md Aris, Abdul Hanis Embong. (2019). Mazhab Syafie: Legasi dan Pengaruhnya di Malaysia. Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin.


TAZKIRAH : MENYESAL DI PENGHUJUNG NYAWA



Kita semua perlu mengetahui bahawa tiada istilah terlambat dalam agama sama ada dalam menuntut ilmu, bertaubat, mengerjakan amal kebaikan, berubah menjadi baik dan sebagainya. Namun, kesemua perkara ini dikatakan terlambat ketikamana nyawa berada di penghujung kerongkong. Waktu itu taubat sudah tidak lagi diterima dan segala penyesalan adalah sia-sia. Dalam al-Quran, Allah menceritakan mengenai penyesalan manusia di penghujung nyawa mereka. Ini dapat kita saksikan pada riwayat kisah Firaun yang tiba-tiba dia menyesal saat ditenggelamkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT:

حَتَّىٰ إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)". (Surah Yunus, 90)

Begitu juga dalam Surah al-Mukminun, Allah menceritakan sikap orang yang menentang itu, saat kematiannya memohon agar dikembalikan ke dunia untuk melakukan amal-amal soleh. Firman Allah:

حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَ أَحَدَهُمُ ٱلْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ٱرْجِعُونِ لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ
“apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) - "Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan"

Begitu juga dalam surah al-Munafiqun, Allah mengingatkan kita mengenai orang yang memohon agar ajal mereka ditangguhkan supaya mereka boleh menyumbang atau bersedekah dan melakukan kebaikan. Firman Allah:

وَأَنفِقُواْ مِن مَّا رَزَقْنَٰكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِىَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَآ أَخَّرْتَنِىٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍۢ قَرِيبٍۢ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".

Ayat-ayat ini menunjukkan berkenaan dengan penyesalan mereka yang berada di penghujung nyawa atau ketika menghampiri sakaratul maut. Ayat-ayat ini juga seharusnya menjadi peringatan buat diri kita untuk sentiasa muhasabah diri dan memperbanyak melakukan amal soleh terutamanya amalan sedekah yang dinyatakan secara jelas dan banyak dalam al-Quran mengenai kelebihan bersedekah dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan amal soleh yang lainnya. Semoga segala amal kebaikan yang kita lakukan diterima oleh Allah SWT sebelum terlambat.

Jadi, sentiasalah bermuhasabah diri agar kita tidak terlepas dalam melakukan kebaikan. Semoga Allah mempermudah semua urusan kita.  


Penulis : Dr. Ahmad Sanusi Azmi

 

TAZKIRAH : ANTARA KISAH DALAM SURAH AL-KAHFI


Dalam zaman yang penuh dengan tipu daya dunia ini, marilah sama-sama kita merenungi pengajaran dari Surah al-Kahfi. Allah SWT mempersembahkan kepada kita empat kisah yang mempunyai simbol kepada mesej yang ingin disampaikan. Kisah pertama merupakan kisah Pemuda Kahfi yang menggambarkan bagaimana sekumpulan pemuda yang lari berusaha menyelamatkan agama mereka.

Kisah kedua pula adalah mengenai pemilik kebun yang dikurniakan oleh Allah harta dunia dan bagaimana harta dunia itu akhirnya menjadikan dia kufur dan jauh dari Allah. Manusia terkadang berbangga dengan harta dan pengikutnya yang ramai. Firman Allah SWT:

وَكَانَ لَهُۥ ثَمَرٌ فَقَالَ لِصَٰحِبِهِۦ وَهُوَ يُحَاوِرُهُۥٓ أَنَا۠ أَكْثَرُ مِنكَ مَالًا وَأَعَزُّ نَفَرًا

“Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai". (al-Kahfi: 34)

Perhatikan dalam ayat ini, bagaimana Allah menyatakan bahawa harta yang banyak, pengaruh yang kuat serta pengikut yang ramai menjadikan manusia keliru dan akhirnya merasa tinggi diri, ego dan jauh dari bimbingan Allah. Perasaan takkabur ini merupakan salah satu daripada penyakit hati yang menyebabkan manusia lalai daripada mengingati Allah SWT dan terus hanyut di pentas dunia.

