Bahaya over anggur.

Berita sedih untuk peminat anggur.
Satu hari, pakar pemakanan kata boleh makan 8 biji saja tau.
Jangan over.
Tapi kalau over, over dengan VIVIX je la. 😜

Anggur paling best!

Bagi we ols geng Shaklee dan #Youth, anggur Muscadine tetap di hati.
Anggur oh Grapes 🍇

Jenis-jenis anggur

Anggur terbahagi kepada 2 jenis.
•Anggur merah (Red Grapes)
•Anggur putih (White Grapes)
•Anggur ungu (Purple Grapes)
Ada juga yang ada biji dan ada tak ada biji (seedless)
Tapi kan, bagi ‘white grapes’ nama je white, tapi bukan white pon. Warnanya hijau atau kekuning-kuningan.
Bentuk anggur pon banyak bentuk. Aduhhhh comel.
Bulat, bujur, silinder pon ada. Tapi yang silender ni, sejenis GMO.
Anggur juga boleh dijadikan jeli, jam anggur, jus air buah, dikeringkan menjadi raisins dan sultana dan juga bagi yang bukan Musim, wine.
Siapa suka anggur?

TAZKIRAH : APA YANG KITA KEJAR




Seorang raja berhajat menghadiahkan sesuatu kepada salah seorang pengawalnya.Lalu dia dipanggil mengadap ke istana.
“Paculah kuda kamu sejauh mana yang mampu. Sejauh mana kamu pergi selebar itulah tanah yang akan kamu miliki,”titah raja.
Pengawalnya tersenyum girang mendengar tawaran itu.Hatinya mula berbisik, “lagi jauh perjalananku,lebih luaslah tanah yang akan aku peroleh.”
Tanpa berfikir panjang,pengawal itu pun melompat ke atas kudanya. Dia memecut laju….dan laju bagaikan derasnya tiupan angin.Hajatnya mahu sampai sejauh mungkin agar keluasan tanah yang diperoleh lebih banyak.apabila kudanya penat,dibelasahnya binatang itu agar terus memecut.Lapar,dahaga dan letih langsung tidak dihiraukan.Dia tidak mahu berhenti rehat walau sesaat kerana perasaaan tamaknya berkata , “kalau berhenti rugi.”
Bagaimanapun kerana terlalu penat,kuda kesayangannya terjelepok jatuh lalu pengsan.pengawal itu jatuh tersepuk ke bumi. Badannya terlalu lemah dan langsung tidak berdaya untuk bangun. Digagahi juga,kerana keinginan untuk menambah keluasan tanah mengatasi segalanya.
Akhirnya di situ juga dia jatuh sakit dan terlantar keseorangan. Tanah yang luas beratus hekta yang menjadi miliknya tidak membawa erti apa-apa.
“kenapa aku terlalu tamak ?” Tanyanya yang ketika itu tersandar pada pangkal sebatang pohon..
“sekarang ajalku semakin hampir. Apakah aku masih perlukan tanah seluas ini? Padahal yang aku perlukan cuma sedikit tanah untuk mengambus jenazahku ” rungut pengawal itu kesal.
Kekesalannya bagaimana pun sudah terlambat!
Apa yang dialami oleh pengawal itu adalah sama dengan kehidupan kita. Setiap hari kita paksa diri untuk mencari duit sebanyak mungkin. Kita berusaha untuk mendapatkan kuasa dan meraih pengiktirafan.
Kita abaikan kesihatan,pelajaran,abaikan masa bersama keluarga. Kita langsung tidak menghargai keindahan alam ciptaan yang maha agung dan sering lupa pada tanggungjawab sebagai hamba Allah.
Percayalah ……suatu hari nanti,kita akan sedar dari lena. Ketika itu barulah kita tahu bahawa perjalanan kita sudah terlalu jauh tersasar dari landasan.
Apa yang kita timbun selama ini langsung tidak membantu. Malah kita sebenarnya tidak memerlukan begitu banyak dalam hidup ini.
Sayangnya,ketika kita sedar ia sudah terlalu lambat. Kita tidak mampu memutar jarum jam ke belakang. Kita tidak mempunyai kekuatan untuk mengutip semula apa yang tercicir.
Ingatlah,kehidupan ini bukan untuk mengejar kekayaan semata-mata ataupun bermati-matian mendapatkan kuasa ataupun bertungkus-lumus mendapatkan pengiktirafan.
Kehidupan ini juga bukan sekali untuk kita menempa kekayaan sahaja.
Seharusnya kita bekerja untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan ini.
Alangkah baiknya jika kehidupan ini diseimbangkan antara bekerja,belajar, dan bergembira. Barulah kita dapat membahagikan masa antara keluarga dan diri sendiri.
Orang lain tidak boleh membuat pilihan atau menentukan kehidupan kita.Hanya kita yang mampu mengenal pasti apa yang utama. Gembira adalah makna sebenar kehidupan.Bukanlah itu impian semua manusia.
Jadi rancanglah apa yang hendak kita buat dan nikmatilah keindahan alam semesta.Kehidupan ini terlalu rapuh dan singkat.Kesederhaan itulah kehidupan yang menyeronokkan.
Semoga bekalan amalan kita cukup untuk bahagia di sana nanti.
sumber :usrah.net

