Stress punca jerawat?

 Stress boleh jadi penyebab jerawat.



Stress meningkatkan tahap hormon kortisol dan menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan minyak (sebum) berlebihan.


Jerawat terhasil apabila minyak berlebihan ini bercampur dengan sel-sel kulit mati dan bakteria penyebab jerawat.


Apabila kita stress, boleh menyebabkan jerawat sedia ada menjadi lebih teruk. Dan proses penyembuhan luka, termasuk jerawat, berlaku jauh lebih lambat kita seseorang mengalami tekanan atau stress. 


PS;// Jangan stres la, follow FB Mamajura ni. Kadang tu Mamajura buat kelakar juga. Be happy! 😊


#CertifiedSkincareConsultant #Mamajurashare #MJ #SkinConfessions101


TAZKIRAH : SAHABAT YANG BAIK

 TAZKIRAH : SAHABAT YANG BAIK



Dalam adab kepada sahabat itu, carilah apa sahaja kemungkinan untuk memungkinkan kesilapan yang dilakukan oleh temanmu itu sampai kepada 70 kali kemungkinan. Sebagai contoh jikalau kita berkawan dengan seseorang, kemudian dia buat suatu jemputan dan kita tidak dijemput. Maka reaksi yang bagaimanakah yang kita pilih ketika itu?

Adakah kita akan berkata,"Orang ini memang tidak tahu hak
persahabatan,"
, ataupun,"Orang ini selalu begitu, apabila sudah senang tidak ingat langsung sahabatnya." Ketahuilah, perkataan-perkataan sebegini adalah reaksi orang yang mencari kemungkinan yang buruk.


Namun jikalau orang yang ikhlas dalam bersahabat, maka akan dicarinya kemungkinan-kemungkinan yang baik iaitu akan dikata bahawa, "Mungkin dia terlupa," ataupun, "Mungkin terlalu ramai yang dijemput sehingga terlepas pandang aku," ataupun, "Mungkin dia menyangka bahawa telah menjemput aku."


Hatta jikalau dirasakan tidak mungkin segala kemungkinan tersebut, carilah apa sahaja kemungkinan lain yang membolehkan kamu tidak menyalahkan sahabatmu itu.


Orang yang sanggup mencari kemungkinan seperti ini, itulah juga
tanda orang yang sanggup bersahabat dengan sahabatnya kerana itulah hak yang perlu ditunaikan dalam persahabatan. Begitu juga dalam apa sahaja perkara lain selain hal jemputan, seperti berselisih sehingga tidak diucap ataupun dijawab salam.


Yang seterusnya, usahakanlah dalam bersahabat itu bila mana ingin
menasihati, carilah saat dan ketika yang sesuai dan tepat. Jangan pula diberi nasihat itu dalam keadaan sahabat itu sedang runsing kerana boleh jadi itu lebih merunsingkan emosinya, lalu timbul kemarahan daripadanya.


Ayuh sama-sama doakan moga-moga Allah mengurniakan kepada
kita sahabat-sahabat yang baik di dunia untuk kita bersahabat juga dengan mereka di akhirat. Dan juga moga-moga dikurniakan juga buat kita sahabat- sahabat yang akan menunjukkan kesilapan dan aib kita supaya kita dapat memperbaiki kekurangan yang ada pada kita melalui teguran daripada sahabat-sahabat kita.


Moga-moga Allah menjadikan diri kita saat mendapat teguran daripada sahabat kita, maka mampu lidah kita mengucapkan Jazakallahu khairan.


Pilihlah sahabat-sahabat yang baik supaya kita menjadi baik. Yang
daripada kesungguhan mereka mencari bimbingan daripada Allah, maka akan kita juga menuruti kesungguhan mereka itu.





Wallahu’alam.

Benarkah makanan dan solekan adalah punca jerawat?

‼️ Benarkah makanan dan solekan adalah punca jerawat?





Kurang tepat. 


Jikalau makanan itu penyebab jerawat, pasti semua orang pun naik jerawat selepas makan makanan tersebut.


