TAZKIRAH : TIDAK MENDEDAHKAN AIB PASANGAN

 


Suami dan isteri itu sifatnya saling melindungi. Dalam al-Quran, Allah SWT memberikan perumpamaan bahawa suami dan isteri itu adalah ibarat pakaian yang saling menutup keaiban mereka, saling melindungi sesama mereka, dan memelihara dari disakiti. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah:

هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ

 “Isteri-isteri kamu itu adalah seumpama pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.” (Surah al-Baqarah: 187)

Menurut al-Raghib al-Asfahani, perumpamaan bahawa suami isteri itu seperti pakaian adalah kerana mereka seharusnya saling menutup keaiban dan saling memelihara air muka masing-masing. Kata beliau:

جعل اللباس كناية عن الزوج لكونه ستراً لنفسه ولزوجه أن يظهر منهما سوء

“Dijadikan pakaian itu sebagai satu perumpamaan di dalam al-Quran bagi seorang suami adalah kerana suami akan menjadi pelindung buat dirinya dan isterinya daripada terdedahnya keburukan mereka berdua.”

Ini adalah sebuah pengajaran yang penting dalam era dunia hari ini di mana ada pasangan yang saling mendedahkan aib sesama mereka. Mereka mungkin sekadar berniat untuk bergurau, namun ia dibimbangi mendedahkan keburukan pasangan tanpa disedari. Malah dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW mencela lelaki yang mendedahkan rahsia sulit pasangan mereka. Sabda Rasulullah SAW:


إِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ عِنْدَ اللَّهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الرَّجُلَ يُفْضِي إِلَى امْرَأَتِهِ وَتُفْضِي إِلَيْهِ ثُمَّ يَنْشُرُ سِرَّهَا

“Sesungguhnya di antara seburuk-buruk manusia di sisi Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang bersama dengan isterinya dan isterinya bersama dengannya (melakukan hubungan intim), kemudian dia mendedahkan rahsia isterinya.” (HR Muslim)

Begitu juga menurut Rasulullah SAW, sebaik-baik wanita itu adalah yang menjaga hak suaminya. Sabda Rasulullah SAW:

خيرُ النِّساءِ امرأةٌ إذا نظرتَ إليها سرَّتك، وإذا أمرتَها أطاعتك، وإذا غبتَ عنها حفظتَك في نفسِها ومالِك

"Sebaik-baik wanita itu adalah wanita yang tenang hatimu saat memandangnya, dia taat kepadamu saat disuruh, dan ketika engkau tiada, dia menjaga kehormatannya dan memelihara hartamu." (HR Abu Daud al-Tayyalisi)

Benarlah kata Sheikh al-Tantawi bahawa melalui ayat ini, Allah SWT mendidik manusia bagaimana setiap pasangan itu seharusnya rapat seperti rapatnya pakaian kepada tubuh badan seseorang, ia melindungi dari segala yang boleh menyakiti. Jika dilihat pada firman Allah SWT dan hadis-hadis yang telah dinyatakan pada sebelum ini juga menyatakan bahawa seorang wanita atau isteri perlu untuk menjaga dirinya ketika ketiadaan suaminya. Jika keadaan seperti itu sudah diwajibkan untuk menjaga diri dan maruah, apatah lagi jika berada di hadapan suaminya. Aib suami perlu dijaga dan nama baik suami perlu dipelihara. Tanggungjawab ini bukan sahaja dipikul oleh isteri bahkan suami juga mempunyai tanggungjawab yang lebih besar. Firman Allah SWT:

 ٱلرِّجَالُ قَوَّ ٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَاۤءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡض

 

Maksudnya: “ Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah SWT telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan...” (Surah al-Nisa': 34)

Imam al-Baidhawi menafsirkan ayat ini dengan menyatakan bahawa para lelaki mempunyai tanggungjawab ke atas para wanita seperti mana tanggungjawab pemimpin terhadap rakyat. Hal ini bermakna tanggungjawab para suami bukan hanya memberi nafkah semata bahkan lebih daripada itu. 

Antara tanggungjawab suami yang perlu dijalankan terhadap isterinya adalah dengan mendidiknya. Suami tidak boleh membiarkan isteri dan ahli keluarga hanyut tanpa panduan. Lebih teruk lagi membiarkan isterinya melakukan sesuatu yang dilarang oleh agama. Jika ini berlaku maka suaminya itu adalah seorang suami yang dayus.

 Bahkan saat maruah isteri dihina, suami wajib mempertahankannya.

