TAZKIRAH : BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA DAN ORANG LAIN

 TAZKIRAH : BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA DAN ORANG LAIN


Sesungguhnya Allah menyuruh setiap mukmin itu berbuat baik kepada orang tuanya. Sungguh amat berbeza tingkatan orang yang berbuat baik kepada orang tua kerana mengingati jasanya sahaja, dengan orang yang berbuat baik kepada orang tua kerana menurut perintah Allah SWT. Nilai yang lahir kerana perintah Allah itu jauh lebih berkualiti.

Sekiranya ada anak yang dilahirkan oleh seseorang dan sejak mula lahir anak itu dibuang seperti diberikan kepada sesiapa yang lain. Ini sehinggalah anak itu dewasa dan mungkin sudah menjadi senang, maka barulah orang tuanya kembali kepadanya kerana menghadapi sesuatu kesusahan lalu meminta bantuan kepadanya.

Apakah agaknya si anak itu akan berkata jikalau dasar berbakti kepada orang tua itu adalah kerana punyai jasa, 'Engkau dahulu buang aku, sekarang susah baru cari aku?"

Namun dalam agama, tidak. Kita perlu berbakti kepada orang tua walaupun dia buang anaknya sendiri, walaupun dia tidak menjaga anaknya. Ini kerana dasar sebenar berbuat baik kepada orang tua yang diajar Rasulullah, bukan kerana apa jasa mereka kepada kita, tetapi kerana Allah yang menyuruh kita berbuat baik kepada orang tua.

Begitu juga perintah Allah untuk berbuat baik kepada kaum kerabat. Sekiranya kaum kerabat itu tidak berbuat baik kepada kita, adakah kita tidak perlu berbuat baik kepada mereka?Tidak. Kita tetap perlu berbuat baik. Ini kerana yang menyuruh berbuat baik kepada kerabat itu adalah Allah dan bukan kerana kerabat itu berbuat baik kepada kita. Demikian juga kepada anak-anak yatim, orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat. 

Wallahu’alam.

Lipstick termahal di dunia.

 TAHUKAH ANDA?




Perusahaan parfum Perancis bernama Guerlain ialah yang pertama kali membuat lipstick secara komersil pada tahun 1884. Mereka merancang lipstick menggunakan beeswax, lemak rusa, dan castor oil yang dibungkus dengan kertas sutra. WOW!


Fakta lain adalah produknya yang bernama Guerlain’s KissKiss Gold and Diamonds Lipstick adalah  menjadi salah satu lipstik termahal di dunia. Lipstick sultan ini menggunakan emas 18 karat dan 199 berlian, sehingga membuatnya dibidaan mencapai US$62 ribu. WAHHH! Boleh beli rumah sebiji kot!


5 Kelebihan Berselawat Kepada Rasulullah S.A.W

 Firman Allah S.W.T di dalam al-Quran yang bermaksud;


“Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi S.A.W. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi S.A.W dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”Surah Al-Ahzab : 56


Amalan berselawat ini amat dituntut dalam kehidupan kita seharian. Allah S.W.T dan para malaikat turut berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Di mana pula kita sebagai umat baginda? Lebih-lebih lagi sewajarnya patut berselawat kepada baginda.


Sesungguhnya berselawat bukan satu amalan yang merugikan. Malah, ia membawa seribu kebaikan dan kelebihan kepada yang sering mengungkapkan selawat. Apakah kelebihan dan kehebatan selawat itu?


1- Sekali Berselawat 10 Kali Pahala

Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi S.A.W bersabda:

“Orang yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali.”Riwayat Imam Muslim


2- Diampunkan Dosa Dan Diangkat Darjat

Daripada Sayyidina Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi S.A.W bersabda

“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali selawat, Allah akan berselawat(memberi rahmat) atasnya 10 selawat(rahmat), dihapuskan 10 kesalahan(dosa) daripadanya dan diangkatkan 10 darjat untuknya.”Riwayat an-Nasa’i


3- Mendapat Syafaat Di Hari Kiamat

Daripada Sayyidina Abu ad-Darda’ r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud;

“Sesiapa yang berselawat ke atasku pada waktu pagi sebanyak 10 kali dan pada waktu petang sebanyak 10 kali, dia akan mendapat syafaatku pada hari kiamat.”Riwayat ath-Thabrani


4- Mendapat Kebahagiaan Hidup

Dengan berselawat, Allah akan menganugerahkan seseorang itu kebahagiaan dan ketenangan hidup di dunia dan di akhirat.

Hati yang gelisah akan menjadi tenang dan tenteram. Hilanglah segala kekusutan dan kecelaruan hati apabila selawat sering diamalkan.