Namun demikian, kajian mendapati bahawa individu yang mengalami jerawat sering mempunyai tabiat pemakanan yang tinggi karbohidrat dan tinggi gula.


Sememangnya makanan sebegini akan meningkatkan kadar insulin yang kemudiannya menyebabkan hormone semakin aktif. Hormon yang aktif pula menyebabkan kelenjar minyak bertambah aktif dan menghasilkan minyak muka yang berlebihan yang dipanggil sebum.


Apabila minyak berlebihan ini menyumbatkan pori-pori dan menyebabkan jerawat.




‼️Solekan pula? Solekan bukan penyebab jerawat. 


Sama seperti konsep makanan tadi. Kalau solekan penyebab jerawat, pasti semua yang memakai solekan itu mengalami jerawat.


Tetapi jika solekan itu tidak dibersihkan dengan sempurna, sehingga ada saki baki dan boleh menyumbat pori-pori, maka jerawat ada kemungkinan boleh menjelma.


Tadaaaaaa!


Jangan salahkan makanan atau alat solek ye.

Kebanyakkan produk kosmetik dan penjaagaan kulit pada zaman ini mempunyai sifat non-comedogenic iaitu tidak menyumbatkan pori wajah. 


Malah banyak juga pilihan yang water-based dan oil-free yang membantu mengurangkan risiko jerawat.


#CertifiedSkincareConsultant #Mamajurashare #MJ #SkinConfessions101





TAZKIRAH : DOA MEMOHON DIMUDAHKAN URUSAN

 TAZKIRAH : DOA MEMOHON DIMUDAHKAN URUSAN



Dunia hanyalah sementara untuk kita beramal dan menyemai benih-benih pahala. Negeri akhirat jualah yang kekal abadi dan tempat untuk kita menuai hasil dan menerima balasan amal yang lakukan di dunia.

Dunia adalah tempat untuk manusia diuji sama ada kita beriman kepada Allah SWT. Oleh sebab itu, sepanjang kehidupan kita, kita akan sentiasa berdepan dengan ujian, dugaan, tekanan serta masalah untuk Allah SWT nilai tahap keimanan, ketaqwaan, kehambaan serta kebergantungan kita kepada Allah SWT.

Sepertimana firman Allah SWT:

اَحَسِبَ النَّاسُ اَنْ يُّتْرَكُوْٓا اَنْ يَّقُوْلُوْٓا اٰمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُوْنَ

Maksudnya: "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja)
mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"
 

(Surah al- Ankabut: 2)

Bagi seorang Muslim, sudah pastinya segala urusan di dunia ini, akan kita
sandarkan kepada Allah SWT Yang Maha kuasa. Ini kerana, hanya Allah SWT sebaik-baik penolong.


اَلَّذِيْنَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ اِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوْا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ اِيْمَانًاۖ وَّقَالُوْا حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ

Maksudnya: "(laitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada
mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia telah
mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, keranna itu takutlah kepada
mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung".
(Surah al-Imran: 173)

Dalam menjalani kehidupan harian adakalanya kita menghadapi saat yang sukar. Sama ada mahu ataupun tidak, waktu yang sukar itu tetap perlu dilalui. Namun begitu, sebagai seorang Muslim, kita boleh memohon doa dipermudahkan urusan. Antara doa yang boleh diamalkan sepanjang kehidupan seharian kita ialah:

اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya"Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Kamu kehendaki dengan kemudahan."


Jerawat bak cendawan.

 ASAL ‘PERIOD’ JERAWAT TUMBUH MACAM CENDAWAN.





Biasa berlaku ke pada u ols? 


Jerawat begini disebut sebagai ‘hormonal acne’ kerana ia dicetuskan oleh turun naik hormone yang berlaku dalam tubuh semasa kitaran haid.


Dalam kajian oleh “Archives of Dermaology”, 63% Wanita mempunyai kulit cenderung mengalami jerawat sekitar 7 ke 10 hari berlaku menstruasi.


Naik turun hormone boleh menyebabkan 

- Kulit meradang

- Minyak (sebum) dihasilkan secara berlebihan.

- Pertumbuhan bakteria yang dinamakan Propionibacterium acnes atau P. acnes.


