Kerja dari rumah.

Kerja dari rumah atau kerja rumah.

Nampak sama tidak sama ya.


Kerja rumah adalah tugasan di rumah yang perlu yang diselsaikan. Contoh : Menyapu, mengemop, mencuci, memasak, jaga anak dan lain-lain lagi la. Kadang tu jadi cikgu ajar anak buat homework pun termasuk dalam kerja rumah. Kalau nak kata buat kerja rumah ni adalah sesuatu kerja yang tidak pernah selesai.


Menjadi suatu kepuasan kepada seorang apabila dapat menyelesaikan kerja rumah dengan siap dan berjaya. Suatu kejayaan yang harus diraikan


tetapi nak raikan dengan apa? dah penat kan.. kalau MJ raikan dengan tidur. atau pun bersantai-santai di rumah sambil tengok tv.


TETAPI, kerja dari rumah itu berbeza.


Kerja dari rumah ini ibarat kita bekerja di pejabat tetapi duduk di rumah. Disiplin kita kena sama seperti mana kita berada di pejabat. Atau kalau tak boleh sama disiplin, kita kena tegas dengan diri sendiri.


Satu ketika dahulu semasa pandemik 2022 hingga 2022, banyak syarikat atau agensi yang mengamalkan WFH atau bekerja dari rumah. Pekerja boleh membawa pulang laptop atau PC dari pejabat untuk digunakan di rumah untuk melakukan kerja pejabat.


Ada pros and cons juga bekerja dari rumah ni. Antara cons nya adalah stress, tidak dapat menguruskan kerja pejabat dengan betul, mental stress kerana tidak berkomunikasi dengan sesiapa, dan paling ketara adalah keadaan diri yang tidak terurus kerana tidak bersiap smart dan cantik pun. ye la, dah tak keluar rumah kan.. ada yang tak mandi pun ada. aduhaii..


Pros nya juga banyak. Jimat minyak kereta atau perbelanjaan kenderaan dari segi tol dan parking. Bagi yang bekeluarga pula, lebih banyak masa dengan keluarga. Ada masa rehat tu boleh masak dan makan bersama keluarga. Nak nak juga jimat masa yang sebelum ni terpaksa keluar 2 jam awal dan pulang 2 jam lewat. Bahagia kan bunyi nya..


Sampai sekarang masih ada yang bekerja dari rumah. Yang bekerja di pejabat dan boleh berurusan dengan email. Tak kurang juga yang berbisnes online. Duduk rumah pun boleh buat income.


BEST ke BEST?

Tetapi yang tidak dapat bekerja di rumah dek kerana terpaksa di pejabat seperti MJ ni jangan la bersedih hati. Ada rezeki buat kita juga kan, demi meneruskan kehidupan.


Mana-mana pun kita bekerja, lakukan dengan sepenuh hati dan jiwa. Lakukan sesuatu kerja itu seakan esok adalah hari terakhir buat kita. Sungguh-sungguh buat tau..


InshaALLAH rezeki ada dimana-mana.

Moga ALLAH SWT setuju.


MJ yang menulis dengan hati.

Tips bisnes online.

Hai u ols..

Hari ini kita santai-santai la ye..

MJ nak share Tips bisnes Online.

Bisnes ada offline dan online kan. kalau Offline ada kedai fizikal, ada gerai atau pejabat macam tu.

Tetapi kalau online, kita based on handphone, laptop atau on media sosial.

Jom MJ share apa yang Mj buat sebagai bisnes online.

ONLINE



O- Online.




Online ni banyak platform yang boleh kita gunakan. Facebook, Instagram, Telegram, Tweeter, Blog, Whatsapp, Mudah, Carousel dan banyak lagi platform nya. Kita tak perlu menggunakan kesemua platform ni. Kita gunakan yang mana kita suka dan sesuai. Unless kita ada pekerja atau bantuan lain untuk mengelolakan platform yang lain.

N-networking.



Bisnes online ni penting kita ber-networking. Menggunakan media sosial ini kita perlu tahu cara bernetworking sesama kawan-kawan di media sosial. Kita perlu berkawan dan menambah kawan dari masa ke semasa. Contoh di Facebook ada group yang kita boleh join untuk 'berkawan'.