Selain itu, perasaan ini jugalah yang menyebabkan iblis tidak mahu untuk sujud kepada Nabi Adam AS sehingga menjadi makhluk yang kufur. Kemudian Allah SWT mendatangkan kisah Nabi Musa AS pula, yang menceritakan tentang ujian ilmu. Dalam sebuah hadis, Nabi Musa AS dikatakan tidak menyangka bahawa ada orang yang mempunyai ilmu yang lebih sedikit dari dirinya. Lalu Allah wahyukan kepadanya tentang Nabi Khidir.

Kisah ini dipaterikan dalam Surah al-Kahfi bagaimana ilmu yang tersemat dalam diri seseorang berupaya menjadikan mereka ego dan sombong. Manakalah kisah yang terakhir adalah mengenai kisah Zulkarnain dan fitnah kuasa. Allah SWT mengurniakan kuasa kepada manusia adalah untuk memelihara agama Allah SWT dan bukan menjadi sombong kepadanya.

Menariknya di penghujung surah ini, Allah SWT menegaskan dengan satu amalan yang paling sia-sia. Manusia merasakan dia telah melakukan kebaikan, amalan atau sumbangan yang paling banyak sedangkan amalan itu pada hakikatnya sia-sia di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT:

“قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالأَخْسَرِينَ أَعْمَالا * الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا”

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

Ayat ini merupakan pengajaran buat kita semua bahawa dalam segala kurniaan nikmat dan fitnah dunia yang Allah berikan kepada kita, janganlah kita sombong dan ego kerana kehidupan dunia ini bersifat sementara. Sentiasalah berdoa kepada Allah SWT agar kita diberikan pertolongan oleh Allah SWT untuk sentiasa mengingatinya dan bersyukur dengan setiap apa yang dikurniakan kepada kita sama ada kurniaan tersebut berbentuk harta, kesihatan, diberikan peluang oleh Allah SWT untuk melakukan ketaatan dan sebagainya. Sentiasalah muhasabah diri kita supaya kita tidak terlepas daripada bersyukur kepada Allah SWT.


Penulis : Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Syok ke syok?

 DUIT RAYA AWAL DARI SHAKLEE

Siapa tak suka duit jangan sambung baca. Sebab nanti "wasting time" kata orang kampung MJ.

hehehehehe.






Begitulah. Pelbagai amount atau duit raya yang u ols dan i ols boleh dapat dari bonus Shaklee. Its flexible dan kata orang kampung MJ, YOU design your income.



Meh MJ tunjuk carta bonus yang Shaklee beri kepada semua ahli-ahli Shaklee seMalaysia.

Ehhhh! yang lagi best DUIT RAYA AWAL SHAKLEE ni memang awal. Shaklee memang membayar bonus kepada ahli-ahli nya 14 atau 15hb.
Selama 9tahun berShaklee ni, tak pernah sekali pun SHaklee miss bayar bonus.

Mantap ke mantap?

Siapa lagi nak DUIT RAYA AWAL SHAKLEE

Thanks kerana singgah baca celoteh i,
Izura💟

#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ProjekBlogMega
#ProjekDuitRaya
#SahurSimpleZatPadu
#MagnificentJewels







TAZKIRAH : TIDAK MENDEDAHKAN AIB PASANGAN

 


Suami dan isteri itu sifatnya saling melindungi. Dalam al-Quran, Allah SWT memberikan perumpamaan bahawa suami dan isteri itu adalah ibarat pakaian yang saling menutup keaiban mereka, saling melindungi sesama mereka, dan memelihara dari disakiti. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah:

هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ

 “Isteri-isteri kamu itu adalah seumpama pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.” (Surah al-Baqarah: 187)

Menurut al-Raghib al-Asfahani, perumpamaan bahawa suami isteri itu seperti pakaian adalah kerana mereka seharusnya saling menutup keaiban dan saling memelihara air muka masing-masing. Kata beliau:

جعل اللباس كناية عن الزوج لكونه ستراً لنفسه ولزوجه أن يظهر منهما سوء

“Dijadikan pakaian itu sebagai satu perumpamaan di dalam al-Quran bagi seorang suami adalah kerana suami akan menjadi pelindung buat dirinya dan isterinya daripada terdedahnya keburukan mereka berdua.”

