Fakta mengenai Tomato 🍅


🍅 Mencegah kanser, mengekalkan tekanan darah yang sihat, mengurangkan gula dalam darah.
🍅 Mengandungi karotenoids. Yang melindungi mata dari kerosakan.
🍅 Sedap dan rangup tau kalau makan tomato dalam sandwich atau salad 😜
🍅 Basuh tomato anda sebelum makan dan masak. Sebab tomato tergolong dalam “Top 10” buah dan sayur yang banyak disembur racun masa ditanam.

Khasiat Tomato.

Tomato kaya dengan VitaminA, VitaminK, VitaminC, VitaminB, folate, thiamin, Pottasium, Magnanese, Magnesium, Phosphorus, copper.

Antara khasiat Tomato.

• Anti-oksida yang tinggi.
🍅 Tomato kaya dengan lycopene. Lycopene bertindak sebagai agen menentang kanser.

Universiti Harvard mengatakan tomato mampu menentang kanser prostat, kanser rahim, kanser perut, kanser usus, kanser payudara, juga kanser mulut.

• Membantu dalam URTI
(Jangkitan pada salur kencing)
🍅 Tomato kaya dengan kandungan air. Oleh itu, kandungan air yang banyak mampu menghasilkan banyak air kencing. Bila banyak air kencing, banyak toksin boleh disingkirkan.

• Mencantikkkan kulit.
🍅 Tomato mampu mengekalkan kesihatan gigi, tulang, rambut dan kulit. Lagi satu, hirisan tomato boleh melegakan ‘sunburn’. Kalau u ols perasan, tomato banyak terdapat dalam produk anti-aging dan sunblock.

• Membantu dalam pesakit diabetis.
🍅 Kajian oleh ‘Journal of the American Medical Association’ mengatakan bahawa pengambilan tomato setiap hari mampu mengurangkan oksidatif stress diabetis type2.

• Menurunkan tekanan darah tinggi.
🍅 Tomato mampu merendahkan tekanan darah tinggi. Potassium dalam tomato membantu dalam masalah tekanan darah

• Masalah penghadaman.
🍅 Tomato mengandungi banyak air, dan boleh mengelakkan sembelit teruk. Juga mencegah jaundis dan mengeluarkan toksin dalam badan. Tomato juga banyak serat, kan serat boleh meningkatkan peristaltis.

• Bagus untuk penglihatan.
🍅 Tomato kaya dengan VitaminA. VitaminA kan bagus untuk mata.

• Bagus untuk masalah mereka yang nak berhenti merokok.
🍅 Tomato kaya dengan coumaric acid dan chlorogenic acid, yang boleh melawan nitrosamin dalam rokok yang menyebabkan kanser.

• Keratan rentas tomato berbentuk jantung.
🍅 Tomato melindungi jantung. Mampu menurunkan kadar kolesterol jahat.

• Kaya dengan Vitamin dan mineral.
🍅 Sebiji tomato membekalkan 40% keperluan VitaminC harian. Tinggi kan? Sehari makan 3 biji tomato dah cukup. Persoalannya, mampu kah anda?

Hehehe

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

Bunga dan khasiat.


Aura 7 bunga. Biasa dengar kan?


•’Red Rose’ atau Mawar merah - membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi. Romantik gituuu.

•’White Rose’ atau Mawar putih - menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri

•’Magnolia’ atau Cempaka putih - melembutkan dan mewangikan badan

•Bungong Jeumpa Gadeng’ atau Cempaka kuning - menyerikan dan mewangikan badan

•’Jasmine’ atau Melur putih dan kuning - menyucikan dalaman

•’Ylang Ylang’ atau Kenanga - menaikkan seri dan senang didekati

•Limau purut jangan lupa.

Tak silap MJ, Mustika Ratu ada jual air mawar. Boleh la buat u ols.

Cara yang sebetulnya, campur kan semua bunga, air mawar dan limau dalam satu baldi. Rendam semalaman tau. Buang daun dan duri nya tau. Kang ada pula luka kena duri bunga mawar.

Sebelum mandi bunga tu, u ols mandi la dulu dengan sabun. Mandi buna ni bilasan terakhir je. Jangan beriya sangat tak sabun. Kang aura ke mana, busuk ke mana. 😜

Mandi waktu pagi dan tak perlu bilas. Biar je bau bunga itu. Tapi kalau ada terselit kelopak bunga kat memana, buang la tau.

