BELAJAR UNTUK BEREHAT, BUKAN BERHENTI



Kehidupan pada zaman sekarang ternyata tidak mudah bagi semua orang. Tekanan dalam hidup yang datang dari kiri dan kanan, depan dan belakang adakalanya menyesakkan dada.
Berapa ramai yang berjaya menikmati kehidupan ini dan berapa ramai pula yang gagal lalu memilih untuk bermusuh dengan hidup ini.
Selain berlumba-lumba untuk memperbanyakkan amalan bertemu Tuhan, kita juga seakan-akan berlumba-lumba untuk menguasai dan berjalan seiringan dengan kecanggihan teknologi era ini. Penat rasanya.
Kita pernah berada dalam situasi di mana kita merasa getir ketika berdepan dengan ujian. Merasa sedih apabila apa yang kita usahakan tidak menjadi seperti harapan dan ekspektasi kita.
Merasa lelah seolah-olah kaki ini tiada arah untuk melangkah, tiada kekuatan untuk berdiri, malahan! Kita merasakan bahawa dunia ini suram dan sepi walau dipenuhi oleh jutaan manusia.
Paling teruk, sampai satu titik dalam hidup kita, kita mungkin pernah merasakan bahawa kita ini kalau tiada di dunia pun, tidak apa-apa. Kerana apa? Kerana kita merasakan bahawa kita tidak ada fungsinya dalam hidup.
Dunia Tempat Berpenat Lelah
Betapa sebenarnya walau apa sahaja lapangan akademik atau pekerjaan yang kita sedang berada, pastinya setiap satu dari kita akan berhadapan dengan cabaran dan ujian yang berbeza.
Betul, kan? Lelah jasad, lelah jiwa itu menjadi teman akrab kita dalam kehidupan. Tidak boleh tidak, pasti dua perkara itu ada dalam hidup kita.
Ketika mana kita bersungguh melakukan sepenuh hati dalam hal pekerjaan yang kita kerjakan, tetapi hasilnya tidak seperti yang kita jangkakan, itu adalah sesuatu yang menjentik hati.
Ketika terasa bahawa kita masih belum menjadi seseorang yang boleh memberikan manfaat kepada orang lain, kita terasa bahawa apa gunanya kita sehingga umur yang sekarang ini? Kenapa orang lain boleh, tetapi kita tidak boleh?
Hidup di dunia memang penat. Pun begitu, jangan kita tidak adil terhadap perjalanan dan takdir Allah.
Di dunia ini jugalah kita merasa bahagia, kita merasa perasaan yang indah apabila berjaya, kita merasa puas hati apabila mencapai apa yang kita inginkan. Betul, bukan? Ha, sila angguk kepala masing-masing!
Namun bila hadirnya ujian dari Allah S.W.T, ingatlah semua itu tidak kekal. Bahkan, bersilih ganti hadirnya dalam hidup sehari-hari kita.
Kerana Allah mahu mentarbiyah kita, agar tidak terlalu alpa dan selesa berada dalam satu-satu situasi. Maka Dia hadirkan semuanya bersilih ganti. Senyum.
Jangan Berhenti Berjuang Dalam Hidup
“There’s a time that I just want to stop.”
Siapa pernah merasa seinci sahaja lagi mahu berhenti dari perjuangan atau dalam hal-hal yang sedang diusahakan? Jangan rasa terhina, teman.
Ramai orang pernah merasakan hal tersebut. Kita ini manusia yang tidak kebal dirinya, apatah lagi hatinya. Memang sebagai manusia begitulah lumrahnya.
Namun, berbeza di antara kita semua adalah mereka yang berhenti dan mereka yang tidak berhenti. Kita semua faham, bukan? Walau adakalanya terasa berada dijalan mati, jangan terus mati akal kita.
Bila berhadapan dengan situasi yang sempit, katakan;
“Kesulitan yang aku rasai sekarang ini, saat ini, tidak akan selamanya. Bertenang wahai diriku, kau ada Allah!”
Percayalah, ini memberikan suatu rasa dalam jiwa kita. Kerana apa? Kerana iman dan keyakinan kepada Allah, adalah azimat kita.
Lihat aturan alam di sekeliling kita, tidakkah kita belajar sesuatu darinya? Sebagaimana terik mentari yang ada waktunya menyengat, akan menjadi teduhan bayangan yang melindungi.
Tidak dilupa hujan yang lebat, tidak selamanya berterusan. Malah, hadirnya membawa kedinginan dan rahmat yang menguntungkan manusia.
Ayuhlah, jangan terbawa-bawa dengan perasaan melemahkan diri sendiri dengan melebih-lebih.
Berehat Sebentar Refleksi Diri
Seiring dengan pertambahan usia, menandakan kita perlu berdikari dengan stabil. Maka, ertinya semakin banyak pula ujian yang telah dan bakal mendatang..
Saya juga adalah salah seorang seperti kalian, yang pernah dan akan berhadapan dengan ujian. Yang pernah hampir kehilangan pertimbangan.
Namun, kalaulah tidak kerana tarbiyah dari Allah S.W.T dan kawan-kawan yang sentiasa ada tidak lokek hatta dalam soal menasihati, maka pasti saya juga tidak melihat bahagia itu di mana.
Ramai dalam kalangan manusia apabila berhadapan dengan masalah, ada yang mengambil jalan yang singkat. Menamatkan riwayat kehidupan, yang pasti cara membunuh diri diharamkan Islam.
Malah ada juga yang bertindak untuk tenggelam sahaja dalam masalahnya. Mengikut arus masalah sehingga dia merasa dirinya sudah tiada harapan untuk apa-apa pun dalam kehidupan. Bukankah tindakan seperti itu satu kerugian? Sungguh.
Allah S.W.T mencipta banyak rasa dalam kehidupan kita. Salah satunya adalah, bahagia. Bahagia itu adalah milik semua orang dan satu hakikat. Untuk mendapatkan kebahagiaan, cubalah berdamai dengan pengalaman-pengalaman hidup dan berusahalah kawan untuk reda.
“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah. Tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” Surah Yunus : 62
Kesimpulan
Seberat apa pun yang kita rasai dalam kehidupan, kepentingan untuk bertenang dan merasionalkan min-da adalah antara perkara yang terawal untuk kita perlu lakukan.
Merasai dalam jiwa bahawa kita sebenarnya tidak bersendirian dalam langkah kita. Allah sentiasa bersama kita teman.
Tersenyumlah kepada diri kita sendiri. Katakan kepada diri, kita akan berehat dan belajar untuk tenang. Ada pun soal masalah dan ujian hidup, semuanya akan berlalu.
Berehat sebentar akan menenangkan dirimu teman, sesekali tidak akan memberikan kerugian asalkan kamu akan bangkit kembali.
Penulis: Suhana Amiril

