Cara ratakan foundation ke muka.


Mamajura nak tanya, u ols nak ratakan foundation, pakai apa? 

Siapa jawab jari jemari yang mulus? Mengaku cepat?

Sebenarnya, mamajura pun buat perangai gitu. Rasa macam dah rata dan cun habis dengan kehabisan jejari mungil ini.

Sekali bila belajar dgn cikgu Nurfarahdina Hamdi kata "haippp, nda bulih gitu bah. Tu salah tu. Tu jaman dulu jak guna" Sekali salah daa. Ingat tangan dah gebus dan mungil ni menjamin keserataan. Rupanya nan ado! 

Teknik mamajura selama ni salah. 

"Oooooooooooo salah, Padan tak lawa-lawa" 6 harkat oooooooo tu. Teknik kelaut.

Rupanya kena guna sponge ala-ala telur rebus atau foundation brush. Ye la, dulu tahu toothbrush, toiletbrush n blusherbrush je. Rupa-rupanya foundation pon ada brush. 

Brush foundation best tau dan ada beberapa jenis. Baru rata. Tapi mamajura lagi suka guna oval brush. Rasa macam kena dengan jiwa mamajura. Kadang-kadang tu ada juga la guna sponge telur rebus tu 😀

Pergi je kedai, tanya foundation brush. Lepas tu pilih lah ikut selera dan budget yang ada di poket.

Kalau beli tu, risau satu benda je la, berus oink oink 🐷. Jadinya, sila cari brush yang sintetik atau bulu kambing okay.

Berus bulu manusia belum ada lagi, kalau ada pun..rasa seram je nak guna. Baik pinjam bulu kaki buat berus. Kikikikiki.


Yang nak lawa tapi belum lawa,
Mamajura a.k.a Izura Mohamad Sobri

TAZKIRAH : BUAT APA PAKAI TUDUNG KALAU HATI TAK BETUL

TAZKIRAH : BUAT APA PAKAI TUDUNG KALAU HATI TAK BETUL

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”.

“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”.

Ungkapan-ungkapan begini kerap menjadi alasan sebahagian wanita untuk tidak menutup aurat. Ada juga beralasan demikian untuk menangguhkan dahulu pemakaian tutup aurat buat sementara waktu. Apabila dalaman sudah sempurna, dan hati sudah bersih, barulah sampai waktu untuk melakukan kewajipan lahiriah, seperti menutup aurat.
Kalau alasan begini keluar dari mulut seorang muslimah disebabkan kejahilan, ia sudah cukup menunjukkan satu musibah terhadap dirinya. Kerana kewajipan menutup aurat adalah perkara asas dalam Islam, yang termasuk kategori ‘perkara yang dimaklumi dalam agama secara pasti’.
Tetapi jika seorang muslimah beralasan demikian kerana berhelah dalam kata-kata, sedangkan dia tahu dosa mendedahkan aurat, maka ini adalah musibah yang sangat besar. Bak kata pepatah Arab, “Jika engkau tidak tahu, ia satu musibah. Tetapi jika engkau tahu, maka musibahnya lebih besar”.
Apakah jawapan untuk menjawab mereka yang mendedahkan aurat dengan beralasan demikian?
1- Alasan bahawa tidak perlu menutup aurat kalau hati masih tidak betul. Tunggu iman sudah sempurna barulah nak tutup aurat.
Kita mengambil contoh undang-undang jalan raya. Setiap penunggang motorsikal di atas jalanraya diwajibkan memakai topi keledar keselamatan. Peraturan ini hendaklah dipatuhi samada pengguna selesa memakai topi keledar atau tidak. Samada dia memakai secara ikhlas mematuhi peraturan atau kerana terpaksa.
Seorang pesalah yang berdepan saman trafik kerana tidak memakai topi keledar, bolehkah dia memberi alasan dia tidak selesa memakainya, ataupun dia masih tidak setulus hati memakainya? Kalau hatinya sudah ikhlas mematuhi peraturan kerajaan, dia akan memakainya satu hari nanti. Adakah boleh diterima alasan demikian?
Begitu juga pemakaian tutup aurat adalah satu undang-undang ketetapan Allah Taala atas setiap mukallaf, tanpa mengambil kira tahap imannya. Tanpa mengira tahap keikhlasan dan ketulusan hatinya. Setiap orang yang bergelar muslim dan muslimah wajib menerimanya samada suka atau tidak, rela atau terpaksa. Hati bersih atau tidak, bukan alasan untuk meninggalkan kewajiapan menutup aurat.
2- Alasan bahawa walaupun dia mendedahkan aurat, tetapi dia menjaga maruahnya, tidak melakukan perkara yang tidak senonoh.
Sekali lagi kita mengambil contoh seorang penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar keselamatan, kononnya dia seorang yang cermat di jalan raya. Tidak menunggang laju, apatah lagi melanggar lampu isyarat merah. Pada perkiraannya tidak mungkin berlaku kemalangan. Adakah alasan demikian diterima untuk mengecualikannya daripada peraturan topi keledar keselamatan?
Tidak sekali-kali. Walaupun dia mendakwa bahawa dia cermat, adakah dia boleh menjamin pemandu-pemandu kenderaan lain juga sepertinya? Betapa ramai pengguna jalan raya terkorban bukan kerana kesalahan dirinya, tetapi akibat kecuaian pemandu lain di hadapan atau belakangnya.
Begitu juga kalau ada wanita mendakwa bahawa hatinya suci, imannya tinggi, amalannya soleh dan maruahnya terjaga. Kononnya ia sudah cukup menjamin keselamatan diri dan maruahnya, tanpa perlu menutup aurat. Atau mendakwa bahawa mendedahkan aurat tidak akan menyebabkan dia melakukan jenayah lain.
Tetapi adakah dia berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat auratnya mempunyai hati sesuci hatinya dan iman setinggi imannya juga? Langsung tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan dan belakangnya?
Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.
Kesimpulannya, pemakaian menutup aurat adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah, tanpa mengira tahap iman dan ikhlasnya. Dan Kewajipan wanita menutup aurat bukan setakat bagi memelihara maruahnya, tetapi bagi menjaga kemaslahatan masyarakat sekelilingnya.
Sekian.
Sumber: Abu Umair

