Showing posts with label eat clean. Show all posts

Roti yang elok.


Antara punca kita cepat lapar (especially me) ialah apabila kita mengamalkan bersarapan dengan makanan yang karbohidrat yang tinggi dan yang mempunyai Glycemik Index yang tinggi.

Glycemik Index yang tinggi bermakna karbohidrat yang dicernakan kepada gula akan menyerap masuk ke dalam tubuh dan ini akan menyebabkan kandungan gula dalam badan sangat tinggi dan merangsangkan pengeluaran insulin yang banyak.

Gula ringkas ini mudah diproses kepada tenaga dan selebihnya disimpan sebagai lemak. Insulin yang tinggi (hyperinsulinemia) akan menyebabkan gula dalam darah menjadi sangat rendah (tetapi dalam julat yang normal), dan menyebabkan kita lapar semula dalam masa yang terdekat.

Sebab itu selepas sarapan 8am dengan teh tarik dan roti canai, kita berasa lapar semula pukul 10am.

So kita tukar kepada roti hijau ini 😜

Adam pon dah pandai makan roti ni. Mamajura is happy 😘

Testimoni kurus

Kalau boleh ikut cara saya, cubalah.
Dalaman inshaAllah okay.
Kalau tak boleh, boleh la order ubat kurus.
Bab dalaman tiada jaminan. Apa yang rompong memang tak nampak.
Sebab, walau ada lulus KKM, ia tidak semestinya selamat untuk dimakan. Declare benda yang lain, tapi sumbat benda lain. Erkkkk. Kaji la kenapa Mamajura cakap macam ni. Jangan sentap lagi.
Lagi satu, testimoni hanya testimoni. Ia berbeza mengikut individu. Sah sah peniaga tunjukkan yang positif saja kan?
Scrennshot kena maki hamuk dengan customer simpan sendiri 😜
(termasuk i, hahaha)
Sila jangan sentap dengan status ini. Mamajura cuba buka mata u ols tentang produk kesihatan dan kecantikan. Sebelum nak sentap, buat research dulu.
Jangan sebab kita agen produk itu, kita nak pertahan sebab duit. Mamajura kira tak laser sangat tau... Mamajura tak nak mention siapa yang laser dan lebih educate pasal produk. Kang u ols terus tak nak meniaga 🤩
Okbai.

Kurangkan berat tanpa ubat kurus

Nak kurangkan berat badan tanpa ubat kurus.
Senang je sebenarnya.
Macam kes Mamajura ni, i feel that i memang kena kurus. Kena kurangkan berat. Because i pernah buat operation lutut then lepas tu rasa nak solat susah. The i realized masalah berat badan memainkan peranan juga.
Pertama, semangat dan push factor kena ada.
Kedua, makan benda yang betul. You kena ada list do’s and dont’s. Kena tahu apa yang boleh dan tak. Of course i have my cheat day. Tapi kan, bila dah set dalam otak nak makan bla bla then nak sugar rush konon. Sampai ke tempat dituju, automatically Mamajura akan ubah fikiran. Tak craving pon. Lek lek je tengok.
Ketiga, badan kena cukup zat. Thats y Mamajura topup dengan supplement. Which i always do. Bila badan tak cukup zat, u akan burn energy yang banyak. Bila burn energy banyak, u jadi penat. Bila penat, apa kita buat?? Kita makannnnn.
3 simple rules.
• Push factor
• Tahu apa makanan sendiri
• Badan kena cukup nutrisi
Erkkk, i jarang bersenam. Bersenam only on weekend.

Rahsia kurus dengan sarapan pagi.

Rahsia kurus dengan sarapan pagi.
Nak tahu tak?
.
.
.
Lupakan makanan pagi bewarna putih.
.
.
.
Nasi. Makanan dibuat dari tepung. Bihun. Gula. Mee. Roti putih. Roti canai. Susu pekat manis. Susu cair.
.
.
.
Cuba la tau.

VITAMIN A



Vitamin A mempunyai beberapa fungsi untuk kecantikan kulit dan salah satunya adalah membantu merawat pigmen dan noda-noda hitam pada kulit.

Kawasan yang paling terjejas akibat kekurangan vitamin A adalah mata dan kawasan keliling mata.

Vitamin A juga merupakan antioksidan untuk menghalang proses oksidatif dalam sistem tubuh badan kita.

VITAMIN B



B is for BEAUTY.

Vitamin B Complex juga membantu dalam penghasilan kulit yang sihat.

Vitamin B membantu menguraikan protein kepada asid amino supaya sel-sel kulit mampu mendapatkan asid amino yang diperlukan.

Vitamin B5 dan B12 adalah sangat penting untuk metabolisma asid amino yang diperlukan untuk pigmentasi kulit yang sekata.

