TAZKIRAH : MOGA DIRI TIDAK MENURUTI SYAITAN

Apakah maksud mudah didekati oleh syaitan?

Allah Ta’ala berfirman,
وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.” (Surah Az-Zukhruf: 36)
Ayat di atas menerangkan tentang orang yang berpaling dari peringatan Ar-Rahman iaitu Al-Quran Al-‘Azhim. Al-Quran adalah sebesar-besarnya rahmat yang Allah berikan kepada hamba-Nya. Siapa yang menerima peringatan Al-Quran, bererti dia telah menerima anugerah yang besar. Sedangkan yang berpaling dan menolak peringatan Al-Quran, maka dia sangat-sangat rugi dan tidak akan bahagia selamanya. Akhirnya, syaitan pun akan menjadi teman dekatnya. Demikian keterangan dari Syaikh As-Sa’di dalam kitab tafsirnya.
Ternyata, yang berpaling dari zikir dalam ayat tersebut bukanlah zikir yang biasa, namun berpaling dari Al-Quran. Kata Ibnu Katsir ayat di atas sama maksudnya dengan ayat-ayat berikut.

وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا
Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah An-Nisa’: 115)

فَلَمَّا زَاغُوا أَزَاغَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ
Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka.” (Surah Ash-Saff: 5)

Moga kita semua sentiasa istiqamah membaca dan berusaha untuk mentadabur Al-Quran dalam kehidupan ini.
Wallahu waliyyut taufiq.



Keburukan tidak berpantang dengan betul.


• Masalah pengumpulan angin dalam badan. Errrr errrrkkk je nanti 😜
• Cepat sakit badan dan kerap demam. Erti kata lain, salah urat.
• Mudah terkena bentan.
• Perut cepat buncit dan otot mengeleber. Macam mana nak pakai swimming suit 😜
• dan paling teruk, boleh kena meroyan. Badan tak sihat, mental pon jadi tak sihat.
Thanks my bebeh
Noor Nadia Ishak semoga ilmu yang diberikam dapat dimanfaatkan oleh pembaca MJ.

Ikat rambut tinggi. Fakta atau auta Mitos atau fakta?



Orang dulu-dulu berpesan, kalau mengandung, jangan potong rambut. Biarkan rambut panjang.
Mengurai macam kak limah pon takpe.

Orang tua-tua cakap tu ada maknanya tau. Ada betulnya..

Ikat rambut tinggi dan ketat-ketat semasa berpantang adalah untuk “Face Lift”

Apa itu Face Lift? Dan apa logiknya Face Lift?

Bila kita ikat rambut ketat-ketat, urat dan sendi muka tertarik keatas. Ternaik gitu. Supaya muka tak cepat kendur dan cekang.

Kalau tak ikat, muka cepat kendur dan otot muka tak kuat.

#DoozyCantik
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik



TAZKIRAH : MAKSIAT MENGHALANGI CAHAYA ILMU

Ilmu adalah cahaya penyuluh dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu, ia dapat membimbing manusia ke arah kebaikan serta mengeluarkan diri manusia daripada kegelapan dan kejahilan kepada cahaya dan kebenaran. Baik ilmu yang diperlukan untuk dunia ini sahaja seperti ilmu Sains, Kedoktoran, Astronomi dan sebagainya, mahupun ilmu yang diperlukan untuk dunia dan akhirat kita seperti ilmu-ilmu Fikih, Tauhid dan seumpamanya, kedua-duanya ilmu ini sangat penting untuk kita pelajari.
 Imam al-Syafie pernah menasihatkan kita:
 “Sesiapa yang inginkan dunia, dia mestilah mempunyai ILMU, sesiapa yang inginkan akhirat, dia mesti mempunyai ILMU, sesiapa yang inginkan kedua-duanya, maka hendaklah dia mempunyai ILMU.”
 Namun demikian saudara, bagi mendapatkan keberkatan ilmu yang kita pelajari, kita perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat yang boleh memadamkan cahaya dan keberkatan  ilmu itu sendiri. Sebaliknya, sebagai seorang penuntut ilmu, kita perlu menghiasi diri dengan sifat-sifat yang terpuji seperti berakhlak mulia, jujur, amanah, menghormati dan memuliakan orang lain, tidak meremeh-remehkan, merendah-rendahkan, atau menyalahkan orang-orang yang berbeza pendapat dengannya dan sebagainya.

Ingatlah, kata-kata Imam al-Syafie dalam syairnya:
 “Aku mengadu kepada guruku Waqi’ mengenai buruknya hafalanku. 
Dia membimbingku supaya meninggalkan segala maksiat. 
Dia memberitahuku bahawa ilmu adalah cahaya. 
Dan cahaya Allah tidak memberi petunjuk kepada pelaku maksiat.”


sumber: Pejabat Imam Masjid Kampung Siglap






Kita lah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak kita.

