Bagaimana Shaklee buktikan YOUTH berkesan?



1-      100 orang wanita dijemput untuk menjadi bahan kaji uji. 100 wanita ini terdiri dari dari pada umur yang berbeza. Umur lingkungan 20,30,40,50,60an.

2-      Wanita ini di kategorikan mengikut usia kulit. Walaupon wanita berusia 20, tetapi dari mesin usia kulit, parameter mengatakan kulit wanita tersebut seperti berusia 30, maka wanita tersebut jatuh pada lingkungan 30tahun. Juga terjadi pada wanita lain. Usia kulit di ambil kira, bukan hanya faktor umur.

3-      Data yang diambil adalah kedalam kedutan (wrinkle), elasticity kulit, jeragat, jerawat, kelembapan.

4-      Selepas umur dan data jenis kulit diambil, 100 orang wanita ini diberikan YOUTH. Nahhhhh guna.

5-      Selepas 120 hari menggunakan YOUTH, data dan ujian kulit dilakukan semula. Untuk mendapatkan usia kulit terbaharu.

Anda nak tahu apa keputusan?

#YouthbyMJ

100% semulajadi.

YOUTH adalah produk yang menggunakan bahan semulajadi dan juga terbukti secara klinikal.
Ini adalah produk yang BREAKTHROUGH di pasaran produk penjagaan wajah.

100 % produk pengguna yang menggunakan produk terbukti secara klinikal. Ini kerana pengguna yang mengambil bahagian dalam ujian ini di US, mengalami result yang positif dan membanggakan.

#YouthbyMJ


RAHSIA WALAU UZUR TETAP BERPAHALA

Jika seseorang tidak mampu menghadiri solat berjama’ah padahal sebelumnya dia mampu hadir secara rutin, ingatlah keadaan seperti ini akan dicatat seperti dia melakukannya saat sihat dan kuat, iaitu sesuai dengan kebiasaannya ketika itu.
Dari Abu Musa radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا
Jika seorang hamba sakit atau melakukan safar (perjalanan jauh), maka dicatat baginya pahala sebagaimana kebiasaan dia ketika mukim dan ketika sihat.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Hadis di atas menceritakan saat Yazid bin Abi Kabsyah puasa ketika safar (saat perjalanan jauh), Abu Burdah lantas mengatakan padanya bahawa dia baru saja mendengar Abu Musa menyebutkan sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam seperti yang disebutkan di atas.
Imam Bukhari membawakan hadits di atas dalam bab:
يُكْتَبُ لِلْمُسَافِرِ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ فِى الإِقَامَةِ
“Dicatat bagi musafir pahala seperti kebiasaan amalnya saat mukim.”
Dari hadis itu, Ibnu Hajar Al-Asqalani mengatakan,
وَهُوَ فِي حَقّ مَنْ كَانَ يَعْمَل طَاعَة فَمَنَعَ مِنْهَا وَكَانَتْ نِيَّته لَوْلَا الْمَانِع أَنْ يَدُوم عَلَيْهَا
“Hadis di atas berlaku untuk orang yang ingin melakukan ketaatan lantas terhalang dari melakukannya. Padahal dia sudah mempunyai niat yang kalau tidak ada yang menghalangi, amalan tersebut akan dijaga rutin.” (Fath Al-Bari, 6: 136)
Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
الْعَبْدَ إِذَا كَانَ عَلَى طَرِيقَةٍ حَسَنَةٍ مِنَ الْعِبَادَةِ ثُمَّ مَرِضَ قِيلَ لِلْمَلَكِ الْمُوَكَّلِ بِهِ اكْتُبْ لَهُ مِثْلَ عَمَلِهِ إِذَا كَانَ طَلِيقاً حَتَّى أُطْلِقَهُ أَوْ أَكْفِتَهُ إِلَىَّ
Seorang hamba jika dia berada pada jalan yang baik dalam ibadah, kemudian dia sakit, maka dikatakan pada malaikat yang bertugas mencatat amalan, “Tulislah padanya semisal yang ia amalkan rutin jika ia tidak terikat sampai Aku melepasnya atau sampai Aku mencabut nyawanya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Amalan yang dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan, sebagaimana disebutkan dalam hadis,
أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ
Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang kontinu walaupun jumlahnya sedikit.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).
Inti dari pembahasan ini, pentingnya beramal dengan rutin (istiqamah) kerana saat kita dalam keadaan uzur beramal, tetap dicatat sebagaimana kita melakukannya secara rutin.
Moga Allah mudahkan kita untuk kontinu dalam beramal.




