ESP is awesome part 16



PART 16
wow...
banyak nya kisah menarik mengenai ESP

:: Bertenaga
:: kenyang lebih lama


:: Tenaga
:: breastfeeding mommy


:: Milk Booster


:: Breastfeeding mommy


:: Menyusukan dan hamil



Alhamdulillah..
Dengan berkat usaha dan istiqamah mereka, Allah SWT dorongkan dan mudahkan usaha mereka.

Yang penting, kita percaya, usaha dan istiqamah.

Bulan september 2015 ini, ESP sedang di landa jualan murah atau SALE.
Tsunami ESP bermula lagi.

Lebih jimat dan murah dari biasa.
Dapatkan juga shaker dan scoop hanya pembelian dari saya.

InshaAllah saya boleh COD di Shah Alam, Subang Jaya, PPUM, UM, UIA pj, Politeknik shah alam, UITM shah alam, UITM puncak perdana dan puncak alam, Serdang, Bangi, Bamdar Tun Razak, Bandar Tasik selatan, Kampung Malaysia Tambahan dan Raya, Sungai besi, Puncak Jalil dan Kajang

#espisawesome

Health makes you pretty
Izura mohamad sobri
                                                        0126647809


TAZKIRAH : BALANG MAYONIS & DUA CAWAN KOPI

TAZKIRAH : BALANG MAYONIS & DUA CAWAN KOPI

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya..."

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut.

Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab "Ya.."

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan
kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang
telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

"Sekarang..." profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda...

Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili
perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."

"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..." "... anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda."

"Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain.

Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..."

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan..."


“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam keadaan kerugian, kecuali orang-orang yang beriman, beramal solih, dan saling nasihat menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam kesabaran.”
(Al ‘Ashr: 1-3)

TAZKIRAH : KISAH SI TUKANG KAYU

TAZKIRAH : KISAH SI TUKANG KAYU


Di suatu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan.

Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang kayu ini tidak akan menerima lagi upah sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya itu.

Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Akhirnya, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.

Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat.

Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata "Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara."

Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Beliau tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.



“Yang akan mengikuti mayat (semasa dihantar ke perkuburan) tiga perkara : kaum keluarganya, hartanya dan amalannya. Dua perkara akan pulang (kembali ke rumah) iaitu kaum keluarga dan harta bendanya. Satu sahaja yang tinggal (akan ikut bersamanya ke alam barzah) iaitulah amal kebajikannya”
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

ESP is awesome part 15


Kisah Menarik ESP lagi.
PART 15



:: gebu gebas
:: bertenaga


:: Gastrik hilang
:: tidak lemau lagi

:: Gastrik hilang


:: feeding dan ESP


:: Tiada lagi gastrik

Alhamdulillah..
Dengan berkat usaha dan istiqamah mereka, Allah SWT dorongkan dan mudahkan usaha mereka.

Yang penting, kita percaya, usaha dan istiqamah.

Bulan september 2015 ini, ESP sedang di landa jualan murah atau SALE.
Tsunami ESP bermula lagi.

Lebih jimat dan murah dari biasa.
Dapatkan juga shaker dan scoop hanya pembelian dari saya.

InshaAllah saya boleh COD di Shah Alam, Subang Jaya, PPUM, UM, UIA pj, Politeknik shah alam, UITM shah alam, UITM puncak perdana dan puncak alam, Serdang, Bangi, Bamdar Tun Razak, Bandar Tasik selatan, Kampung Malaysia Tambahan dan Raya, Sungai besi, Puncak Jalil dan Kajang

#espisawesome

Health makes you pretty
Izura mohamad sobri
                                                        0126647809


TAZKIRAH : TOLONG MENOLONG

TAZKIRAH : TOLONG MENOLONG

Seekor tikus mengintip disebalik celah di tembok untuk mengamati sang petani dan isterinya membuka sebuah bungkusan. Ada makanan fikirnya? Dia terkejut sekali, ternyata bungkusan itu berisi perangkap tikus.Lari kembali ke ladang pertanian itu, tikus itu menjerit memberi peringatan,"Awas, ada perangkap tikus di dalam rumah, awaslah, ada perangkap tikus di dalam rumah!"
Sang ayam dengan tenang berkokok dan sambil tetap mencakar tanah, mengangkat kepalanya dan berkata, "Ya maafkan aku, Pak Tikus, aku tahu ini memang masalah besar bagi kamu, tapi buat aku secara peribadi tak ada masalahnya. Jadi jangan buat aku peninglah."
Tikus berbalik dan pergi menuju sang kambing, katanya, "Ada perangkap tikus didalam rumah, sebuah perangkap tikus dirumah!" "Wah, aku menyesal dengar khabar ini,"si kambing mengejek dengan penuh simpati, "tetapi tak ada sesuatupun yang boleh aku lakukan kecuali berdoa. Yakinlah, kamu sentiasa ada dalam doa doaku!"
Tikus kemudian terus menuju si lembu.
"Oh? sebuah perangkap tikus, jadi saya dalam bahaya besar ya?" kata lembu itu sambil ketawa.
Jadi tikus itu kembalilah ke rumah, kepala tertunduk dan merasa begitu patah hati, kesal dan sedih, terpaksa menghadapi perangkap tikus itu sendirian.
Malam itu juga terdengar suara bergema di seluruh rumah, seperti bunyi perangkap tikus yang berjaya menangkap mangsanya. Isteri petani berlari pergi melihat apa yang terperangkap. Di dalam kegelapan itu dia tak nampak bahawa yang terjerat itu adalah seekor ular berbisa.  Ular itu sempat mematuk tangan isteri petani itu.
Petani itu bergegas membawanya ke hospital. Dia kembali ke rumah dengan demam. Sudah menjadi kebiasaan setiap orang akan memberikan pesakit demam panas minum sup ayam segar, jadi petani itu pun mengambil pisaunyanya dan pergilah dia ke belakang mencari bahan bahan untuk supnya itu.

