Tazkirah

BUDAYAKAN SENYUM DAN SALAM


 Inline image 1










Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: Allah berfirman: " Aku telah menyediakan untuk hambaKu yang soleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernah telinga mendengar dan belum pernah teringat (terlintas) dalam hati manusia. "

Huraian Hadith: 
Hidup adalah satu perjuangan yang ada pahit dan getirnya. Ini berpadananlah dengan balasan syurga yang teramat indah bagi mereka yang telah berjaya menghadapi segala ujian Allah itu. Ingatlah. Tiada permaidani merah untuk hamba-hamba Allah yang benar-benar beriman di mana dengan cabaran dan ujian getir yang diberikan itu akan menjadikan keimanan seseorang semakin bertambah kerana nilaian Allah amat tinggi buat hamba-NYA iaitu mereka yang sanggup berkorban nyawa, harta dan tenaga demi agama-NYA.

Demand dan supply


DEMAND AND SUPPLY! APA TU?
Demand And Supply ialah Konsep Permintaan dan Bekalan. The more demand, the more milk will be supplied.
Semakin kerap payudara kita dirangsang (bayi menyusu, payudara dipam atau diperah), semakin banyaklah susu akan dihasilkan.
Ketahuilah bahawa susu yang dihasilkan oleh badan ibu itu CUKUP untuk bayi.
Yang utama dalam konsep ini ialah
" BERAPA BANYAK SUSU YANG BAYI PERLUKAN "
bukan
" BERAPA BANYAK SUSU YANG IBU ADA "
Ketahuilah bahawa payudara ibu sentiasa menghasilkan susu selagi si manja memerlukannya.
Ibu demand kan ESP? Saya boleh supply u tuk ibu. Tawaran istimewa penjimatan lebih 5% untuk dua botol ESP.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Posisi menyusu anak


Posisi menyusu yang betul berikan rasa selesa pada ibu dan bayi.
Tubuh bayi haruslah rapat ke ibu dan mukanya bertemu dengan payudara ibu. Mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlu dalam keadaan lurus.
Belakang badan ibu juga perlu tegak, jangan membongkok. Gunakan bantal untuk bersandar jika perlu.

 POSISI DAKAPAN
• Posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakan ibu. Ia membolehkan perut bayi dan perut ibu bertemu supaya ibu tidak perlu memusingkan kepala untuk menyusu. Kepala bayi berehat dalam dakapan ibu.
• Sokong belakang badan dan punggung bayi.
• Lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya.

 POSISI "FOOTBALL HOLD"
• Posisi ini sesuai jika ibu baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, memiliki payudara yang besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar pada waktu yang serentak.
• Sokong kepala bayi dengan tangan.
• Gunakan bantal untuk menyokong belakang badan Ibu.

 POSISI BERBARING
• Posisi ini sesuai apabila anda dan bayi rasa letih. Jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh anda cuba pada beberapa hari pertama.
• Sokong kepala anda dengan lengan.
• Sokong bayi anda dengan lengan atas.
Posisi menyusu penting dalam menjayakan proses penyusuan. Bagi memastikan ibu selesa dan bayi juga tenang dalam dakapan ibu.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : IKTIBAR CERITA ARNAB & KURA-KURA

