Showing posts with label resveratrol. Show all posts

Keunikan Vivix.

APA HEBATNYA VIVIX SHAKLEE?





Fakta 1: Vivix mengandungi resveratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan dan HALAL!








Fakta 2: Saintis telah menjalankan kajian dan hasil kajian mendapati orang-orang Perancis gemar memakan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terkandung dalam wain merah.

Fakta 3: Satu hidangan Vivix mengandungi jumlah resveratrol yang sama banyak seperti yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.

Fakta 4: Sekiranya hendak dibandingkan dengan minuman jus lain, Vivix ternyata mendahului dengan hanya 1 sudu teh sehari mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh iaitu 3000-5000 ORAC.

*Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) is a method of measuring antioxidant capacities of different foods


TAHUKAH ANDA 1: orang kata kalau nak tahu madu asli atau tidak. Kita boleh letak di freezer ( bahagian beku). Jika ianya membeku maksudnya ada campuran gula dan tidak asli.

Tapi tahukan anda, VIVIX juga tidak beku bila diletakan dibahagian sejuk?

Pada awalnya saya juga tak percaya. Tapi apabila saya cuba sendiri. Bukan setakat berjam. Malah berminggu memang duduk dibahagian freezer. Ianya memang tidak membeku.

TAHUKAH ANDA 2: bahawa VIVIX "NO competitor in the market". Hanya Shaklee yang membuat formula Vivix dan resepi rahsia ini tersimpan hanya antara para saintis Shaklee. 

Tiada syarikat lain yang boleh tiruvasi kebaikan dan resepi Vivix.

TAHUKAH ANDA 3 :Vivix rasanya sangat sedap dan semestinya anda mahu kan lagi jika sudah makan kali pertama. tetapi bila mengenangkan harga nya yang premium, anda makan sekali atau dua kali sahaja lah. 

Nanti risau terlebih sihat dan cantik pula. heheh.

Jom sambung baca cerita best tentang Vivix

Perbezaan antara Vivix dan ResV

 


1. Menyokong Kesihatan Dari Tahap Selular

Resveratrol dalam kedua-dua Vivix dan ResV boleh melindungi dan membaiki sel DNA  dari kerosakan. Ia akan membantu sel-sel di dalam badan boleh pulih dengan cepat apabila mereka berada di dalam kerosakan.

Sel badan kita diserang setiap hari oleh tiga perkara yang menyebabkan kerosakan kepada DNA mereka iaitu:

  • Pengoksidaan yang berlaku dengan tekanan yang berlebihan
  • Mutasi sel yang abnormal
  • Faktor persekitaran seperti radiasi tahap rendah atau pendedahan kepada toksin.

DNA terdapat pada setiap sel dan dilindungi di dalam sel. Apabila sel badan diserang, DNA turut sama terjejas dan berdepan dengan bahaya justeru boleh mengganggu fungsi sel tertentu dan menyebabkan sel mati secara necrosis. 

Peredaran masa menyebabkan sel-sel terdedah kepada lebih banyak peluang untuk gagal, kecuali ada sesuatu yang boleh memulihkan atau membaiki lembar DNA daripada serangan ini.

Selain itu, penuaan pada tahap selular juga disebabkan oleh pengawal selia genetik. Pengawal selia genetik berfungsi mengawal keseimbangan yang dinamik di antara kerosakan dan pembaikan, termasuk samada sel-sel dapat dihidupkan semula atau terus mati.

Semakin kita menua, pertahanan semulajadi dan keupayaan membaiki diri akan berkurangan. Justeru meningkatkan fungsi pengawal selia genetik ini dapat merangsang kelangsungan hidup.

Dalam hal ini, Vivix dan ResV Shaklee dengan kuasa resveratrol dan polifenol dapat membantu:

  • Membantu melindungi dan membaiki DNA selular
  • Memberikan kesan positif kepada pengawal selia genetik yang membantu melawan penuaan selular (perlindungan sel)
  • Memperbaiki tenaga sel pada tahap selular (mitokondria)
  • Meningkatkan fungsi selular



2. Mengandungi Khasiat Polifenol

Sudah tentulah kedua-duanya mengandungi khasiat polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan. Antioksidan berfungsi untuk mengurangkan radikal bebas yang terdapat pada badan manusia. Polifenol juga berfungsi untuk memberi perlindungan daripada penyakit dan jangkitan. 




3. Dihasilkan Secara Saintifik

Vivix bukan lah produk satu kilang yang dibuat secara pukal. dan yang paling best, Vivix ini "No Competitor in the world".

Produk Shaklee juga mempunyai resepi tersendiri dan kesemua resepi di kunci dalam peti besi simpanan rahsia. Sehingga kan hanya para saintis yang tahu formula harus menandatangani surat kerahsiaan. Special sangat.