LOVE yourself.


Jika anda sayangkan diri sendiri. Dan seorang pengguna yang sangat prihatin terhadap bahan isi kandungan  kepada kulit anda. Anda pasti bijak memilih.

Jika anda seorang yang suka kepada bukti kukuh dan klinikal, bukan sahaja produk yang terbukti secara survey dan testimoni sahaja, YOUTH adalah produk untuk anda.
#YouthbyMJ

Apa istimewanya YOUTH berbanding produk lain di pasaran?




YOUTH bukan seperti produk penjagaan kulit yang kebanyakkannya di pasaran.
YOUTH adalah produk dimana kandungannya  bukan sahaja semulajadi tetapi ia DIBUKTIKAN SECARA KLINIKAL dan BERKESAN.
Ada juga produk yang berkesan tetapi mengandungi tahap kandungan bahan kimia yang tinggi.
Dan ada juga produk yang mengatakan isi kandungannya semulajadi tetapi tiada bukti dan kajian. Hanya cakap sahaja.
Akhir kata, kita perlukan bukti.
DIBUKTIKAN SECARA KLINIKAL DAN BERKESAN.
#YouthbyMJ

RANCANGLAH KEHIDUPAN AKHIRAT SEUMPAMA MERANCANG KEHIDUPAN DUNIA

Ayah saya dahulu seorang pesawah dan dia menyimpan padi yang dituai dalam kepok untuk kami makan selama 6 bulan. Itu perancangan hidup kami yang dibuatnya. Hari ini kita juga merancang untuk hidup. 
Ada jadual kerja harian yang wajib dipatuhi, jadual hantar anak ke tuisyen, jadual bayaran hutang, jadual service kereta, bila nak ke pasar raya, ke pasar minggu, bila nak makan diluar, nak sambut birthday anak dan 1001 perancangan lagi untuk memenuhi hidup. Kita juga menanam, menternak, mengusaha itu ini untuk suatu perancangan ekonomi keluarga.
Saya nak ajak anda merenung adakah kita merancang untuk berbuat ibadat, merancang untuk hidup di akhirat seperti kita merancang untuk hidup di dunia ini kerana hidup di akhirat kekal. Kebanyakan kita tidak merancang untuk berbuat ibadat, untuk akhirat, tetapi membiar ia berjalan ikut keadaan. 
Bila tiba masa, buat sedangkan jika nak masak untuk makan tengahari, makan malam, nak shopping, nak jumpa doktor, kita merancang, maka bila nak ibadat, nak mengadap Allah, juga kena merancang, ditetapkan. Bila nabi berkata, antara yang kena disegerakan ialah solat, maka kena dirancang solat didahulukan, kecuali halangan yang membolehkan.
Kena bagi keutamaan kepada solat dalam perancangan hidup. Jangan bagi alasan sekejap lagi lepas drama tv habis, waktu solat panjang dan sebagainya. Kena rancang untuk solat dimana bila travelling. Kena letak waktu untuk solat jika buat majlis. Kena sedia tempat bersolat untuk tetamu.
Juga kena dirancang solat sunat supaya ada masa dan tidak terlupa bagi solat sunat yang panjang waktunya, seperti solat dhuha. Kita kena rancang untuk bangun malam bagi solat tahajjud, taubat, witir, jangan harap jika terbangun sahaja, kita kena plan untuk bangun, kunci jam, letak niat sebelum tidur, berqailulah (tidur sekejap) waktu siang. 
Kalau harap jika terjaga, sampai bila pun tak terjaga, jika terjaga pun, tetap tidak bangun kerana tiada dirancang, tiada niat.
Begitu juga bila ke masjid hari jumaat, kena rancang nak buat apa semasa menunggu masuk waktu. Solat tahyatul masjid, baca quran, zikir dan lain-lain, jangan duduk melangut membilang lampu dan siling atau tunduk membilang tile langsung terlelap.
