TAZKIRAH : DOA MEMOHON KELAPANGAN HATI DAN KEBERKATAN REZEKI

TAZKIRAH : DOA MEMOHON KELAPANGAN HATI DAN KEBERKATAN REZEKI 


Terdapat satu hadis yang menyatakan tentang tanda-tanda kebahagiaan bagi seseorang. Ianya diriwayatkan oleh Nafi’ Bin Abdul Harith daripada Nabi SAW. Baginda bersabda :

مِنْ سَعَادَةِ الْمَرْءِ الْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ ، وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيءُ

Maksudnya : "Antara (tanda) kebahagiaan seseorang ialah rumah yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan tunggangan yang elok.”

Riwayat al-Bukhari (457)

Di dalam hadis tersebut Nabi menjelaskan kepada kita bahawa manusia akan terzahir padanya kebahagiaan jika ada salah satu perkara berikut; iaitu rumah yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan tunggangan yang elok.

Rumah yang luas adalah antara faktor yang disebutkan oleh Nabi saw sebagai antara tanda kebahagiaan. Ini kerana rumah yang luas menenangkan hati dan menghilangkan kegelisahan. Cuba bayangkan jika rumah itu sempit. Tidakkah akan mendatangkan keresahan, perasaan tidak selesa dan lain-lain.

Kata al-Munawi ianya berbeza mengikut keadaan dan diri seseorang. Ada yang punyai rumah yang besar tapi terasa sempit. Ada yang rumahnya sederhana akan tetapi terasa luas dan besar. Ini berkemungkinan adanya amalan-amalan harian sehingga menjadikan rumah tersebut tenang diduduki dan selesa didiami.

Manakala bagi jiran yang soleh juga merupakan faktor kebahagiaan seseorang.Seseorang merasa aman dan selamat jika jiran sebelahnya seorang yang baik, amanah , patuh pada perintah Allah, yang tidak ada sifat hasad dengki dan lain-lain.

Seterusnya, bagi kenderaan yang elok juga adalah satu keringanan dan kemudahan bagi seseorang. Ia memudahkan seseorang untuk bergerak ke sana dan ke mari. Zaman dahulu kala, haiwan tunggangan yang elok adalah satu kenikmatan. Ianya dianggap sebagai sebuah kenderaan untuk memudahkan pergerakan.

Oleh itu Nabi SAW pernah berdoa :

DOA MEMOHON KELAPANGAN HATI DAN KEBERKATAN REZEKI.png

TAZKIRAH : KEUTAMAAN TAUBAT DAN RAHSIANYA

 TAZKIRAH : KEUTAMAAN TAUBAT DAN RAHSIANYA



Allah S.W.T itu Maha Pengampun meskipun ke atas mereka yang berulang kali melakukan dosa demi dosa, selama mana pelakunya kembali kepada Tuhan, memuhasabah dan menyesali dosa-dosanya, lalu dia memohon keampunan daripada Allah S.W.T. Kita hendaklah sentiasa melazimi istighfar dan taubat. Ini kerana, Allah S.W.T berfirman:

فَإِنَّهُ كَانَ لِلْأَوَّابِينَ غَفُورًا

Maksudnya"Sesungguhnya Dia (Allah) itu Maha Pengampun terhadap golongan awwabeen." 
Surah Al-Isra’; 25

Terdapat beberapa tafsiran mengenai maksud awwabeenPertama ialah seseorang yang melakukan dosa, kemudian dia bertaubat. Dia melakukan dosa lagi, kemudian dia bertaubat. Kedua, awwabeen juga bermaksud seseorang yang mengingati dosa-dosanya ketika dia sedang bersendirian, lalu dia pun meminta keampunan daripada Allah S.W.T terhadap dosa-dosanya itu.

Hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.anhu bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Maksudnya: "Ke semua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat."


