Apa bagusnya Lotus Japonicus ni?




Terdapat kebanyakkan di dalam produk yang meningkatkan kolagen.

Di dalam badan kita, terdapat kumpulan protein yang menghantar signal untuk membina kolagen. Kumpulan protein ini sangat bijak.
Tetapi semakin kita meningkat berusia, kumpulan protein ini pon dah jadi tak berapa bijak. Mereka pon tak tahu bila nak hantar signal. Nak hantar kat mana pon tak tahu. Sesat memanjang. Hehe. Signal rosak mengikut perubahan masa.

Bila signal tidak di hantar oleh kumpulan protein itu, kulit kita tak tahu bila nak renew dan bina kolagen. Oleh itu, kolagen dan elastin kulit semakin kurang.

Oleh itu, fungsi Lotus Japonicus ini adalah membaiki dan mengaktifkan kumpulan protein ini supaya ia kuat dan mula menghantar signal untuk membina kolagen yang baru. Kulit kita pon lebih elastik dan gebu.

Kulit kita akan diperbaharui dengan lebih cepat dan tegang. Kulit tidak lagi lembik.
#YouthbyMJ

Solat kita bagaimana?

Nabi SAW pernah diracun oleh wanita Yahudi. Wanita Yahudi itu meletakkan racun pada makanan dan daging baginda.
Sehingga organ dalaman baginda rosak. Dan baginda masih bersolat duduk juga mengimamkan solat.
Sahabat baginda menangis melihat keadaan baginda yang sakit tetapi masih bersolat.
Kita bagaimana?

Lotus Extract




Lotus Japonicus. Mengaktifkan protein di kulit dan menyokong penghasilan kolagen dan elastin.
Berada di dalam SERUM dan KRIM MALAM.

#YouthbyMJ

Schinsandra Chinesis


Membantu membekalkan lebih banyak nutrien pada kulit.

Nama lain nya adalah Elderberry.
Elderberry mempunyai antioksidan yang sangat tinggi dan memberi nutrien kepada kulit.
Bila kulit kita kering dan tidak berseri, ia petanda kulit kita tidak cukup nutrien. Kulit baru akan renew tapi kita nak pastikan ia di perbaharui dengan nutrisi. Baru lah diperbaharui dengan kulit yang berkualiti.

Buat pengetahuan u ols, Vitamin A adalah nutrien yang membuatkan kulit berseri.
#YouthbyMJ


KELEBIHAN SOLAT JEMAAH

Solat jama’ah memiliki keutamaan dibanding solat sendirian dengan pahala 27 darjat sebagaimana sering kita dengar. Inilah keutamaan solat jama’ah tersebut. Disamping itu, orang yang menunggu solat di masjid juga akan mendapat pahala dan doa malaikat. Begitu pula ketika seseorang sudah berjalan dari rumahnya menuju masjid, itu pun sudah dihitung pahalanya.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,     
صَلاَةُ الرَّجُلِ فِى جَمَاعَةٍ تَزِيدُ عَلَى صَلاَتِهِ فِى بَيْتِهِ وَصَلاَتِهِ فِى سُوقِهِ بِضْعًا وَعِشْرِينَ دَرَجَةً وَذَلِكَ أَنَّ أَحَدَهُمْ إِذَا تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ أَتَى الْمَسْجِدَ لاَ يَنْهَزُهُ إِلاَّ الصَّلاَةُ لاَ يُرِيدُ إِلاَّ الصَّلاَةَ فَلَمْ يَخْطُ خَطْوَةً إِلاَّ رُفِعَ لَهُ بِهَا دَرَجَةٌ وَحُطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةٌ حَتَّى يَدْخُلَ الْمَسْجِدَ فَإِذَا دَخَلَ الْمَسْجِدَ كَانَ فِى الصَّلاَةِ مَا كَانَتِ الصَّلاَةُ هِىَ تَحْبِسُهُ وَالْمَلاَئِكَةُ يُصَلُّونَ عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِى مَجْلِسِهِ الَّذِى صَلَّى فِيهِ يَقُولُونَ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ تُبْ عَلَيْهِ مَا لَمْ يُؤْذِ فِيهِ مَا لَمْ يُحْدِثْ فِيهِ
“Solat seorang  lelaki dengan berjamaah melebihi dua puluh tujuh darjat dari solat seseorang yang dikerjakan di rumahnya dan di pasar.  Hal demikian itu kerana bila salah seorang diantara mereka berwuduk dengan memperelokkan wuduknya, lalu mendatangi masjid dengan tidak ada tujuan lain yang mendorongnya kecuali untuk solat, maka tidaklah ia melangkah satu langkah, kecuali akan ditinggikan darjatnya dan langkah seterusnya dihapus kesalahannya, hingga ia masuk masjid, Jika dia telah memasuki masjid, maka dia akan dikira dalam keadaan solat selagi dia berada di tempat solatnya, dan para malaikat akan mendoakannya selama dia masih berada di tempat yang ia gunakan untuk solat: “Ya Allah, rahmatilah dia, Ya Allah, ampunilah dia, Ya Allah maafkanlah dia, ” selama ia tidak melakukan gangguan dan belum berhadas.” (HR Muslim No: 1059)
Semoga hadis ini menjadi motivasi  bagi kita semua. Hanya Allah yang memberi taufik dan petunjuk.

