bedtime story

MJ ada bedtime-story untuk u ols 😘

Ada seorang kawan ni, dia buka zoo. Banyak binatang dia ada. Dari sekecil semut sampai lah sebesar gajah.
Tiket masuk hanya rm10. Tapi tiada seorang pun yg berminat masuk zoo dia 😞

Keesokannya, dia kurangkan harga tiket menjadi rm7. Namun, tidak ada seorang pon nak masuk.
Keesokannya, dia turunkan lagi harga tuket menjadi rm3. Pun tiada seorang pon nak masuk 😭

Tiba-tiba dia dapat IDEA.

Dia tulis MASUK ADALAH PERCUMA.

Maka, berduyun-duyun orang masuk zoo dia.
Bila sudah ramai org di dalam zoo, si kawan ni buka semua kandang binatang buas.

Harimau🐯Singa🦁Ular🐍Buaya🐊Babi Hutan🐗Kuda 🐴Monyet🐒Gajah🐘Panda🐼



Bertempiaran mereka lari nak meninggalkan zoo. Takut jadi makanan binatang-binatang ini. Jadi, si kawan ni letak syarat.

BAYAR RM100 UNTUK KELUAR

Semua pun pakat bayar rm100 (demi untuk terus hidup. Dari jadi makanan binatang)
Maka, semua pelawat zoo di benarkan keluar. Alhamdulillah, semua hidup 😂


Nota kaki : Sama macam kita kan? Masa sihat bukan main berkira lagi nak beli makanan kesihatan. Semua kata mahal. Tapi bila dah sakit, lautan api sanggup ku seberangi. 🙊
Nikmat kesihatan yang tidak akan kita dustakan. Indahnya sihat itu.

Nota kaki : dah p tidur. Esok nak g zoo 😜😜

TAZKIRAH : BAGAIMANA KEADAAN KITA DALAM KUBUR NANTI?

TAZKIRAH : BAGAIMANA KEADAAN KITA DALAM KUBUR NANTI?

Kubur itu amat gelap tetapi boleh diterangkan suasananya dengan amalan soleh.
Syaikh Soleh Al-Munajjid pernah menyebut:
“Kebanyakan manusia ada yang mewasiatkan untuk dikuburkan pada waktu siang hari kerana takut dengan kegelapannya alam kubur jika dimasukkan pada waktu malam.
Adakah benar wujud di dalam kubur itu siang dan malam?
Hakikatnya… kubur itu hanya dapat terang dan selesa dengan amalan soleh kita.”

كثير من الناس يوصي أن يُدفن في النهار؛ لأنه يخاف أن يدخل القبر في ظلام الليل! وهل في القبر ليل أو نهار؟
إنما ينير له القبرَ عملُه الصالح.
Moga kita diberi taufik untuk memperbanyakan amal soleh!





Washi tape



Siapa sini peminat washitape?

sila ke Instagram washiwooshy



Adik Mj jual tau.
COD Shah Alam dan pos serata dunia.
Serious serata dunia, sebab kami dah pernah pos ke USA.
Orang Malaysia kat USA pon sanggup minta washiwooshy pos sebab kat sana mahal ya ampun.
Orang New Zealand kat Malaysia pon beli dengan kami,

Ada lagi barang lain. Barang pelik la..
Kat kedai popular ke MPH takde jual tau..

Nah, MJ bagi no hp tauke 013-2996808.
nama dia ADIK MJ

Selamat shopping ;)

Sihat sebelum sakit

SIHAT SEBELUM SAKIT

Ada orang tanya MJ, kalau tak sakit apa-apa perlu ke makan supplement ?

Tepuk dada tanya selera.
Bagi MJ perlu.
MJ bukan duduk dizaman, sayur dan buah tanam sendiri. Takde racun, takde wax untuk buat buah kekal 'menarik' sepanjang masa.
MJ bukan dizaman, ikan pancing dalam sungai bersih takde limpahan kumbahan semua.
MJ bukan dizaman, nak ayam kena kejar sendiri belakang rumah. Ayam pula diberi makan jagung dan dedak asli.
Tiada campuran.
MJ skrg zaman moden 😜
MJ dan u ols semua sekarang dizaman semua perlukan perasa tambahan, pewarna tiruan, chemical sana sini.
Nak beli yang organic, terkira-kira bajet sendiri. Buka tutup wallet kira duit 😂
So, MJ ambil inisiatif 'mencegah lagi baik dari mengubati'.
MJ ambil suplement untuk topup nutrient yang berkurangan dalam badan.
MJ dah masuk fasa 3series, kolagen dah berkurangan, kalsium pun cukup-cukup makan. Lemak LDL pun dah mula naik.
Bagi MJ, sayangi diri sendiri dulu sebelum orang lain.
Jaga diri sendiri baru boleh jaga orang lain.
MJ ada anak yang perlukan saya, keluarga yang sayangkan MJ.
So, MJ kena sihat.
Kalau kita sakit juga, Itu maknanya Allah lagi sayangkan kita 😊

TAZKIRAH : APA TERJADI DI DALAM KUBUR?

TAZKIRAH : APA TERJADI DI DALAM KUBUR?