Sesungguhnya taubat memiliki banyak keutamaan, rahsia yang menakjubkan, faedah yang banyak dan keberkatan yang pelbagai jenis. 
Di antaranya adalah:

  1. Sebab memperolehi keuntungan dan kejayaan dunia akhirat.
  2. Terhapus kesalahan-kesalahan.
  3. Kesalahan-kesalahan diganti dengan pelbagai kebaikan.
  4. Sebab diperolehinya kenikmatan yang baik, turunnya hujan, bertambahnya kekuatan, harta dan anak.
  5. Memperolehi kecintaan Allah.
  6. Membuat Allah terasa bahagia.
  7. Mendatangkan sifat-sifat yang mengagumkan di mana tidak dihasilkan oleh selain dari taubat.

Sesungguhnya kebahagiaan Allah SWT dengan bertaubat kepada hamba-Nya ketika dia bertaubat kepada-Nya adalah kebahagiaan yang paling besar sebagaimana yang dicontohi oleh Nabi Muhammad SAW ketika menggambarkan kebahagiaan Allah dengan kebahagiaan seseorang yang mendapat kembali haiwan tunggangannya beserta bekalan makanan dan minuman yang dia letak di atas punggung kenderaannya yang hilang ketika berada di padang yang tandus dan hampir-hampir dia berputus asa kerana beranggapan bahawa tidak akan hidup lebih lama lagi. 


Ketahuilah sesungguhnya kebahagiaan Allah ini tidak terjadi oleh sesuatu ketaatan kecuali taubat. Kita juga perlu mengetahui bahawa kebahagiaan ini memberi kesan sangat besar bagi keadaan dan hati orang yang bertaubat. Inilah kelebihan dari kegembiraan , sesungguhnya kegembiraan ini adalah kegembiraan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. 




Wallahu'alam.

Geng migrain kah anda?

Jika migrain, itu bermakna sel kat kepala ada masalah. Migrain ni ada banyak faktor.

Stress pun boleh jadi migrain.

MJ sendiri mengalami masalah migrain apabila sebelum atau selepas menses. Masalah hormon.
Selain dari kita kawal stress, kita juga perlu baiki sel bahagian kepala dan leher kita agar migrain kita terkawal. Kerana lama lama ia akan lead kepada penyakit lain andai tidak dibaik pulih.
Bagaimana bahan dalam Vivix ni membantu dalam baiki migrain?
Macam ni. Resveratrol dan Polifenol ni baiki sehingga ke sel. Dalam kepala kita ada saluran darah kan. Jika ia sakit, bermakna ia ada masalah di situ.
Vivix bantu baiki satu per satu sel di salur darah itu. Ia melancarkan peredaran darah. Bila macam tu, migrain akan semakin reda hari ke hari secara semulajadi, tanpa perlukan ubat yang kuat.
Kerana sel saluran darah tu dah diperbaiki. Umpamanya kereta ada masalah dan perlu di overhall. Kita gi bengkel dan tukar viper je. Mana boleh jadi elok kereta tu kan.
Kita kena tukar enjin dia. Asas kepada kereta adalah enjin. Begitu juga badan kita. Sel adalah asas badan kita.

Bila sel salur darah elok, tisu salur darah itu akan elok, aliran salur darah yang mengalir ke kepala pun akan elok, yang seterusnya buat kita sihat dan bebas dari migrain.
Kerana kita dah baiki root cause. Iaitu sel.
Nak cerita dulu kalau migrain, MJ tak boleh jalan, tengok cahaya, bercakap mahupun bergerak. Rasa nak hantuk kepala kat dinding je.
But that is my process and journey.
Sekarang masih ada, tapi so far Alhamdulillah boleh berjalan, boleh drive dan tengok cahaya. Tidak seteruk dulu.
Like i said, its my journey dan terkawal.
InshaAllah, satu hari tiada lagi migrain.




