Vivix

Ini Ummie Master Farina Al-Khareid. Ummie ni memang pengamal tegar Vivix.
Antara result yang dahsyat ada dalam simpanan akak asbab dari pengambilan Vivix.


Dua yang awal tu wajah Ummie masa amalkan Vivix. Belum lagi ambil YOUTH waktu tu tau.


Bila mula ambil Youth, tu dia makin meletup kulit Ummie. Tak sepadan dengan usia sebenar beliau.

Yelahkan, Vivix buat uols feel 25 years younger and living 25 years longer. Manakala Youth pula bantu uols untuk kelihatan muda 10 tahun dari usia sebenar.

Bila Youth dan Vivix bergabung. Memang meletup.

Penjimatan Vivix dan Youth 5% sepanjang Ogos 2018 sahaja tau.

Call me 012-6647809

TAZKIRAH : SEBELUM JUMAAT KALI INI JAUH MENINGGALKAN KITA

Mari sama-sama tambahkan selawat dalam harian. Moga Allah memberkati seluruh hidup kita.
Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»

Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]
Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut.
Sabda Nabi SAW:
(الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ)
Maksudnya: “Orang Bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”. [HR: Tirmizi. Sahih]

Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.

Apa itu Cruelty free atau bebas kekejaman?





Dalam hak keatas haiwan, cruelty-free atau bebas kekejaman biasa kita dengar pada haiwan. Produk yang diuji keatas haiwan, tidak diiktiraf sebagai cruelty-free. Ini adalah kerana segala jenis ujian keatas haiwan hanya akan menyebabkan haiwan itu terseksa dan telah menyebabkan kematian berjuta-juta ekor haiwan setiap tahun.

Sejarah cruelty-free.


Istilah cruelty-free ini pertama kali di digunakan oleh Lady Dowding pada 1959 dimana beliau adalah orang pertama menggunakan ‘fake furs’ dengan label “Beauty without Cruelty”.



Jenis ujian terhadap haiwan.



Haiwan seperti rabbit, tikus putih dan guinea pigs adakalnya dipaksa memakan atau menghidu sesuatu bahan campuran dalam makmal atau bahan kosmetik. Bahan itu disapu pada kulit haiwan yang telah dicukur, pada mata dan telinga selama 28 hari atau 90hari untuk dilihat jika terdapat sebarang allergic reaction.


Kemudian, haiwan itu di bunuh. Haiwan itu dibunuh dan dibedah untuk dibuat kajian pada organ dalaman haiwan-haiwan itu. Ujian ini juga dilakukan pada haiwan yang mengandung juga. Fetus haiwan juga dibedah. Bayangkan, mengandung dan di bedah. Anak dalam perut pun dibedah. Sedihnya bila dapat tahu perkara seperti ini.


Ada juga haiwan yang dipaksa makan bahan kosmetik yang ada bahan terlarang yang boleh menyebabkan kanser. Bukan 28 hari, bukan 90 hari tetapi 2 tahun lamanya. Kemudian, haiwan itu dibunuh.
Dah la terseksa menanggung sakit selama 2 tahun, dan dibunuh pula.
Kalau lah haiwan-haiwan ini boleh berkata-kata.


“Typically a young rabbit is tightly constrained in a box so that he is unable to move... Clips sometimes hold his eyelids open. Anesthesia is not generally administered. A researcher applies a concentrated substance to the outer layer of the eye and observes over a span days or weeks for responses such as blindness, bleeding, hemorrhaging and ulceration. At the end, the rabbits are generally killed.”
— Megan Erin Gallagher.

Anjing dan kucing juga menjadi mangsa terhadap ujian makmal. Tetapi ujian terhadap anjing dan kucing lebih tragis dan ‘ganas”. Ujian ini biasanya ke arah ujian dadah, bahan kimia ataupon penyakit. Sedih lagi ;(


Okay, tak boleh taip lagi. Sedih.

Jangan lah kita menyokong produk kosmetik yang tidak mengiktiraf syarikat atau produk mereka sebagai cruelty-free.




Healing crisis oleh SERUM.



SERUM perlukan perkenalan yang lembut dan ‘step by step’. Tidak boleh drastik pada kulit. Nanti kulit terkejut.

Kulit ada beberapa lapisan. Lapisan atas, tengah dan dalam. Serum akan masuk meresap sehingga ke lapisan paling dalam. Serum akan bekerja dengan menolak ‘bahan-bahan tidak di ingini’ seperti jerawat, jeragat, pigmentasi, sel kulit mati, whiteheads dan blackheads.

Bersabar dan pegang kepada kata-kata “Beauty is pain”

Masa yang biasa di ambil 4-10hari.

Penggunaan yang minima. Nak tahu cara penggunaannya kena consult dengan i ols.
Kita kena pastikan kulit boleh menerima SERUM.

Ala macam pepatah melayu, melembutkan kerak nasi.
Ehhhh!

#YouthbyMJ

Cara menggunakan SERUM.


Serum harus digunakan selepas toner dan sebelum pelembap/moisturizer.
Cuci muka – toner- SERUM- pelembap/mointurizer.

#YouthbyMJ


7 Rahsia kecantikan Kate Middleton yang paling "sweet”


Bila sebut tentang keluarga diraja. Pasti nama Kate Middleton  atau Catherine, The Duchess of cambridge yang paling famous. Suka tengok gaya simple dan keibuan beliau kan?