Apa perasan kita jika berselubung di dalam selimut tebal di waktu tengahari? Cuba lakukan ia selama sepuluh minit sambil berbaring seperti sekujur tubuh yang telah mati. Tanpa kipas, penghawa dingin dan tingkap dan pintu di tutup rapat.
Siapakah yang mampu bertahan lebih dari 30 minit ?
Sudah tentu minda dan tubuh kita tidak mampu menanggung ketidakselesaan itu walaupun hanya untuk 10 minit. Saya pasti kerana saya pernah mencubanya. Panas dan berhaba.
Setiap kali saya fikirkan semula percubaan saya itu, saya terfikir keadaan di alam barzakh kelak..terutamanya di liang lahad yang sempit, tertutup, tanpa penghawa dingin, tilam, tingkap serta kipas itu.
Sewaktu kita berada di alam barzakh kelak, adakah pancaindera dan penilaian minda kita terhadap alam ini sama seperti sewaktu kehidupan biasa kita di dunia?
Apabila saya utarakan hal ini. Ramai yang menjawab : "Tidak" atau juga "tidak tahu"
Apa jawapannya sebenar ?
Suka saya membawakan sebuah hadis berikut :-
Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w  menyebut  berkenaan  ujian-ujian di dalam kubur.
Lalu Umar al-Khattab r.a bertanya : "Adakah akan dikembalikan kepada kita aqal-aqal kita (di dalam kubur kelak)?"
Nabi menjawab: Ya, (ia akan dikembalikan) sebagaimana keadaan kamu (sekarang) :
(Riwayat Ahmad, no 6603, 2/172 ; Ibn Hibban, 7/387 ; Majma Zawaid , 3/47  : Al-Haithami : Perawi Ahmad adalah Sohih kecuali terdapat Ibn Lahi'ah ; Syeikh Syuaib : Hasan Lighairi)

Bagaimana pula jika terpaksa menunggu di alam kubur ni sepanjang seribu tahun sebagaimana yang dikenakan kepada si Abu Jahal. !
Dalam keadaan status penilaian aqal kita sama seperti di waktu hidup, tetapi status keadaan tubuh dan keselesaannya adalah diletakkan di ruang liang lahad yang kecil, berselimut dek kain kapan dan ditimbus oleh tanah.
Namun, bagi mereka yang derhaka kepada Allah swt, disebutkan di dalam sebuah lagi hadis :-
"Sesungguhnya di dalam kubur itu terdapat himpitan, dan jika seorang itu mampu selamat darinya sudah tentu (salah seorangnya) adalah Sa'ad Bin Muadz ( seorang sahabat Nabi yang hebat )"
( Riwayat Ahmad, dengan sanad yang baik ; al-Mughni 'an hamlil asfar, no 4466, 2/1237 ; Ibn Hibban, Sohih, 7/379 ; Al-ahadith Al-Mukhtarah, Dhiya ad-Din al-Maqdisi,  5/200 ; Al-Maqdisi : Perawinya thiqat)

Ya, ruh terperangkap di dalam jasad di kuburan dan merasai azab himpitan dan lainnya yang amat berat lagi perit. Moga kita dijauhkan Allah swt dari keadaan ini.

Hanya amal soleh yang dapat memberikan keselesaan tatkala itu. Ya, benar, bagi yang bersedia, bersukar untuk mempelajari, mengamalkan, dan mengajarkan Islam kepada orang ramai dengan ikhlas dan tulus, mereka akan dikurniakan kenikmatan barzakh yang bermula dengan ruhnya diangkat dan dimasukkan ke dalam burung-burung berwarna hijau dan berterbangan serta menikmati makanan di pepohon syurga.
Demikian sabdaan Nabi s.a.w yang mengatakan :-
“ Sesungguhnya ruh orang mukmin itu seperti burung (atau berada di dalam burung - bermakna tidalah kelihatan ruh manusia berterbangan), yang menikmati hidangan (dan berterbangan bebas) di pepohon Syurga sehinggalah dikembalikannya oleh Allah ke jasadnya di hari kebangkitannya.”
(Riwayat Malik, Tirmidzi & Ibn HIbban : Hadis Sohih ; Ibn Hibban, Arnout, Syakir)

sumber: Dr. Zaharuddin Abd Rahman

TAZKIRAH : JANGAN BIARKAN JUMAAT INI BERLALU TANPA SELAWAT

TAZKIRAH : JANGAN BIARKAN JUMAAT INI BERLALU TANPA SELAWAT

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»

Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]
Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut.
Sabda Nabi SAW:
(الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ)
Maksudnya: “Orang Bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”. [HR: Tirmizi. Sahih]

Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.






TAZKIRAH : PENJARA BAGI KITA, NIKMAT DI SANA

TAZKIRAH : PENJARA BAGI KITA, NIKMAT DI SANA

Dunia itu penjara bagi orang beriman. Apa maksudnya?

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ »
Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir.
(Hadis Riwayat Muslim)
Imam Nawawi rahimahullah dalam Syarh Sahih Muslim menerangkan,
“Orang mukmin terpenjara di dunia kerana mesti menahan diri dari pelbagai syahwat yang diharamkan dan dimakruhkan. Orang mukmin juga diperintah untuk melakukan ketaatan. Ketika dia mati, barulah dia rehat dari hal itu. Kemudian dia akan memperoleh apa yang telah Allah janjikan dengan kenikmatan dunia yang kekal, dan mendapatkan peristirahatan yang jauh dari segala sifat kekurangan.Manakala orang kafir, dunia yang mereka perolehi sedikit atau pun banyak, ketika ia meninggal dunia, ia akan mendapatkan azab (siksa) yang kekal abadi.”
Al-Munawi rahimahullah dalam Mirqah Al-Mafatih menjelaskan,
“Dikatakan dalam penjara kerana orang mukmin terhalang untuk melakukan syahwat yang diharamkan. Sedangkan keadaan orang kafir adalah sebaliknya sehingga seakan-akan ia berada di syurga.”
Jadi bersabarlah dari maksiat dengan menahan diri. Kerana dunia ini adalah penjara bagi kita di dunia. Di akhirat kita akan peroleh balasannya.