Kesemua produk Shaklee sejak dari diasaskan merupakan hasil kajian secara saintifik dengan kajian yang bertahun-tahun oleh para saintis Shaklee.

Nutriferon dihasilkan selepas kajian selama 45 tahun oleh saintis Jepun.
Youth pula dihasilkan selepas kajian selama 8 tahun
Vivix dihasilkan selepas kajian selama 6 tahun
ResV pula dihasilkan adalah pembaharuan daripada Vivix. Premium.

Itulah Shaklee. Kalau tak berasaskan Sains, bukanlah Shaklee namanya.




4. Unik Dan Ekslusif

Vivix dan ResV tidak dapat anda dapati daripada syarikat lain ya. Memang ianya sukar ditandingi. Kalau vitamin C, anda bolehlah kata boleh dapat daripada brand lain. Tapi kalau anda nakkan khasiat polifenol, anda takkan dapat daripada jenama lain.

Ini disebabkan Shaklee telah mempatenkan teknologi pembuatan Vivix daripada awal.

Syarikat lain menyediakan khasiat resveratrol tunggal sedangkan Vivix dan ResV adalah gabungan polifenol dan resveratrol yang tiada tandingan, insyaAllah.











5. Mesra Alam

Berbakti pada tanah, akan mendapat pulangan yang berlipat ganda. Mesra Alam adalah keistimewaan Shaklee. Shaklee mempunyai 3 keistimewaan iaitu sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa Mesra Alam.

Supplement Shaklee semua diperbuat dari alam semulajadi. Bahan- bahan diambil dari tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang tidak mempunyai bahan toksik. Contoh bahan ialah ekstrak Jagung untuk Vitamin C, Beri untuk VitaLea, Ikan dasar laut untuk Collagen dan OmegaGuard.

Sentiasa Mesra Alam motto ialah Kami menjadi peneraju dan contoh dalam pemuliharaan alam sekitar. Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral dimana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Kami benar-benar bersungguh- sunguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi kita.

Paling best, botol isi supplement pun Biodegradable. Plastik bag pun biodegradable. 

BIODEGRADABLE - (of a substance or object) capable of being decomposed by bacteria or other living organisms and thereby avoiding pollution.



Kekuatan dan Kelebihan Vivix

Antara kekuatan dan kelebihan Vivix:

  • Tagline: Energy for Life (Tenaga Untuk Kehidupan)
  • 10% lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal
  • Memiliki 3 patent: Gabungan Polifenol, Diproses Secara Cold Filling Extraction, dan Semulajadi, Tanpa Pengawet dan Cecair yang stabil.
  • Dibuat daripada 4 ramuan
  • Digunakan untuk meningkatkan kesihatan
  • Dalam bentuk cecair
  • Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk
  • Jangka hayat setiap botol adalah selama 12 bulan
  • Sangat stabil, telah berada dipasaran selama 11 tahun

Kekuatan dan Kelebihan ResV

Antara kekuatan dan kelebihan ResV:

  • Tagline: Live Vibrantly (Hidup dengan semangat dan tenaga yang SUPERB)
  • 30% lebih berkuasa berbanding Vivix
  • Memiliki 6 patent: 3 patent Vivix ditambah dengan 3 patent baharu
  • Dibuat daripada 7 ramuan hebat
  • Digunakan secara tradisi untuk mengekalkan kesihatan
  • Dibuat dalam bentuk liquigel
  • Mudah dibawa ke mana-mana terutama travel
  • Tak perlu disimpan dalam peti sejuk
  • Jangka hayat setiap botol adalah selama 24 bulan
  • Didaftarkan secara rasmi di Malaysia dalam Bahagian Perubatan Tradisional dan Kontemporari

so.. u ols dah jatuh cinta? 

Setelah baca tentang BEZA VIVIX dan RESV.

Best sangat, teruja untuk baca lagi? Jom sambung tentang Vivix di sini.



Musim ResV Vivix Shaklee.


Ramainya yang dah dapat effect kebaikan dari Vivix. Anda bila lagi?

Chewahhh!

Hari ni MJ nak kongsi tentang camne Vivix bagi tenaga pada kita. Mungkin ada yang terfikir, "Alah takpe. Aku bukan nak tenaga kuat sangat pun. Yang ada ni pun dah cukup." Sambil mengah 🤣

Actually kisah dia camni.

Ada tak korang tetap rasa penat walau korang dah cukup tidur? Padahal baru je bangun tidur?

Ni sebab setiap sel dalam badan tak dapat tenaga yang cukup. Bank tenaga kita adalah mitkondria tau. Kira macam kilang pembuat tenaga.
Sains tingkatan 2 belajar kan.
Kalau bilangan kilang ni tak cukup banyak, memang tenaga dalam badan berkurang. Dan setiap sel kita kena ada banyak kilang tenaga. Baru lah ia akan bekerja pada tahap terbaik.