Vitamin B5 boleh didapati secara semulajadi dalam makanan seperti oat, telur dan beras, manakala vitamin B12 boleh didapati daripada daging, telur dan produk tenusu.

Hari tomato




Atau nama asalnya La Tomatina.

Membazir. Marah kiteee. 😡

Festival Tomato ini dilakukan di Valencian, Sepanyol.

Nak celebrate nya, baling je tomato.
Motif? Hahahah. Tapi sebelum baling, kena perah dulu. Macam kecilkan saiz la.

Tahu pon sakit kalau baling seketul gitu 🤦🏽‍♀️

Pertama kali di buat pada tahun 1945. Dilakukan pada hari Rabu terakhir pada bulan Ogos.

Kemudian, tempat lain ikut join festival ni. Antaranya Nevada, India, China, Texas.

Berapa banyak tomato dah bazir?

Geram kiteeeee.

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

Resepi Tomato 🍅

Resepi Tomato 🍅
Hummus
Sandwich
Spaghetti 
Pasta
Soup
Pizza
Bruschetta
Jus
Sos
Salsa

Jenis tomato

Tomato 🍅 🍅
Banyak jenis rupanya.
Apa saja untuk cantik dan sihat kan?

Fakta mengenai Tomato 🍅


🍅 Mencegah kanser, mengekalkan tekanan darah yang sihat, mengurangkan gula dalam darah.
🍅 Mengandungi karotenoids. Yang melindungi mata dari kerosakan.
🍅 Sedap dan rangup tau kalau makan tomato dalam sandwich atau salad 😜
🍅 Basuh tomato anda sebelum makan dan masak. Sebab tomato tergolong dalam “Top 10” buah dan sayur yang banyak disembur racun masa ditanam.

Khasiat Tomato

Tomato kaya dengan VitaminA, VitaminK, VitaminC, VitaminB, folate, thiamin, Pottasium, Magnanese, Magnesium, Phosphorus, copper.
Antara khasiat Tomato.

• Anti-oksida yang tinggi. 
🍅        Tomato kaya dengan lycopene. Lycopene bertindak sebagai agen menentang kanser.

Universiti Harvard mengatakan tomato mampu menentang kanser prostat, kanser rahim, kanser perut, kanser usus, kanser payudara, juga kanser mulut.

• Membantu dalam URTI
(Jangkitan pada salur kencing)
🍅                    Tomato kaya dengan kandungan air. Oleh itu, kandungan air yang banyak mampu menghasilkan banyak air kencing. Bila banyak air kencing, banyak toksin boleh disingkirkan.

• Mencantikkkan kulit.
🍅          Tomato mampu mengekalkan kesihatan gigi, tulang, rambut dan kulit. Lagi satu, hirisan tomato boleh melegakan ‘sunburn’. Kalau u ols perasan, tomato banyak terdapat dalam produk anti-aging dan sunblock.

• Membantu dalam pesakit diabetis.
🍅                Kajian oleh ‘Journal of the American Medical Association’ mengatakan bahawa pengambilan tomato setiap hari mampu mengurangkan oksidatif stress diabetis type2.

• Menurunkan tekanan darah tinggi.
🍅       Tomato mampu merendahkan tekanan darah tinggi. Potassium dalam tomato membantu dalam masalah tekanan darah

• Masalah penghadaman.
🍅       Tomato mengandungi banyak air, dan boleh mengelakkan sembelit teruk. Juga mencegah jaundis dan mengeluarkan toksin dalam badan. Tomato juga banyak serat, kan serat boleh meningkatkan peristaltis.

• Bagus untuk penglihatan.
🍅      Tomato kaya dengan VitaminA. VitaminA kan bagus untuk mata.

• Bagus untuk masalah mereka yang nak berhenti merokok.
🍅       Tomato kaya dengan coumaric acid dan chlorogenic acid, yang boleh melawan nitrosamin dalam rokok yang menyebabkan kanser.

• Keratan rentas tomato berbentuk jantung.
🍅       Tomato melindungi jantung. Mampu menurunkan kadar kolesterol jahat.

• Kaya dengan Vitamin dan mineral. 
🍅        Sebiji tomato membekalkan 40% keperluan VitaminC harian. Tinggi kan? Sehari makan 3 biji tomato dah cukup. Persoalannya, mampu kah anda?
Hehehe

Rainbow

I love rainbow 🌈 

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

VitaminE.


Apa kebaikannya? Selain dari kulit yang cantik?
Tahukan anda, vitaminE jika diambil dengan cara pengambilan supplement, boleh membantu dalam penyakit jantung dan masalah saluran darah.
Contoh lain, masalah sakit dada, tekanan darah tinggi, saluran darah tersumbat.

#DoozyBeauty
#beYOUtiful