Adakah anda COFFEE LOVER?


 Mana satu pilihan hati?

kopi legend ada, kopi modern ada.

hehehehe...

TAZKIRAH : SENSETIF DENGAN PERKARA DOSA

 TAZKIRAH : SENSETIF DENGAN PERKARA DOSA


1. Adalah menjadi suatu perkara yang membimbangkan apabila seorang mukmin sudah tidak sensitif lagi dengan perkara kemungkaran. Sehingga mereka merasakan melihat perkara dosa itu adalah suatu perkara biasa. Kita seharusnya sedar bahawa syaitan mempunyai agenda normalisasi yang berupaya menjadikan mukmin tidak merasa apa-apa apabila menyaksikan perkara dosa dan kezaliman.

2. Rasulullah pernah memberikan indikator yang mudah tentang hati orang yang beriman. Suatu hari, seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah ﷺ:

مَا الْإِيمَانُ؟ قَالَ: إِذَا سَرَّتْكَ حَسَنَتُكَ، وَسَاءَتْكَ سَيِّئَتُكَ فَأَنْتَ مُؤْمِنٌ

Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan iman? Rasulullah ﷺ menjawab: Sekiranya engkau merasa tenang dengan amal solehmu dan engkau tidak selesa (sensitif) dengan kemungkaran yang kamu lakukan, maka sesungguhnya kamu adalah orang yang beriman.” (HR Ahmad dan Nasai’e)

2. Hadis ini menggambarkan bahawa salah satu ciri orang yang beriman adalah mereka sensitif dengan kemungkaran yang berlaku. Apabila mereka melihat kemungkaran, hati dan jiwa seorang mukmin seharusnya berasa tidak tenang.

3. Dengan sebab itu dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sesungguhnya orang mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia duduk di bawah gunung, dan dia takut sekiranya gunung itu akan menimpanya, sedangkan orang fajir (selalu melakukan dosa) melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian dia mengusirnya lalu ia terbang.” (HR al-Bukhari)

4. Dalam era moden ini, lambakan kerosakan disajikan di dalam media sosial sehingga mukmin merasakan perkara itu sebagai suatu perkara yang biasa.

5. Sehinggalah agenda normalisasi ini suatu hari nanti akan merubah sistem nilai seorang mukmin, yang tidak lagi memandang sensitif soal dosa dan pahala menjadikan mereka semakain jauh dari apa yang telah digariskan oleh Rasulullah.

Semoga Allah membimbing kita.

Penulis: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

9 Fakta tentang kopi.

 9 Fakta tentang kopi.

1- Ketagihan
Kopi memiliki kandungan kafein yang tinggi, sehingga 100 miligram kafein sudah cukup untuk memenuhi ketagihan anda. Jumlah ini setara dengan satu hingga dua cawan kopi sehari. Bagi mereka yang ketagihan kopi, hari anda tidak ceria tanpa kopi.

2- Bekerja paling baik pada 9-11 pagi.
Ini kerana kadar hormon kortisol sedang turun sehingga dapat berinteraksi dengan baik didalam tubuh. Jika Anda meminum kopi terlalu pagi, kadar kortisol masih tinggi sehingga menyebabkan efek kafein tidak terlalu bekerja.

3- Meningkat metabolisma badan.
Beberapa kajian juga membuktikan bahawa kafein dalam kopi boleh meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 3 hingga 11 %. Kafein memang suatu bahan kimia alami yang memiliki kekuatan untuk mendorong proses pembakaran lemak. Jadi kopi itu baik untuk oleh orang yang sedang menjalankan program diet. Tetapi ingat, kopi asli tanpa gula ye. Bukan 3in1.

4- Antiokisda yang baik.
Di dalam kopi ada banyak antioksidan yang bakal membantu tubuh untuk melawan radikal bebas.

5- Meningkatkan kadar adrenalin.
Kandungan kafein dalam kopi boleh meningkatkan kadar adrenalin dan juga melepaskan asid lemak dari di dalam tubuh. Ia juga dapat memberikan mood yang baik pada seseorang.