 Oleh itu, dalam melayari bahtera perkahwinan setiap pasangan seharusnya saling menjaga antara satu sama lain dalam apa jua keadaan sekalipun lebih-lebih lagi pada zaman penggunaan teknologi yang semakin berleluasa memudahkan lagi setiap pasangan terjerumus atau secara tidak sedar telah menyebarkan aib pasangan masing-masing. 

Semoga setiap daripada kita dikurniakan keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmat. 

 





Rujukan : Dr. Ahmad Sanusi Azmi
: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

TAZKIRAH : KERANA SYURGA ITU MAHAL



Terkadang kita selalu bersenang-senang dalam menjalani kehidupan seharian dan melakukan maksiat lalu mengharapkan syurga yang paling tinggi sedangkan Rasulullah SAW mengingatkan kita agar berusaha dan merancang untuk ke syurga. Sabda Rasulullah SAW:


من خاف أدلج، ومن أدلج بلغ المنزل، ألا إن سلعة الله غالية، ألا إن سلعة الله الجنة

“Barangsiapa yang takut (ditimpa kesusahan dalam perjalanannya), maka dia akan bertolak awal dan cergas. Barangsiapa yang bertolak cergas dia akan sampai pada destinasinya. Ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu sangat mahal. Ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu syurga? (HR al-Tirmizi)

Menurut al-Imam al-Tibi, hadis ini merupakan satu perumpamaan yang diberikan oleh Rasulullah agar kita merancang dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai destinasi syurga. Kita hendaklah merancang, bertindak keluar awal dan bergerak cergas bagi mencapai destinasi akhirat kerana syurga Allah itu mahal. (Tuhfah al-Ahwazi)

Para sahabat terdahulu berjuang bermati-matian bagi mencapai redha Ilahi. Rasulullah SAW pernah menangis ketika melihat penampilan Mus’ab di Madinah yang meninggalkan kemewahan hidupnya semata-mata kerana memperjuangkan Agama Islam. Perkara ini diceritakan oleh Saidina Ali yang menyebutkan:

إِنَّا لَجُلُوسٌ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي المَسْجِدِ إِذْ طَلَعَ مُصْعَبُ بْنُ عُمَيْرٍ مَا عَلَيْهِ إِلَّا بُرْدَةٌ لَهُ مَرْقُوعَةٌ بِفَرْوٍ، فَلَمَّا رَآهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بَكَى لِلَّذِي كَانَ فِيهِ مِنَ النِّعْمَةِ وَالَّذِي هُوَ اليَوْمَ فِيهِ

“Ketika kami sedang duduk di Masjid, lalu datang Mus’ab ibn Umayr dengan pakaian yang bertampal. Apabila Rasulullah melihat Mus’ab, Baginda menangis kerana mengenangkan kehidupan mewah yang pernah dinikmati oleh Mus’ab.” (HR al-Tirmizi).

Ketika suasana sengit dalam Perang Uhud, Mus’ab jualah antara pejuang yang mempertahankan Rasulullah SAW. Beliau memegang panji Islam dengan tangan kanannya. Musuh datang lalu menebas tangan Mus’ab sehingga putus. Ketika lalu di hadapan jenazah Mus’ab yang syahid di medan Uhud, Rasulullah SAW sangat sebak. Hal ini kerana Baginda SAW terkenangkan perjuangan Mus’ab yang menjadikan keseluruhan dirinya semua untuk Islam. Baginda SAW lalu membacakan ayat:

مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

Tidak dinafikan bahawa Allah SWT berhak melimpahkan rahmatNya kepada sesiapa sahaja untuk mengurniakan syurga, namun secara fitrahnya Rasulullah SAW sendiri berusaha keras memartabatkan Islam bagi mendapatkan redha Allah dan dijanjikan syurga yang mahal. 

Jadi bagaimana pula kita yang dilahirkan dalam keadaan Islam sudah berkembang. Adakah kita bersikap sambil lewa dalam menjalani kehidupan seharian tanpa mempedulikan perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat yang sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan Islam?  

Masih ada lagi kah alasan atau sebab untuk tidak melaksanakan suruhan Allah SWT? Perlu diingati bahawa Allah SWT tidak mensyariatkan sesuatu melainkan mampu dilaksanakan oleh hambaNya. Oleh itu, marilah kita sama-sama melaksanakan perintah Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya kerana syurga itu mahal. 

Semoga kita semua sentiasa dikurniakan taufik dan hidayah oleh Allah SWT. 