Nak berbuat kebajikan pun jangan tunggu secara accidental, kebetulan. Rancanglah untuk bersedekah, tetapkan bahagian dari pendapatan, jangan tunggu peminta berdiri di muka pintu baru nak besedekah, jangan kerana berjumpa budak peminta sumbangan baru nak bersedekah. 
Nampak seperti kurang ikhlas, seperti terpaksa, baru beri sedekah. Sebab itu, bila nak bersedekah, lebih baik kita mencari dari menunggu orang datang minta kerana Allah suruh beri makan anak yatim dan fakir miskin, dalam maksud Allah suruh kita cari mereka, bukan tunggu kalau mereka minta, baru beri. Dalam kontek ini, kita kena merancang.
Kita kena merancang untuk keluar zakat. Petani dahulu sengaja tanam padi supaya hasil mencapai nisab untuk keluar zakat untuk laksana rukun Islam. Kita kenaplan untuk laksana zakat ini untuk memenuhi rukun Islam. Plan untuk bayar zakat pendapatan, berniaga dengan satu niat untuk dapat tunai rukun zakat meski tak untung banyak, jika ada bendang tanamlah padi untuk bayar zakat tanaman. 
Merancanglah juga bila nak kerja haji dan umrah dengan menabung. Merancanglah untuk ramadan dengan pengisian ibadat, sedia belanja untuk banyak bersedekah, bukan banyak untuk makan.
Merancanglah untuk qatam Quran, jangan hanya berkata bila ada masa aku baca, lama-lama qatam juga. Tobat lahom tak qatam, mungkin hingga ke mati. Kalau waktu belajar dulu, boleh qatam buku bertimbun kerana kita merancang untuk lulus periksa, mengapa tak merancang untuk qatam quran untuk kehidupan akhirat yang kekal. 
Tak payah nak bagi alasan pada saya, kita semua lahir dengan buta huruf, tak reti baca tulisan melayu, inggeris atau arab. Lepas tu kita belajar membaca, tetapi sayangnya kita hanya belajar baca bahasa melayu, inggeris tapi meninggalkan bahasa arab yang merupakan bahasa resmi agama Islam, bahasa yang diguna dalam soalan kubur.
Salah siapa, salah diri kita. Maka ambil usaha perbetul, belajar membaca quran usaha baca bagi lancar. Merancanglah untuk qatam Quran, paling lekeh sekali seumur hidup, setahun sekali, sebulan sekali, seminggu sekali.
Ringkasnya, kita kena merancang untuk berbuat ibadat seperti kita merancang untuk hidup. Merancang inilah yang disabitkan dengan niat yang menjadi otak dalam kebanyakan ibadat. Kalau tidak berniat, memanglah tak akan buat. Plan to work, memberi alasan, adalah plan not to work, merancang untuk tidak melakukan. 
Wallahua’lam
Penulis: Abdul Ghani Haron


Latar belakang tentang YOUTH.


Sebelum itu, Vivix telah di lancarkan pada 2009. Sudah 8 tahun Vivix di pasaran dunia. Nama Vivix masih gah dan mendapat jualan paling tinggi dalam produk Shaklee secara keseluruhan.
Dan setelah Vivix dilancarkan, baru lah kajian mengenai YOUTH di lakukan. 2009 baru YOUTH di rekacipta dan dibancuh. Amboi bahasa ku, bancuh kan.
YOUTH dilancarkan 2018 di pasaran dunia.
U ols nampak tak, kajian mengenai YOUTH adalah 8 tahun. Bukan 8 hari, bukan 8 bulan. 8 tahun yang memenatkan tetapi ia membuahkan hasil yang awesome!
#YouthbyMJ