TAZKIRAH : TIDAK MENDIDIK KELUARGA DENGAN KEDUNIAAN 


Setelah melihat Saidatina Fatimah radhiallahu 'anha bertungkus lumus membuat kerja rumah, berkata Saidina Ali karamallahu wajhah, "Baik juga jikalau kamu datang ke rumah ayahmu sementara beliau telah mendapat harta rampasan perang. Boleh kamu meminta seorang hamba sahaya untuk membantu kamu di rumah."


Siti Fatimah pun ke rumah ayahnya dan mengetuk pintu rumah Rasulullah. Mendengar ketukan pintu itu, maka Rasulullah yang amat mengenali anaknya berkata, "Ketukan pintu itu adalah ketukan pintu Siti Fatimah." Kebiasaan Rasulullah bila mana didatangi Siti Fatimah, maka Nabi akan datang dan menyambutnya sera mencium keningnya. Bahkan akan didudukkan Siti Fatimah di tempat duduk Nabi sedang duduk. Perbuatan yang sama juga dilakukan oleh Siti Fatimah jikalau Rasulullah datang ke rumahnya.


Kebiasaan Rasulullah juga bila mana bermusafir perang ataupun ke mana sahaja, rumah terakhir yang disinggahi Rasulullah adalah rumah Siti Fatimah. Dan tempat pertama yang didatangi Rasulullah setelah safar(perjalanan) adalah masjid dan setelah itu rumah Siti Fatimah, puteri Rasulullah. Hubungan yang begitu hebat antara ayah dengan anak.
Demikian antara riwayat-riwayat yang menceritakan hubungan antara Rasulullah dan Siti Fatimah, sebagai menunjukkan bagaimana kedudukan Siti Fatimah di hati Rasulullah. 

Andailah kita punyai anak yang kita sangat sayang kepadanya, bila mana diminta sesuatu pasti akan dipenuhi permintaan tersebut. Bahkan diberikan lebih daripada apa yang diminta. Lalu, ketika mana datang Siti Fatimah ke rumah Rasulullah, Siti Fatimah mengatakan, beliau mendengar bahawa Rasulullah telah didatangkan kepadanya harta rampasan perang dan hamba sahaya. Maka diminta supaya diberikan seorang hamba sahaya kepadanya supaya dapat membantunya membuat kerja di rumah. Kemudian, Rasulullah bersabda, maksudnya, "Mahukah kamu jikalau aku berikan yang lebih baik daripada pembantu?" Bertanya Siti Fatimah, "Apakah itu?" Jawab Baginda Rasulullah, "Jikalau kamu ingin tidur, bacalah 33 kali Subhanallah, 33 kali Alhamdulillah, dan 34 kali Allahuakbar. Nanti apabila kamu bangkit daripada tidur, kamu berasa cergas dan mampu membuat kerja tanpa memerlukan lagi kepada pembantu."

Maka baliklah Siti Fatimah ke rumah dan berjumpa dengan suaminya, lalu berkata, "Wahai suamiku, Ali. Sebentar tadi saya datang kerana inginkan dunia dan kini saya balik kepada kamu membawa akhirat." 

Begitulah hal keadaan keluarga Raulullah dididik. Ditanamkan keyakinan dan ibadah kepada Allah dan bukan diajarkan kecintaan kepada harta. 

Wallahu'alam.

Apa itu jerawat?

 JERAWAT. 



Apa itu jerawat? 


Jerawat adalah sejenis keadaan kulit yang menyebabkan bintik hitam, benjolan kecil pada muka, bahu, belakang, leher, dada dan bahagian atas lengan.


Jerawat juga boleh menjadi blackheads, whiteheads, papules, pustules, nodular acne dan cystic acne. 


Jerawat biasanya timbul bila masa seseorang meningkat baligh. Pada peringkat itu, kelenjar sebaceous atau minyak bergerak aktif. 


Kulit manusia ada liang yang menyambungkan kelenjar minyak di bawah lapisan kulit iaitu dermis. 


