Pengedar Shaklee Shah Alam , Petaling Jaya dan Sungai Besi.


Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua 🥰

Halu, nama diberi Izura Mohamad Sobri. Nama 1 je. Izura je.. nak pendek lagi ada panggil Ijur, Iz, Zura pun okay je. Nama kat rumah kak ngah atau deqya. Nama komersial Mamajura atau MJ. Tapi anak Shaklee panggil mama. Terasa keibuan sangat 😂 panggil apa je tak kisah. Jangan panggil “Oi Minah” dah la. Kecil hati kita.

MJ seorang yang bekerjaya. Sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Telah berkhidmat selama 15tahun di Makmal Anatomi Patologi. Bekerja 8pagi - 5petang.

Juga seorang ibu kepada seorang anak lelaki yang menyenangkan hati dan soleh. Kacak pula tu! Juga seorang isteri, dan mempunyai 4 orang adik beradik kepada sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.

Pengalaman bersama Shaklee sangat banyak. Antara yang boleh dijadikan inspirasi kepada anda adalah saya seorang yang bekerja di makmal yang sangat sibuk.

Sentiasa berkerja dengan sarung tangan, organ badan manusia, manusia hidup, mayat, darah, tinja, bahan kimia merbahaya dan pisau. Jarang ada masa menghadap telefon.

Ye la, telefon adalah medium utama kita berbisnes zaman sekarang. Jenguk manja-manja je.

Bila waktu pulang dan ke kerja pula, orang KL ni dah lali dengan jem. Lali tak lali la kan, masa di perjalanan pun sudah makan masa lebih kurang 2 jam setiap hari.

Bagi orang bisnes, masa itu adalah duit. 

Sampai ada ketika, MJ ajar Adam replykan whatsapp yang penting. Bagus kan. Besar sikit, boleh jadi PA mama. Mama bayar gaji lumayan siap pakej kenyang sampai malam.

Belum sampai rumah lagi, dengan kerja rumah. Kerja sekolah anak. Tak campur dengan penat kita.

5 tahun tinggal bersama di rumah mama dan papa. Bila terdetik di hati nak ada rumah sendiri. Pada masa itu, MJ betul-betul lebih aggresif dan bersemangat untuk mengumpul dana untuk ke rumah baru. 

“Aku tak boleh usik duit gaji untuk beli barangan untuk ke rumah baru. Mesti kena cari duit tambahan”


Zass! Berdesup MJ kumpul dana dan memulakan tabung rumah.

Sokongan dari suami pada mula berbisnes 7tahun agak hambar. Ye la kan, MJ ada gaji yang tetap setiap bulan. Kenapa nak berbisnes lagi? Buat susah diri dan penat je kan. Tetapi setelah beberapa bulan membuktikan MJ berjaya menggapai 4 angka sebulan secara konsisten, pada masa itu baru ia nya mendapat restu dan dengan rela hati mengizinkan sang isteri aktif berbisnes.

Manakan tidak! Kereta Jazz kami guna payslip Shaklee tau. Pada masa itu juga, sokongan bertambah kuat dan MJ lebih bersemangat meneruskan kejayaan legasi Magnificent Jewels.

Sekarang kereta Alza untuk papa hasil duit bonus Shaklee juga.

Menangis. Ketawa. Suka. Duka. Sakit.

Ada ketika anxiety pun boleh muncul bila kita terlalu mahu menggapai apa yang kita nak dalam Shaklee. 


Mana tak, mimpi eksiden kena hempap dengan ESP dari langit pun ada. Merasuk dalam jiwa kan bila kita memberikan jiwa dan hati dalam apa yang kita usahakan.

Dan paling terbaru, (ini rahsia tau) MJ terbangun dengan terkejut dari mamai bius buat operation masa 3hb Jan 2022. Kes nya kan, MJ kalut ambil order Vivix. Terkejut nurse tengok MJ bangun terduduk. Masa tu, soalan pertama “Nurse, hari ini hari apa? Pukul berapa?” Sebab takut terlepas promosi Vivix. Hahahah. 

Magnificent Jewels adalah sebuah legasi Shaklee yang MJ bina dengan sepenuh hati dan jiwa. Ia bagaikan satu ukhwah atau sisterhood kata orang yang lebih dari bisnes.

Yang MJ perasan kebanyakkan ahli Magnificent Jewels adalah berkerjaya. Dan kami boleh buktikan yang bekerja dan berbisnes bukan satu halangan untuk berjaya.

Tips yang MJ nak share di sini adalah :


💥Set target harian, mingguan dan bulanan. Tulis dan sentiasa ingatkan diri sendiri tentang target itu. Capai dan pastikan ia dibuat. Baru lah hati ini rasa “Ya Allah, aku dah usaha. Hanya Kau yang Maha memberi ganjaran buatku. Kau tunjukkan aku jalan kearah kejayaan atas usahaku ini”

💓Wanita bekerjaya ni sebenarnya bonus tau. Bonus sebab anda meng”expose”kan diri kepada dunia realiti. Bukan semata dunia media sosial sahaja. Anda adalah “walking testimonials”. So buktikan dari segi pembawakkan diri anda di dunia realiti iaitu waktu bekerja. 

💪Luangkan masa menambah ilmu tidak kira membaca buku atau dengar ceramah motivasi atau agama. Bukan bila ada masa terluang baru nak buat. Sentiasa upgrade diri dengan ilmu. 



MJ berpangkalan di TTDI Jaya Shah Alam, bekerja di Petaling Jaya di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Universiti Malaya. Boleh nak COD di Kuchai Lama dan Sungai Besi juga. Banyak lokasi MJ cover. boleh dikatakan seantero Malaysia.

U ols boleh tengok list PENGEDAR SHAKLEE di sini lagi.

Izura Mohamad Sobri, 

MJbyMJ

Founder of Magnificent Jewels,

Coordinator at Shaklee

Certified Skincare Consultant by Puan Mary Training Cube


*Success is no accident. It is hard work, focus, learning, sacrifice and most of all, love of what you are doing. So, don't be afraid to fail at first, because you'll get there sooner or later


Ps://🍉🍉 always in my heart 


#60daysChallenge

#TerusBersinar

#ShakleePPUM

#ShakleeTTDIJaya

#ShakleeBukitJelutong

#ShakleePPUM

#ShakleeUM

#ShakleePetalingJaya

#ShakleeShahAlam

#ShakleeSungaiBesi

#ShakleeKuchaiLama

#ShakleeSubangJaya

#Shaklee2023


No comments