Moga Allah membantu kita semua memelihara aurat!



Khidmat urut di Selangor

Kak Nad menawarkan servis urutan selepas bersalin bagi kawasan Kuala Lumpur, Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang, Puncak Alam, Kuala Selangor, dan Tanjung Karang. 

Urutan selepas bersalin amat penting bagi melancarkan perjalanan darah, mengelakkan daripada bentan, membantu memulihkan urat yang kembang semasa mengandung, mengecutkan rahim, dan membuang angin. 

SERVIS URUTAN SELEPAS BERSALIN BAGI KAWASAN KUALA LUMPUR, SHAH ALAM, SUNGAI BULOH, RAWANG, PUNCAK ALAM, KUALA SELANGOR DAN TANJUNG KARANG



Berikut adalah pakej rawatan berpantang yang disediakan oleh Kak Nad: 


Pakej A


Pakej B


Pakej C dan Urutan Mengandung

Hubungi Kak Nad untuk maklumat lanjut dan membuat temu janji urutan selepas bersalin. 

Kak Nad

Hubungi mamajura untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.



 





Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Kalori dalam tubuh

Tubuh badan manusia memerlukan kalori bagi menjana tenaga, namun masalah akan timbul jika kuantiti kalori yang diambil (apa yang anda makan) terlalu banyak dan tidak pula dibakar. 

Akhirnya, akan bertukar menjadi
lemak yang tersimpan dalam badan. Inilah penyebab berat badan bertambah dan ianya bahaya untuk kesihatan.

Wanita dewasa memerlukan 1600-2000 kilo kalori (Kcal) sehari manakala bagi lelaki pula, mereka memerlukan lebih kurang 2000 – 2500 Kcal  sehari.

Okeh itu cakna pengambilan kalori seharian anda agar tidak kurang dan terlebih untuk dapatkan badan yang ideal.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : BEKALAN YANG SIA-SIA

TAZKIRAH : BEKALAN YANG SIA-SIA

Bagaimana bekal yang sia-sia menuju akhirat?
Ibnul Qayyim memberikan nasihat yang sangat indah,

العَمَلُ بِغَيْرِ اِخْلاَصٍ وَلاَ اِقْتِدَاءٍ كَالمُسَافِرِ يَمْلَأُ جِرَابُهُ رَمْلاً يُثْقِلُهُ وَلَا يَنْفَعُهُ
“Amalan yang dilakukan tanpa disertai ikhlas dan tanpa mengikuti tuntunan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bagaikan seorang musafir yang membawa beg berisi pasir. Bekal dalam beg tersebut hanya memberatkan, namun tidak membawa manfaat apa-apa.”
(Al-Fawa’id, hlm. 81)

Itulah bekal yang sia-sia, berat namun tidak manfaat.
Jangan sampai kita membawa bekal yang sia-sia padahal perjalanan kita begitu berat menuju akhirat.
Ayuh terus berdoa dan berselawat!