Nak cuba Vivix? Jom!
#Vivix2023
#Thrive2023

TAZKIRAH : UMUR ITU MODAL

 TAZKIRAH : UMUR ITU MODAL


Umur ialah modal untuk kita menyediakan bekalan menuju kehidupan akhirat yang kekal abadi. Umur ialah kurniaan daripada Allah yang dengannya kita membuat sebanyak banyak ketaatan demi mencapai kebahagiaan di syurga. 

Justeru, umur mesti digunakan secara optimum. Dalam apa jua keadaan, umur ialah kesempatan yang tidak boleh dipersiakan. Bagi hamba Allah yang taat, umur ialah peluang untuk terus menambah sebanyak-banyaknya kebaikan dan kebaktian. Bagi yang derhaka, umur ialah kesempatan untuk bertaubat dan membetulkan diri.

Baginda mengingatkan akan keutamaan usia ini melalui sabdanya yang bermaksud: 

"Janganlah salah seorang antara kamu mengharapkan kematian, jika dia orang yang berbuat baik maka mungkin sahaja kebaikannya akan bertambah dan jika dia orang yang berbuat buruk, mungkin sahaja dia akan memohon keampunan." 
(Riwayat al-Bukhari)

Panjang dan pendek umur manusia adalah tidak sama. Kita datang ke dunia seperti menaiki sebuah bas dengan destinasi yang berbeza. Tidak semestinya yang naik dahulu akan turun terlebih dahulu. Ada masanya yang naik dahulu akan turn kemudian dan ada pula yang naik kemudian, tetapi turun terlebih dahulu. Maksudnya, ada manusia yang baru dilahirkan tetapi usianya tidak panjang, sudah sampai ajal dan pendek umurnya. Ada pula yang lahir lebih awal, tetapi masih hidup berbanding yang lahir kemudian. Penetapan ajal ini sangat rahsia dan hak mutlak Allah menentukannya. 

Oleh sebab umur tidak diketahui panjang atau pendeknya, kita harus bersedia bila-bila masa untuk dipanggil bertemu llahi. Setiap individu mempunyai ketetapan masing-masing. Penetapan usia itu telah ditentukan semasa manusia di alam rahim lagi. Di alam rahim ada beberapa perkara telah ditentukan. Antaranya rezeki, tempoh kematian, celaka atau bahagianya kita.

Abdullah bin Mas'ud RA berkata, "Rasulullah SAW seorang yang benar serta dipercayai bersabda, 'Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama 40 hari. Sebaik sahaja genap 40 hari kali kedua, terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap 40 hari, kali ketiga, bertukar menjadi seketul daging. Kemudian Allah SWT mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya ditulis empat perkara iaitu rezekinya, tempo kematiannya, amalannya serta nasibnya sama ada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan."
(Riwayat al-Bukhari no. 3154)


Wallahu'alam.


Cantik ke menakutkan?

Cantik dan kesihatan itu besar nilainya. 

Besar nilai dari segi wang ringgit dan pengorbanan.

Kelihatan cantik untuk diri sendiri dan yang tersayang.

Kesihatan yang baik untuk mudah kita beribadah.

Kedua-dua ini dambaan semua manusia ciptaan Allah SWT. 

Ada ke yang tak nak sihat? Dalam doa kita seharian bukankah sihat yang kita pinta. Tidak kira pada diri sendiri, ibu ayah anak suami isteri rakan-rakan dan seluruh umat. 

Sihat datang dengan pakej cantik. Ia terserlah pada raut wajah. Berseri-seri, ceria, senyuman meleret dan aktif. Hormon Dopamine dirembeskan dengan begitu banyak sekali.

Dopamine bersepah dalam badan, kehidupan pun aktif dan ceria, hidup bahagia.. rezeki mudah masuk.

Nampak tak kesimanbungan kepada kita perlu cantik dan sihat? Ke nak MJ lukis kronologi tu 🤣

Btw, nak cantik tetapi jangan menyeksakan diri. 