Tetapi bukan bisnes online sahaja perlu 'berkawan', tetapi walaupun kita buat bisnes online.. kadang kala ber offline juga perlu. Kadang itu ada ketika kita pergi COD atau bertemu customer.. itu juga networking. 

Bila kita networking, kita build database dan prospect yang baru. Berkenalan dengan orang baru memberi nafas baru kepada list-list kawan-kawan kita.

L- Look.



Walaupun bisnes online, LOOK kita juga penting. Jangan la kata bisnes onlibe duduk rumah atau berselindung dibelakang handphone dan laptop sahaja. Penampilan kita juga penting untuk kelihatan professional di hadapan customer. Kenapa saya berkata begini?

Kerana 'story' adalah salah satu senjata yang best dalam dunia online bisnes ini. Takkan la kita nak kelihatan selekeh dan selebet untuk tatapan umum kan. NO NO NO.

Skincare, make up, pemilihan warna dan corak tudung juga penting.

Kalau keluar tu, wangi la sikit kan. Spray perfume yang kita suka supaya kita lagi yakin. Bab kasut tu, MJ selalu pesan..selipar adalah dilarang sama sekali. Seeloknya kita berstokin dan kasut tu pun proper.

Dan kalau Shaklee ada merchandise seperti beg, botol air, payung dan lain-lain lagi yang boleh kita bawa untuk tatapan umum.

Gituuu..

I- Irresponsible.


Hidup dalam dunia alam maya ini juga memerlukan Tanggungjawab atau Responsibility yang tinggi.

kita harus bertanggungjawab dengan kata-kata yang kita tulis, dengan statement yang kita buat, gambar yang kita letak (jaga aurat semua). Jangan sesekali menabur fitnah, menjadi cyber bully dan mengeluarkan statement yang boleh menyebabkan perbalahan.

Ia pasti memakan diri.

N- No discipline



Disiplin penting bila melakukan bisnes online. Nama pun online, mesti kita terscroll sana sini. Tertengok kehidupan orang lain, artis. Tertengok baju baru, tudung baru. Terbaca gosip. Terbaca orang tu pergi holiday la. EHHHH... banyak pula ter dia.

Itu yang bahaya kan.

Kita kena disiplin yang betul. Kita kena ada to-do-list yang mana penting dan harus dilakukan dahulu.


E- Engagement


Engagement dengan customer atau kawan-kawan di media sosial itu penting. 

Kita kena ada connection dengan mereka. 

Bagi yang bisnes online, kita ada jadual untuk tanya khabar pada hari pembelian, hari sampai barang, then beberapa hari selepas makan dan sebulan selepas tu, seterusnya pada bulan yang kita bajet supplement dia habis. Masa tu kita tanya nak repeat beli ke tak? ahhh Gituu..


Simple je TIPS BISNES ONLINE ni. Boleh u ols tiruvasi dan ubah mengikut kesesuaian diri masing-masing.

Keunikan Vivix.

APA HEBATNYA VIVIX SHAKLEE?





Fakta 1: Vivix mengandungi resveratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan dan HALAL!








Fakta 2: Saintis telah menjalankan kajian dan hasil kajian mendapati orang-orang Perancis gemar memakan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terkandung dalam wain merah.

Fakta 3: Satu hidangan Vivix mengandungi jumlah resveratrol yang sama banyak seperti yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.

Fakta 4: Sekiranya hendak dibandingkan dengan minuman jus lain, Vivix ternyata mendahului dengan hanya 1 sudu teh sehari mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh iaitu 3000-5000 ORAC.

*Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) is a method of measuring antioxidant capacities of different foods


TAHUKAH ANDA 1: orang kata kalau nak tahu madu asli atau tidak. Kita boleh letak di freezer ( bahagian beku). Jika ianya membeku maksudnya ada campuran gula dan tidak asli.

Tapi tahukan anda, VIVIX juga tidak beku bila diletakan dibahagian sejuk?

Pada awalnya saya juga tak percaya. Tapi apabila saya cuba sendiri. Bukan setakat berjam. Malah berminggu memang duduk dibahagian freezer. Ianya memang tidak membeku.

