TAZKIRAH : KISAH TUKANG KAYU

 TAZKIRAH : KISAH TUKANG KAYU 


Pada satu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjaya sebagai seorang tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan. Dalam fikirannya, dengan tenaga yang semakin berkurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang kayu ini tidak akan menerima lagi upah sekiranya beliau bersara. Lalu, tukang kayu tersebut memberitahu majikannya tentang hasratnya untuk berhenti kerja tersebut.

Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Justeru itu, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.

Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Akhirnya, rumah tersebut berjaya disiapkan dalam jangka masa yang singkat.

Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut lalu memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata "Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara."

Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Beliau tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi. Begitulah kejadian yang sentiasa berlaku pada hari ini, apabila hendak bersara atau berhenti kerja kerana mendapat tempat pekerjaan yang baru, janganlah kita melakukan tugasan dengan sambil lewa dan tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap tugasan terakhir tersebut. Hal ini kerana pada akhirnya tugasan yang kita lakukan dengan ikhlas tersebut pasti akan membawa manfaat kepada kita walaupun kita sudah tidak lagi melakukan tugasan yang sama di tempat sama.

  

 


Pengedar Shaklee Shah Alam , Petaling Jaya dan Sungai Besi.


Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua 🥰

Halu, nama diberi Izura Mohamad Sobri. Nama 1 je. Izura je.. nak pendek lagi ada panggil Ijur, Iz, Zura pun okay je. Nama kat rumah kak ngah atau deqya. Nama komersial Mamajura atau MJ. Tapi anak Shaklee panggil mama. Terasa keibuan sangat 😂 panggil apa je tak kisah. Jangan panggil “Oi Minah” dah la. Kecil hati kita.

MJ seorang yang bekerjaya. Sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Telah berkhidmat selama 15tahun di Makmal Anatomi Patologi. Bekerja 8pagi - 5petang.

Juga seorang ibu kepada seorang anak lelaki yang menyenangkan hati dan soleh. Kacak pula tu! Juga seorang isteri, dan mempunyai 4 orang adik beradik kepada sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.

Pengalaman bersama Shaklee sangat banyak. Antara yang boleh dijadikan inspirasi kepada anda adalah saya seorang yang bekerja di makmal yang sangat sibuk.

Sentiasa berkerja dengan sarung tangan, organ badan manusia, manusia hidup, mayat, darah, tinja, bahan kimia merbahaya dan pisau. Jarang ada masa menghadap telefon.

Ye la, telefon adalah medium utama kita berbisnes zaman sekarang. Jenguk manja-manja je.

Bila waktu pulang dan ke kerja pula, orang KL ni dah lali dengan jem. Lali tak lali la kan, masa di perjalanan pun sudah makan masa lebih kurang 2 jam setiap hari.

Bagi orang bisnes, masa itu adalah duit. 

Sampai ada ketika, MJ ajar Adam replykan whatsapp yang penting. Bagus kan. Besar sikit, boleh jadi PA mama. Mama bayar gaji lumayan siap pakej kenyang sampai malam.

Belum sampai rumah lagi, dengan kerja rumah. Kerja sekolah anak. Tak campur dengan penat kita.

5 tahun tinggal bersama di rumah mama dan papa. Bila terdetik di hati nak ada rumah sendiri. Pada masa itu, MJ betul-betul lebih aggresif dan bersemangat untuk mengumpul dana untuk ke rumah baru. 

“Aku tak boleh usik duit gaji untuk beli barangan untuk ke rumah baru. Mesti kena cari duit tambahan”


Zass! Berdesup MJ kumpul dana dan memulakan tabung rumah.

Sokongan dari suami pada mula berbisnes 7tahun agak hambar. Ye la kan, MJ ada gaji yang tetap setiap bulan. Kenapa nak berbisnes lagi? Buat susah diri dan penat je kan. Tetapi setelah beberapa bulan membuktikan MJ berjaya menggapai 4 angka sebulan secara konsisten, pada masa itu baru ia nya mendapat restu dan dengan rela hati mengizinkan sang isteri aktif berbisnes.

Manakan tidak! Kereta Jazz kami guna payslip Shaklee tau. Pada masa itu juga, sokongan bertambah kuat dan MJ lebih bersemangat meneruskan kejayaan legasi Magnificent Jewels.

Sekarang kereta Alza untuk papa hasil duit bonus Shaklee juga.

Menangis. Ketawa. Suka. Duka. Sakit.

Ada ketika anxiety pun boleh muncul bila kita terlalu mahu menggapai apa yang kita nak dalam Shaklee. 


Mana tak, mimpi eksiden kena hempap dengan ESP dari langit pun ada. Merasuk dalam jiwa kan bila kita memberikan jiwa dan hati dalam apa yang kita usahakan.

