Kerja dari rumah.

Kerja dari rumah atau kerja rumah.

Nampak sama tidak sama ya.


Kerja rumah adalah tugasan di rumah yang perlu yang diselsaikan. Contoh : Menyapu, mengemop, mencuci, memasak, jaga anak dan lain-lain lagi la. Kadang tu jadi cikgu ajar anak buat homework pun termasuk dalam kerja rumah. Kalau nak kata buat kerja rumah ni adalah sesuatu kerja yang tidak pernah selesai.


Menjadi suatu kepuasan kepada seorang apabila dapat menyelesaikan kerja rumah dengan siap dan berjaya. Suatu kejayaan yang harus diraikan


tetapi nak raikan dengan apa? dah penat kan.. kalau MJ raikan dengan tidur. atau pun bersantai-santai di rumah sambil tengok tv.


TETAPI, kerja dari rumah itu berbeza.


Kerja dari rumah ini ibarat kita bekerja di pejabat tetapi duduk di rumah. Disiplin kita kena sama seperti mana kita berada di pejabat. Atau kalau tak boleh sama disiplin, kita kena tegas dengan diri sendiri.


Satu ketika dahulu semasa pandemik 2022 hingga 2022, banyak syarikat atau agensi yang mengamalkan WFH atau bekerja dari rumah. Pekerja boleh membawa pulang laptop atau PC dari pejabat untuk digunakan di rumah untuk melakukan kerja pejabat.


Ada pros and cons juga bekerja dari rumah ni. Antara cons nya adalah stress, tidak dapat menguruskan kerja pejabat dengan betul, mental stress kerana tidak berkomunikasi dengan sesiapa, dan paling ketara adalah keadaan diri yang tidak terurus kerana tidak bersiap smart dan cantik pun. ye la, dah tak keluar rumah kan.. ada yang tak mandi pun ada. aduhaii..


Pros nya juga banyak. Jimat minyak kereta atau perbelanjaan kenderaan dari segi tol dan parking. Bagi yang bekeluarga pula, lebih banyak masa dengan keluarga. Ada masa rehat tu boleh masak dan makan bersama keluarga. Nak nak juga jimat masa yang sebelum ni terpaksa keluar 2 jam awal dan pulang 2 jam lewat. Bahagia kan bunyi nya..


Sampai sekarang masih ada yang bekerja dari rumah. Yang bekerja di pejabat dan boleh berurusan dengan email. Tak kurang juga yang berbisnes online. Duduk rumah pun boleh buat income.


BEST ke BEST?

Tetapi yang tidak dapat bekerja di rumah dek kerana terpaksa di pejabat seperti MJ ni jangan la bersedih hati. Ada rezeki buat kita juga kan, demi meneruskan kehidupan.


Mana-mana pun kita bekerja, lakukan dengan sepenuh hati dan jiwa. Lakukan sesuatu kerja itu seakan esok adalah hari terakhir buat kita. Sungguh-sungguh buat tau..


InshaALLAH rezeki ada dimana-mana.

Moga ALLAH SWT setuju.


MJ yang menulis dengan hati.

No comments