Khasiat anggur.

Yaaaa Rabbi. Beribu rupanya jenis anggur.

Dan beratus khasiat anggur rupanya.

Demam YOUTH

Semalam Mamajura ada buat homework pasal Youth.
Adam pon join la sebelah. Sambil jadi pengkritik tetap.
“Mama ni baca pasal Yo u Tuh je. Asyik-asyik Yo u tuh”
“Apa Adam? Mama tak faham”
“Tuuuuuuuuu”
Sambil tunjuk poster.
“Oooooooooo, YOUTH la Adam. Bukan Yo u tuh.”
Sakit perut mama gelak.
Yo u tuh.
Yo u tuh.
YOUTH.
Its okay my boy. Mama faham nak eja dan sebut YOUTH ni agak bombastic untuk Adam baca dan sebut. LOL...

7 Tips makanaan buat kita JELITA.


• Pelbagaikan Makanan •
Kombinasi makanan yang berlainan boleh membekalkan tenaga dan nutrien yang berbeza dalam setiap pemakanan yang diambil. Cara terbaik untuk mendapatkan keperluan harian yang mencukupi ialah dengan mengambil makanan yang terdiri daripada daging, ikan , ayam dan produk tenusu.

• Kekalkan Berat Badan Sihat •
Berat badan yang sihat boleh membantu mencegah masalah kesihatan dan seterusnya mencantikkan tubuh badan anda. Turunkan berat badan yang berlebihan dengan mengurangkan pengambilan makanan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

•Utamakan Bijirin, Kekacang, Buah Dan Sayuran.
Makanan jenis ini membekalkan karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral, serat dan komponen yang penting untuk kesihatan. Ia juga boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan sesetengah bentuk kanser.

• Kurangkan Makanan Berlemak •
Lemak adalah makana yang pentiug kepada kesihatan kerana ia membekalkan tenaga, asid lemak penting dan vitamin larut lemak (A, D,E dan K). Bagaimanapun, pengambilan lemak secara berlebihan boleh menyebabkan berat badan bertambah dan menjejaskan kesihatan.

• Kurangkan Pengambilan Garam •
Garam terdapat secara semula jadi dalam makanan mentah dan makanan yang diproses. Jadi apabila memasak anda tidka perlu menambah garam dalam sajian. Garam (Sodium) berlebihan sentiasa dikaitkan dengan darah tinggi jadi kurangkan pengambilan garam dalam makanan anda.

• Berhemah Dalam Penggunaan Gula •
Gula tidak mengandungi nutrien lain dna hanya membekalkan karbohidrat biasa. Pengambilan gula secara berlebihan boleh menjejaskan khasiat makanan dan menyebabkan kekurangan zat makanan.

• Pentingnya Air Masak•
Minum air masak sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari. Air ialah perkara keperluan penting untuk tubuh badan. Ia mempunyai banyak fungsi, termasuk penghadaman, penyerapan nutrien, kawalan suhu dan pembuangan kotoran daripada tubuh badan.
Jelita jom!