6- Kedai kopi pernah dilarang di England.
Pada tahun 1675, Raja Charles II pernah melarang kedai kopi di England daripada dibuka. Hal ini kerana beliau beranggapan bahawa orang-orang yang berada di kedai kopi itu sedang berkumpul  untuk memulakan konspirasi melawan kekuasaannya.

7- Secawan kopi lebih mahal dari 1 liter petrol. 
Sensitif ke dengar tentang harga petrol? Heheh.. ini fakta kan? Tetapi jangan lah anda stop minum kopi sebab terbaca fakta ini. 

8- Iklim Khatulistiwa.
Pokok kopi hidup dalam cuaca cerah dan panas. Pokok kopi hanya tumbuh pada Kawasan yang dikenali sebagai “The Coffee Belt”. Kawasan ini merupakan zon khatulistiwa yang sesuai denga percambahan biji kopi. 

9- Kopi memberi tindak balas yang cepat.
Bermula dengan sisipan kopi pertama pada waktu pagi, kafein memasuki aliran darah anda dengan pantas. Satu cawan kopi mempunyai penyerapan kafein yang cepat ke dalam aliran darah anda di mana ianya mengambil masa lebih kurang 20 minit.

#MamajurashareKopi

TAZKIRAH : TIDAK BERZIKIR HATI AKAN MATI

 TAZKIRAH : TIDAK BERZIKIR HATI AKAN MATI


1. Dalam al-Quran, Allah mengingatkan setiap muslim agar sentiasa memperbanyakkan zikir memperingatiNya. Setiap tindak tanduk muslim yang diiringi dengan rasa diperhatikan oleh Allah akan menghasilkan individu yang berkualiti. Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً (41) وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلاً

“Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.” (Surah al-Ahzab)

2. Mereka yang sering berzikir mengingati Allah akan mencapai ketenangan jiwa. Ini seperti mana yang dijelaskan di dalam al-Quran:

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d: 28)

3. Zikir bukan sahaja menenangkan jiwa malah menghidupkan hati. Mereka yang sentiasa mengingati Allah akan sentiasa merasakan diri mereka diperhatikan, sekaligus mengawal tindak tanduk mereka dari melakukan perkara terlarang.

4. Barangkali atas sebab itu Rasulullah menjelaskan bahawa mereka yang berzikir ini seumpama orang yang hidup, sedangkan orang yang tidak berzikir ini seumpama orang yang mati. Sabda Rasulullah:

مَثَلُ الَّذِي يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِي لاَ يَذْكُرُ رَبَّهُ، مَثَلُ الحَيِّ وَالمَيِّتِ

“Perumpamaan orang yang mengingati Allah dengan orang yang tidak mengingatiNya, seumpama orang yang hidup dengan orang yang mati.” (HR al-Bukhari)

5. Oleh yang demikian, maka tidak hairanlah Rasulullah mengingatkan kita agar sentiasa memulakan hari kita dengan zikir kepada Allah, agar kehidupan harian ini kita dimulakan dengan sesuatu yang paling berharga sebagai pembimbing perjalanan seharian nanti. Sabda Rasulullah:

مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ حِينَ رَدَّ اللَّهُ إِلَيْهِ رُوحَهُ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، إِلَّا غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَهُ وَلَوْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ "

"Tiada seorang hamba yang membacakan (zikir ini) ketika Allah memulangkan ruhnya (iaitu ketika dia bangun dari tidur) lalu dia mengucapkan:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maka Allah akan menghapuskan dosanya sekalipun (dosa itu) sebanyak buih dilautan. (HR Ibn al-Sunni )

Semoga Allah membimbing kita.

Penulis: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Kebaikan kopi.

 Kebaikan kopi.





1- Membantu anda kekal berjaga. 
Satu cawan kopi biasa bukan sahaja mampu membantu anda kekal berjaga tetapi juga boleh membuatkan minda anda kekal fokus. Sinonim untuk berjaga malam dan untuk memulakan hari yang produktif. Kafein adalah perangsang psikoaktif yang meningkatkan kesedaran, perhatian, keupayaan untuk memberi tumpuan, dan meningkatkan tahap tenaga secara keseluruhan.