Dan paling terbaru, (ini rahsia tau) MJ terbangun dengan terkejut dari mamai bius buat operation masa 3hb Jan 2022. Kes nya kan, MJ kalut ambil order Vivix. Terkejut nurse tengok MJ bangun terduduk. Masa tu, soalan pertama “Nurse, hari ini hari apa? Pukul berapa?” Sebab takut terlepas promosi Vivix. Hahahah. 

Magnificent Jewels adalah sebuah legasi Shaklee yang MJ bina dengan sepenuh hati dan jiwa. Ia bagaikan satu ukhwah atau sisterhood kata orang yang lebih dari bisnes.

Yang MJ perasan kebanyakkan ahli Magnificent Jewels adalah berkerjaya. Dan kami boleh buktikan yang bekerja dan berbisnes bukan satu halangan untuk berjaya.

Tips yang MJ nak share di sini adalah :


💥Set target harian, mingguan dan bulanan. Tulis dan sentiasa ingatkan diri sendiri tentang target itu. Capai dan pastikan ia dibuat. Baru lah hati ini rasa “Ya Allah, aku dah usaha. Hanya Kau yang Maha memberi ganjaran buatku. Kau tunjukkan aku jalan kearah kejayaan atas usahaku ini”

💓Wanita bekerjaya ni sebenarnya bonus tau. Bonus sebab anda meng”expose”kan diri kepada dunia realiti. Bukan semata dunia media sosial sahaja. Anda adalah “walking testimonials”. So buktikan dari segi pembawakkan diri anda di dunia realiti iaitu waktu bekerja. 

💪Luangkan masa menambah ilmu tidak kira membaca buku atau dengar ceramah motivasi atau agama. Bukan bila ada masa terluang baru nak buat. Sentiasa upgrade diri dengan ilmu. 



MJ berpangkalan di TTDI Jaya Shah Alam, bekerja di Petaling Jaya di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Universiti Malaya. Boleh nak COD di Kuchai Lama dan Sungai Besi juga. Banyak lokasi MJ cover. boleh dikatakan seantero Malaysia.

U ols boleh tengok list PENGEDAR SHAKLEE di sini lagi.

Izura Mohamad Sobri, 

MJbyMJ

Founder of Magnificent Jewels,

Coordinator at Shaklee

Certified Skincare Consultant by Puan Mary Training Cube


*Success is no accident. It is hard work, focus, learning, sacrifice and most of all, love of what you are doing. So, don't be afraid to fail at first, because you'll get there sooner or later


Ps://🍉🍉 always in my heart 


#60daysChallenge

#TerusBersinar

#ShakleePPUM

#ShakleeTTDIJaya

#ShakleeBukitJelutong

#ShakleePPUM

#ShakleeUM

#ShakleePetalingJaya

#ShakleeShahAlam

#ShakleeSungaiBesi

#ShakleeKuchaiLama

#ShakleeSubangJaya

#Shaklee2023


Testimoni Shaklee saya.

 Kata orang nak share kebaikan produk biar datang dari cerita sendiri. 

Testimoni tak semestinya cerita yang baik sahaja. Cerita yang tak baik pun boleh dijadikan testimoni. 

Tapi tak mahu la fokus pada perkara yang tak best, kalau nak hidup ceria dan tenang kena cerita perkara yang best.

Nahhh! Ini cerita ku.


Ya, MJ pernah besar. aduhhh.. serik untuk kelihatan besar lagi.

Bak kata orang, cameraman pun penat nak adjust gambar bagi nampak kurus kan.

Nak kurus kena ada sebab dan penyebab yang kuat kenapa nak kurus. Tak ada sebab yang tak biasa-biasa je boleh buat kita nak kurus.

Contoh : ada masalah kesihatan kronik, atau baju tak muat dan terpaksa beli baru dengan banyak tapi wang ringgit pula tak berapa nak banyak. Dan macam MJ sendiri ada dua sebab.
Pertama : sebab ku pernah buat operation atroscopy lutut yang disebabkan ACL dan meniscus tear. Juga doktor ada kata kemungkinan untuk dapat osterarthritis itu sangat tinggi. Nehi Nehi Nehi.. nak tak nak, kena kurangkan berat badan.

Kedua : ituuuuuu.. gambar berbaju purple itu. Tahukah anda? Ku tak post gambar itu di FB tau.. maluuuu.. awat beso bebenooo badan masa 75kg. Subhanallah! ya Rabbanaaaa..

and Yups! that my real Testimoni. Testimoni Shaklee ku..
u Ols boleh sambung baca Testimoni Shaklee kat sini lagi..
ENJOY!