PS;// Jangan la meradang kalau kulit meradang. Sekali sekala kulit pun meradang. Nanti dia reda, okay la. Ehhh!


#CertifiedSkincareConsultant #Mamajurashare #MJ #SkinConfessions101

TAZKIRAH : JADIKAN DIRI SEBAGAI ANAK KUNCI KEBAIKAN

 TAZKIRAH : JADIKAN DIRI SEBAGAI ANAK KUNCI KEBAIKAN 


"Amat malang bagi sesuatu masyarakat yang dihuni oleh manusia yang sentiasa menjadi anak kunci kepada kejahatan."

Manusia tidak dapat mengelak daripada bertemu dan bersua dengan orang lain, jika kita tidak berhajat untuk berjumpa dengan orang lain, kemungkinan orang lain pula yang akan menemui kita. Setiap pertemuan yang dirancang pasti mempunyai tujuan, sama ada tujuan itu tergolong dalam perkara yang makruf ataupun sebaliknya. Hanya pertemuan yang berlaku secara spontan atau di luar jangkaan sahaja yang tidak mempunyai sebarang motif.

Justeru manusia mempunyai keperibadian masing-masing, mereka mempunyai identiti tersendiri atau kerjaya yang tertentu. Jika dia seorang doktor perubatan, lazimnya para pesakit yang akan menemuinya bag mendapatkan khidmat nasihat dan juga rawatan. Jika dia seorang alim, mungkin orang akan datang minta khidmat beliau untuk memberi ceramah atau nasihat agama. Jika dia seorang hartawan, pasti orang-orang miskin yang amat berhajat menemuinya. Begitu juga jika dia seorang penganjur pesta hiburan, hampir pasti yang akan mengunjunginya adalah golongan penghibur dan yang dahagakan hiburan.

Orang akan mengenali imej atau identiti sebenar seseorang, hanya dengan melihat cara pergaulan dan jenis-jenis orang yang mereka gauli. Jika mereka yang tergolong orang baik dalam kehidupan hariannya, orang yang berada di sekeliling mereka dan orang yang hendak menemuinya lazimnya daripada kalangan mereka yang baik serta dengan tujuan baik, yang sesuai dengan watak dan sikap orang yang hendak ditemui itu.

Seseorang yang mempunyai masalah, apabila mereka menemui orang lain maka pasti mereka akan menemui hanya kepada orang yang diyakini dapat menyelesaikan masalah mereka. Orang yang berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seseorang, mereka dianggap sebagai berjaya membuka peti permasalahan dengan anak kunci kebijaksanaan yang ada pada dirinya.

Seseorang dapat dikenali dalam masyarakatnya hanya dengan melihat siapakah orang-orang yang kerap mengunjunginya kerana manusia sentiasa memiliki rakan dan sahabat yang sealiran cara hidup dengannya. Tidak mungkin seorang penipu menemui orang alim untuk mendapat nasihat bagaimana cara menipu yang berjaya, sebab mereka juga tahu bahawa orang baik tidak akan mengajarnya untuk jahat.

Sebaliknya orang yang berakhlak mulia, tidak mungkin menemui seorang kaki judi dan kaki botol, dengan tujuan untuk mendapat nasihat bagaimana hendak memperbaiki diri  kerana kedua kenyataan itu mempunyai percanggahan yang nyata. Pada lazimnya orang jahat akan dikunjungi orang-orang yang jahat juga, kerana mereka sealiran dalam fikiran dan tindakan, ibarat pasangan kasut antara kiri dan kanan, mempunyai ciri-ciri yang sama, menyebabkan mereka seiring jalan, jika terpisah boleh menyebabkan yang sebelah lagi tidak berguna.

Sementara orang-orang yang baik berilmu dan berakhlak, seperti pasangan kasut itu juga, rakan-rakan dan sahabatnya ibarat kasut kiri dan kanan, serasi dan pasti mereka saling seiring jalan dan sama tujuan. Secara logiknya bahawa dalam himpunan batang yang lurus jika terdapat sebatang yang bengkok pasti akan menghalang penyusunan yang baik. Lantaran itu, yang bengkok mesti diluruskan atau dihindarkan jika tidak dapat diluruskan.