Kenapa kita nak sangat tenaga ni? Nak lumba lari ke wei? Nak panjat Everest ke?

Eh tak. Ni untuk kita memastikan setiap sel bekerja dengan elok. Cuba faham ni.

Kita dicatu makan. Sebulan sekali je diberi makan. Tapi kita disuruh buat kerja macam macam. Agak agaknya hasil kerja kita tu elok tak? Agak agak kita sakit tak nanti?

Mestilah kita buat keje pun asal buat tapi tak elok pun. Kira tak full blast. Pastu kita pun akan sakit. Dah makan tak cukup. Boleh mati jugak kan.

Begitulah sel kita tau. Kita tak bagi dia tenaga yang cukup. Tapi dia kena buat keje macam macam untuk pastikan kita dapat buat keje, bukannya terlantar sakit di katil. Agak agaknya la kan. Berapa lama dia mampu survive? Kemungkinan sel tu pun akan mati kan. Sebab dah lemah sangat.

Begitulah yang berlaku. Sebab tu bahan dalam Vivix sangat membantu dalam bekalkan tenaga yang hebat pada kita.

Ada yang cakap bila minum Vivix time sahur, dia rasa sangat bertenaga. Macam macam kerja boleh buat.

Kenapa pulak tak rasa camtu? Sebab kilang tenaga cukup dalam badan dia. Jadi diri sendiri pun akan bertenaga, takde lemau, happy dan macam-macam lagi positive sides.

Bila sel tu cukup tenaga, kita pun lambat menua. Haa bab ni MJ kupas later pulak ok. Banyak sangat dah input.

Sekarang, fahami camne ia boleh bantu kita semua bertenaga luar biasa bila ambik Vivix sesudu setiap hari ❤️.
Order disini
#ResVShaklee
#VivixShaklee

Geng migrain kah anda?

Jika migrain, itu bermakna sel kat kepala ada masalah. Migrain ni ada banyak faktor.

Stress pun boleh jadi migrain.

MJ sendiri mengalami masalah migrain apabila sebelum atau selepas menses. Masalah hormon.
Selain dari kita kawal stress, kita juga perlu baiki sel bahagian kepala dan leher kita agar migrain kita terkawal. Kerana lama lama ia akan lead kepada penyakit lain andai tidak dibaik pulih.
Bagaimana bahan dalam Vivix ni membantu dalam baiki migrain?
Macam ni. Resveratrol dan Polifenol ni baiki sehingga ke sel. Dalam kepala kita ada saluran darah kan. Jika ia sakit, bermakna ia ada masalah di situ.
Vivix bantu baiki satu per satu sel di salur darah itu. Ia melancarkan peredaran darah. Bila macam tu, migrain akan semakin reda hari ke hari secara semulajadi, tanpa perlukan ubat yang kuat.
Kerana sel saluran darah tu dah diperbaiki. Umpamanya kereta ada masalah dan perlu di overhall. Kita gi bengkel dan tukar viper je. Mana boleh jadi elok kereta tu kan.
Kita kena tukar enjin dia. Asas kepada kereta adalah enjin. Begitu juga badan kita. Sel adalah asas badan kita.

Bila sel salur darah elok, tisu salur darah itu akan elok, aliran salur darah yang mengalir ke kepala pun akan elok, yang seterusnya buat kita sihat dan bebas dari migrain.
Kerana kita dah baiki root cause. Iaitu sel.
Nak cerita dulu kalau migrain, MJ tak boleh jalan, tengok cahaya, bercakap mahupun bergerak. Rasa nak hantuk kepala kat dinding je.
But that is my process and journey.
Sekarang masih ada, tapi so far Alhamdulillah boleh berjalan, boleh drive dan tengok cahaya. Tidak seteruk dulu.
Like i said, its my journey dan terkawal.
InshaAllah, satu hari tiada lagi migrain.




Nak cuba Vivix? Jom!
#Vivix2023
#Thrive2023

Cantik ke menakutkan?

Cantik dan kesihatan itu besar nilainya. 

Besar nilai dari segi wang ringgit dan pengorbanan.

Kelihatan cantik untuk diri sendiri dan yang tersayang.

Kesihatan yang baik untuk mudah kita beribadah.

Kedua-dua ini dambaan semua manusia ciptaan Allah SWT. 

Ada ke yang tak nak sihat? Dalam doa kita seharian bukankah sihat yang kita pinta. Tidak kira pada diri sendiri, ibu ayah anak suami isteri rakan-rakan dan seluruh umat. 