TAZKIRAH : JOM TAMBAH ISTIGHFAR



Pada suatu hari ada seorang lelaki mengadu kepada Hasan al-Basri mengenai langit tidak hujan. Hasan al-Basri lantas berkata kepadanya: 
“Beristighfarlah kepada Allah.”

Selanjutnya seorang lelaki lain mengadu akan kemiskinan yang menimpanya. Hasan al-Basri lalu berkata kepadanya: 
“Beristighfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang seorang lelaki berkata : Isteri aku mandul, tidak dapat melahirkan anak. Hasan al-Basri lalu berkata kepadanya: 
“Beristighfarlah kepada Allah”.

Berkata seseorang : Beberapa orang lelaki mendatangimu mengadu pelbagai jenis perkara tetapi kamu menyuruh mereka semua untuk membaca istighfar!

Hasan al-Basri menjawab: “ Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman:

“Maka aku (Nabi Nuh) berkata kepada mereka: Istighfar (mohonlah ampun) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun (10) Dia akan menghantar hujan kepadamu dengan lebat , dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan Dia membuat untukmu kebun-kebun dan sungai-sungai.” 
(Surah Nuh: 10-12)


Moga Allah membantu kita semua!


TAZKIRAH : KU MOHON ISTIQAMAH

TAZKIRAH : KU MOHON ISTIQAMAH


Kenapa Nabi kita –sallallahu ‘alaihi wa sallam– selalu berdoa agar diteguhkan hati dalam ketaatan?

Ingatlah, kita sangat memerlukan doa agar dapat istiqamah kerana hati kita boleh sifatnya berbolak-balik. Oleh kerana itu, doa yang sering  Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam panjatkan adalah,

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ
“Ya muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘alaa diinik (Wahai Dzat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu).”

Di dalam satu hadis,

Syahr bin Hawsyab berkata bahawa dia bertanya kepada isteri Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, Ummu Salamah,

يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ مَا كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا كَانَ عِنْدَكِ
“Wahai Ummul Mukminin, apa doa yang sering dipanjatkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam jika berada di sisimu?”

Ummu Salamah menjawab,
كَانَ أَكْثَرُ دُعَائِهِ « يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ ».
“Yang sering dibaca oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah, ’Ya muqollibal quluub tsabbit qolbii ‘ala diinik (Wahai Zat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu)’.”

Ummu Salamah pernah bertanya pada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam,

يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا لأَكْثَرِ دُعَائِكَ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ
“Wahai Rasulullah kenapa engkau sering berdoa dengan doa, ’Ya muqollibal quluub tsabbit qolbii ‘ala diinik (Wahai Zat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu)’. ”

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam seraya menjawab,

يَا أُمَّ سَلَمَةَ إِنَّهُ لَيْسَ آدَمِىٌّ إِلاَّ وَقَلْبُهُ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ فَمَنْ شَاءَ أَقَامَ وَمَنْ شَاءَ أَزَاغَ
“Wahai Ummu Salamah, yang namanya hati manusia selalu berada di antara jari-jemari Allah. Siapa saja yang Allah kehendaki, maka Allah akan berikan keteguhan dalam iman. Namun siapa saja yang dikehendaki, Allah pun boleh menyesatkannya.”

Setelah itu Mu’adz bin Mu’adz (yang meriwayatkan hadits ini) membacakan ayat,

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami.” (QS. Ali Imran: 8)
(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Jika setiap kita memahami hal ini, maka sungguh kita sangat memerlukan hubungan yang baik atau sering berdoa kepada Allah untuk mendapat taufik dan hidayah agar terus berada di atas ketaatan. Boleh juga kita beramal dengan doa sebagaimana dalam hadis:

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الأَخْلاَقِ وَالأَعْمَالِ وَالأَهْوَاءِ
Allahumma inni a’udzu bika min munkarotil akhlaaqi wal a’maali wal ahwaa
“[Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari akhlaq, amal dan hawa nafsu yang buruk].”
(Hadis Riwayat Tirmidzi)


Moga kita diberi kekuatan untuk terus istiqamah beramal sepanjang masa.