Sesuai bebenar jadi isteri seorang anak raja.
Setuju kan?

Ibu kepada tiga dan bakal empat cahaya mata ini sudah lama mengenakan atau me-makeup diri sendiri. Sebelum beliau menjadi keluarga diraja lagi tau. Dan sudah menjadi keluarga diraja, pon beliau make up sendiri. Kalau i la jadi dia, mau ku hire make up artist.. gituuu.
Nasib la tak jadi. Hahaha. Syukur alhamdulillah. Kalau habis duit laki aku.

Nah, Tujuh rahsia yang bukan lagi rahsia kecantikan the Duchess.



1/7 Thou Shalt Not Wear Bright Lipstick.

Beliau tidak sama sekali menggayakan lipstick yang bewarna cerah. Rupanya ada protokol tau. Tidak dibenarkan menggayakan warna lipsctik yang terang atau terlalu pink. Warna nude atau sweet-sweet pink ni buatkan seseorang itu nampak lagi lembut dan mudah didekati. Tak garang dan friendly juga tau.

Sesuai la dengan imej keibuan dan imej diraja Kate Middleton.

Sebab tu kalau tengok muka Kate Middleton ni rasa macam sejuk je hati kan?



2/7 Thou Shalt Not Have Bright Nails.

Queen Elizabeth tidak suka pada pewarna kuku yang terang dan juga kuku yang panjang. Disebabkan itu, Kate Middleton juga sentiasa memastikan kuku beliau pendek dan bersih. Berkilat itu bonus!
Beliau juga mendedahkan pewarna kuku yang paling digemari adalah Essie’s ‘Ballet Slippers’.

Kita pula, kalau merendang ke menguyit. Biarkan sehari pon tak apa kunyit tu kan. Kuning-kuning tangan tu pergi mall. So, kita kena berubah!



3/7 Thou Shalt Keep It Simple.

Simple is queen. Sesuai la kan dengan tema beliau. Kate Middleton jarang sekali mengenakan make up yang tebal. Cukup sekadar medium coverage foundation dan make up bahagian mata yang simple.
Kita kalau tengok dia, tak pernah yang ‘overdone’. Dari blusher, eye shadow mahupon lipstick.

Just nice on her. On point sangat.

Ada sampai satu tahap, semua orang nak pakai foundation full coverage. tapi ilmu tak ada. Habis muka macam apa bercapuk sana sini. Kening pon nak dilukis macam buku kanak-kanak (sambung dot-to-dot).

Jom jadikan make-up Kate Middleton sebagai inspirasi.


4/7 One’s Makeup Must Stay Put.

Apabila Kate Middleton menghadiri sesuatu majlis, beliau akan berada di majlis selama beberapa jam dan sering kali mengadakan aktiviti bersama. Tidak kira bersukan atau bercucuk tanam. Berah mesra dengan rakyat mahupon bermain bersama kanak-kanak. Oleh itu, make-up beliau mesti pada tahap paling bagus.

Semestinya setting make-up seperti pelembap, serum, primer, foundation, loose powder dan foundation berada pada kualiti dan tahap terbaik.  Barangan apa yang digunakan, kita tidak didedahkan. Kalau tahu, habis Sold-out sokmo.

Tapi yang pasti ia berkesan. Raut wajah walaupon berada di majlis dalam masa yang lama, tetap nampak berkilat tetapi kilatan yang cantik.
Begitu juga rambut beliau. Tak ada lah kita nampak pernah terbuari macam hantu kak limah kan?



5/7 Thou Shalt Switch It Up.

Bila berkata mengenai rambut, rambut Kate Middleton tidak pernah mengecewakan. Selalu kita nampak ‘fresh look’ gitu kannn...
Dari paras bahu dan curls, fringe. Semua ngam.

Bukan beliau buat style pelik-pelik atau terlalu mengikut trend kan. 



6/7 Thou Shalt Banish Thy Greys.

Opsss! Ada masa ternampak warna rambut asal beliau. Tetapi Kate Middleton tidak membiarkan ia dalam masa yang lama. Pantas sahaja beliau mewarnakan semula rambut kepada warna kegemaran iaitu brunette. Perfect!



7/7 Thou Shalt Never Took Unkempt.

Makna kata, Kate Middleton ni tak pernah rupa tak siap. Always look presentable. Rambut ON. Makeup light-light ON. Baju ON. Semua okay..
Kerabat raja kan.

Kalau kita ni????

malas nak cakap banyak la. Malu kot!


So dari pengamatan kita, bukan lah barang-barangan branded atau mahal-mahal yang diketengahkan disini. Tetapi cara kita menjaga kebersihan diri dan penampilan diri.
Kita kena ada ilmu yang basic ini dan always look presentable.

Saya sendiri suka skodeng apa sahaja berkaitan Kate Middleton ini.

I just love her simplycity.

TAZKIRAH : MUHASABAH SOLAT KITA

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Asham dan bertanya : “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?” Hatim berkata : “Apabila masuk waktu solat aku berwudhu’ zahir dan batin.”
Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?” Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air. Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya’)
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah s.w.t. ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Sirratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku’ dan sujud dengan tawadhu’, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.” Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.