Ilmu bisnes.

Bisnes makanan, baju kelawar, seluar pallazo, stongan, kain pelikat, lecu, pelentik bulu mata dan sport rim motor tak perlu tanya soalan macam polis.
Build rapport manja-manja pon dah ngam.
Customer tak perlu diselidik pelik-pelik.
Sebab barangnya direct. Straight to the point.
Buat apa pula orang nak beli sport-rim kena tanya bacaan darah tinggi berapa.
Buat apa pula orang nak beli stongan kena tanya bila last datang bulan.
Buat apa pula orang nak beli lecu kena tanya ada tak makan ubat pencair darah.
Kami di Shaklee, diajar membina rapport yang baik dengan customer.
Bila customer tanya tentang supplemen, kami kena tanya kenapa nak, masalah apa yang ada, tanya macam polis. Tak boleh, dilarang sama sekali bagi harga terus. Banyak lagi soalan kena tanya.
Sebab Mamajura tak main dengan harga. Mamajura telus orangnya. Mamajura berjual beli dengan konsultasi dan perkhidmatan serta ilmu.
Sila jangan marah ku. Sila jangan malas menjawab soalan ku.
Kang kalau ku silap bagi konsultasi, u ols dah beli yang tersilap atau tak cukup korum, marahhhh pula.
Itu pasal la ku selalu jadi ‘polis’ tau.
InshaAllah, the best for my customer.
Siapa kata bisnes online tak perlu ada ilmu?
Nak bertahan lama, kena ada ilmu ye.
Sekian.

Tua nya nampak!

Umur baru 35 tapi orang teka 45. Lagi sadis, bila orang teka kita ni bibik.
Stress kan bila ramai salah teka umur, kalau teka lagi muda tak apa juga lah, ini di tekanya 5 ke 10 tahun tua dari usia sebenar.
Ini semua sebab garis-garis halus dan kedutan di kulit muka. Mamajura pernah jumpa seorang wanita dimana, ku terkejut umurnya lagi muda dari i ols.
Tapi wajah beliau tidak meyakinkan ku bahawa dia lagi muda. Kasihan nya dia.
Bukan itu sahaja wajah kusam tak bermaya juga menjadi punca ada rasa kurang berkeyakinan.
Bila bersolek pun tak naik seri dari solekan, rasa macam membazir wang dan masa pula.

Kenapkah kulit kita cepat berkedut.


1- MALAS. Malas jaga muka. Malas cari produk penjagaan muka. Itu main point. Yups, ada orang macam ni. Nak kata masaah hormon tak, tapi memang sejenis redhaaaaaaaa je gitu. Mamajura pon malas cakap banyak ðŸ˜›
2- Faktor sekeliling seperti cuaca, suhu, udara mempengaruhi kesihatan dan keadaan kulit kita. Nak pula kita tinggal di negara Asia yang 80% cuaca nya melibatkan cahaya matahari. Dalam post thread #kulitkeringkulitberminyak ada menyatakan matahari adalah sumber sinaran UV. Jika anda kerap terdedah dengan cahaya matahari ia merosakkan hubungan tisu – kolagen dan gentian elastik yang terletak di lapisan kulit paling dalam (dermis).
3- Tabiat ekspresi muka seperti senyum atau berkerut boleh menimbulkan garisan atau kedutan yang jelas pada muka. Setiap kali anda mengekspresi wajah, otot muka bergerak dan meninggalkan kesan pada struktur kulit. Faktor usia juga menyebabkan kulit tidak dapat kembali bentuk yang sama. Senyum salah, tak senyum salah ðŸ˜œ
4- Kurang minum air masak. Kulit memerlukan sokongan untuk memegang lapisan kulit. Salah satu sokongannya adalah air masak atau air putih. Kurang minum air? Boleh nampak kesan tau.
5- Suka makan gula. Bukan gula-gula saja. Makaann bergula juga tau. Nescafe, milo, teh tarik, Kek, biskot, cendol, aiskrim, brownies. Gula membuatkan kita tampak tua. Dah dah la tu makan benda manis ðŸ˜œ cheat day seminggu takpe la. Tu pon 1 portion je tau!