#MagnificentJewels
#IFJourney 
#IntermittentFasting
#KurusDenganShaklee




1001 Jambu Batu


 Nampak macam tak berapa menarik. Tak cantik. Mahal pula tu sekarang. Tapi benda ni power. 


Jambu batu disebut sebagai “Powerhouse of nutritions”. Berlambak nutrisi dalamnya. Malangnya ramai tak tahu.


Kajian mengaitkan jambu batu dengan turunnya berat badan. Sebab fibernya tinggi. Makan jambu bagi kenyang lama. Jadi tak rasa nak kudap kudap lagi. So, snacking yang paling berkesan antaranya jambu batu.


Bonus makan jambu boleh cantikkan kulit. Punca dari Vitamin C yang tinggi. Vitamin C ni ber sintesis dengan hyaluronic acid atau HA. Kolagen akan naik hasil dari proses ni. Powerkan? 


Ingatkan batu, rupanya lembutkan kulit. Ahahahah.


Untuk yang selalu kena selsema, kajian kata jambu bagi cepat sembuh. Kalau sebelum ni seminggu baru lega, dengan jambu cepat lagi. Sebab high VitaminC.


Selain penuh fiber, kandungan Vitamin C tingkatkan sistem imun. Penting sangat dalam musim Covid 19 ni. 


Satu bab yang saya suka pasal jambu ialah adik beradik vitamin B. Vitamin B Baik untuk otak. Contohnya vitamin B-6, folate dan thiamine. Berbaloi makan dan beli.


Bonus tambahan ialah faktor boleh cegah kanser. Sebabnya ada lycopene. Penting untuk lelaki. Lawan prostate cancer untuk lelaki. Bagus untuk perempuan. Seolah bertindak seperti pengawal untuk halang breast cancer.


Indahnya ciptaan Allah SWT.


Zaman sekarang makanan penuh bahan kimia. Semunya sebab nak bagi sedap dan tahan lama. Bahan ni tak sesuai untuk tubuh manusia.


Bahan kimia tambahan ni bagi jadi radikal bebas. Kita boleh terkena “inflamation”. Tubuh kita sakit secara senyap.


Jadi penting sangat untuk tahu makanan sesuai untuk tubuh kita. Penting untuk kembali ambil makanan ada anti oksida tinggi macam jambu ni.


Ni baharu cerita pasal buah. Belum lagi pasal daun dia. Ada yang nak tahu ke pasal daun dia pula?


Daun la kan, takkan batu nya. 


PS:// Padan la orang yang cantik di panggil “Jambunya diaaaa” makan jambu rupanya 🤣


#IntermittentFasting

Khasiat jambu batu.


Tahu kah anda, 1 cawan Jambu batu mengandungi 377gm VitaminC, manakala sebiji buah oren hanya 67gm VitaminC. 


Mana lagi power? Mesti la batu kan..


Jambu ni power khasiat dia. Antara buah tempatan yang superb khasiat dia. Tinggi antioksida, vitamin C, potassium dan fiber. Ada banyak kajian pula tu pasal jambu:


1. Dapat turunkan gula dalam darah. Ada 5 kajian pasal hal ni.


2. Sihatkan jantung dengan turunkan kolesterol jahat.


3. Hilangkan senggugut. Kajian sebut pasal ambil 6mg ekstrak daun jambu.


4. Bantu sembelit. Daun jambu pula boleh redakan cirit birit. Hebatkan. Tak la be**k batu 🤣


5. Dapat turunkan berat badan. Pandai pandailah berjinak dengan jambu ni.


6. Dikatakan bersifat anti kanser. Ada 4 kajian sebut bab ni.


7. Dapat tingkatkan sistem imun. Di saat banyak virus ni bagus ambil jambu ni. Biar kuat sistem imun.


8. Bagus untuk kulit. Lambatkan penuaaan. Tegang sikit kulit tu. Daun jambu pula dikatakan dapat hilangkan jerawat.


Kalau dapat tanam jambu, tanamlah. Kalau tak dapat beli saja. Pastikan seminggu dapat makan 3-4 kali. 


Tak nak makan pun tak pe. Cuma lambat sikit nak kurus, cepat sikit kulit kedut dan mudah dapat jangkitan. Tu jer.. 


Hahahahaha.


Hari ini MJ beli jambu batu as usual no asam. Jangan di asam kan kalau kita nak khasiat jambu batu tu. Tapi kalau nak sedap, letak lah. Depends pada tekak masing-masing.


PS:// Snacking meal selepas break IF tadi. 


#IntermittentFasting

#IFJourney

Vitalea.

Vitalea dalam kenangan. Masih ada lagi berbaki beberapa biji. Memang rasa ni ngam ngam sampai yang baru je.

Tak sabar nak tunggu Vita-lize terbaru. 


