7 TIPS JAGA KESIHATAN KULIT.


Macam-macam kita dengar tips jaga kulit.
Saya nak share yang simple je.
Yang kita mesti boleh buat hari-hari. Tips paling ringkas.

1- Minum air secukupnya dalam 2liter sehari. Minum air masak tau. Bukan air manis. Air suam lagi elok. Bonus, kita tak sembelit dan proses detox berjalan lancar 👌🏻

2- Cuci muka dengan pencuci muka 2-3kali sehari. Persekitaran kita terdedah dengan udara tercemar dan panas kering. At least kita cuci muka tu, muka tampak bermaya dan menghilangkan kotoran yang kita tak sedar melekat di muka.
Tak percaya? Cuba jangan basuh muka seharian, dan esok amik satu cotton pad, basahkan sikit, tonyoh kat muka. Komfirm hitam 😜

3- Sebelum tidur muka kena bebas make up tau. Bila kita tidur, satu badan kita rehat. Biarkan kulit kita bernafas bebas. Nak sapu krim malam lagi elok.

4- Buat skrub seminggu sekali. Cari produk skrub yang ada biji halus je tau. Jangan kasar sangat. Rosak kulit muka kita. Tak ada skrub? Lenyekkan VitaminC dengan Alfalfa je. Dijamin puas hati.

5- Guna pelembap setiap masa. Bagi saya, selepas solat tak touch up make up pon takpe. Asal tepek moisturizer. Tak la rasa togel sangat muka 😜

6- Krim pelindung SPF. Tak kira bekerja di pejabat atau duduk rumah saja. Krim pelindung SPF penting untuk elak jeragat ketika di mamah usia.
Duduk rumah pon kena pakai ke?
Ehhh, opkos. Takkan duduk rumah u ols tak sidai kain kat luar? Kena juga matahari kan? ⛅️

7- Kalau kita ada jerawat, jangan la picit. Kalau pict nanti ada parut dan ada kesan hitam. Nak pulih dari kesan tu, mak aih. Makan tahun 😜

Simple je tips kan?

Buat tau...




Kacang tanah punca jerawat.

Banyak cerita KACANG TANAH dan JERAWAT.

Betul ke?

Kacang tanah atau jenis kekacang lain tidak sama sekali terlibat secara terus. Namun ada kajian yang mengatakan kacang ada memberi impak kepada kulit dan seterusnya jerawat.

Namun, kacang juga menjadi bahan substitutes kepada protein haiwan terutama bagi masyarakat vegetarian. Mereka sangat mahir dengan kekacang ni. Ye la kan, mereka improvises makanan mereka supaya dapat rasa macam ayam. Hebat kan?

Kenapa kacang tanah di jadikan bahan substitutes? Kerana protein dalam kacang adalah tinggi. Malah lebih tinggi dari protein dalam daging dan telur. Dari situlah sumber protein terbesar selain haiwan.

Bahkan kacang sangat sesuai dijadikan menu sihat. Banyak khasiat dalam kacang.

Namun, jika kita mempunyai hormon yang tidak stabil, karbohidrat dan protein dalam kacang dapat meningkatkan insulin dalam darah.
Bila ia meningkat, kacang tanah menjadi bahan yang merbahaya dan disitulah jerawat mula muncul seketika.

So Kacang penyebab jerawat?
Bergantung pada individu.

Lebih malang, jerawat menjadi banyak, jika seseorang itu mempunyai masalah kelenjar sebum yang aktif iaitu kulit wajah jenis berminyak.

Ps: Sedapnya ketupat cicah dengan kuah kacang. Nak nak pula disulami dengan satay ayam dan daging.. perghh!

Semua nya bergantung pada hormon.

#kisahCantik

Kulit muka.

Kulit muka ibarat epal. Kena cantik dalam dan luar. Kalau buruk dalam, luar cantik. Tapi lama-lama luar pon buruk kan.
Kalau dalam cantik, luar pon kekal cantik.
Gituuuuu. Tiber!
#YouthbyMJ

Pantang larang dalam kosmetik.

Ada beberapa jenis produk penjagaan muka yang ada pantang larang. Bukan semua boleh sapu dan seterusnya pergi keluar jalan-jalan, atau terus apply make-up.
Ada juga yang bila kita sapu, kita tak bole expose kepada panas tau. Nak memasak pon tak boleh.
Itu yang kadang-kadang ada orang yang merungut kulit terbakar selepas guna produk pejagaan muka. Sebab mereka tak jaga pantang larang. Bukan produk tak bagus, tapi ada pantang larang. Korang yang tak study dulu.
#YouthbyMJ

Jenis kulit dan YOUTH.

Semua jenis kulit sesuai menggunakan YOUTH.
Semua orang boleh guna. Tetapi normal, jika ada yang mengalami masalah. Dalam 100 orang, 5 orang mengalami masalah.
Ini MJ bercakap jika dia menggunakan fullset. Pencuci muka, toner, pelembap, serum, night cream dan biji emas c+e.
So, bila ada masalah.. berbalik kepada set penjagaan yang basic. Kurangkan penggunaan serum dan radiance c+e. Set basic adalah, pencuci muka, toner, pelembap dan night cream sahaja.
Not to worry.. YOUTH bebas bahan kimia. 100% natural dan sangat berkesan.
#YouthbyMJ