Wanita jangan malas jaga muka tau.

Wanita jangan malas jaga muka tau. Suka orang kata umur 40 padahal baru 33.
Perangai matang takpe, jangan umur matang ðŸ˜‹
Simple tips for ma ladies out there.
• Minum air putih banyak-banyak. Bukan air manis tau.
• Supplemen yourself dengan Omega 3, Omega 6, Collagen, VitaminC, VitaminE dan VitaminA. This is a fact. Bukan sebab i ols jual vitamin je, tapi memang gini makanan untuk cantik ye.
• Tidur dengan baik dan cukup masa.
• Gunakan pelembap dan serum. Bukan seminggu sekali tau. Setiap hari okay. Lebih baik yang ada pelindung cahaya matahari. Tolong jangan malas sangat.
• Kalau dah ada krim pon malas, apa kata petik daun lidah buaya dan lumurkan pada wajah.
• Jikalau mahu menggunakan make-up, cari yang ada pelembap. Sekarang lipstick pon ada pelembap.
• Gunakan krim malam sebelum tidur (yang berunsur krim, bukan macam jenis temulawak tu. Itu mungkin ada merkuri)
• Sesekali boleh gunakan minyak argan pada wajah dan rambut.

Sejarah surah Dhuha.

Baru Mamajura tahu sejarah surah Dhuha.
Jari Nabi Muhammad SAW ditimpa sebuah batu. Jari baginda bengkak dan luka. Ianya sangat menyakitkan sehingga baginda tidak keluar rumah selama 3hari. Baginda juga demam.
Dan, Ummu Jamil, isteri Abu Lahab mengajak kaum musyrikin Quraisy mengejek baginda. Ejek berjemaah pula tu. Kalau zaman sekarang dah jadi makcik bawang.
Baginda sangat berduka dan sakit hati.
Dan Allah SWT menurunkan menurunkan surah Dhuha.
Lalu baginda senang hati dan gembira. Duka hati baginda pon lenyap. Kemudian baginda beetakbir dan bersyukur.
Sekian, Cerita pendek ku.

Berhati-hati sebelum terkena.

Sebelum makan atau guna sesuatu produk, kaji dulu.
Kalau produk takde tulis bahan atau ingredients JANGAN guna dan JANGAN pakai.
Produk yang elok pasti berani mengetengahkan bahan-bahan nya.

No negative!

Cikgu pesan, untuk menulis di media sosial, elakkan dari menulis ketika perasaan marah atau sedih. Untuk general, perasaan negatif.
So Mamajura dah lama praktikkan apa yang cikgu ajar. Bertahun sudah ku menulis dengan perasaan positif.
Elakkan mengutuk, memerli orang. Menghina agama dan berpolitik.
Begitu juga bila kita nak membaca. Baca semua benda dengan perasaan positif. Jangan dengan perasaan nak membawang. Kalau permulaan ayat orang itu dah terpalit unsur negatif, dan mencubit hati kita, scroll laju-laju. Jangan baca. Kesannya sentap sampai tua woooo.
Nama pon media SOSIAL, kadang-kala memang SO-SIAL. Pelbagai ragam penulisan. Pelbagai perasaan. Pelbagai emosi. Pelbagai masalah.
Kita tak boleh nak salahkan penulis, hak penulis. Ayat kasar nya “FB aku, suka hati aku la. Suka baca. Tak suka unfriend, block terus”
Ada je kawan Mamajura yang suka meroyan di FB. Tapi kita baca dengan nada yang kelakar. Sure royanan dia kita akan rasa kelakar. Dan kita komen benda yang kelakar. Dan tanpa sedar, kita pon dah pulihkan emosi penulis tadi.
Tapi berbalik kepada statement pertama Mamajura, ku tak menulis dengan emosi negatif. Rugi kalau menulis dengan perasan negatif. Hati tak tenang. Cari bala.
Ada juga cikgu pesan, walaupon tak happy tulis dengan perasaan happy. Nanti emosi baik sendiri.
I will keep on writing. Because i have my own missions.
Doing Shaklee as a business is not a part-time, its a LIFETIME business.
Good Morning!