SERUM Youth.



BERITA GEMBIRA.

Jika anda berusia 20-40 tahun dan menggunakan SERUM YOUTH.
Dalam post sebelum ini, MJ ada cerita tentang tempoh kitaran kulit kan?
Dan jika u ols guna SERUM, tempoh pembaharuan kulit baharu mungkin mengambil masa leboh singkat, mungkin 28 hari.

Lebih berseri.


Jikalau ada jerawat dan blackheads dan whiteheads, ia akan mempercepatkan ‘mereka bertiga’ keluar. Sekali gus, kulit anda lebih cerah, gebu, dan cantik.
Ekstrak stem sel epal- Mempercepatkan proses pembaharuan kulit.
#YouthbyMJ

BELAJAR UNTUK BEREHAT, BUKAN BERHENTI



Kehidupan pada zaman sekarang ternyata tidak mudah bagi semua orang. Tekanan dalam hidup yang datang dari kiri dan kanan, depan dan belakang adakalanya menyesakkan dada.
Berapa ramai yang berjaya menikmati kehidupan ini dan berapa ramai pula yang gagal lalu memilih untuk bermusuh dengan hidup ini.
Selain berlumba-lumba untuk memperbanyakkan amalan bertemu Tuhan, kita juga seakan-akan berlumba-lumba untuk menguasai dan berjalan seiringan dengan kecanggihan teknologi era ini. Penat rasanya.
Kita pernah berada dalam situasi di mana kita merasa getir ketika berdepan dengan ujian. Merasa sedih apabila apa yang kita usahakan tidak menjadi seperti harapan dan ekspektasi kita.
Merasa lelah seolah-olah kaki ini tiada arah untuk melangkah, tiada kekuatan untuk berdiri, malahan! Kita merasakan bahawa dunia ini suram dan sepi walau dipenuhi oleh jutaan manusia.
Paling teruk, sampai satu titik dalam hidup kita, kita mungkin pernah merasakan bahawa kita ini kalau tiada di dunia pun, tidak apa-apa. Kerana apa? Kerana kita merasakan bahawa kita tidak ada fungsinya dalam hidup.
Dunia Tempat Berpenat Lelah
Betapa sebenarnya walau apa sahaja lapangan akademik atau pekerjaan yang kita sedang berada, pastinya setiap satu dari kita akan berhadapan dengan cabaran dan ujian yang berbeza.
Betul, kan? Lelah jasad, lelah jiwa itu menjadi teman akrab kita dalam kehidupan. Tidak boleh tidak, pasti dua perkara itu ada dalam hidup kita.
Ketika mana kita bersungguh melakukan sepenuh hati dalam hal pekerjaan yang kita kerjakan, tetapi hasilnya tidak seperti yang kita jangkakan, itu adalah sesuatu yang menjentik hati.
Ketika terasa bahawa kita masih belum menjadi seseorang yang boleh memberikan manfaat kepada orang lain, kita terasa bahawa apa gunanya kita sehingga umur yang sekarang ini? Kenapa orang lain boleh, tetapi kita tidak boleh?
Hidup di dunia memang penat. Pun begitu, jangan kita tidak adil terhadap perjalanan dan takdir Allah.
Di dunia ini jugalah kita merasa bahagia, kita merasa perasaan yang indah apabila berjaya, kita merasa puas hati apabila mencapai apa yang kita inginkan. Betul, bukan? Ha, sila angguk kepala masing-masing!
Namun bila hadirnya ujian dari Allah S.W.T, ingatlah semua itu tidak kekal. Bahkan, bersilih ganti hadirnya dalam hidup sehari-hari kita.
Kerana Allah mahu mentarbiyah kita, agar tidak terlalu alpa dan selesa berada dalam satu-satu situasi. Maka Dia hadirkan semuanya bersilih ganti. Senyum.
Jangan Berhenti Berjuang Dalam Hidup
“There’s a time that I just want to stop.”
