Ikat rambut semasa berpantang.

Ikat rambut tinggi. Fakta atau auta Mitos atau fakta? Orang dulu-dulu berpesan, kalau mengandung, jangan potong rambut. Biarkan rambut panjang. Mengurai macam kak limah pon takpe. Orang tua-tua cakap tu ada maknanya tau. Ada betulnya.. Ikat rambut tinggi dan ketat-ketat semasa berpantang adalah untuk “Face Lift” Apa itu Face Lift? Dan apa logiknya Face Lift? Bila kita ikat rambut ketat-ketat, urat dan sendi muka tertarik keatas. Ternaik gitu. Supaya muka tak cepat kendur dan cekang. Kalau tak ikat, muka cepat kendur dan otot muka tak kuat. #DoozyCantik #beYOUtiful #mamaCOOL #SaintisCantik

JERAWAT.

Apa itu jerawat? Jerawat adalah sejenis keadaan kulit yang menyebabkan bintik hitam, benjolan kecil pada muka, bahu, belakang, leher, dada dan bahagian atas lengan. Jerawat juga boleh menjadi blackheads, whiteheads, sista dan nodul. Jerawat biasanya timbul bila masa seseorang meningkat baligh. Pada peringkat itu, kelenjar sebaceous atau minyak bergerak aktif. Kulit manusia ada liang yang menyambungkan kelenjar minyak di bawah lapisan kulit iaitu dermis. Folikel menyambungkan kelenjar dengan kulit. Folikel adalah sejenis kantung yang menghasilkan dan merembeskan cecair. Kelenjar yang menghasilkan minyak dipanggil sebum. Sebum mengangkut sel kulit mati dari folikel ke kawasan dermis ke epidermis. Rambut atau bulu juga tumbuh melalui kawasan tersebut. Jerawat terjadi apabila folikel ini tersumbat dan minyak terbentuk dibawah lapisan kulit. Sel kulit, sebum dan rambut boleh berkumpul dan menghasilkan satu gumpalan. Gumpalan ini dijangkiti bakteria dan menyebabkan benjolan. Dari situ jerawat mula dihasilkan. Bakteria yang menghasilkan jerawat dipanggil Propionibacterium acnes (P.acnes) Jerawat la pulakkkkk hari ini. #DoozyBeauty #beYOUtiful #mamaCOOL #SainticCantik

Kepentingan berpantang

Berpantang ni bagi wanita ibarat dilahirkan semula. 
Fragile sangat, seperti bayi baru lahir. Badan ibu menjadi tidak kuat dek kerana banyak kehilangan darah juga tenaga. Bila berpantang, pentingnya kita sihatkan badan semula. Supaya kita sihat luaran dan juga dalaman. 

Kesihatan mental juga sangat penting. Bila difikirkan balik, kesihatan mental yang paling penting. Kerana bila mental sihat, badan pon sihat kan? Tak perlu kata ibu berpantang, kita yang setakat pantang tengok makanan pon, kalau dalam keadaan mental serabut dan letih, nak berjalan pon kalau boleh mengesot. 

Dan nak berselubung je atas katil. 
Oleh itu kesimpulannnya, berpantang menyihatkan dalam, luaran dan mental. 

#DoozyCantik 
#beYOUtiful 
#mamaCOOL 
#SaintisCantik

Siapa yang perlu berpantang?

Bagi sekurang-kurangnya 44hari hingga 100 hari.

• Semestinya ibu lepas bersalin. Anak yang cukup minggu.
• Ibu yang keguguran. Anak dalam kandungan 6-9bulan.

Bagi ibu yang keguguran anak dalam kandungan berusia 1-5bulan, ibu hanya dinasihatkan pantang makan dan minum. Jikalau mahu berurut, selepas hari ke30.

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

10 perkara WAJIB berpantang.



1. Pakai stokin seelok-eloknya paras betis. Stokin tebal ala-ala stokin bola gitu

2. Bengkung jangan tinggal, untuk dapatkan bentuk badan idaman semula. Banyak bengkung dipasaran sekarang. Pilih je nak yang mana. Seelooknya cari yang senang nak buang air kecil dan menyerap peluh.

3. Sentiasa berpeluh, bagus untuk detox badan. keluarkan toksin yang u ols kumpul 9 bulan tu. Masa mengandung mana ada mind-set nak kurus kan? Makan je apa nak makan.

4. Ikat rambut tinggi dan ketat. Sebab tu orang tua tua kata, simpan rambut panjang bila mengandung. Nanti berpantang boleh tarik ketat-ketat.

5. Basuh kepala dengan air sejuk. Untuk mengurangkan risiko migrain dan keguguran rambut. Kepala sahaja ya. Dari bahu sampai ke kaki, haruslah air suam.