Sebelum melakukan sesuatu prosedur kosmetik, kena tahu risiko nya. Risiko nya seram.. kalah dari cerita seram. 




Risiko kosmetik ini irreversible atau cannot be undone or altered. Tidak boleh kembali kepada sedia kala atau kepada raut wajah kita yang asal. Mesti pelik la rupanya.. tapi bagi MJ, lebih kepada kelakar dan seram. Pelik tu jatuh no 3. 


.

Aduh sakit. 

Ada banyak lagi cara untuk cantik. Ingat tu..

PS:// Anti-oksida seperti Polyphenols dan Resveratrol tidak membuat wajah anda kelihatan seram. 


Ada banyak journal kesihatan tentang Resveratrol dan Polyphenols. 



https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/29737899/


https://www.realsimple.com/beauty-fashionw/skincare/resveratrol-for-skin


#ResVvixchallenge #Shaklee #FeelYoung #Polyphenols #CoolParents #Innerglow #MyYouthfulpower #Bestskin #ResVShaklee #VivixShaklee

TAZKIRAH : MOHONLAH UNTUK ISTIQAMAH

 TAZKIRAH : MOHONLAH UNTUK ISTIQAMAH


Kenapa Nabi kita –sallallahu ‘alaihi wa sallam– selalu berdoa agar diteguhkan hati dalam ketaatan?

 

Ingatlah, kita sangat memerlukan doa agar dapat istiqamah kerana hati kita boleh sifatnya berbolak-balik. Oleh kerana itu, doa yang sering  Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam panjatkan adalah,

 

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ

“Ya muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘alaa diinik (Wahai Dzat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu).”

 

Di dalam satu hadis,

 

Syahr bin Hawsyab berkata bahawa dia bertanya kepada isteri Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, Ummu Salamah,

 

يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ مَا كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا كَانَ عِنْدَكِ

“Wahai Ummul Mukminin, apa doa yang sering dipanjatkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam jika berada di sisimu?”

 

Ummu Salamah menjawab,

كَانَ أَكْثَرُ دُعَائِهِ « يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ ».

“Yang sering dibaca oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah, ’Ya muqollibal quluub tsabbit qolbii ‘ala diinik (Wahai Zat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu)’.”

 

Ummu Salamah pernah bertanya pada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam,

 

يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا لأَكْثَرِ دُعَائِكَ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ

“Wahai Rasulullah kenapa engkau sering berdoa dengan doa, ’Ya muqollibal quluub tsabbit qolbii ‘ala diinik (Wahai Zat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu)’. ”

 

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam seraya menjawab,

 

يَا أُمَّ سَلَمَةَ إِنَّهُ لَيْسَ آدَمِىٌّ إِلاَّ وَقَلْبُهُ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ فَمَنْ شَاءَ أَقَامَ وَمَنْ شَاءَ أَزَاغَ

“Wahai Ummu Salamah, yang namanya hati manusia selalu berada di antara jari-jemari Allah. Siapa saja yang Allah kehendaki, maka Allah akan berikan keteguhan dalam iman. Namun siapa saja yang dikehendaki, Allah pun boleh menyesatkannya.”

 

Setelah itu Mu’adz bin Mu’adz (yang meriwayatkan hadits ini) membacakan ayat,

 

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami.” (QS. Ali Imran: 8)

(Hadis Riwayat Tirmidzi)

 

Jika setiap kita memahami hal ini, maka sungguh kita sangat memerlukan hubungan yang baik atau sering berdoa kepada Allah untuk mendapat taufik dan hidayah agar terus berada di atas ketaatan. Boleh juga kita beramal dengan doa sebagaimana dalam hadis:

 

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الأَخْلاَقِ وَالأَعْمَالِ وَالأَهْوَاءِ
Allahumma inni a’udzu bika min munkarotil akhlaaqi wal a’maali wal ahwaa

“[Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari akhlaq, amal dan hawa nafsu yang buruk].”