Folikel menyambungkan kelenjar dengan kulit. 

Folikel adalah sejenis kantung yang menghasilkan dan merembeskan cecair. 


Kelenjar yang menghasilkan minyak dipanggil sebum. Sebum mengangkut sel kulit mati dari folikel ke kawasan dermis ke epidermis. 


Rambut atau bulu juga tumbuh melalui kawasan tersebut. 


Jerawat terjadi apabila folikel ini tersumbat dan minyak terbentuk dibawah lapisan kulit. 


Sel kulit, sebum dan rambut boleh berkumpul dan menghasilkan satu gumpalan. Gumpalan ini dijangkiti bakteria dan menyebabkan benjolan. 


Dari situ jerawat mula dihasilkan. Bakteria yang menghasilkan jerawat dipanggil Propionibacterium acnes (P.acnes) 


Jerawat la pulakkkkk hari ini. 


Boleh tak u ols?

Ke nak kena Lukis? 


#CertifiedSkincareConsultant #Mamajurashare #MJ #SkinConfessions101 #SaintisCantik


Larangan memicit jerawat.

 


KENAPA kita DILARANG PICIT JERAWAT?


Larangan ini tertakluk kepada lelaki mahupun Wanita. Atau sesiapa sahaja yang digelar manusia.


Memicit jerawat boleh menolak bakteria dan nanah masuk jauh lebih dalam ke dalam kulit dan boleh mengakibatkan pembengkakan, radang dan kemerahan.


Makin dalam bakteria dan nanah masuk, makin lama naj baik. Macam luka di sakiti orang, makin lama terluka, makin susah nak baik. 


Ehhh! 


Memicit jerawat juga boleh menyebabkan bekas dan parut jerawat kekal dan meningkatkan risiko jangkitan pada kulit. 


Pakar dermatologi ada alat khas yang telah disteril untuk mengekstarak keluar jerawat tau. Bukan tagline “guna jari pun boleh”. 


Ehhh itu lain. Itu shampoo ðŸ¤£


Tetapi ingat tau, walau ada jerawat, rutin penjaagaan kulit harus dilakukan. 


inshaALLAH 3-7 hari okay la tu.


#CertifiedSkincareConsultant #Mamajurashare #MJ #SkinConfessions101 #SaintisCantik

Jerawat


JERAWAT. 


Apa itu jerawat? 


Jerawat adalah sejenis keadaan kulit yang menyebabkan bintik hitam, benjolan kecil pada muka, bahu, belakang, leher, dada dan bahagian atas lengan.


Jerawat juga boleh menjadi blackheads, whiteheads, papules, pustules, Nodular acne dan cystic acne. 


Jerawat biasanya timbul bila masa seseorang meningkat baligh. Pada peringkat itu, kelenjar sebaceous atau minyak bergerak aktif. 


Kulit manusia ada liang yang menyambungkan kelenjar minyak di bawah lapisan kulit iaitu dermis. 


Folikel menyambungkan kelenjar dengan kulit. 

Folikel adalah sejenis kantung yang menghasilkan dan merembeskan cecair. 


Kelenjar yang menghasilkan minyak dipanggil sebum. Sebum mengangkut sel kulit mati dari folikel ke kawasan dermis ke epidermis. 


Rambut atau bulu juga tumbuh melalui kawasan tersebut. 


Jerawat terjadi apabila folikel ini tersumbat dan minyak terbentuk dibawah lapisan kulit. 


Sel kulit, sebum dan rambut boleh berkumpul dan menghasilkan satu gumpalan. Gumpalan ini dijangkiti bakteria dan menyebabkan benjolan. 


Dari situ jerawat mula dihasilkan. Bakteria yang menghasilkan jerawat dipanggil Propionibacterium acnes (P.acnes) 


Jerawat la pulakkkkk hari ini. 


Boleh tak u ols?

Ke nak kena Lukis? 


#CertifiedSkincareConsultant #Mamajurashare #MJ #SkinConfessions101 #SaintisCantik


Kolagen terbaik anda!