6. Bertungku. Sekarang banyak jenis tungku. Tak perlu guna dapur gas pon ada dah, guna elektril je 😊

7. Makan suplemen, jamu dan herba(bila anak bebas jaundis). Banyak jamu dan herba sekarang, u ols kena study dulu. Especially yang full breastfeed anak.

8. Minum air secukupnya. Tapi elakkan air manis dan air sejuk.

9. Elakkan bersedih dan stress. Nanti u ols cenderung terkena meroyan.

10. Jangan angkat benda berat selain dari bayi anda sendiri. Masa berpantang tak perlulah buat kerja berat. Angkat barang ke, sental lantai ke. Kerja rumah biasa boleh la buat. Tapi kalau ada bantuan lebih elok.

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

10 Kesalahan besar bila mencuci muka



10• Menggunakan produk yang tidak sesuai dengan jenis kulit.
Atau pon produk yang mengandungi kimia yang tinggi. Efek nya kita dapat rasa bila muka menjadi pedih.

9• Basuh muka lebih 2 kali sehari. Ia bukan saja menipiskan kulit malah menggalakkan penghasilan lebih banyak minyak muka.

8• Basuh muka dengan air panas. Mitos je basuh muka sebab boleh membuka pori wajah. Pori wajah takde otot. Macam mana nak buka? Unless guna wap.

7• Menggunakan skrub muka yang kasar dan terlalu kerap. Kadar yang dibenarkan 3kali seminggu sahaja.

6• Tidak membilas wajah dengan bersih. Pastikan air basuhan muka dengan banyak dan habis bersihkan semua sabun di wajah. Nanti tak bersih, mula lah naik ruam atau jerawat.

5• Menggunakan bahan kimia yang tak betul. Contoh ada paraben, merkuri, SLS dan bahan kimia lain. Cari produk yang selamat. Dan kalau boleh, drug store produk pon dah elok. MJ bukan support produk tempatan tapi..... ( cikgu kata jangan tulis dalam FB, cakap je depan2)

4• Tonyoh muka dengan towel. Kan dah cakap, dap dap manja je.

3• Lambat guna moisturizer selepas mencuci muka. Jangan lengah, lepas dap dap dengan towel, terus sapu pelembap. Masa ini sangat efisyen tau. Terus meresap jauh ke tulang 😜😜

2• Cari produk yang kita perlukan sahaja. Basic pencuci wajah, pelembap, toner, serum. Kalau jenis yang malas nak skrub, buat natural skrub. Lenyekkan VitaminC Shaklee, letak air sikit, skrub. Lebih mudah dan tak membazir. Sebab apa tak membazir, sebab kita tak payah beli skrub yang kita tak pasti bila nak guna. Lama-lama expired. Bila dah expired dan tak perasan, tonyoh kat muka, esok bangun pagi muka berkulat. Kikiki.

1• Takut menggunakan minyak.
Minyak bagus untuk kulit walaupan anda mengalami masalh kulit berminyak.
Minyak yang ada dipasaran?
Olive oil, argan oil, almond oil, grapeseed oil. Cuba.. ini antara resepi kulit cantik orang dulu-dulu.

So selamat beramal u ols..
Ingat, kita manusia. Bukan patung. Kulit muka kita bernafas, ada masa ada cela, ada maslah ruam.
At least kita ada usaha menjaga nya.

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik
#mukatiadaganti

MERKURI dalam kosmetik

“Merkuri boleh menyebabkan penyakit yang kronik” Pengamal perubatan Marvin M.Lipman, MD 1973 “Food and Drug Administration” (FDA)

Produk pemutih dan anti penuaan.
Produk menghilang kedutan, jerawat kasar dan sebaginya masalah kulit.
FDA berkata lagi, produk yang mengandungi merkuri sering digunakan di pasaran Asia, Afrika dan Latin.
• Risiko merkuri.
Menyebabkan masalah penghadaman dan merosakkan buah pinggang.
“Merkuri juga menyebabkan kerosakan pada sistem saraf tunjang, menyebabkan tremor, hilang ingatan dan lemah sendi” kata Orly Avitzur, M.D Pakar Saraf.
Paling merbahaya merkuri adalah pada ibu mengandung.
Bayi dalam kandungan terdedah kepada pelbagai masalah, seperti cerebral palsy dan masalah lain berkaitan otak.

Seseorang dewasa boleh menyerap 450mcg merkuri pada sekali sapuan dengan produk yang mengandungi 10,000 ppm merkuri. Itu adalah 90 kali ganda jumlah minyak ikan dalam dalam seekor ikan.
Menakutkan bukan?
Nanti Mamajura sambung lagi..
Naik sheikh pula cerita bab bahana ni 😜

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik
#mukatiadaganti