Rujukan : Dr. Ahmad Sanusi Azmi

TAZKIRAH : JOM JADI AHLI SYURGA


Antara salah satu sifat ahli syurga seperti mana yang disebutkan oleh Allah SWT dalam al-Quran ialah Allah SWT telah menghilangkan sifat hasad dan dendam di dalam hati mereka sehingga jiwa mereka menjadi bersih dan sejahtera. Firman Allah SWT:


وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمُ الْأَنْهَارُ

“Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing..”

(Surah al-A’raf: 43)

Mereka yang bercita-cita ingin masuk ke syurga perlu berazam untuk membuang sifat hasad dan dendam di dalam hati mereka. Kesombongan jiwa menghalang mereka untuk ke syurga. Benarlah sabda Rasulullah SAW:

لا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال ذرة من كبر

“Tidak masuk ke syurga mereka yang ada di dalam hatinya walau sebesar zarah sifat sombong.”

(HR Muslim).

Selain itu, terlalu kuat berdendam dan berdengki dengan orang lain menjadikan jiwa keras dan kotor. Jiwa yang kotor akan memakan amalan-amalan kebaikan yang telah kita lakukan. Sabda Rasulullah SAW:

إيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ، فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ

“Jauhkan diri kamu dari hasad kerana sesungguhnya hasad itu memakan amalan kebaikan seperti mana api yang membakar kayu.”

(HR Abu Daud)

Antara penyakit hati yang paling berbahaya ialah penyakit hasad. Hal ini kerana mereka yang mempunyai sifat hasad ini merasakan tidak puas hati dengan pemberian nikmat yang ada pada seseorang yang lain dan menginginkan untuk nikmat tersebut hilang daripada diri seseorang tersebut. Dikatakan paling bahaya kerana melalui sifat hasad inilah timbul pelbagai perbuatan buruk yang lain bahkan sehingga membawa kepada perbuatan mensyirikkan Allah SWT.

Mereka sanggup untuk menggadaikan iman mereka supaya nikmat yang ada pada diri seseorang itu hilang atau terhapus. Lupakah kita bahawasanya nikmat yang ada pada diri seseorang itu merupakan pemberian daripada Allah SWT? Bukankah apabila timbulnya rasa tidak puas hati terhadap nikmat yang ada pada diri seseorang itu menunjukkan bahawasanya kita juga tidak berpuas hati dengan aturan yang ditetapkan oleh Allah SWT?

Mengapa sehingga kita sanggup membelakangkan Allah SWT semata-mata menuruti kehendak hawa nafsu?

Oleh yang demikian, sucikan hati dengan melatih hati untuk reda dengan segala ketentuan Allah SWT dan didik diri untuk memaafkan manusia. Perkukuhkan jiwa dengan membaca al-Quran dan mengingati Allah SWT melalui zikir dan solat. Ambillah masa dan renungkan kembali nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita. 

Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat pemberian daripada Allah SWT dan mudah-mudahan kita semua menjadi ahli syurga !







Rujukan : Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Ramadan dengan Set Ramadan Shaklee




Berpuasa di bulan Ramadan, Alhamdulillah kita SUDAH menghampiri bulan yang ditunggu-tunggu untuk berpuasa dan menjalankan ibadah sebanyak mungkin. Bulan Ramadan bulan yang mulia. Setiap tahun ramai yang akan tertanya-tanya bagaimana untuk mengekalkan kesihatan terbaik dan bagaimana untuk mengamalkan pemakanan suplemen Shaklee semasa berpuasa.  

Ye la kan. Mana nak puasa, nak cukupkan pengambilan air dan nak tenaga lagi.

Mampukah kita?

Jom MJ cerita tentang set ramadan yang best ni. Best seller tau.. 



Mengekalkan tenaga dan mengelakkan dehidrasi di waktu siang

    Selepas seharian berpuasa, u ols boleh berbuka dengan kurma dan segelas Performance Drink Shaklee. Tak kisah minum dengan air sejuk atau suam. Dua-dua pun sedap. Pastikan u ols juga minum air kosong/air mineral sekurang kurangnya 6 gelas atau lebih dari waktu berbuka hingga bersahur.  Waktu sahur, kalau minum Performance Drink Shaklee lagi bagus juga. U ols kurang merasa terlalu haus di siang hari terutamanya dengan cuaca yang panas.


PD ni kan mengandungi formula khusus untuk mengelakkan dehidrasi dan keseimbangan elektrolit badan agar anda tidak menjadi "dehydrated" atau kekurangan air.  Formulanya yang dipatenkan menjamin tenaga berterusan dan ini dapat memudahkan anda mengerjakan solat terawih selepas berbuka. 