Tempoh kitaran kulit baru terbentuk.



Bayi- 14hari
Dewasa dalam lingkungan 20an-40an- 36-46hari
Dewasa dalam lingkungan 40an-60an. 56hari
Dewasa dalam lingkungan 60an keatas – 4-6 bulan.
Dengan ilmu ini, kita kena faham dan tahu kenapa produk penjagaan wajah memberikan kesan yang mengambil masa beberapa hari dan bulan bergantung kepada usia.
Jika usia anda lebih tua, tempoh untuk produk memberikan kesan akan mengambil sedikit lama berbanding orang lebih muda.
#YouthbyMJ

#1 Ekstrak stem sel epal.




Epal bukan sebarang epal. Bukan Epal sebiji rm1 di Giant tau.

Epal yang ada di dalam YOUTH adalah sejenis epal yang hanya terdapat di Switzerland. Pokok epal ini hanya ada di Switzerland. Tempat sejuk dan best kan? Epal ini boleh tahan selama lebih 4 bulan. 

Epal ini mempunyai stem sel yang istimewa dan spesifik. DNA nya sangat unik. Epal ini mampu bertahan selama 4 bulan. Ini membuktikan epal ini mempunyai DNA yang sangat cepat dihasilkan dan kekal muda juga tidak mudah rosak (mati). Ekstrak epal yang istimewa ini di ambil kerana ciri anti-aging nya yang kukuh. Agak-agak berapa la harga sebiji epal ni kan?

Ekstrak stem sel epal ini terdapat dalam produk Serum.