Ini adalah sebuah pengajaran yang penting dalam era dunia hari ini di mana ada pasangan yang saling mendedahkan aib sesama mereka. Mereka mungkin sekadar berniat untuk bergurau, namun ia dibimbangi mendedahkan keburukan pasangan tanpa disedari. Malah dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW mencela lelaki yang mendedahkan rahsia sulit pasangan mereka. Sabda Rasulullah SAW:


إِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ عِنْدَ اللَّهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الرَّجُلَ يُفْضِي إِلَى امْرَأَتِهِ وَتُفْضِي إِلَيْهِ ثُمَّ يَنْشُرُ سِرَّهَا

“Sesungguhnya di antara seburuk-buruk manusia di sisi Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang bersama dengan isterinya dan isterinya bersama dengannya (melakukan hubungan intim), kemudian dia mendedahkan rahsia isterinya.” (HR Muslim)

Begitu juga menurut Rasulullah SAW, sebaik-baik wanita itu adalah yang menjaga hak suaminya. Sabda Rasulullah SAW:

خيرُ النِّساءِ امرأةٌ إذا نظرتَ إليها سرَّتك، وإذا أمرتَها أطاعتك، وإذا غبتَ عنها حفظتَك في نفسِها ومالِك

"Sebaik-baik wanita itu adalah wanita yang tenang hatimu saat memandangnya, dia taat kepadamu saat disuruh, dan ketika engkau tiada, dia menjaga kehormatannya dan memelihara hartamu." (HR Abu Daud al-Tayyalisi)

Benarlah kata Sheikh al-Tantawi bahawa melalui ayat ini, Allah SWT mendidik manusia bagaimana setiap pasangan itu seharusnya rapat seperti rapatnya pakaian kepada tubuh badan seseorang, ia melindungi dari segala yang boleh menyakiti. Jika dilihat pada firman Allah SWT dan hadis-hadis yang telah dinyatakan pada sebelum ini juga menyatakan bahawa seorang wanita atau isteri perlu untuk menjaga dirinya ketika ketiadaan suaminya. Jika keadaan seperti itu sudah diwajibkan untuk menjaga diri dan maruah, apatah lagi jika berada di hadapan suaminya. Aib suami perlu dijaga dan nama baik suami perlu dipelihara. Tanggungjawab ini bukan sahaja dipikul oleh isteri bahkan suami juga mempunyai tanggungjawab yang lebih besar. Firman Allah SWT:

 ٱلرِّجَالُ قَوَّ ٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَاۤءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡض

 

Maksudnya: “ Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah SWT telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan...” (Surah al-Nisa': 34)

Imam al-Baidhawi menafsirkan ayat ini dengan menyatakan bahawa para lelaki mempunyai tanggungjawab ke atas para wanita seperti mana tanggungjawab pemimpin terhadap rakyat. Hal ini bermakna tanggungjawab para suami bukan hanya memberi nafkah semata bahkan lebih daripada itu. 

Antara tanggungjawab suami yang perlu dijalankan terhadap isterinya adalah dengan mendidiknya. Suami tidak boleh membiarkan isteri dan ahli keluarga hanyut tanpa panduan. Lebih teruk lagi membiarkan isterinya melakukan sesuatu yang dilarang oleh agama. Jika ini berlaku maka suaminya itu adalah seorang suami yang dayus.

 Bahkan saat maruah isteri dihina, suami wajib mempertahankannya.

 Oleh itu, dalam melayari bahtera perkahwinan setiap pasangan seharusnya saling menjaga antara satu sama lain dalam apa jua keadaan sekalipun lebih-lebih lagi pada zaman penggunaan teknologi yang semakin berleluasa memudahkan lagi setiap pasangan terjerumus atau secara tidak sedar telah menyebarkan aib pasangan masing-masing. 

Semoga setiap daripada kita dikurniakan keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmat. 