Cara paling mudah untuk menikmati Performance Drink Shaklee ialah dengan membancuh di dalam satu jag air dan diminum seisi keluarga sebagai minuman berbuka dan semasa bersahur.  Anak anak juga mudah untuk berpuasa walaupun penat seharian di sekolah kerana minuman ini dapat membantu tubuh cukup air dan tidak letih di waktu siang.

Sedap pun sedap tau. Perisa lemon. Segar dan nyaman je tekak. Bak kata orang putih "refreshing"

ahhh gitu.




Amalan semasa bersahur untuk mengurangkan rasa lapar sepanjang hari

 Anda boleh memilih untuk bersahur berat dengan nasi atau bersahur ringan dengan oat atau roti.  Kemudian tambahkan ESP (energizing soy protein) dan Performance Drink Shaklee di akhir menu bersahur anda.  Mudah kan.  Hanya tambah sahaja. Selain dari ESP, MJ suka juga bersahur dengan Cinch. 

Dan flavour kegemaran i ols semestinya Chocolate. Anak pun suka. Senang sekali bancuh boleh share dengan anak.





Sekiranya anda terlewat bangun, memadai dengan membancuh ESP atau Cinch dan Performance Drink bersama beberapa biji kurma sebagai menu bersahur. 30 saat boleh siap. SETTLE.

ESP adalah protein asli daripada sumber tumbuhan tumbuhan (IA BUKAN air soya yang biasa-biasa) boleh refer pada home page saya kisah tentang energy soy protein.  Protein bagus kerana itu ia dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama kepada badan manusia.  Bukan itu sahaja, ESP dan Cinch  juga memelihara otot membuatkan anda sentiasa tegap dan tidak lembik.   Mesti cuba baru tahu!

ESP ni bekalkan Long lasting Energy pada kita tau.



Cubalah. dan paling best, ia SEDAP!






 Anda nak kurus semasa berpuasa ?




 MJ yakin dan pasti ramai nak kurus pada ramadan kan. because u want to look good masa Syawal nanti.   Berpuasa dan berdiet sihat untuk kurus. Bukan bulan Ramadan kita boleh buat Intermittent fasting kan, tapi Ramadan is NO NO. Shaklee boleh membantu anda capai keinginan anda. 

Percaya atau tidak? Cinch Protein dan ESP lah jawapannya.. 

Ini ialah sahabat baik u ols dan juga sahabat baik i ols sepanjang bulan ramadan. Fungsi Cinch adalah untuk membakar lemak dan mengekalkan kepejalan otot agar anda kekal tegap bertenaga.  Anda cuma perlu minum nya semasa bersahur dan tidak perlu makan makanan lain.  Ia akan memberikan rasa kenyang kerana kandungan protein asli.  Cinch Shaklee tidak mengandungi pewarna dan perisa tiruan jadi ia sangat selamat untuk anda.  Ia juga sesuai untuk mereka yang vegetarian.


Untuk pelbagaikan rasa, u ols boleh memilih daripada 3 perisa iaitu vanilla, coklat dan cafe latte.




Jom. MJ sambil tulis cerita Ramadan dengan Set Puasa Shaklee ni rasa terliur dan tak sabar nak rasa vibe puasa tu.. 


Kalau u ols pun sama terliur, jom order sebelum kehabisan. Yang best bulan ini ada sale kaw -kaw tau. 3 tong ( ESP, Cinch Chocolate dan Performance Drink Lemon Lime dan dapat satu free shaker. 
Jimat rm252 dari harga asal tau. Tak tahu nak cerita keterujaan macam mana lagi.
 BEST SANGAT!





Set Puasa Shaklee  awesome! Teruskan pembacaan u ols! 


#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ProjekBlogMega
#ProjekDuitRaya
#SahurSimpleZatPadu
#MagnificentJewels










7 "Golden Rules" dalam kehidupan.

 


1. PUASA.
Semua orang kena ada satu tempoh untuk rehatkan perut. Bukan satu atau 2 jam sahaja. SETIAP HARI. Paling kurang pun 12 ke 14 jam mesti kosongkan perut dari sebarang jenis makanan, termasuk waktu tidur. Kalau dapat 16 jam atau lebih, itu cukup baik. SANGAT PENTING dan WAJIB dilakukan. Lebih lama lebih bagus.