Kebahagiaan dan ketenangan adalah anugerah yang sangat agung kerana setiap manusia inginkannya. Dan untuk mendapatkannya adalah melalui jalan selawat. Jom berselawat!


5- Dipermudahkan Urusan Hidup

Allah akan memudahkan urusan kehidupan kita dengan kita memperbanyakkan berselawat kepada Nabi S.A.W.

Jika sesuatu urusan itu berat untuk dilakukan, hati tidak cepat mengalah dan dapat melakukan dengan hati yang tenang. Tidak cepat marah. Tidak mudah diserang stress.

Inshaa Allah, semuanya atas kehendak Allah S.W.T. Yakinlah dan beramallah secara berterusan. Semoga urusan hidup terasa ringan dan tidak lagi berat.


Oleh itu, Jom Perbanyakkan Berselawat..Lagi-lagi di Hari Jumaat yang penuh barakah ini..Jom selawat!


Sejarah LIPSTICK.

 Sejarah LIPSTICK.


  1. Warna Lipstik Zaman Dulu Asalnya dari Serangga.



Orang-orang dari peradaban kuno Sumeria di Mesopotamia diyakini sebagai pengguna lipstik paling awal. Berbeza dengan zaman sekarang, mereka membuat pewarna bibir dari zat alami seperti buah-buahan, pacat, karat tanah liat, dan serangga. Versi mewahnya, permata berharga pun ditambahkan untuk menambah warna dan kilau pada bibir mereka. Ala-ala lipgloss gitu.

Pada zaman Mesir kuno, lipstik digunakan sebagai penanda status sosial, baik oleh perempuan mahupun laki-laki. Lipstick bewarna seperti ungu dan hitam adalah hal biasa. Warna tersebut diperoleh dari pewarna carmine yang berasal dari serangga cochineal. Semacam kutu pemakan kaktus tak berduri, yang dicampur dengan minyak dan wax. Namun, mereka juga menggunakan campuran zat kimia berbahaya seperti timbal, bromin mannite, dan yodium. Sejarah ini tercatat dalam buku “Read My Lips: A Cultural History of Lipstick”

Lelaki pada zaman ini juga memakai lipstick. Bewarna hitam dan diperbuat dari semut hitam. Hebat kan!





  1. Memasuki zaman pertengahan, bila dating agama Kristian di Eropah, pemakaian lipstik dianggap sebagai terkutuk. Apabila ada perempuan yang menggunakannya, ia akan dicurigai merupakan seorang pelacur atau penyihir.

Bibir yang berwarna merah akan dikaitkan sebagai salah satu ritual untuk memuja setan. Selain itu, banyak yang percaya bahawa pemakaian lipstik merupakan hal berdosa, sebab melawan Tuhan. Perempuan yang menggunakan lipstick pula akan dianggap tidak boleh menerima dirinya sendiri.

Pulakkk! Nak lawa sikit je kan.. hehe




  1. Ratu Elizabeth I yang menjadi pelopor lipstik kembali diterima masyarakat.

Pemakaian lipstik memang sempat ditentang untuk beberapa waktu. Namun semenjak Ratu Elizabeth I mulai memperkenalkan bedak wajah yang putih dengan bibir merah menyala di abad ke-16, banyak perempuan yang mengikutinya. Sayang, di abad tersebut hanya kalangan bangsawan dan artis yang diperbolehkan memakai bedak yang tebal. Dan lebih malang lagi, kosmetik berbahaya ini mengandung merkuri dari kandungan timah putih dan mineral warna merah cinnabar.





  1. Hingga di abad ke-19, pemakaian bedak pada wajah memang masih sangat tabu di kalangan perempuan. Banyak yang beranggapan bahawa riasan wajah tebal hanya diperuntukkan bagi kalangan artis atau penggiat seni. Beruntungnya pada 1884, pemakaian lipstik mulai diterima setelah adanya brand parfum asal Prancis yakni, Guerlain, yang menkomersialkan lipstik pertamanya.

  2. Di tahun 1890, banyak produk lipstik yang kandungannya terdiri dari minyak dan lilin, sehingga warna yang dihasilkan tidak terlalu menjolok mata dan terlihat natural. Semenjak itulah, semakin ramai perempuan yang mulai tertarik untuk memakai lipstik, kerana hasilnya yang tetap terlihat natural.


#MamajuraShare #CertifiedSkincareConsultant #Lipstick


TAZKIRAH : KEBERKATAN

 TAZKIRAH : KEBERKATAN 


Maksud berkat:

Dari segi bahasa:
Berkat "barakah" maksudnya bertambah (al-ziyadah) dan berkembang. Kata ini digunakan untuk menunjukkan "kebaikan yang banyak" seperti dalam firman Allah SWT yang bermaksud; "Kitab penuh berkat" dan "malam penuh berkat", iaitu dipenuhi dengan kebaikan yang banyak.

