Jeragat part 2.

Prevention is better than cure.

Ada yang mengatakan pigmentasi tidak boleh dirawat sepenuhnya, hanya dapat mengurangkan kegelapan warna pigmentasi tersebut. Betul, ia boleh dikurangkan.

1• Gunakan pelembap wajah yang mengandungi Broad Spectrum SPF. Lebih elok disapu 6jam sekali. Sekiranya anda berkulit cerah, penting untuk memilih SPF 30 dan keatas.

2• Bawa payung atau kerap penggunaan topi. Bukan sahaja untuk melindungi dari hujan, tetapi sebagai pelindung cahaya matahari juga.

3• Amalkan gaya hidup sihat. Cukup pengambilan air seharian. Sekurang-kurangnyan 2 liter sehari. Juga tidak merokok dan kerap pengambilan buah-buahan.

4• Hati-hati pengambilan ubat. Dapatkan maklumat sebelum mengambil sesuatu jenis ubat.

5• Konsisten dengan pengambilan supplemen seperti VitaminC, VitaminE dan Kolagen. Ia dapat menbantu membina kulit yang sihat dari dalam.

Jeragat

Persoalannya bagaimana caranya agar jeragat ataupun pigmentasi itu boleh dihilangkan? Tentunya dengan melakukan perawatan rutin setiap hari. #kulitkeringkulitberminyak

Namun sebelum melakukan cara mengatasinya, kita perlu tahu dulu apa penyebab dari pigmentasi atau jeragat pada kulit. Hal ini penting agar kita tidak melakukan apa yang menjadi punca pigmentasi tersebut.

Lelaki lebih bernasib baik kerana kurang terdedah kepada masalah ini kerana hormon semulajadi yang ada pada mereka. Begitu juga pada mereka yang berkulit gelap kerana ketiadaan melasma atau melanin pada kulit.

Wanita Asia yang tinggal di negata bercuaca tropika lebih terdedah kepada risiko pogmentasi kerana pancaran matahari yang mengandungi ultraviolet.

Menurut pakar kulit, pigmentasi terbentuj akibat aktiviti melasma berpunca daripada tindakan hormon yang merangsang sel melanin pada kulit.

Selain hormon, faktor genetik juga mempengaruhi masalah ini. Pigmentasi muka terbentuk di dalam kulit sejak zanan kanak-kanak lagi. Cahaya matahari mengaktifkan melasma dan sekoranya seseorang itu kerap berjemur, ia akan mempercepatkan kemunculan pigmen pada kulit.

Wanita mengandung dan yang baru melahirkan anak juga terdedah kepada kewujudan jeragat pada kulit kerana perubahan hormon yang dialami. Begitu juga dengan wanita yang mengamalkan pil kontraseptif, potensi kulit untuk ada jeragat adalah tinggi daripada wanita biasa.

Bintik hitam di wajah.

BINTIK hitam atau pun jeragat pada kulit atau dikenali sebagai pigmentasi mampu memberi gangguan tersendiri kepada penampilan seseorang apatah lagi buat kaum wanita.

Macam sebagai musuh ketat bagi kaun wanita kan. Riuh setaman ðŸ˜œTambahan pula kalau ia muncul di kulit wajah, pasti akan lebih mengganggu penampilan seseorang.

Walaupon pada kebiasannya pismentasi akan mula menyerang pada sekitar 30an hingga 50an, namun kajian membuktikan yang pigmentasi boleh timbul seawal 15tahun dan bilangannya bertambah selari dengan usia.

Ketika muncul bintik hitam pada kulit anda, jangan dibiarkan. Sebaiknya anda segera bertindak untuk mengatasinya. Sebab jika tidak segera ditangani boleh menjadi lebih parah dan tentunya mengganggu penampilan seterusnya keyakinan anda pun menjadi berkurangan.

Tips best KURANGKAN JERAGAT



Jeragat? Apa itu jeragat?
klik disini untuk info jeragat.






1. LIDAH BUAYA
Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jeragat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Lakukan aktiviti ini setiap hari dan kulit anda akan lebih segar dan kurang bintik jeragat.

2. AIR KELAPA
Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu. Asid yang terdapat dalam air kelapa sebenarnya bagus untuk merawat kulit wajah. (Sedapnya air kelapa) 
😜

3. JANGAN KERAP URUT WAJAH
Bagi yang mengelami masalah jeragat ini. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi. Cukup sekadar pembersihan berkala dengan kadar yang sedikit. Juga pilih pembersih wajah yang tidak banyak menghasilkan buih kerana ia boleh mengakibatkan kulit anda rosak.

4. JAUHI SINAR MATAHARI
Oleh kerana Malaysia bersuhu panas anda sebagai seorang wanita juga perlu melindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

5. KULIT PISANG
Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.

6. PUTIH TELUR
Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

7. DAUN SIREH
Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

8. DAUN BETIK
Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air agak-agak boleh dikisar (jangan terlalu banyak) bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 15-20 minit. Kemudian lembabkan muka, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

9. HAMPAS KELAPA
Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda.Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda dapat dihindarkan dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

10. JAGA PEMAKANAN
Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori. Lebihkan makanan dari sumber protein dan juga vitamin.

11. PENGGUNAAN SERUM YANG MEGANDUNGI RETINOL ATAU VITAMIN A,
Vitamin A sesuai untuk melambatkan pertumbuhan jeragat dan memudarkan jeragat, namum serum yang mengandungi retinol tidak sesuai digunakan pada ibu mengandung atau menyusu. U ols boleh sambung pembacaan tentang serum di sini. 

Banyak sungguh PETUA HILANGKAN JERAGAT.. boleh cuba mana yang suka.

Foundation untuk kulit kering part 2.


Best foundation for dry skin.

Post sebelum ni Mamajura share pasal drug store foundation kan? 
Ini Mamajura share pasal foundation mahal pula.

Depends la, sekerap mana kita guna foundation. Kalau setakat pakai 2 bulan sekali, tu pon pergi kenduri kahwin, beli yang drug store je la ðŸ˜œ kalau rajin guna, boleh invest yang mahal.

For me, the feeling is different kalau guna yang mahal ðŸ˜˜

#kulitkeringkulitberminyak
#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

Foundation untuk kulit kering.

Mamajura nak share foundation yang best untuk dry skin to normal. Sambungan#kulitkeringkulitberminyak

Part ni drug-store brand ye. Mampu milik.

Untuk kulit kering, u ols cari foundation yang ada sedikit minyak. Ada unsur moisturizer dan breathable. Yang lebih elok cari yang ada spf.
Semua dibawah, medium to full coverage.

Sebenarnya untuk kulit muka kering, kebanyakkan produk tiada masalah. Unless kulit kering terlampau dan ada jerawat. Itu kena ada layer seperti cc cream atau bb cream dulu sebelum foundation. Primer itu wajib, tak kira jenis kulit tau.

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

TAZKIRAH : 5 SYARAT UNTUK BUAT MAKSIAT





Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima 5 syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, " Syarat pertama , jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya."
Mendengar itu dia mengerutkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan?
Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua ," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!"
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Tangguhkan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima ?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.