2. TIDUR.
Tidue at least 6 jam secara direct setiap malam. Kalau dapat 7 ke 8 jam, itu paling baik. Banyak tindakan hormon akan berlaku pada waktu tidur terutamanya Human Growth Hormone. Tidur yang nyenak tanpa gangguan. Atau kita panggil "deep sleep".
Untuk Muslim, kadang-kadang bangun malam untuk buat Solat Tahajjud, jadi prepare jadual anda untuk dapatkan waktu tidur yang berkualiti.

3. MINUM.
Air kosong atau air mineral secukupnya, lain-lain pastikan tiada gula. Kurangkan mengambil minuman manis atau bergas. Air kosong adalah pilihan terbaik. 


4. MAKAN.
Utamakan makanan yang segar dan berkualiti. Atau nama lain 'Real food'.  Elakkkan dari  makan makanan yang diproses. Asalkan datang dalam bentuk paket atau bungkusan, tengok dulu maklumat nutrisi, sebab mungkin banyak benda yang tak diberitahu, seperti gula tersembunyi. Tidak kurang juga pewarna dan perisa tambahan.
Semestinya makanan yang dimasak sendiri lagi bagus, tapi sederhanakan semua perencah seperti MSG. Jika resepi memerlukan gula, boleh tukar kepada gula perang.
Kurangkan karbohidrat ringkas, lebihkan sayuran, cukupkan protien. 

5. PSIKOLOGI.
Amalkan sikap positif, tolak kebanyakan sikap dan pemikiran negatif. Tenangkan diri sentiasa, dan relaks. Jauhkan diri dari terlalu sibuk melihat media sosial, itu semua punca naik darah tinggi dan hasad dengki.
Sentiasa melihat sesuatu dari sudut yang baik dahulu. Ingat bahawa semua benda ada pro dan cons, yang penting ialah pertimbangan serta balance.
Tiada perkara yang kebetulan dalam dunia ini. Semua nya telah ALLAT SWT aturkan untuk kita.

6. SUPPLEMENT ATAU MAKANAN TAMBAHAN.
Ini ialah atas pilihan sendiri dan juga dengan ilmu yang ada, tetapi perlukan nasihat dari penasihat perubatan. Diet masyarakat sekarang selalunya tidak lengkap, tinggi karbo mudah dan tidak mengandungi nutrisi yang baik, suplemen mungkin diperlukan untuk kesihatan peribadi anda.
Amalan pengambilan suplemen yang sesuai mampu meningkatkan kesihatan anda dan mengelak dari Keto Flu atau kesan sampingan dari kekurangan sesetengah nutrisi semasa melakukan IF atau Diet pilihan anda.
Suplemen sepatutnya ialah makanan tambahan untuk kesihatan (melengkapkan jurang pemakanan), BUKAN ubat kurus. Anda perlu dapatkan nasihat dari pengamal perubatan untuk mengetahui apa yang sesuai untuk anda mengikut kadar yang dibenarkan untuk seharian.

7. SENAMAN.
Tujuan utamanya ialah untuk mengaktifkan otak serta muskuloskeletal supaya kekal sihat, bukan untuk kurus semata-mata. Perlunya senaman ringan untuk memastikan segala sistem kardiovaskular dan saraf berjalan lancar.
Berjalan 5000 ke 10000 langkah sehari dan tidak memaksa diri ialah senaman yang terbaik untuk mengoptimakan penggunaan lemak badan. Begitu juga mengangkat berat dan stretching secara sederhana.
Jangan confuse berkenaan senaman intensif dan anaerobik, ia adalah untuk fitness dan endurance, dan sepatutnya dilakukan pada kadar singkat sahaja untuk kesan yang lebih baik (seperti HIIT).

Terima kasih kerana sudi membaca, jom terus dengan AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
Izura 💟


"Autophagy"

 Apa itu 'Autophagy'

Autophagy adalah keadaan di mana badan anda mengitar semula protein lama dan rosak dalam badan. Tidak hanya sel rambut dan otot sahaja. Ia merangkumi tentang semua sel protein enzim kecil yang melakukan kerja di dalam badan. Mereka berada di peringkat selular, dan mereka membuat tisu badan. Ia dipanggil sebagai Mitokondria.



Atau dalam erti kata lain, Autophagy membersihkan dari badan kita dan 'recycle'



Autophagy- proses di mana sel , memakan sesama sendiri.

Uols, sebutan nya “ah-TAH-fah-gee” ye. Bukan Auto macam kita sebut autopay tu. heheh..