TAZKIRAH : IKTIBAR CERITA ARNAB & KURA-KURA

Tersebutlah kisah arnab sedang berjalan-jalan mencari makanan. Tiba-tiba ia terpandang seekor kura-kura yg merangkak-rangkak naik ke tepi sungai.
“Alahai, kura-kura. Mengapalah engkau lambat sangat? Bila nak sampai tu?”
“Sedikit-sedikitlah arnab. Lama-lama  aku sampailah.” Jawab kura-kura.
“Hahaha…gelihati aku lihat cara engkau berjalan. Bilalah engkau nak sampai si tua lambat ni…ha..ha.”
“Jangan engkau hina aku arnab.”
“kalau lumba lari ni, engkau pasti kalah,” kata arnab.
“Belum cuba belum tahu arnab.” Jawab kura-kura.
“Baiklah aku cabar kau, siapa yg sampai dulu ke hutan sana, dia akan menang.”
“Baiklah. Aku terima cabaran kau,” jawab kura-kura.
Dan begitulah kisah itu bermula. Maka berlumbalah arnab dan kura-kura. Satu perlumbaan yang berat sebelah kelihatannya pada mata kasar justeru kaki, ketangkasan dan tenaga arnab jauh mengatasi kura-kura. Ya, setelah lebih separuh perlumbaan, kura-kura ditinggalkan jauh di belakang. Arnab terlampau yakin yang dia akan memenangi perkumbaan itu. Lalu berehat, dan akhirnya tertidur.
Namun bagi kura-kura dengan semangat, keyakinan dan kesungguhan dia terus merangkak dan akhirnya memenangi perlumbaan. Begitulah cerita Arnab dan Kura-kura yang sudah  menjadi bahan bacaan hiburan kanak-kanak. Adakah ia hanya sekadar bacaan saja atau pendorong kanak-kanak itu berjaya? Sebenarnya banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita pendek ini.
Apa yang kita boleh ambil pengajaran daripada cerita ini ialah jika hendak berjaya, bukanlah semestinya ada kepandaian. Tidak semestinya  ada kekuatan. Tetapi yang penting ialah sikap.
Mengikut kajian yang dibuat oleh pakar-pakar pendidikan, kepandaian seseorang, maklumat yang dimilikinya, hanya menyumbang 3 % sahaja kepada kejayaan seseorang. Selebihnya 97% lagi ditentukan oleh sikapnya.
Dalam kisah tadi, jika diukur dari segi fizikal, tentulah arnab ini lebih tangkas lagi. Kakinya lebih panjang, tenaganya lebih banyak. Memang terbukti  ia sudah mendahului kura-kura dalam perlumbaan itu. Malangnya sikap arnab itu sendiri menyebabkan ia gagal.
Apakah sikap negatif yang ada pada arnab? Apa yang menyebabkan ia   gagal? Sikap itu ialah sambil lewa, sikap over confident, sikap bertangguh, sikap berpuas hati dan suka memandang rendah terhadap orang lain. Oleh kerana sikapnya tidak betul, walaupun bakatnya tinggi, walaupun tenaganya banyak, dan mungkin lebih pandai dari kura-kura, tetapi akhirnya arnab kalah dalam perlumbaannya dengan kura-kura kerana sikapnya yang negatif.
Bagi kura-kura pula walaupun kakinya pendek dan tiada kekuatan seperti arnab, tetapi sikapnya betul. Sikap kura-kura ialah lawan kepada sikap arnab  tadi. Kura-kura ini nampak matlamatnya. Walaupun ia telah ketinggalan, tetapi matlamatnya sentiasa di hadapan. Ia tidak mengubah-ubah matlamatnya. Matlamat ia hendak menang dalam perlumbaan. Dan itu terus dipertahankannya hingga berjaya. Sebaliknya, arnab ini pula matlamatnya berubah-ubah. Apabila ia sampai di tengah jalan, matlamatnya berubah kepada hendak berehat yang kemudian tertidur.

sumber: genta-rasa.com

"Dan apa saja -perbuatan baik- yang engkau sekalian berikan -persiapkan- untuk dirimu sendiri, nanti pasti akan engkau sekalian dapati di sisi Allah, keadaannya adalah lebih baik dan lebih besar pahalanya dan mohonlah pengampunan kepada Allah, sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Penyayang."
(al-Muzzammil: 20)

Kalsium harian kita


TAHUKAH ANDA pengambilan harian kalsium yang dicadangkan untuk ibu-ibu menyusu adalah 1,300 miligram sehari.
Membaca label pemakanan boleh membantu memastikan anda mendapat kalsium yang cukup. Sebagai contoh, satu cawan susu atau yogurt mengandungi 300 miligram kalsium.
Walaupun makanan tenusu adalah sumber yang baik, anda tidak semestinya perlu minum susu untuk menghasilkan susu.
Ramai ibu-ibu memilih Ostemetrix Shaklee u tuk dapatkan bekalan kalsium dan magnesium yang cukup sepanjang proses menyusukan bayi.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Lelaki memikat Wanita


