"Autophagy"

 Apa itu 'Autophagy'

Autophagy adalah keadaan di mana badan anda mengitar semula protein lama dan rosak dalam badan. Tidak hanya sel rambut dan otot sahaja. Ia merangkumi tentang semua sel protein enzim kecil yang melakukan kerja di dalam badan. Mereka berada di peringkat selular, dan mereka membuat tisu badan. Ia dipanggil sebagai Mitokondria.



Atau dalam erti kata lain, Autophagy membersihkan dari badan kita dan 'recycle'



Autophagy- proses di mana sel , memakan sesama sendiri.

Uols, sebutan nya “ah-TAH-fah-gee” ye. Bukan Auto macam kita sebut autopay tu. heheh..

Autophagy atau dalam istilah Yunani bermaksud "Makan dengan sendiri", adalah proses dimana ia diransang apabila tubuh berada dalam keadaan lapar. Misalnya apabila seseorang itu berpuasa untuk tempoh 8 hingga 10 jam atau lebih. 

Best kan! Sel protein badan memakan dan membuang sel dari padan.

Ketika dalam keadaan lapar, autophagy akan memecahkan protein dan komponen yang telah rosak dan menggunakannya semula untuk menghasilkan tenaga.

Bukan itu sahaja, sel-sel lapar ini juga akan memusnahkan virus dan bakteria dalam badan dan menggunakannya untuk kitar semula.

Proses ini penting bagi mencegah pembentukan sel kanser, mencegah penyakit berjangkit, penyakit imunologi dan lain-lain.

Secara tidak langsung, dengan berpuasa kita mampu merawat dan memulihkan fungsi tubuh badan secara semula jadi.

Indah betul ciptaan tuhan.

Tubuh badan manusia mempunyai fungsi yang cukup unik untuk memperbaiki kerosakan.

Kita boleh manfaatkan fungsi ini dengan mengamalkan puasa pada bulan ramadan dan berbuka puasa dengan sederhana contoh dengan membuat "intermittent fasting" dan paling penting jangan merokok.




Seorang ahli sains Jepun, Yoshinori Ohsumi telah diberi pengiktirafan oleh Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan pada tahun 2016 kerana menemui tentang bagaimana sel tubuh mengalami proses kitar semula yang dikenali sebagai autophagy ATAU autofagi.






Faedah autophagy:

  • Ia mengurangkan risiko penyakit

  • Ia akan membantu mengitar semula protein sebagai mekanisme kelangsungan hidup. Contoh terbaik adalah berpuasa atau berlapar. Ia mengambil tisu lain untuk bertukar menjadi tenaga.

  • Ia boleh membantu mengurangkan patogen dalam badan

  • Ia melindungi neuron dan sel jantung

  • Ia menyingkirkan produk akhir glycated termaju dan plak amyloid. Membersihkan sel badan dari sel protein yang rosak atau tidak diperlukan.





KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING

Dalam Islam juga ada mengajar umatnya bersederhana. Dalam mendapat proven result, ada juga kelemahan yang perlu diperbaiki. Terlebih taksub, boleh mendatangkan mudarat. Itu juga termasuk dengan cerita Intermittent fasting ni.

Collagen boleh dimusnahkan oleh proses autophagy ini. Satu kajian yang dijalankan pada 2017membuktikan bahawa autophagy promotes degradation of internak collagen. Satu kajian lain pula pada 2021 menunjukkan implikasi autophagy dalam merencatkan penghasilan kolagen.

Jelas sekali autophagy memberi impak yang besar pada kolagen dalam badan. Kolagen dalam badan rosak.

Terdapat 28 jenis kolagen dalam badan. tetapi Type 1,2 dan 3 biasa kita dengar. 90% kolagen dalam badan terdiri dari type 1 dan type 3. 
Yang tak best, autophagy banyak menyerang kolagen type 1 yang banyak terdapat pada rambut, kulit , kuku, organ badan, tulang dan ligaments.






Sebab itu mereka yang mengamalkan intermittent fasting cepat kurus, macam hantu kak Limah. bak kata Prof Redza. hahahaha.

Maka, pegajarannya adalah jangan terlalu taksub dengan Intermittent Fasting tanpa mengambil supplement collagen. Collagen perlu diambil kerana kollagen tidak dihasilkan oleh badan dan sememangnya paras kolagen dalam badan semakin merosot bila kita meningkat tua. Faktor lain yang menyumbang kepada kemerosotan kolagen adalah cahaya matahari, asap roko atau habit merokok dan pengambilan alkohol

Jangan ambil mudah kadar kehilangan kolagen dalam badan. Kerana 30% dari badan kita adalah kolagen. Jika kekal berkurangan, masalah sakit sendi, kuku kuning dan rapuh, kulit berkedut dan masalah sakit badan mula datang. 

Oleh itu, yang buat Intermittent Fasting dinasihatkan untuk tidak meninggalkan kolagen sebagai makanan tambahan anda.

Boleh sambung gali ilmu Keburukan Intermittent Fasting lagi.

Best kan ilmu ini. Boleh, dengan berpuasa kita boleh kurus! ayuhh..

teruskan membaca tau.. kalau nak kurus dan nak tahu lagi tentang intermittent fasting.

Terima kasih kerana membaca, 
Izura aka Mamajura.


No comments