Apa yang menyebabkan jerawat?


Pelbagai faktor yang menyebabkan jerawat. Tetapi faktor utama adalah peningkatan hormon androgen.
Androgen adalah sejenis hormon yang meningkat bila meningkat dewasa atau baligh.
Pada wanita, hormon ditukar kepada estrogen.

Peningkatan androgen menyebabkan kelenjar minyak untuk membesar dibawah kulit. Semakin besar menyebabkan penghasilan sebum. Sebum yang banyak menyebabkan liang lebih terbuka dan membolehkan bakteria membiak.
Antara faktor lain :
• Pengambilan ubat yang mengandungi androgen dan lithium
• Penggunaan alat kosmetik yang berminya dan tidak sesuai pada kulit.
• Perubahan hormon.
• Stress.
• Kitaran haid.
• Faktor cuaca.
• Pemakanan yang tidak sihat.

Fakta mengenai JERAWAT.


• Jerawat adalah sejenis penyakit kulit yang berkait rapat dengan kelenjar minyak pada permukaan folikel kulit.
• 3 daripada 4 orang berusia 11-30 tahun mengalami masalah jerawat.
• Jerawat tidak merbahaya, tetapi akan menyebabkan parut pada kulit.
• “Treatment” bergantung pada jenis jerawat.
• Risiko masalah jerawat adalah berkait dengan faktor genetik, kitaran haid, tahap stress, cuaca sekeliling, penggunaan barangan make-up dan sejenis manusia yang suka picit jerawat.
Manusia picit tu adalah ME!

vitaminE

Seperti yang Mamajura story semalam.

vitaminE melindungi sel dari radikal bebas.

GLA bagus untuk..


• Ekzema dan Psoriasis.
Kajian dari 20tahun dulu, menunjukkkan susu ibu yang kekurangan GLA, boleh menyebabkan anak mengalami ekzema.
Dengan pengambilan GLA, mendedahkan bahawa pengurangan inflamasi, kekeringan, kulit mengelupas, dan keseluruhan masalah kulit menjadi terkawal.

• Asthma.
Asthma berkait rapat dengan ekzema.
Asthma meningkatkan leukotrienes. Manakala GLA membantutkan penghasilan leukotrienes.
GLA adalah antara rawatan semulajdi untuk pesakit asthma.
• Pesakit kencing manis.
Dalam kajian, GLA mampu membantu pesakit diabetic neuropathy. Diabetic yang menggangu fungsi saraf.
• Rheumatoid Arthritis (RA).
GLA membantu mengurangkan inflamasi. Ada juga kajian mengatakan, ia boleh membantu dan meningkatkan simptom dan fungsi yang sekali gus mengurangkan kesan sakit.
• PMS
Premenstrual syndrome sangat menggangu wanita kan?
GLA adalah salah satu pilihan untuk melegakan sakit senggugut.
• Kulit lebih pinkish.
Kulit dan Omega 6 sangat berkait rapat. Ada kajian mengatakan, nak cantik pastikan pengambilan Omega 3 dan Omega 6.

Bagaimana GLA berfungsi?


GLA ialah sejenis omega 6 asid lemak, dimana badan boleh menukar kandungan GLA kepada ‘substances’ yang mengurangkan inflamasi.

TAZKIRAH : MANUSIA IKHLAS MUDAH MENJAWAB PERTANYAAN KUBUR



Apa kaitan ikhlas dan mudah menjawab pertanyaan kubur?

Amalan yang dilakukan ikhlas kerana Allah itulah yang diperintahkan.