TAHUKAH ANDA 2: bahawa VIVIX "NO competitor in the market". Hanya Shaklee yang membuat formula Vivix dan resepi rahsia ini tersimpan hanya antara para saintis Shaklee. 

Tiada syarikat lain yang boleh tiruvasi kebaikan dan resepi Vivix.

TAHUKAH ANDA 3 :Vivix rasanya sangat sedap dan semestinya anda mahu kan lagi jika sudah makan kali pertama. tetapi bila mengenangkan harga nya yang premium, anda makan sekali atau dua kali sahaja lah. 

Nanti risau terlebih sihat dan cantik pula. heheh.

Jom sambung baca cerita best tentang Vivix

Perbezaan antara Vivix dan ResV

 


1. Menyokong Kesihatan Dari Tahap Selular

Resveratrol dalam kedua-dua Vivix dan ResV boleh melindungi dan membaiki sel DNA  dari kerosakan. Ia akan membantu sel-sel di dalam badan boleh pulih dengan cepat apabila mereka berada di dalam kerosakan.

Sel badan kita diserang setiap hari oleh tiga perkara yang menyebabkan kerosakan kepada DNA mereka iaitu:

  • Pengoksidaan yang berlaku dengan tekanan yang berlebihan
  • Mutasi sel yang abnormal
  • Faktor persekitaran seperti radiasi tahap rendah atau pendedahan kepada toksin.

DNA terdapat pada setiap sel dan dilindungi di dalam sel. Apabila sel badan diserang, DNA turut sama terjejas dan berdepan dengan bahaya justeru boleh mengganggu fungsi sel tertentu dan menyebabkan sel mati secara necrosis. 

Peredaran masa menyebabkan sel-sel terdedah kepada lebih banyak peluang untuk gagal, kecuali ada sesuatu yang boleh memulihkan atau membaiki lembar DNA daripada serangan ini.

Selain itu, penuaan pada tahap selular juga disebabkan oleh pengawal selia genetik. Pengawal selia genetik berfungsi mengawal keseimbangan yang dinamik di antara kerosakan dan pembaikan, termasuk samada sel-sel dapat dihidupkan semula atau terus mati.

Semakin kita menua, pertahanan semulajadi dan keupayaan membaiki diri akan berkurangan. Justeru meningkatkan fungsi pengawal selia genetik ini dapat merangsang kelangsungan hidup.

Dalam hal ini, Vivix dan ResV Shaklee dengan kuasa resveratrol dan polifenol dapat membantu:

  • Membantu melindungi dan membaiki DNA selular
  • Memberikan kesan positif kepada pengawal selia genetik yang membantu melawan penuaan selular (perlindungan sel)
  • Memperbaiki tenaga sel pada tahap selular (mitokondria)
  • Meningkatkan fungsi selular



2. Mengandungi Khasiat Polifenol

Sudah tentulah kedua-duanya mengandungi khasiat polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan. Antioksidan berfungsi untuk mengurangkan radikal bebas yang terdapat pada badan manusia. Polifenol juga berfungsi untuk memberi perlindungan daripada penyakit dan jangkitan. 




3. Dihasilkan Secara Saintifik

Vivix bukan lah produk satu kilang yang dibuat secara pukal. dan yang paling best, Vivix ini "No Competitor in the world".

Produk Shaklee juga mempunyai resepi tersendiri dan kesemua resepi di kunci dalam peti besi simpanan rahsia. Sehingga kan hanya para saintis yang tahu formula harus menandatangani surat kerahsiaan. Special sangat.

Kesemua produk Shaklee sejak dari diasaskan merupakan hasil kajian secara saintifik dengan kajian yang bertahun-tahun oleh para saintis Shaklee.

Nutriferon dihasilkan selepas kajian selama 45 tahun oleh saintis Jepun.
Youth pula dihasilkan selepas kajian selama 8 tahun
Vivix dihasilkan selepas kajian selama 6 tahun
ResV pula dihasilkan adalah pembaharuan daripada Vivix. Premium.

Itulah Shaklee. Kalau tak berasaskan Sains, bukanlah Shaklee namanya.