Selamat mencuba.

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

Kenapa perlu mandi bunga?

Biasa nya bakal pengantin yang sinonim dengan mandi bunga ni kan? Iye, untuk menaikkan seri wajah. Aura 7 bunga yang memberi seri. Mandi bunga biasa dilakukan 1-3 hari sebelum bernikah. Boleh la bakal pengantin berehat dan chillex dalam spa. Ada juga pendapat, nak cari jodoh kena mandi bunga? Erk.. lain macam dah tu. Post seterusnya MJ cerita pasa aura 7 bunga ye. #DoozyBeauty #beYOUtiful #mamaCOOL #SaintisCantik

Apa itu mandi bunga?



 Mandi bunga ialah ritual untuk membersihkan aura, menaikkan seri dan membuang sial. Ritual ini terkenal di kalangan orang Asia. 
Upacara ini wujud sejak beribu tahun dahulu. Asalnya dibawa oleh pengikut agama Buddha dari India. 
Dari sudur Islam, tiada dalam nas yang sahih. Cuma ia sebagai adat. Tidak salah mandi bunga tapi niat harus betul. 
Niat supaya tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Dari sudut sains yang di kongsi oleh DFK, 

“Mandi bunga dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga. Ini kerana khasiat yang terdapat pada bunga itu menyerap kedalam tubuh” 


Ada rasa nak mandi bunga tak? 
#DoozyBeauty 
#beYOUtiful 
#mamaCOOL 
#SaintisCantik

Keturunan barbie

Perlu ke makan supplemen dan guna produk penjagaan kulit untuk kelihatan cantik dan segak? Tak perlu. Sebab u ols kan keturunan barbie doll dan ken. Memang dari lahir flawless. #ifyouknowwhatimean #DoozyBeauty #beYOUtiful #mamaCOOL

Panduan memilih kasut tinggi.

Kasut memainkan peranan penting untuk menonjolkan penampilan wanita. Setuju?


Dan ramai yang gemar memakai "High Heels" kerana ia memberi impak yang membuatkan seseorang wanita itu nampak cantik, anggun dan penampilan yang menyakinkan.


Tetapi, bagaimana mahu mendapatkan cara yang selesa semasa ber"High Heels" supaya kaki tidak sakit?


Beberapa tips yang boleh MJ kongsikan adalah :-


🔸 Kenali Jenis Kasut


Jika kasut jenis keras terutama dibahagian badan kasut dan dalam kasut, anda boleh letakkan pelapik lembut untuk mengurangkan geseran yang boleh buat kaki terasa sakit. Untuk lebih stabil, pilih kasut yang tumitnya jauh dari bahagian hadapan.


🔸 Cara Berjalan yang Betul


Tegakkan kepala dan tegapkan bahu semasa berjalan supaya anda dapat mengimbangi badan dengan baik. Jangan berjalan seperti anda memakai kasut biasa kerana ia boleh menyebabkan anda terjatuh. Kecilkan langkah anda dan pastikan seluruh tapak kasi anda terasa memijak lantai ketika berjalan.


🔸 Pastikan Keselesaan


Letakkan kusyen kasut dibahagian hadapan jika kasut anda jenis tirus dihadapan supaya kaki anda boleh bernafas. Ketika anda memakai kasut tinggi, di bahagian tengah tapak kaki adakalanya akan berasa kosongkan, oleh itu, letakkan juga kusyen kasut di bahagian tersebut untuk memberi lebih cengkaman.


Kusyen kasut di bahagian tapak kaki hadapan penting kerana berat anda tertumpu di bahagian tersebut ketika berjalan dengan kasut tumit tinggi. Gunakan heel pads untuk mengelakkan kaki anda terkeluar daripada kasut ketika berjalan.


🔸Kuatkan Tulang Kaki


Memakai High Heels mempunyai risiko tinggi untuk mengalami sakit dibahagian kaki dan tapak kaki. Ia juga boleh menyebabkan kekejangan. Tulang yang tidak kuat boleh jugak menyebabkan kaki mudah terseliuh dan jatuh. Pengambilan Ostematrix yakni kalsium lengkap sangat disarankan supaya anda dapat memakai High Heels dengan selesa dan dapat meningkatkan kesihatan tulang kaki anda.


.


#DoozyBeauty
#SaintisCantik
#mamaCOOL
#beYOUtiful