Setiap amalan sangat tergantung pada niat. Dari ‘Umar bin Al-Khattab radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى

Sesungguhnya amal itu tergantung dari niatnya. Dan setiap orang akan memperoleh apa yang dia niatkan.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dan niat itu sangat tergantung dengan keikhlasan kepada Allah. Hal ini berdasarkan firman Allah Ta’ala,

وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (Surah  Al-Bayyinah:5)

Dalam ayat lainnya, Allah memperingatkan dari bahaya riya’ –yang merupakan lawan dari ikhlas- dalam firman-Nya,

لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ

Jika kamu mempersekutukan (Rabbmu), nescaya akan hapuslah amalmu.” (Surah Az-Zumar:65)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنِ الشِّرْكِ مَنْ عَمِلَ عَمَلاً أَشْرَكَ فِيهِ مَعِى غَيْرِى تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ

Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman: Aku sama sekali tidak perlu kepada sekutu dalam perbuatan syirik. Barangsiapa yang menyekutukan-Ku dengan selain-Ku, maka Aku akan meninggalkannya (maksudnya: tidak menerima amalannya, dan perbuatan syiriknya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Imam Nawawi rahimahullah mengatakan, “Amalan seseorang yang berbuat riya’ (tidak ikhlas) adalah amalan batil yang tidak berpahala apa-apa, bahkan ia akan mendapatkan dosa.” (Syarh Shahih Muslim)

Allah Ta’ala berfirman,

يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ وَيُضِلُّ اللَّهُ الظَّالِمِينَ وَيَفْعَلُ اللَّهُ مَا يَشَاءُ

Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki.” (Surah Ibrahim: 27)

Tafsiran ayat “Allah meneguhkan orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh …” dijelaskan dalam hadis berikut.

عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ « الْمُسْلِمُ إِذَا سُئِلَ فِى الْقَبْرِ يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ، فَذَلِكَ قَوْلُهُ ( يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِى الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِى الآخِرَةِ )

Dari Al-Bara’ bin ‘Azib, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika seorang muslim ditanya di dalam kubur, dia akan berikrar bahawa tidak ada sembahan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, maka inilah tafsir ayat: ‘Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.’ ” (Hadis Riwayat Bukhari)

Menurut salah satu penafsiran dalam ayat di atas, Allah akan meneguhkan orang beriman di dunia selama dia hidup dan di akhirat ketika ditanya di dalam kubur. (Kitab Zaad Al-Masiir)

Bukti di alam kubur, ahli ikhlas dan orang yang kuat imannya akan mudah menjawab pertanyaan kubur adalah riwayat berikut.

Al-Mas’udi berkata, dari ‘Abdullah bin Mukhariq, dari bapaknya, dari ‘Abdullah, dia berkata,  “Sesungguhnya seorang mukmin jika meninggal dunia, dia akan didudukkan di kuburnya. Dia akan ditanya, ‘Siapa Rabbmu?’, ‘Apa agamamu?’, ‘Siapa nabimu?’. Allah akan menguatkan orang beriman itu untuk menjawab. Ia akan menjawab, ‘Rabbku Allah, agamaku Islam, nabiku Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam.’ Lantas ‘Abdullah membacakan firman Allah surat Ibrahim ayat 27.” (Diriwayatkan oleh Ath-Thabari dan ‘Abdullah bin Imam Ahmad dengan sanad yang hasan)

Semoga Allah menganugerahkan pada kita keikhlasan dan mudah menjawab pertanyaan kubur.




Apa itu GLA.


Nama sains : Gamma Linolenic Acid.
Nama pendek : GLA.
GLA ialah sejenis lemak omega-6 yang dijumpai dalam tumbuhan.
Contoh borage oil dan evening primerose.
Di Europe, GLA dikenali sebagai “King’s cure-all”
Amazing kan nama gelaran GLA?
GLA digunakan dalam rawatan pesakit kulit. Contoh pesakit kulit yang dimaksudkan ialah psoriasis dan ekzema.
Juga dalam rawatan pesakit Rheumatoid arthritis (RA), polyp, kolesterol tinggi, masalah jantung, metabolic syndrome X, masalah kemurungan, meroyan dan alergik.
Ada juga dalam rawatan mencegah kanser dan menolong pesakit kanser payudara untuk dengan cepat response pada treatment dengan dadah jenis tamoxifen.
Pendek kata, GLA digunakan dalam rawatan menyokong fungsi otak, fungsi sendi, fungsi peranakan, kesihatan kulit, dan fungsi jantung.