 

7 Petua Untuk Membeli Kolagen Terbaik. Berminat nak tahu rahsia?

 



Ah, suplemen kolagen, perbincangan ini bukan baru kita dengar. Ramai pakar-pakar diet, pakar pemakanan, pakar dermatologi, peminat kecantikan, laman web media, dan peminat penjagaan kulit. Pil kolagen, kapsul kolagen, dan serbuk kolagen yang luar biasa ini dapat membantu semuanya dari sakit sendi hingga kulit kendur dan berkedut.

 

Hari ini MJ rajin tau, di sini untuk menjawab semua soalan mengenai kolagen!

 

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penjagaan kulit kolagen dan bagaimana ia dapat membantu anda kelihatan dan merasa seperti “WOW! Best nya kolagen i ni! Berbaloi beli dan amalkan”


LET'S follow

Izura Mohamad Sobri

0126647809

Coordinator at Shaklee

Dr Morita Sheet mask.

 


Produk : Dr Morita Sheet mask.

Hyaluronic Acid Moisture Essence Facial Mask

Harga pasaran: RM25-27 sekotak (5 sheets)

Diskaun : RM20-RM12.50 sahaja.

Boleh di dapati di : Watson, Guardian, Sasa, Aeon, Hermo dan banyak medium online lain.

Jenis Kulit : Semua jenis kulit. (kering, normal dan kombinasi). Bagi mereka yang ada kulit sensitive, berwaspada.

Tekstur : Kain kapas lembut.

Review saja.

·        Major LOVE. Hampir setiap hari saya menggunakannya.

·        Bila bangun tidur setelah menggunakannya, rasa lebih plump dan segar.

·        Sesuai digunakan setiap hari.

·        Solutions yang tertinggal di dalam plastic itu, jangan buang ye. Ambil air dan sapu sahaja pada wajah.

·        Bagi mereka yang mempunyai kulit sensistif, berhati-hati kerana produk ini mempunya citric acid dan alcohol.

Repeat : Yes

Kegunaan harian : Yes

Menyegarkan : Triple Yes.

Kulit sensitive : Yes NO

Personally : LOVE.

Nota : Hyaluranic Acid yang semestinya agen yang melembapkan kulit. Mengunci dan mengambalikan kelembapan pada wajah. Menganjalkan dan melembutkan wajah.  



Senka All Clear Oil

 


Produk : Senka All Clear oil.

Harga pasaran: RM54.  

Diskaun : RM32-RM27 sahaja.

Boleh di dapati di : Watson, Guardian, Sasa, Aeon, Hermo dan banyak medium online lain.

Jenis Kulit : Semua jenis kulit. (kering, normal dan kombinasi). Bagi mereka yang ada kulit sensitive, berwaspada.

Tekstur : tidak berminyak walaupun nama nya oil. Tidak menghasilkan buih semasa mencuci. Ada sedikit pewangi. Just nice.


Review saya.

·        Tidak mengeringkan wajah saya. Rasa bersih bila mengenakan make up yang tipis.

·        Tidak sesuai dengan cucian sekali sahaja jika memakai make up yang tebal.

·        Sesuai digunakan sebagai cucian sebelum solat, bagi mengurangkan minyak dan kotoran di wajah.

·        Ada AHA dan BHA bagi menanggalkan sel kulit matii.

·        Tidak berbuih dan tiada efek muka tegang selepas mencuci.

·        Ia mempunyai minyak yang tidak mengeringkan minyak muka. Masih rasa best.

·        Bagi mereka yang mempunyai kulit sensistif, berhati-hati kerana produk ini mempunya citric acid dan alcohol.

Packaging : Pembikinan produk ini sangat bersih kerana ia mengunakan pump. Jikalau nak travel. Jangan buang klip yang ada pada pump. Nanti habis tumpah.

Repeat : Yes

Kegunaan harian : Yes

Make up tebal : NO

Kulit sensitive : Yes NO


Personally
: LOVE.