Penyakit isterinya berlanjutan sehingga teman teman dan jiran tetangganya datang menjenguk, dari jam ke jam selalu ada saja para tetamu. Petani itupun menyembelih kambingnya untuk memberi makan para pengunjung itu.

Isteri petani itu tidak juga sembuh. Akhirnya, dia meninggal dunia, jadi makin ramai lagi orang yang datang untuk pengkebumiannya sehingga petani itu terpaksalah menyembelih lembunya agar dapat menjamu makan orang orang itu.

Begitulah kisahnya. Hanya kerana sebuah perangkap yang akhirnya semuanya terlibat. Sikap mementingkan diri sendiri sebenarnya lebih banyak keburukan dari baiknya

“Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuha

TAZKIRAH : Oh Ibu...

TAZKIRAH : Oh Ibu...

Pagi yang cerah itu tiba-tiba berubah menjadi mendung dan kelam, tatkala menerima berits ibu dalam keadaan tidak sedarkan diri. 10 minit kemudian, dunia yang mendung menjadi bertambah kelam apabila panggilan telefon yang diterima mengatakan ibu sudah kembali menghadap Illahi. Pemergian mendadak, tanpa pesan itu memang menyakitkan, seolah-olah semua keluarga merasakan seperti ‘kecurian’.
‘Kecurian’ seseorang yang disayang. Tanpa tanda dan tanpa pesan, tepat pukul 8.25 pagi, ibu pergi dengan tenang ke pangkuan Tuhan. Masih tersimpan dan terkumpul dengan baik, surat-suratnya yang dihantar dari kampong dengan kata-kata istimewa, “Jaga diri baik-baik dan jangan lupa solat, jaga kesihatan”.
Ibu di kampung  mungkin agak kekok menggunakan internet, email atau wassup. Tetapi itu bukanlah halangan baginya untuk sentiasa menghubungi anak-anaknya. Setiap kenalan yang mahir atau kemudahan yang mula masuk ke kampung akan diusahakan untuk memastikan hubungan bersama anak-anaknya yang jauh sentiasa berada dekat dan dalam keadaan yang baik dan selamat. Bagi ibu, biarlah dia bersusah-susah sedikit mengeluarkan duit dan keringat demi anak-anaknya yang tercinta.
Masih segar dalam ingatan tatkala mengharungi zaman kanak-kanak dahulu, ibu sentiasa mempunyai waktu yang khusus untuk anak-anaknya, mendoakan,bercerita,bermain malah membantu menyiapkan kerja sekolah juga merupakan tugasan ibu yang tak pernah kenal erti penat lelah. Wajahnya sentiasa mengukir senyuman. Indah, tiada gantinya.
Satu perkara yang tidak dapat dilupakan adalah semasa persatuan Pengakap di sekolah ingin mengadakan persembahan pakaian beragam, anak-anak mula merayu kepada si ibu untuk menyiapkan pakaian mereka untuk dipertontonkan. Ibu hanya tersenyum dan memujuk kata-kata indah sebagai jaminan untuk anaknya tenang. Walau jauh di fikirannya, kemungkinan yang agak sukar, tetapi semangatnya terus membara untuk anaknya. Ibu tidak tidur malam, cuba menyiapkan pakaian anaknya yang akan diperagakan esok di sekolah. Bersengkang mata, berkorban tenaga untuk mengukir senyuman pada wajah anak tercinta….
Setiap kita mempunyai kisah yuang tersendiri. Pengorbanan ibu tiada galang ganti.
Menyediakan tanah perkuburan yang indah dan pelbagai penghormatan yang hebat sewaktu mereka meninggal dunia tidak akan memberi sebarang makna, sekiranya dibandingkan dengan perhatian dan kasih sayang yang kita berikan semasa mereka masih hidup. Kerana apabila si ibu pulang ke pangkuannya, akan timbul penyesalan walaupun kita melakukan yang terbaik untuk mereka,apalagi sekiranya kita tidak pernah melakukan kebaikan terhadap mereka sama sekali. Namun penyesalan selalu datang pada saat akhir dan tidak mungkin dapat kita putarkan waktu bagi menutupi penyesalan itu.
Ayuh selitkan doa buat mereka setiap hari.


ESP is awesome part 14

Khasiat ibu dan anak


ESP... sayang kamu ketat-ketat.


:: Milk Booster


:: berpantang dengan ESP


kulit camtik berseri


Alhamdulillah..
Dengan berkat usaha dan istiqamah mereka, Allah SWT dorongkan dan mudahkan usaha mereka.

Yang penting, kita percaya, usaha dan istiqamah.

Bulan september 2015 ini, ESP sedang di landa jualan murah atau SALE.
Tsunami ESP bermula lagi.

Lebih jimat dan murah dari biasa.
Dapatkan juga shaker dan scoop hanya pembelian dari saya.

InshaAllah saya boleh COD di Shah Alam, Subang Jaya, PPUM, UM, UIA pj, Politeknik shah alam, UITM shah alam, UITM puncak perdana dan puncak alam, Serdang, Bangi, Bamdar Tun Razak, Bandar Tasik selatan, Kampung Malaysia Tambahan dan Raya, Sungai besi, Puncak Jalil dan Kajang

#espisawesome

Health makes you pretty
Izura mohamad sobri
                                                        0126647809