1. Sabar dan tegas pada masa yang tepat agar ada rasa hormat dari isteri. Perlu seimbang, jangan terlalu tegas sampai isteri takut dan tertekan
2. Musyawarah dan muafakat penting dalam hidup rumah tangga. Bincang setiap perkara yang mahu diambil bersama
3. Jangan mudah menyalahkan sesiapa. Suamj yang baik ialah suami yang boleh menahan diri dari meletakkan kesalahan pada orang lain dan baiki diri.
4. Mudah berterima kasih dan kerap bersyukur. Bukan setakat isteri je sayang tau. Allah pun sayang.
5. Beri perhatian sepenuhnya kepada isteri. Isteri sebenarnya sangat memerlukan sokongan dan perhatian dari suami. Baru rasa diri dihargai
6. Taat beribadah. Ia buat isteri lagi rasa dilindungi. Sebagai suami wajib untuk didik isteri mendalami agama
7. Sebagai ketua keluarga, suami wajib
kerja keras untuk menyediakan nafkah keluarga. Bukan meletakan tanggungjawab pada bahu isteri.
9. Setia. Kepercayaan seorang isteri sukar dicari lagi jika sekali dirinya ditipu,



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : BERAKHLAK MULIA

TAZKIRAH : BERAKHLAK MULIA

Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan seorang khalifah bani Umaiyah yang terkenal dengan kebijaksanaanya. Dia menjadi khalifah pada 99H atau 717 masihi yang menggantikan khalifah Sulaiman bin Abdul Malik yang berasal daripada keturunan Saiyidina Umar Al Khatab.

Selepas upacara perlantikan khalifah baru,beliau merasa sangat letih.Oleh itu dia berhasrat untuk berehat dahulu sambil menunggu waktu Zuhr. Sebaik sahaja membaringkan badannya,tiba-tiba anaknya,Abdul Malik datang menemuinya dan berkata, "Ada orang ingin berjumpa,ayah".

"Aku ingin tidur sebentar.Selepas Zuhr aku akan terima sesiapa sahaja yang ingin berjumpa dengan ku",jawab khalifah.

Maka Abdul Malik pun berkata, "Ayah,siapakah yang dapat menjamin bahawa ayah akan dapat hidup sehingga Zuhr?".

"Astaghfirullah.."khalifah tersedar daripada kesilapannya dan bingkas bangun daripada tempat tidurnya.

"Aku beruntung mempunyai anak yang selalu membantuku menegakkan ajaran agama,"katanya sambil memeluk anaknya.Khalifah segera pergi ke balai penghadapan untuk menjalankan tugasnya.

Pada suatu pagi sebelum Subuh,khalifah masuk ke masjid untuk mendirikan solat Subuh secara berjemaah.Ruang di dalam masjid masih gelap kerana lampu belum dihidupkan.Ketika dia berjalan dia terpijak seseorang yang sedang tidur di situ.Orang yang dipijak itu lantas menjerit, "Apakah kamu sudah gila?!"

Pengawal yang mengiringi khalifah merasa marah dengan perbuatan orang yang menjerit tadi yang dianggap tidak beradab. 

Dia memegang tangan orang yang menjerit tadi namun khalifah segera menarik tangan pengawal itu dan berkata, "Mengapa kita mesti marah?Bukankah dia cuma bertanya adakah kita sudah gila.Jawapannya ialah tidak,selesai?"

Demikianlah tingginya akhlak seorang khalifah umat islam yang patut dicontohi oleh setiap orang.


“Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat dalam timbangan seorang Mukmin pada Hari Kiamat nanti selain akhlak mulia. Sesungguhnya Allah membenci orang yang berbuat keji dan berkata-keta keji.”
(Riwayat At-Tirmidzi)