Dalam hak keatas haiwan, cruelty-free atau bebas kekejaman
biasa kita dengar pada haiwan. Produk yang diuji keatas haiwan, tidak diiktiraf
sebagai cruelty-free. Ini adalah kerana segala jenis ujian keatas haiwan hanya
akan menyebabkan haiwan itu terseksa dan telah menyebabkan kematian
berjuta-juta ekor haiwan setiap tahun.
Sejarah cruelty-free.
Istilah cruelty-free ini pertama kali di digunakan oleh Lady
Dowding pada 1959 dimana beliau adalah orang pertama menggunakan ‘fake furs’
dengan label “Beauty without Cruelty”.
Jenis ujian terhadap haiwan.
Haiwan seperti rabbit, tikus putih dan guinea pigs adakalnya
dipaksa memakan atau menghidu sesuatu bahan campuran dalam makmal atau bahan
kosmetik. Bahan itu disapu pada kulit haiwan yang telah dicukur, pada mata dan
telinga selama 28 hari atau 90hari untuk dilihat jika terdapat sebarang allergic
reaction.
Kemudian, haiwan itu di bunuh. Haiwan itu dibunuh dan
dibedah untuk dibuat kajian pada organ dalaman haiwan-haiwan itu. Ujian ini
juga dilakukan pada haiwan yang mengandung juga. Fetus haiwan juga dibedah. Bayangkan,
mengandung dan di bedah. Anak dalam perut pun dibedah. Sedihnya bila dapat tahu
perkara seperti ini.
Ada juga haiwan yang dipaksa makan bahan kosmetik yang ada
bahan terlarang yang boleh menyebabkan kanser. Bukan 28 hari, bukan 90 hari tetapi
2 tahun lamanya. Kemudian, haiwan itu dibunuh.
Dah la terseksa menanggung sakit selama 2 tahun, dan dibunuh
pula.
Kalau lah haiwan-haiwan ini boleh berkata-kata.
“Typically a young rabbit is tightly constrained in a box so
that he is unable to move... Clips sometimes hold his eyelids open. Anesthesia
is not generally administered. A researcher applies a concentrated substance to
the outer layer of the eye and observes over a span days or weeks for responses
such as blindness, bleeding, hemorrhaging and ulceration. At the end, the
rabbits are generally killed.”
— Megan Erin Gallagher.
Anjing dan kucing juga menjadi mangsa terhadap ujian makmal.
Tetapi ujian terhadap anjing dan kucing lebih tragis dan ‘ganas”. Ujian ini biasanya
ke arah ujian dadah, bahan kimia ataupon penyakit. Sedih lagi ;(
Okay, tak boleh taip lagi. Sedih.
Jangan lah kita menyokong produk kosmetik yang tidak
mengiktiraf syarikat atau produk mereka sebagai cruelty-free.
No comments