Rasulullah SAW juga sering kali mendoakan para sahabatnya agar Allah memberkati mereka seperti doa Baginda untuk Abu Qatadah, "Ya Allah, berkatilah kulit dan rambutnya." Sejak itu, kulit dan rambut Abu Qatadah tidak pernah beruban meskipun usianya bertambah. Al Hafiz Ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimasyq bercerita bahawa Abu Qatadah wafat pada usia 70 tahun namun kulit dan rambutnya seperti remaja berusia 17 tahun.

Ringkasnya. keberkatan dalam sesuatu itu bermakna kualiti sesuatu itu berkembang sehingga melampaui kuantitinya.

Jika sebelum makan kita meminta Allah memberkati makanan kita, bermakna kita meminta agar makanan itu bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan dan ibadah kita. Kuantiti, bentuk dan rasa makan itu mungkin tidak berubah, namun kesan positif yang diakibatkannya akan segera dirasakan oleh orang yang memakannya. Tubuhnya semakin kuat dan terhindar daripada penyakit, jiwanya terasa lebih ringan untuk melakukan perkara yang bermanfaat bagi dunia dan akhiratnya.

Wallahu’alam.

Apa penyebab jerawat?

 Apa yang menyebabkan jerawat? 



Pelbagai faktor yang menyebabkan jerawat. Tetapi faktor utama adalah peningkatan hormon androgen. 


Androgen adalah sejenis hormon yang meningkat bila meningkat dewasa atau baligh. 


Pada wanita, hormon ditukar kepada estrogen. 


Peningkatan androgen menyebabkan kelenjar minyak untuk membesar dibawah kulit. Semakin besar menyebabkan penghasilan sebum. 


Sebum yang banyak menyebabkan liang lebih terbuka dan membolehkan bakteria membiak. 


Antara faktor lain : 

• Pengambilan ubat yang mengandungi androgen dan lithium 

• Penggunaan alat kosmetik yang berminyak dan tidak sesuai pada kulit. 

• Perubahan hormon. 

• Stress. 

• Kitaran haid. 

• Faktor cuaca. 

• Pemakanan yang tidak sihat. 


PS:// Jerawat seketul, riuh sekampung


#CertifiedSkincareConsultant 

#skinconfessions101

#Mamajurashare #MJ 

#SkinConfessions101 #SaintisCantik

TAZKIRAH : BUKAN ALLAH TIDAK SAYANG

 TAZKIRAH : BUKAN ALLAH TIDAK SAYANG




Adapun orang-orang yang diduga oleh Allah dengan melimpahnya harta kepadanya, maka mereka mengatakan, "lihatlah Tuhan aku telah memuliakan dan sayang kepada aku lalu memberikan aku harta yang melimpah ini." 

Begitu juga bagi mereka yang diduga Allah dengan kesempitan hartanya lalu mereka mengatakan Allah tidak sayang dan tidak cinta mereka. Ini juga salah kefahamannya.

Jangan menganggap bahawa banyaknya harta itu bererti Allah memberi kemuliaan kepada kita dan jangan pula menganggap bahawa kurangnya harta itu bererti penghinaan kepada kita.

Hal ini kerana sekiranya kemuliaan itu dinisbahkan kepada hartanya, maka Qarun tidak akan dilingkupkan bersama hartanya di atas muka bumi ini.

Sesungguhnya akan senantiasa ada orang-orang yang diduga dengan kekurangan harta.

Oleh itu, wahai orang-orang yang diduga dengan banyaknya harta daripada pemberian Allah itu kamu tidak memberikan mana-mana bahagian daripada harta kamu itu untuk membantu anak-anak yatim dan juga mereka yang memerlukan, lalu kamu mendakwa diri kamu dimuliakan dengan harta kamu itu?

Wahai orang-orang yang mendakwa dirinya hina kerana diduga dengan kurangnya harta. Adakah kamu menyangka dengan rasa hina itu dan merasakan kamu akan dimuliakan jikalau diberikan harta sedangkan kamu mempunyai sifat yang sama iaitu tidak membantu anak-anak yatim dan yang memerlukan?

Sesungguhnya hakikat hina adalah pada orang-orang yang diberikan harta namun berasa sombong dengan hartanya dan tiada membantu serta memberi manfaat kepada orang lain, yang akhirnya nanti akan dihukum oleh Allah.


Wallahu’alam.