4. Unik Dan Ekslusif

Vivix dan ResV tidak dapat anda dapati daripada syarikat lain ya. Memang ianya sukar ditandingi. Kalau vitamin C, anda bolehlah kata boleh dapat daripada brand lain. Tapi kalau anda nakkan khasiat polifenol, anda takkan dapat daripada jenama lain.

Ini disebabkan Shaklee telah mempatenkan teknologi pembuatan Vivix daripada awal.

Syarikat lain menyediakan khasiat resveratrol tunggal sedangkan Vivix dan ResV adalah gabungan polifenol dan resveratrol yang tiada tandingan, insyaAllah.











5. Mesra Alam

Berbakti pada tanah, akan mendapat pulangan yang berlipat ganda. Mesra Alam adalah keistimewaan Shaklee. Shaklee mempunyai 3 keistimewaan iaitu sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa Mesra Alam.

Supplement Shaklee semua diperbuat dari alam semulajadi. Bahan- bahan diambil dari tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang tidak mempunyai bahan toksik. Contoh bahan ialah ekstrak Jagung untuk Vitamin C, Beri untuk VitaLea, Ikan dasar laut untuk Collagen dan OmegaGuard.

Sentiasa Mesra Alam motto ialah Kami menjadi peneraju dan contoh dalam pemuliharaan alam sekitar. Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral dimana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Kami benar-benar bersungguh- sunguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi kita.

Paling best, botol isi supplement pun Biodegradable. Plastik bag pun biodegradable. 

BIODEGRADABLE - (of a substance or object) capable of being decomposed by bacteria or other living organisms and thereby avoiding pollution.



Kekuatan dan Kelebihan Vivix

Antara kekuatan dan kelebihan Vivix:

  • Tagline: Energy for Life (Tenaga Untuk Kehidupan)
  • 10% lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal
  • Memiliki 3 patent: Gabungan Polifenol, Diproses Secara Cold Filling Extraction, dan Semulajadi, Tanpa Pengawet dan Cecair yang stabil.
  • Dibuat daripada 4 ramuan
  • Digunakan untuk meningkatkan kesihatan
  • Dalam bentuk cecair
  • Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk
  • Jangka hayat setiap botol adalah selama 12 bulan
  • Sangat stabil, telah berada dipasaran selama 11 tahun

Kekuatan dan Kelebihan ResV

Antara kekuatan dan kelebihan ResV:

  • Tagline: Live Vibrantly (Hidup dengan semangat dan tenaga yang SUPERB)
  • 30% lebih berkuasa berbanding Vivix
  • Memiliki 6 patent: 3 patent Vivix ditambah dengan 3 patent baharu
  • Dibuat daripada 7 ramuan hebat
  • Digunakan secara tradisi untuk mengekalkan kesihatan
  • Dibuat dalam bentuk liquigel
  • Mudah dibawa ke mana-mana terutama travel
  • Tak perlu disimpan dalam peti sejuk
  • Jangka hayat setiap botol adalah selama 24 bulan
  • Didaftarkan secara rasmi di Malaysia dalam Bahagian Perubatan Tradisional dan Kontemporari

so.. u ols dah jatuh cinta? 

Setelah baca tentang BEZA VIVIX dan RESV.

Best sangat, teruja untuk baca lagi? Jom sambung tentang Vivix di sini.



Omega 3 - Fakta 1


 

1 hari 1 ilmu tentang Omega guard. 🐟


Omega Guard Shaklee telah melalui proses penyulingan sebanyak 3 kali bagi membuang kandungan MERKURI yang ada pada ikan. 


Proses penyulingan tidak menggunakan alkohol atau bahan kimia tetapi menggunakan air suling yang berteknologi.


Proses ini penting kerana tidak menggunakan bahan kimia dan tidak tercemar dengan bahan kimia. 


Ikan laut dalam ni terdedah kepada bahan buangan daripada kapal. Semakin besar ikan itu, semakin banyak bahan kimia yang ikan dah makan. 


TETAPI, dalam pembikinan Omega Guard ni hanya ikan kecil yang digunakan. So less chemical.. bijak kan! 


Sebab tu, pemilihan minyak ikan yang betul dan berkualiti harus kita tahu. 


Untuk mengelakkan daripada HATI BERTOKSIK. 


#OmegaGuard2023

#MagnificentJewels