(Hadis Riwayat Tirmidzi)



Moga kita diberi kekuatan untuk terus istiqamah beramal sepanjang masa.

TAZKIRAH : SIAPA HAMBA ALLAH YANG KUAT?

TAZKIRAH : SIAPA HAMBA ALLAH YANG KUAT?

Kata Baginda Rasulullah SAW: "Bukanlah orang yang kuat itu ialah mereka yang bergusti. Akan tetapi orang yang kuat itu adalah mereka yang mampu mengawal hawa nafsunya ketika marah serta memaafkan orang yang berbuat salah kepadanya." Maka dapat difahamilah bahawa walau macam mana hebat seseorang itu bergusti sehingga tiada yang mampu mengalahkannya, itu bukanlah ukuran sebenar kuatnya orang itu.

Namun lihatlah bagaimana keadaan dirinya tatkala berasa marah, sejauh mana mampu dirinya mengawal nafsu.Tidak cukup dengan itu, sejauh mana mampu dirinya memberi kemaafan kepada orang lain. Ini kerana terkadang seseorang itu mampu menahan marahnya, namun belum tentu memberi kemaafan kerana masih tersimpan rasa marah dalam dirinya.

Oleh sebab itu, mereka yang memberi kemaafan itu, sebagai tanda yang benar-benar seseorang itu mencabut rasa marah itu daripada hatinya dan tiada dia menyimpan sebarang dendam.

Hal sebegini, secara teori ia mudah diungkap. Namun secara praktikalnya yakni andai ia benar-benar dilalui oleh diri kita, barulah diketahui bagaimana keadaan diri kita. Hidup ini umpama madrasah yang perlu untuk diri kita terus berlatih dan belajar daripada realiti kehidupan. Kerana sesungguhnya apa sahaja yang dihadapi dari sebarang kejadian dan keadaan ini, mengundang kepada reaksi kita. Jikalau kita terbimbing dengan ayat-ayat seumpama ini, barulah kita mampu belajar daripada apa sahaja yang dilalui dalam kehidupan ini.

Untuk tidak menyikapi sebarang permasalahan lebih daripada sepatutnya, yakni perkara yang kecil hendak disikapi secara besar, maka untuk mengelak daripada ini, kata pepatah arab, "Ubati luka itu dengan kadarnya." Luka yang kecil, tidak perlu dibalut seperti luka yang besar. Maka begitu jugalah kita apabila menghadapi masalah dalam hidup ini. Tanganilah ia sesuai dengan keadaan. Masalah yang kecil usah diperbesarkan dan masalah yang besar maka perkecilkanlah ia. Jikalau tidak begitu, pasti hidup kita tidak akan tenteram dan penuh dengan masalah.

Oleh yang demikian, tidak ada permulaan yang lebih baik dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan melainkan dimulai dengan memaafkan orang lain. Tidak ada orang yang suka memberi maaf kepada orang lain kecuali orang itu yang paling banyak mendapat maaf daripada Allah. Ketahuilah, sesungguhnya Allah amat mencintai mereka yang berbuat baik kepada orang lain. Jikalau tadi kita telah mendengar bagaimana Allah ingin mendidik kita untuk mengawal hawa nafsu, kemudian memberi maaf kepada yang lain, lalu kini Allah ingin menyucikan pula hati kita supaya banyak berbuat baik kepada orang lain. 

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Seandainya kita ini orang yang berubat hati kita dengan al-Quran al-Kareem, maka tidak ada orang lebih bahagia daripada kita dalam hidup ini. Namun jikalau kita menjadikan al-Quran itu sekadar bacaan di bibir sahaja, bukan untuk dihayati dan diambil pedoman dari isi al-Quran itu, maka ketahuilah, kita merugikan diri sendiri yakni dengan menjauhkan diri kita daripada kebahagiaan yang sebenar.


Wallahu'alam.