7 "Golden Rules" dalam kehidupan.

 


1. PUASA.
Semua orang kena ada satu tempoh untuk rehatkan perut. Bukan satu atau 2 jam sahaja. SETIAP HARI. Paling kurang pun 12 ke 14 jam mesti kosongkan perut dari sebarang jenis makanan, termasuk waktu tidur. Kalau dapat 16 jam atau lebih, itu cukup baik. SANGAT PENTING dan WAJIB dilakukan. Lebih lama lebih bagus.

2. TIDUR.
Tidue at least 6 jam secara direct setiap malam. Kalau dapat 7 ke 8 jam, itu paling baik. Banyak tindakan hormon akan berlaku pada waktu tidur terutamanya Human Growth Hormone. Tidur yang nyenak tanpa gangguan. Atau kita panggil "deep sleep".
Untuk Muslim, kadang-kadang bangun malam untuk buat Solat Tahajjud, jadi prepare jadual anda untuk dapatkan waktu tidur yang berkualiti.

3. MINUM.
Air kosong atau air mineral secukupnya, lain-lain pastikan tiada gula. Kurangkan mengambil minuman manis atau bergas. Air kosong adalah pilihan terbaik. 


4. MAKAN.
Utamakan makanan yang segar dan berkualiti. Atau nama lain 'Real food'.  Elakkkan dari  makan makanan yang diproses. Asalkan datang dalam bentuk paket atau bungkusan, tengok dulu maklumat nutrisi, sebab mungkin banyak benda yang tak diberitahu, seperti gula tersembunyi. Tidak kurang juga pewarna dan perisa tambahan.
Semestinya makanan yang dimasak sendiri lagi bagus, tapi sederhanakan semua perencah seperti MSG. Jika resepi memerlukan gula, boleh tukar kepada gula perang.
Kurangkan karbohidrat ringkas, lebihkan sayuran, cukupkan protien. 

5. PSIKOLOGI.
Amalkan sikap positif, tolak kebanyakan sikap dan pemikiran negatif. Tenangkan diri sentiasa, dan relaks. Jauhkan diri dari terlalu sibuk melihat media sosial, itu semua punca naik darah tinggi dan hasad dengki.
Sentiasa melihat sesuatu dari sudut yang baik dahulu. Ingat bahawa semua benda ada pro dan cons, yang penting ialah pertimbangan serta balance.
Tiada perkara yang kebetulan dalam dunia ini. Semua nya telah ALLAT SWT aturkan untuk kita.

6. SUPPLEMENT ATAU MAKANAN TAMBAHAN.
Ini ialah atas pilihan sendiri dan juga dengan ilmu yang ada, tetapi perlukan nasihat dari penasihat perubatan. Diet masyarakat sekarang selalunya tidak lengkap, tinggi karbo mudah dan tidak mengandungi nutrisi yang baik, suplemen mungkin diperlukan untuk kesihatan peribadi anda.
Amalan pengambilan suplemen yang sesuai mampu meningkatkan kesihatan anda dan mengelak dari Keto Flu atau kesan sampingan dari kekurangan sesetengah nutrisi semasa melakukan IF atau Diet pilihan anda.
Suplemen sepatutnya ialah makanan tambahan untuk kesihatan (melengkapkan jurang pemakanan), BUKAN ubat kurus. Anda perlu dapatkan nasihat dari pengamal perubatan untuk mengetahui apa yang sesuai untuk anda mengikut kadar yang dibenarkan untuk seharian.

7. SENAMAN.
Tujuan utamanya ialah untuk mengaktifkan otak serta muskuloskeletal supaya kekal sihat, bukan untuk kurus semata-mata. Perlunya senaman ringan untuk memastikan segala sistem kardiovaskular dan saraf berjalan lancar.
Berjalan 5000 ke 10000 langkah sehari dan tidak memaksa diri ialah senaman yang terbaik untuk mengoptimakan penggunaan lemak badan. Begitu juga mengangkat berat dan stretching secara sederhana.
Jangan confuse berkenaan senaman intensif dan anaerobik, ia adalah untuk fitness dan endurance, dan sepatutnya dilakukan pada kadar singkat sahaja untuk kesan yang lebih baik (seperti HIIT).

Terima kasih kerana sudi membaca, jom terus dengan AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
Izura 💟


No comments