2- Meningkatkan Produktiviti anda.
Satu kajian yang diterbitkan pada 2013 menyimpulkan bahawa pengambilan kafein dalam jumlah sederhana boleh meningkatkan prestasi motor dan kognitif. Satu kajian terbaru yang diterbitkan pada April 2018 mendapati bahawa menghidangkan kopi sewaktu mesyuarat boleh meningkatkan prestasi mereka yang terlibat dalam perbincangan tersebut. Harum la bau bilik mesyuarat itu.

3- Mengawal emosi menjadi lebih baik.
Satu kajian yang dilakukan oleh A. Nehlig menunjukkan bahawa pengambilan kafein secara berulang dalam kadar 75mg (bersamaan dengan 1 cawan kopi) boleh memberi kesan dalam perubahan emosi yang lebih baik. [1] Kajian juga menunjukkan kafein boleh membantu mengurangkan simptom kemurungan. [2] Padan lah kalua nak bermesyuarat atau lepak kita sebut “jom kopi” 

[1] Nehlig A. (2010) Is Caffeine a Cognitive Enhancer?J Alzheimers Dis, 20(S1):85-94.

[2] Grosso G. et al. (2016) Coffee, tea, caffeine and risk of depression: a systematic review and dose-response meta-analysis of observational studies.Mol Nutr Food Res, 60(1):223-3.

4- Bagus untuk minda dan memori.
Tidak perlu dipertikaikan lagi, kafein menenangkan minda anda. Ia meningkatkan ingatan anda dan melegakan keletihan. Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa kafein sangat bermanfaat untuk fungsi mental. Satu dos minuman berkafein meningkatkan memori jangka pendek dan meningkatkan kelajuan reaksi anda.

#MamajurashareKopi

TAZKIRAH : INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

 TAZKIRAH : INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA 


Sabda Nabi Muhammad SAW:


إِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَا بَكَ قَبْلَ هَرَ مِكَ ، وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ ، وَ غِنَا كَ قَبْلَ فَقْرِ كَ ، وَ فَرَا غَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ ،وَ حَيَا تَكَ قَبْلَ مَوْ تِكَ


Maksudnya“Gunakanlah yang lima sebelum datang yang lima: Masa mudamu sebelum datang masa tuamu, masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa kosongmu sebelum datang masa sibukmu, dan masa hidupmu sebelum datang kematianmu.”

(Hadis Riwayat al-Hakim)

Dunia adalah jambatan menuju ke akhirat. Dunia bukanlah sebagai matlamat dan tempat tinggal hakiki. Jadi, sebagai musafir di perjalanan, kita tidak membawa kesemua yang kita milik berbentuk harta untuk bermusafir. Kita hanya membawa sekadarnya.

Seperti yang disebutkan dalam hadis iaitu kita mestilah rebut peluang yang Allah bagi dalam lima masa sebelum datangnya lima masa. 

Rasulullah mengingatkan kepada kita untuk tidak sia-siakanpeluang ini, peluang ini sekiranya kita ambil remeh terhadapnya, maka akan terlepaslah peluang atau nikmat ini.

Terdapat 5 nikmat yang disebutkan iaitu:

-Waktu muda sebelum waktu tua  (شَبَا بَكَ قَبْلَ هَرَ مِكَ)

-Waktu sihat sebelum waktu sakit  (وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ)

-Waktu kaya sebelum miskin  (وَ غِنَا كَ قَبْلَ فَقْرِ كَ)

-Waktu lapang sebelum waktu sibuk (وَ فَرَا غَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ)

-Waktu hidup sebelum meninggal dunia (وَ حَيَا تَكَ قَبْلَ مَوْ تِكَ)


Maka itu kita mestilah gunakan waktu-waktu ini selagi kita masih mempunyai kelapangan masa, ketika dikurniakan kekayaan atau yang muda dan yang sihat. Oleh itu, kita diingatkan oleh junjungan Nabi Muhammad SAW melalui hadis tersebut. Semoga waktu-waktu yang dimiliki oleh kita memperoleh berkat Allah SWT.




Wallahu’alam.

Red Lipstick.

 Siapa disini minat RED LIPSTCIK?





TAHUKAH ANDA?

Wanita pertama yang memakai RED LIPSTCIK adalah Ratu Mesir Kuno iaitu Cleopatra.