Autophagy atau dalam istilah Yunani bermaksud "Makan dengan sendiri", adalah proses dimana ia diransang apabila tubuh berada dalam keadaan lapar. Misalnya apabila seseorang itu berpuasa untuk tempoh 8 hingga 10 jam atau lebih. 

Best kan! Sel protein badan memakan dan membuang sel dari padan.

Ketika dalam keadaan lapar, autophagy akan memecahkan protein dan komponen yang telah rosak dan menggunakannya semula untuk menghasilkan tenaga.

Bukan itu sahaja, sel-sel lapar ini juga akan memusnahkan virus dan bakteria dalam badan dan menggunakannya untuk kitar semula.

Proses ini penting bagi mencegah pembentukan sel kanser, mencegah penyakit berjangkit, penyakit imunologi dan lain-lain.

Secara tidak langsung, dengan berpuasa kita mampu merawat dan memulihkan fungsi tubuh badan secara semula jadi.

Indah betul ciptaan tuhan.

Tubuh badan manusia mempunyai fungsi yang cukup unik untuk memperbaiki kerosakan.

Kita boleh manfaatkan fungsi ini dengan mengamalkan puasa pada bulan ramadan dan berbuka puasa dengan sederhana contoh dengan membuat "intermittent fasting" dan paling penting jangan merokok.




Seorang ahli sains Jepun, Yoshinori Ohsumi telah diberi pengiktirafan oleh Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan pada tahun 2016 kerana menemui tentang bagaimana sel tubuh mengalami proses kitar semula yang dikenali sebagai autophagy ATAU autofagi.






Faedah autophagy:

  • Ia mengurangkan risiko penyakit

  • Ia akan membantu mengitar semula protein sebagai mekanisme kelangsungan hidup. Contoh terbaik adalah berpuasa atau berlapar. Ia mengambil tisu lain untuk bertukar menjadi tenaga.

  • Ia boleh membantu mengurangkan patogen dalam badan

  • Ia melindungi neuron dan sel jantung

  • Ia menyingkirkan produk akhir glycated termaju dan plak amyloid. Membersihkan sel badan dari sel protein yang rosak atau tidak diperlukan.





KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING

Dalam Islam juga ada mengajar umatnya bersederhana. Dalam mendapat proven result, ada juga kelemahan yang perlu diperbaiki. Terlebih taksub, boleh mendatangkan mudarat. Itu juga termasuk dengan cerita Intermittent fasting ni.

Collagen boleh dimusnahkan oleh proses autophagy ini. Satu kajian yang dijalankan pada 2017membuktikan bahawa autophagy promotes degradation of internak collagen. Satu kajian lain pula pada 2021 menunjukkan implikasi autophagy dalam merencatkan penghasilan kolagen.

Jelas sekali autophagy memberi impak yang besar pada kolagen dalam badan. Kolagen dalam badan rosak.

Terdapat 28 jenis kolagen dalam badan. tetapi Type 1,2 dan 3 biasa kita dengar. 90% kolagen dalam badan terdiri dari type 1 dan type 3. 
Yang tak best, autophagy banyak menyerang kolagen type 1 yang banyak terdapat pada rambut, kulit , kuku, organ badan, tulang dan ligaments.






Sebab itu mereka yang mengamalkan intermittent fasting cepat kurus, macam hantu kak Limah. bak kata Prof Redza. hahahaha.

Maka, pegajarannya adalah jangan terlalu taksub dengan Intermittent Fasting tanpa mengambil supplement collagen. Collagen perlu diambil kerana kollagen tidak dihasilkan oleh badan dan sememangnya paras kolagen dalam badan semakin merosot bila kita meningkat tua. Faktor lain yang menyumbang kepada kemerosotan kolagen adalah cahaya matahari, asap roko atau habit merokok dan pengambilan alkohol

Jangan ambil mudah kadar kehilangan kolagen dalam badan. Kerana 30% dari badan kita adalah kolagen. Jika kekal berkurangan, masalah sakit sendi, kuku kuning dan rapuh, kulit berkedut dan masalah sakit badan mula datang. 

Oleh itu, yang buat Intermittent Fasting dinasihatkan untuk tidak meninggalkan kolagen sebagai makanan tambahan anda.

Boleh sambung gali ilmu Keburukan Intermittent Fasting lagi.

Best kan ilmu ini. Boleh, dengan berpuasa kita boleh kurus! ayuhh..

teruskan membaca tau.. kalau nak kurus dan nak tahu lagi tentang intermittent fasting.

Terima kasih kerana membaca, 
Izura aka Mamajura.