Bagaimanapun adakalanya orang-orang yang buruk perilaku mengunjungi orang baik dan berakhlak, keadaan begini harus waspada selama belum pasti apa tujuannya. Jika mungkin mereka ada tujuan yang baik, ingin mendapat nasihat kerana mereka ingin menjadi orang yang baik, maka ini adalah kebaikan orang itu telah menarik perhatian orang yang buruk perilaku itu untuk merubah keadaan dirinya.

Tetapi jika orang yang buruk perangai itu hendak melibatkan orang yang baik ke arah kejahatan yang mereka lakukan, maka langkah pertama bag orang yang berakhlak mulia itu menasihati orang yang berperangai buruk itu agar mereka tidak meneruskan sebarang pekerjaan buruk.

Setiap orang yang bermasalah jika menemui orang lain, adalah disebabkan mereka menganggap bahawa orang itu dapat tolong mengatasi masalah mereka, orang itu ibarat anak kunci yang mampu membuka peti permasalahan mereka yang sukar diatasi. Setiap orang yang mampu menolong atau mengatasi masalah yang dikemukakan oleh orang lain, ertinya dia memiliki anak kunci dan orang akan bertumpu kepadanya kerana mereka menganggap bahawa permasalah mereka akan terurai.

Sahal bin Sa'ad berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud;

"Bermula sesuatu yang baik (khair) ibarat peti besi (khazanah) dan bagi setiap peti besi ada anak kuncinya, maka berbahagialah bagi orang yang Allah jadikan dia sebagai anak kunci kebajikan dan penyelak (penghalang) kepada kejahatan. Sebaliknya, celaka (neraka) bagi seseorang yang menjadi kunci kepada kejahatan dan penyelak (penghalang) kepada kebaikan."
H.R Ibnu Majah


Hadis di atas mengungkapkan suatu tamsil ibarat untuk menggambarkan berapa sebarang permasalahan ada kunci penyelesaian, tetapi seseorang harus memastikan bahawa dia hanya akan menjadi anak kunci kepada setiap kerja kebajikan dan menutup rapat pintu kejahatan dengan menjadikan dirinya sebagai penyelak (penghalang) yang kukuh yang tidak memungkinkan sebarang kejahatan akan bertunas hasil daripada usaha tangannya. Justeru setiap masyarakat itu perlu dihuni oleh orang yang akan menjadi kunci kepada kebaikan semata-mata, golongan in amat diperlukan, kerana di tangan mereka terletaknya islah atau usaha perbaikan dalam masyarakatnya. Amat malang bagi sesuatu masyarakat yang dihuni oleh manusia yang sentiasa menjadi anak kunci kepada kejahatan, dan menjadi penyelak (penghalang) kepada usaha makruf. Kepada golongan ini Rasulullah S.A.W telah memberi amaran keras bahawa mala petaka neraka sedang menunggu mereka.


Wallahu'alam.

Bila jerawat 'breakout'

 3 PERKARA YANG ANDA HARUS FOKUS BILA KULIT SEDANG  berJERAWAT & BREAKOUT.


1) Jangan stop dan teruskan Basic skincare, please jangan sesekali pun tinggal 3 perkara ini.

(Cleanser - Moisturizer - Suncreen)


2) Cari Serum untuk yang mempunyai “active ingredients” untuk merawat jerawat sampai jerawat yang aktif itu surut.


3) Bila jerawat dah surut, focus untuk rawatan menghilangkan parut pulak.


Sabar dan konsisten. Jangan fikir nak dapat result esok nya kulit elok. Ia pasti mengambil masa. Kunci nya adalah sabar.


PS;// Ecehh.. lupakan kekasaih lama boleh. Macam tu juga la melenyapkan jerawat. Sabar dan ia pasti hilang dari ingatan. Tiberrr!


 Selesaikan satu satu persatu masalah kulit, jangan rushing bila kulit  tengah breakout tu.


#CertifiedSkincareConsultant #Mamajurashare #MJ #SkinConfessions101