 





Rujukan : Dr. Ahmad Sanusi Azmi
: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

TAZKIRAH : KERANA SYURGA ITU MAHAL



Terkadang kita selalu bersenang-senang dalam menjalani kehidupan seharian dan melakukan maksiat lalu mengharapkan syurga yang paling tinggi sedangkan Rasulullah SAW mengingatkan kita agar berusaha dan merancang untuk ke syurga. Sabda Rasulullah SAW:


من خاف أدلج، ومن أدلج بلغ المنزل، ألا إن سلعة الله غالية، ألا إن سلعة الله الجنة

“Barangsiapa yang takut (ditimpa kesusahan dalam perjalanannya), maka dia akan bertolak awal dan cergas. Barangsiapa yang bertolak cergas dia akan sampai pada destinasinya. Ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu sangat mahal. Ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu syurga? (HR al-Tirmizi)

Menurut al-Imam al-Tibi, hadis ini merupakan satu perumpamaan yang diberikan oleh Rasulullah agar kita merancang dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai destinasi syurga. Kita hendaklah merancang, bertindak keluar awal dan bergerak cergas bagi mencapai destinasi akhirat kerana syurga Allah itu mahal. (Tuhfah al-Ahwazi)

Para sahabat terdahulu berjuang bermati-matian bagi mencapai redha Ilahi. Rasulullah SAW pernah menangis ketika melihat penampilan Mus’ab di Madinah yang meninggalkan kemewahan hidupnya semata-mata kerana memperjuangkan Agama Islam. Perkara ini diceritakan oleh Saidina Ali yang menyebutkan:

إِنَّا لَجُلُوسٌ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي المَسْجِدِ إِذْ طَلَعَ مُصْعَبُ بْنُ عُمَيْرٍ مَا عَلَيْهِ إِلَّا بُرْدَةٌ لَهُ مَرْقُوعَةٌ بِفَرْوٍ، فَلَمَّا رَآهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بَكَى لِلَّذِي كَانَ فِيهِ مِنَ النِّعْمَةِ وَالَّذِي هُوَ اليَوْمَ فِيهِ

“Ketika kami sedang duduk di Masjid, lalu datang Mus’ab ibn Umayr dengan pakaian yang bertampal. Apabila Rasulullah melihat Mus’ab, Baginda menangis kerana mengenangkan kehidupan mewah yang pernah dinikmati oleh Mus’ab.” (HR al-Tirmizi).

Ketika suasana sengit dalam Perang Uhud, Mus’ab jualah antara pejuang yang mempertahankan Rasulullah SAW. Beliau memegang panji Islam dengan tangan kanannya. Musuh datang lalu menebas tangan Mus’ab sehingga putus. Ketika lalu di hadapan jenazah Mus’ab yang syahid di medan Uhud, Rasulullah SAW sangat sebak. Hal ini kerana Baginda SAW terkenangkan perjuangan Mus’ab yang menjadikan keseluruhan dirinya semua untuk Islam. Baginda SAW lalu membacakan ayat:

مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

Tidak dinafikan bahawa Allah SWT berhak melimpahkan rahmatNya kepada sesiapa sahaja untuk mengurniakan syurga, namun secara fitrahnya Rasulullah SAW sendiri berusaha keras memartabatkan Islam bagi mendapatkan redha Allah dan dijanjikan syurga yang mahal. 

Jadi bagaimana pula kita yang dilahirkan dalam keadaan Islam sudah berkembang. Adakah kita bersikap sambil lewa dalam menjalani kehidupan seharian tanpa mempedulikan perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat yang sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan Islam?  

Masih ada lagi kah alasan atau sebab untuk tidak melaksanakan suruhan Allah SWT? Perlu diingati bahawa Allah SWT tidak mensyariatkan sesuatu melainkan mampu dilaksanakan oleh hambaNya. Oleh itu, marilah kita sama-sama melaksanakan perintah Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya kerana syurga itu mahal. 

Semoga kita semua sentiasa dikurniakan taufik dan hidayah oleh Allah SWT. 





Rujukan : Dr. Ahmad Sanusi Azmi