Tengok, ayah MJ bijak. Lukis gambar muscle pada tangan. Menggambarkan power. 

Power kan! Memang ia sejenis energy booster.

Multivitamin terbaik adalah semestinya dari Shaklee.


Multivitamin terdiri dari iron dan zat besi juga zat galian yang lain. 
Fungsi : Memberi tenaga, menambah darah, meningkatkan fokus, dan menjaga kesihatan jantung juga memberi kelancaran pada perjalanan darah. 




Simple tips untuk istiqamah.

5 Tips Simple Nak Istiqamah

-----------------------------------------

Alhamdulillah, Allah beri izin MJ dengar tips ni. Dan boleh share dengan u ols.

Memang MJ tercari-cari dan mencari-cari cara nak istiqamah. Ada cakap dalam hati “Ya Allah, bantu aku”


"Macamana la buat sesuatu tu biar berterusan dan istiqamah". 


Bila dengar tips ni, rupanya banyak dah tahu.

Cuma tak tersusun dan terbuat.

Ibarat bahan masak tu ada je dekat dapur, tapi tak tahu masak apa. 

Ni siap hidangan untuk makan aje. ecewahh. 

Senang hidup!


Boleh apply dalam ibadah harian, tabiat harian juga dalam bisnes. 

1. Niat Kerana Allah. 


+ Contoh nak baca alquran. Niatlah kerana Allah. Bukan sebab nak menunjuk. Bukan sebab nak cerita dekat orang. Bukan sebab malu orang lain baca kita tak baca Ramadhan ni. Ya, niat kerana Allah. 


 + Contoh dalam Bisnes, Niatlah nak bisnes ni kerana Allah. Bukan kerana upline, bukan sebab downline, bukan sebab orang lain kerana Allah. 

.

.

2. Buat secara berkumpulan/beramai-ramai >> bukan lone ranger

 

+ Jika baca quran sorang-sorang mungkinlah adakala rasa malas. Maka boleh buat bersama kumpulan. tak kisahlah buat dengan suami isteri, anak-anak, adik beradik. Join tadarus contohnya. Buat group whatsapp untuk tadarus contohnya. Ia menyuntik motivasi. 

 

+ Begitu juga dalam bisnes, jika kita berseorangan - kita cepat putus asa, cepat rasa letih, kurang motivasi. Cuba bayangkan kita ada team, pastinya kita akan lebih teruja, semangat, bantu-membantu, push each other. 

.


.

3.Cari Ilmu

- Ilmu tak pernah cukup, tak pernah habis. Jika harini kita rasa kita cukup ilmu, kita dah silap. InsyaAllah dengan ilmu baru kita akan melangkah lebih jauh dan lebih pantas. 

 

+ Ilmu alquran misalnya, dari tak pandai baca, kita boleh baca, perelokkan bacaan. Mengetahui makna, tadabbur, amalkan. Lagi banyak kita tahu, lagi besar cinta pada Alquran. 


+ Dalam bisnes pun begitu. Jika kita rasa stuck - carilah punca, ada ilmu baru yang kita kena belajar. usah kedekut untuk invest dalam menuntut ilmu. 


.

.


4. Cari Guru / Mentor


Point yang sangat simple. 


 

+ Kalau kita baca quran sendiri, kita tak sedar salah dekat mana. Sebab ilmu kita limited. Bila baca dengan guru, dengggg! baru tahu langit tinggi rendah. Dengung tak cukup, panjang terlebih dsb. Wajib cari guru. 


+ Begitu juga bisnes. Jangan sombong dan malas untuk dekati Mentor. Mentor orang yang dah lalui dan lebih berpengalaman dalam sesuatu bidang. Mentor ni pemudah cara, bila menimba ilmu dan pengalaman dari mentor kita boleh adapt dalam bisnes dan apa yang lebih bagus kita boleh tambah baik ikut kreativiti kita. Rugi sapa berjauh dengan mentor. 

.

.

5. Jangan bertangguh


 "Tak apalah, nantilah baru buat"


 "tak apalah, Ramadhan tahun depanlah start"


"tak apalah, anak umur 2 tahun nanti baru mula bisnes"


 

 

Apabila ada skrip-skrip macam diatas ni, ini penyakit suka bertangguh yang memakan diri. Tak ada sesiapa rugi kecuali diri sendiri. Orang lain tak rugi kecuali diri sendiri. 


Jika harini ada perkara baik nak buat. USAH BERTANGGUH. BUAT SEGERA. BUAT SECEPAT MUNGKIN. BUAT KERANA ALLAH. 

 

Moga KATA-KATA MOTIVASI ini memberi manfaat. 

Boleh klik SHARE, tak perlu minta izin. 

#BlogMegaShaklee