Kita mengharapkan anak-anak besar esok jadi anak soleh, menghafal Al-Quran, orang berjaya, taat mak bapa, pemimpin negara...Tapi hari-hari dalam hidup, kita mengadap handphone lebih lama daripada masa kita mengadap anak-anak. Kita senyum depan gajet lebih banyak daripada kita senyum depan anak-anak.

Pergi kedai makan sama-sama dengan anak, tapi kita mengadap Telegram sepanjang waktu. Anak yang duduk berhadapan dengan kita terpinga-pinga tak tau nak buat apa sementara tunggu makanan yang dipesan sampai. Kalau dia meragam sikit, kita marah dia depan orang ramai.

Anak kita demam, kita bawa pergi klinik. Sementara tunggu nombor giliran naik, kita layan Insta sampai terabai anak yang sedang menahan sakit. Terkapai-kapai anak tu tak ada kawan nak bersembang. Paling kuat pun kita bagi dia tengok Youtube atau main game dalam handphone. Janji kita tak terganggu.

Hari sukan sekolah, anak kita semangat berlari, melompat, bersaing dengan kawan-kawan. Dapat pingat dan piala nak tunjuk kat mak ayah dia. Tapi anak tengah berpanas, berentap di padang, kita berteduh bawah khemah layan Whatsapp sambil tersenyum sorang-sorang.

Bawa anak pergi taman permainan, anak-anak kita lepaskan main sendirian. Main papan gelongsor, jongkang-jongket, buaian... Kita di mana? Duduk atas bangku sambil kemas kini status Facebook, "Petang ni seronok bawa anak-anak bermain di taman mainan" dan tunggu komen rakan-rakan. Anak-anak menunggu kita turut serta, tapi sayangnya hajat mereka tak kesampaian.

Kita letakkan harapan pada masa depan anak setinggi gunung, nak dia jadi anak soleh, insan berjaya dunia akhirat, tapi nilai gajet kita letak jauh lebih tinggi. Komunikasi dengan anak pun melalui "perantaraan" Youtube dan Ipad. Kalau takda gajet, kita pun buntu macam mana nak melayan karenah anak dan berkomunikasi.

Hakikat yang pahit, tapi senario harian yang boleh diperhatikan di sekeliling kita. Sekarang anak masih kecil mungkin kita tak nampak kesannya. Tapi setelah 20 tahun akan datang baru kita nak sedar, setelah kita nampak kesannya depan mata, ketika itu nak patah balik pun dah tak dapat. Jadi sementara masih punya masa dan kesempatan, gunakan peluang sebaiknya.



“Kamu sekalian adalah pemimpin, dan kamu sekalian bertanggung jawab atas orang yang dipimpinnya. Seorang Amir (raja) adalah pemimpin, seorang suami pun pemimpin atas keluarganya, dan isteri juga pemimpin bagi rumah suaminya dan anak-anaknya. Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu sekalian akan diminta pertanggungjawabannya atas kepemimpinannya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Penulis: Ahmad Hisyam Sabrani


Wallahu waliyyut taufiq






Kepentingan berpantang.


Berpantang ni bagi wanita ibarat dilahirkan semula.
Fragile sangat, seperti bayi baru lahir.
Badan ibu menjadi tidak kuat dek kerana
banyak kehilangan darah juga tenaga.

Bila berpantang, pentingnya kita sihatkan badan semula.
Supaya kita sihat luaran dan juga dalaman.
Kesihatan mental juga sangat penting.
Bila difikirkan balik, kesihatan mental yang paling penting. Kerana bila mental sihat, badan pon sihat kan?
Tak perlu kata ibu berpantang, kita yang setakat pantang tengok makanan pon, kalau dalam keadaan mental serabut dan letih, nak berjalan pon kalau boleh mengesot. Dan nak berselubung je atas katil.
Oleh itu kesimpulannnya, berpantang menyihatkan dalam, luaran dan mental.

Siapa yang perlu berpantang?


Bagi sekurang-kurangnya 44hari hingga 100 hari.
• Semestinya ibu lepas bersalin. Anak yang cukup minggu.
• Ibu yang keguguran. Anak dalam kandungan 6-9bulan.

Bagi ibu yang keguguran anak dalam kandungan berusia 1-5bulan, ibu hanya dinasihatkan pantang makan dan minum. Jikalau mahu berurut, selepas hari ke30.
Kredit to Noor Nadia Ishak sebab berjaya menjadi tukang urut professional.
Bukan senang nak jadi tukang urut. Macam-macam pe’el manusia.
Dapat customer macam MJ, mau MamiNad datang mengurut bawa pita pelekat paling power. Bising naw mulut. Sakit la. Suruh stop la.