Sihat datang dengan pakej cantik. Ia terserlah pada raut wajah. Berseri-seri, ceria, senyuman meleret dan aktif. Hormon Dopamine dirembeskan dengan begitu banyak sekali.

Dopamine bersepah dalam badan, kehidupan pun aktif dan ceria, hidup bahagia.. rezeki mudah masuk.

Nampak tak kesimanbungan kepada kita perlu cantik dan sihat? Ke nak MJ lukis kronologi tu 🤣

Btw, nak cantik tetapi jangan menyeksakan diri. 

Sebelum melakukan sesuatu prosedur kosmetik, kena tahu risiko nya. Risiko nya seram.. kalah dari cerita seram. 




Risiko kosmetik ini irreversible atau cannot be undone or altered. Tidak boleh kembali kepada sedia kala atau kepada raut wajah kita yang asal. Mesti pelik la rupanya.. tapi bagi MJ, lebih kepada kelakar dan seram. Pelik tu jatuh no 3. 


.

Aduh sakit. 

Ada banyak lagi cara untuk cantik. Ingat tu..

PS:// Anti-oksida seperti Polyphenols dan Resveratrol tidak membuat wajah anda kelihatan seram. 


Ada banyak journal kesihatan tentang Resveratrol dan Polyphenols. 



https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/29737899/


https://www.realsimple.com/beauty-fashionw/skincare/resveratrol-for-skin


#ResVvixchallenge #Shaklee #FeelYoung #Polyphenols #CoolParents #Innerglow #MyYouthfulpower #Bestskin #ResVShaklee #VivixShaklee

Kaki kita hanya ada dua.

Tangan kita ni anugerah Allah. Kaki kita pun macam tu. Jantung, buah pinggang, otak, mata, semuanya pemberian Allah yang tiada galang ganti lagi. 


Hilang ia, hilanglah selamanya. 


Jika kena potong sebab terkena diabetes, bukan boleh dibeli di kedai spare part pun. Kedai Mr Diy yang ada semua benda tu pun belum boleh ganti tau.


Ramai orang sedar tentang bernilainya sesuatu pun, hanya selepas kehilangan. 


Manusia memang begitu. Tak kata orang, MJ pun sama. Baru nak menyesal.


Kalau sesuatu adalah organ badan kita? 

Bagaimana? 


Awal awal tidak dijaga, tidak dirawat, tidak dibaiki. Akhir akhir selepas dah tiada, baru rasa susahnya hidup Allah ambil balik apa yang Allah dah pinjamkan.




Sahabat sekalian,


Jika kita sudah hilang satu kaki, jagalah kaki sebelah lagi agar tidak hilang juga. Jagalah kesihatan baik baik. Bila doktor pesan jaga gula dalam darah, jaga betul betul. Pantanglah makan dan minum jika itu keperluan.


MJ selalu bagi tazkirah buat sahabat sekeliling juga famili, jaga gula. Jangan makan gula sangat. Kita ni ada family history.


"Badan kita ni amanah. Bukan sesuka hati je korang nak bantai makan keropok, aiskrim, coklat tak tengok jumlah. Hari ni semua air kosong. Dah 2 hari air manis ni time berbuka. Seminggu hanya air kosong. No more air manis."


Bahan dalam Vivix membantu kita dalam memastikan kita tak craving sangat dengan gula. Gula ni umpama dadah yang dipandang baik. Sebab tu ia bawa kepada ketagihan nak makan segala mak nenek manis tu.


Gula buat anda gila!




Bila ambil Polifenol dan Resveratrol, ia sekat rasa itu. Jadi diet kita akan sungguh terkawal. 


Tak de over limit gula jadinya dalam badan kita. Automatik badan kita akan makin sihat. Proses penurunan berat badan pun akan makin elok. 


Jika ada diabetes pun, kandungan gula dalam darah sangat terkawal dan normal sebab resveratrol dan polifenol dalam Vivix ni bantu dalam membuatkan insulin bekerja dengan lebih baik untuk memastikan gula dalam darah diserap ke sel badan untuk hasilkan tenaga. 


Sebab tu orang yang ada kencing manis akan rasa lebih bertenaga bila ambil Vivix. Fungsinya luar biasa. Luka pun mudah sangat sembuh sebab sel sel dah dapat tenaga dengan elok disebabkan fungsi insulin dah makin baik.





Simple sains kan. MJ pun rasa korang mudah faham. 





Cuma nak cakapnya, bila craving kita tu diurus dengan baik, memang mudah untuk kurus dan sihat kan. Yang ada diabetes pun boleh stabilkan paras gula dalam darah sebaik mungkin.


Sape nak order Vivix jom. Ramai ni sedang rebut Vivix dari MJ dan #MagnificentJewels 


https://bit.ly/3jsFdIj


#VivixViral


Jom baca lagi cerita best di www.anakkuwiraku.com