Fakta mengenai Tomato 🍅


🍅 Mencegah kanser, mengekalkan tekanan darah yang sihat, mengurangkan gula dalam darah.
🍅 Mengandungi karotenoids. Yang melindungi mata dari kerosakan.
🍅 Sedap dan rangup tau kalau makan tomato dalam sandwich atau salad 😜
🍅 Basuh tomato anda sebelum makan dan masak. Sebab tomato tergolong dalam “Top 10” buah dan sayur yang banyak disembur racun masa ditanam.

Khasiat Tomato

Tomato kaya dengan VitaminA, VitaminK, VitaminC, VitaminB, folate, thiamin, Pottasium, Magnanese, Magnesium, Phosphorus, copper.
Antara khasiat Tomato.

• Anti-oksida yang tinggi. 
🍅        Tomato kaya dengan lycopene. Lycopene bertindak sebagai agen menentang kanser.

Universiti Harvard mengatakan tomato mampu menentang kanser prostat, kanser rahim, kanser perut, kanser usus, kanser payudara, juga kanser mulut.

• Membantu dalam URTI
(Jangkitan pada salur kencing)
🍅                    Tomato kaya dengan kandungan air. Oleh itu, kandungan air yang banyak mampu menghasilkan banyak air kencing. Bila banyak air kencing, banyak toksin boleh disingkirkan.

• Mencantikkkan kulit.
🍅          Tomato mampu mengekalkan kesihatan gigi, tulang, rambut dan kulit. Lagi satu, hirisan tomato boleh melegakan ‘sunburn’. Kalau u ols perasan, tomato banyak terdapat dalam produk anti-aging dan sunblock.

• Membantu dalam pesakit diabetis.
🍅                Kajian oleh ‘Journal of the American Medical Association’ mengatakan bahawa pengambilan tomato setiap hari mampu mengurangkan oksidatif stress diabetis type2.

• Menurunkan tekanan darah tinggi.
🍅       Tomato mampu merendahkan tekanan darah tinggi. Potassium dalam tomato membantu dalam masalah tekanan darah

• Masalah penghadaman.
🍅       Tomato mengandungi banyak air, dan boleh mengelakkan sembelit teruk. Juga mencegah jaundis dan mengeluarkan toksin dalam badan. Tomato juga banyak serat, kan serat boleh meningkatkan peristaltis.

• Bagus untuk penglihatan.
🍅      Tomato kaya dengan VitaminA. VitaminA kan bagus untuk mata.

• Bagus untuk masalah mereka yang nak berhenti merokok.
🍅       Tomato kaya dengan coumaric acid dan chlorogenic acid, yang boleh melawan nitrosamin dalam rokok yang menyebabkan kanser.

• Keratan rentas tomato berbentuk jantung.
🍅       Tomato melindungi jantung. Mampu menurunkan kadar kolesterol jahat.

• Kaya dengan Vitamin dan mineral. 
🍅        Sebiji tomato membekalkan 40% keperluan VitaminC harian. Tinggi kan? Sehari makan 3 biji tomato dah cukup. Persoalannya, mampu kah anda?
Hehehe

Bunga dan khasiat.


Aura 7 bunga. Biasa dengar kan?
•’Red Rose’ atau Mawar merah - membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi. Romantik gituuu.
•’White Rose’ atau Mawar putih - menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri
•’Magnolia’ atau Cempaka putih - melembutkan dan mewangikan badan
•Bungong Jeumpa Gadeng’ atau Cempaka kuning - menyerikan dan mewangikan badan
•’Jasmine’ atau Melur putih dan kuning - menyucikan dalaman
•’Ylang Ylang’ atau Kenanga - menaikkan seri dan senang didekati
•Limau purut jangan lupa.
Tak silap MJ, Mustika Ratu ada jual air mawar. Boleh la buat u ols.
Cara yang sebetulnya, campur kan semua bunga, air mawar dan limau dalam satu baldi. Rendam semalaman tau. Buang daun dan duri nya tau. Kang ada pula luka kena duri bunga mawar.
Sebelum mandi bunga tu, u ols mandi la dulu dengan sabun. Mandi buna ni bilasan terakhir je. Jangan beriya sangat tak sabun. Kang aura ke mana, busuk ke mana. 😜
Mandi waktu pagi dan tak perlu bilas. Biar je bau bunga itu. Tapi kalau ada terselit kelopak bunga kat memana, buang la tau.
Selamat mencuba.

Kebaikan mandi bunga.




Mandi bunga ini ibarat aromaterapi.
Khasiat yang terdapat pada bunga yang digunakan terserap ke dalam tubuh badan. 
Bunga dikatakan sebagai penyerap tenaga yang baik kepada di pengamal mandi bunga.


Rawatan bunga juga jika diamalkan mampu mengurangkan kelesuan badan dan menghilangkan bau badan.
Sebab paling utama mandi bunga adalah menaikkan seri wajah.
Dalam amalan moden kini, mandi bunga tidak memberi perubahan fizikal kecuali menambahkan keyakinan diri.
Di negara barat, amalan aromaterapi pula menjadi amalan yanh boleh dikatakan memainkan peranan yang hampir sama dengan mandi bunga yang diamalkan oleh masyarakat Melayu.
Kalau tak ada bunga segar, minyak aromaterapi dan lilin berbau bunga-bungaan pon boleh menjadi alternatif terbaik.
Ha, ada rasa nak bakar lilin wangi-wangi tak sekarang?

Kenapa perlu mandi bunga?



Kenapa perlu mandi bunga?

Biasa nya bakal pengantin yang sinonim dengan mandi bunga ni kan? 

Iye, untuk menaikkan seri wajah. Aura 7 bunga yang memberi seri. 

Mandi bunga biasa dilakukan 1-3 hari sebelum bernikah. Boleh la bakal pengantin berehat dan chillex dalam spa.

Ada juga pendapat, nak cari jodoh kena mandi bunga?

Erk.. lain macam dah tu.

Post seterusnya MJ cerita pasa aura 7 bunga ye.

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

Apa itu mandi bunga?


Mandi bunga ialah ritual untuk membersihkan aura, menaikkan seri dan membuang sial.
Ritual ini terkenal di kalangan orang Asia.
Upacara ini wujud sejak beribu tahun dahulu.

Asalnya dibawa oleh pengikut agama Buddha dari India.
Dari sudur Islam, tiada dalam nas yang sahih. Cuma ia sebagai adat. Tidak salah mandi bunga tapi niat harus betul. Niat supaya tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Dari sudut sains yang di kongsi oleh DFK,
“Mandi bunga dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga. Ini kerana khasiat yang terdapat pada bunga itu menyerap kedalam tubuh”
Ada rasa nak mandi bunga tak?

Kebaikan Shaklee.



Kebaikan Collagen.
💜💜💜