Siapa pernah merasa seinci sahaja lagi mahu berhenti dari perjuangan atau dalam hal-hal yang sedang diusahakan? Jangan rasa terhina, teman.
Ramai orang pernah merasakan hal tersebut. Kita ini manusia yang tidak kebal dirinya, apatah lagi hatinya. Memang sebagai manusia begitulah lumrahnya.
Namun, berbeza di antara kita semua adalah mereka yang berhenti dan mereka yang tidak berhenti. Kita semua faham, bukan? Walau adakalanya terasa berada dijalan mati, jangan terus mati akal kita.
Bila berhadapan dengan situasi yang sempit, katakan;
“Kesulitan yang aku rasai sekarang ini, saat ini, tidak akan selamanya. Bertenang wahai diriku, kau ada Allah!”
Percayalah, ini memberikan suatu rasa dalam jiwa kita. Kerana apa? Kerana iman dan keyakinan kepada Allah, adalah azimat kita.
Lihat aturan alam di sekeliling kita, tidakkah kita belajar sesuatu darinya? Sebagaimana terik mentari yang ada waktunya menyengat, akan menjadi teduhan bayangan yang melindungi.
Tidak dilupa hujan yang lebat, tidak selamanya berterusan. Malah, hadirnya membawa kedinginan dan rahmat yang menguntungkan manusia.
Ayuhlah, jangan terbawa-bawa dengan perasaan melemahkan diri sendiri dengan melebih-lebih.
Berehat Sebentar Refleksi Diri
Seiring dengan pertambahan usia, menandakan kita perlu berdikari dengan stabil. Maka, ertinya semakin banyak pula ujian yang telah dan bakal mendatang..
Saya juga adalah salah seorang seperti kalian, yang pernah dan akan berhadapan dengan ujian. Yang pernah hampir kehilangan pertimbangan.
Namun, kalaulah tidak kerana tarbiyah dari Allah S.W.T dan kawan-kawan yang sentiasa ada tidak lokek hatta dalam soal menasihati, maka pasti saya juga tidak melihat bahagia itu di mana.
Ramai dalam kalangan manusia apabila berhadapan dengan masalah, ada yang mengambil jalan yang singkat. Menamatkan riwayat kehidupan, yang pasti cara membunuh diri diharamkan Islam.
Malah ada juga yang bertindak untuk tenggelam sahaja dalam masalahnya. Mengikut arus masalah sehingga dia merasa dirinya sudah tiada harapan untuk apa-apa pun dalam kehidupan. Bukankah tindakan seperti itu satu kerugian? Sungguh.
Allah S.W.T mencipta banyak rasa dalam kehidupan kita. Salah satunya adalah, bahagia. Bahagia itu adalah milik semua orang dan satu hakikat. Untuk mendapatkan kebahagiaan, cubalah berdamai dengan pengalaman-pengalaman hidup dan berusahalah kawan untuk reda.
“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah. Tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” Surah Yunus : 62
Kesimpulan
Seberat apa pun yang kita rasai dalam kehidupan, kepentingan untuk bertenang dan merasionalkan min-da adalah antara perkara yang terawal untuk kita perlu lakukan.
Merasai dalam jiwa bahawa kita sebenarnya tidak bersendirian dalam langkah kita. Allah sentiasa bersama kita teman.
Tersenyumlah kepada diri kita sendiri. Katakan kepada diri, kita akan berehat dan belajar untuk tenang. Ada pun soal masalah dan ujian hidup, semuanya akan berlalu.
Berehat sebentar akan menenangkan dirimu teman, sesekali tidak akan memberikan kerugian asalkan kamu akan bangkit kembali.
Penulis: Suhana Amiril