Kenapa ia berada di dalam serum?
Kerana serum fungsi nya untuk memperbaharui kulit dengan kadar lebih cepat.

SEBELUM JUMAAT KALI INI JAUH MENINGGALKAN KITA

Mari sama-sama tambahkan selawat dalam harian. Moga Allah memberkati seluruh hidup kita.
Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»

Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]
Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut.
Sabda Nabi SAW:
(الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ)
Maksudnya: “Orang Bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”. [HR: Tirmizi. Sahih]

Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.













YOUTH complex



Dalam YOUTH ada kandungan yang dipanggil YOUTH COMPLEX.

Ekstrak stem sel epal- mempercepat pembaharuan kulit ke kadar yang lebih muda.

Schisandra Chineses – membantu membekalkan lebih banyak nutrein pada kulit.

Lotus Extract – Lotus japonicus mengaktifkan protein di kulit. Menyokong penghasilan kolagen dan elastin.

Muscadine Grape- memastikan kulit sihat dan menghalang kerosakan dari persekitaran.

Vital Repair dan Nutrients- menegangkan kulit dan menghalang radikal bebas.

Kesimpulan YOUTH. UJIAN KLINIKAL.




1-      100% orang wanita yang menggunakan medapat hasil yang positif. Kedutan hilang / berkurangan. Elasticity kulit lebih elok. Kulit lebih gebu. Kulit lebih cerah dan ceria.

2-      2/3 orang wanita mengganjakkan usia kulit 10 tahun lebih muda.

3-      Isi Kandungan YOUTH adalah semulajadi dan terbukti berkesan secara klinikal.

Asyik cerita wanita je kan, lelaki pon boleh guna lah. Just kajian untuk lelaki tiada bukti klinikal lagi. Tapi CEO sendiri menggunakannya. So jejaka tampan pon boleh.

#YouthbyMJ


ANDALAH JUTAWAN BUDI

Keluar sahaja dari pintu bank setelah selesai mengeluarkan sejumlah wang daripada mesin ATM, baru terperasan ada sosok tubuh tua yang kelihatan lemah di sudut tepi dinding luar bank.
Dihadapannya ada beberapa bungkus keropok ikan yang beralas surat khabar di atas lantai untuk dijual.
Sesekali dia mengelap peluh di dahi. Barangkali kepanasan disimbah bahang matahari. Ada simpati yang timbul jauh disudut hati.
Dompet dibuka namun tiada duit kecil untuk diberikan kepada wanita tua itu. Yang ada hanyalah beberapa keping not RM50 dan dua keping syiling 20 sen.
Tidak tergamak rasanya menghulur 20 sen. Namun untuk hulurkan RM50 terasa begitu besar nilainya.
Sedang asyik memerhati wanita tua itu dari jauh, seorang jejaka sekitar umur awal 30-an datang menghampiri wanita itu sambil memegang dua gelas air tebu di tangannya.
Segelas air beserta sekeping wang RM5 dihulurkan kepada wanita tua itu dengan senyuman di bibir. Wanita tua itu nampak terharu. Hilang dahaganya yang sejak pagi tadi menunggu keropoknya dibeli orang.
Jejaka tersebut kemudiannya beredar dari situ menuju ke arah pacuan empat roda, Serena hijau miliknya.
Melihat kejadian itu, seorang lagi lelaki muda mengeluarkan beberapa keping RM1 lalu dihulur ke arah wanita itu.
Aku yang melihat dari jauh tersenyum terharu. Kejadian yang mungkin nampak kecil namun membuahkan tekad dan semangat saling membantu bagi orang yang memerhati.
Terdidik dengan sifat pemurahnya, aku tidak lagi melalui situasi itu melainkan dengan menghulurkan walau dengan sekecil nilai sekalipun.
Jejaka itu telah mendapat saham pahala tanpa dia sedar apabila ada yang termotivasi kerana akhlaknya. Mudah-mudahan.
Memberi Bukan Kerana Kaya
Memberi atau dalam bahasa lainnya adalah sedekah, tidak memerlukan syarat anda orang kaya harta untuk melakukannya.
Pasti setiap daripada kita pernah bercita-cita menjadi jutawan yang kaya raya dengan harapan, segala harta itu dapat dimanfaatkan di jalan Allah, membantu orang-orang susah dan bersedekah sana sini.
Ada insan yang dikurniakan Allah dengan kehidupan yang mewah dan kaya raya dengan harta yang menimbun.
Alhamdulillah syukur jika mereka dapat memanfaatkan harta mereka untuk bersedekah dan membelanjakannya di jalan yang diredhai Allah.
Bagaimana pula dengan kita yang mungkin tidak sekaya mereka yang diluar sana?
Hakikatnya kita tidak perlu tunggu sehingga menjadi jutawan untuk memberi kerana untuk bersedekah yang perlu kaya adalah hati dan bukan pula semata-mata kaya harta.
Hati yang kaya akan berasa senang dan tidak kekok untuk memberi dan berkongsi walau hanya dengan menghulurkan wang RM1, atau berkongsi kuih pau kacang mahupun sekadar menghulurkan senyuman ikhlas disertakan doa ke atasnya.
Peluang untuk memperoleh pahala sangat luas. Hanya tinggal kita memilih untuk mengambil peluang tersebut atau mencipta peluang tersebut atau membiarkan peluang itu hanya tinggal peluang tanpa mempedulikannya. Alangkah ruginya.
20 Sen Mampu Membeli Senyuman
Tiada siapa tahu, mungkin dengan 20 sen itu, kita mampu mencukupkan duit mereka untuk membeli sebungkus nasi lemak bagi mengalas perut.
Siapa tahu dengan RM1 itu, ada anak kecil yang dapat menghilangkan dahaganya. Mungkin jua senyuman ikhlas kita, dapat membahagiakan hari mereka. Tiada siapa tahu.
Jangan berkira untuk bersedekah. Memberilah dengan ikhlas. Percayalah setiap kebaikan yang kita lakukan, malaikat Raqib di kanan setia mencatat. Allah pula menjanjikan kebaikan rezeki yang lebih berkat Insya Allah.
Teringat pesan umi yang sangat mementingkan nilai sebuah sedekah. Satu kita bersedekah, 10 kali ganda Allah balas.
Biar kukuh tertanam nilai berbudi sebegitu dalam jiwa agar tidak diisi dengan sifat lokek dan bakhil yang dibenci Allah.
Mungkin kita terbiasa melalui kaki lima atau di tepi bahu jalan, dan melihat ada yang berpeluh mencari rezeki, menjual tisu yang harganya 30 sen sebungkus, menjual kerepek dengan kacang dan apa sahaja.
Sudah pasti pernah berada di situasi sebegitu kan? Apa pula tindakan kita? Hanya berlalu dengan pandangan simpati? Pandangan tersebut tidak langsung mengenyangkan mereka.
Bukanlah memberi pandangan simpati tersebut adalah tindakan yang buruk. Bukan. Tetapi seandainya kita punya kemampuan untuk membantu, maka bantulah.
Sekalipun jika kita tidak mahu kerepek mereka, kita membeli untuk membantu. Bolehlah dijadikan jajan atau diberikan kepada kawan-kawan yang menyukainya.
Kerana kita membeli untuk membantu. Sekurang-kurangnya mereka berusaha mencari rezeki dengan menjual dan bukan mengemis.
Apalah sangat pemberian kita jika ingin dibandingkan dengan kebahagiaan hati mereka yang terasa keperluan hidupnya sedikit ringan. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA. daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda;
“Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat.”
Memberi juga bukan kerana kita kaya, tetapi kerana kita pernah memahami bagaimana perasaan apabila kekurangan.
Tidak hanya tunggu kaya baru boleh bersedekah bahkan bersedekahlah untuk mencorak kekayaan.
Allah memberikan kita akal yang cerdas untuk berfikir. Jua hati untuk menilai. Serta kudrat untuk bertindak. Selamanya, kita sentiasa mampu dan berpeluang untuk membentuk akhlak diri yang lebih baik.
Kalam Hikmah
“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan jalan kebajikan, pasti akan kami hapus kesalahan-kesalahannya dan mereka pasti akan Kami beri balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.” Surah Al-Ankabut: 7

Penulis: Syazana Syamsul