Showing posts with label Kisah Adam. Show all posts

Kumon


KUMON.
Bilamana Adam berada di KUMON, Mamajura akan lepak di parents lounge saja. Kalau kelas dia 2 jam, 2 jam la Mamajura bertapa disitu. Kalau sejam, sejam la. Waktu fleksibel.
Macam-macam aktiviti sendiri boleh dilakukan. Antara yang biasa Mamajura buat, baca Al-quran, update Facebook ke IG, dan borak dengan parents lain. Dan paling best, tidur. Hahaha. Sila jangan kecam saya.

Mamajura tak lepak kat kedai-kedai berdekatan sebab semuanya jual bak kut teh. Haremmmmm. Hahahah.
Ada juga kedai nasi ayam Chee Meng dan Mcd, tapi malas nak jalan. Sebab boring pula makan sorang-sorang kan.
Btw, bukan itu motif posting ini. Saja nak cerita, ada la Mamajura borak ngan parents lain kan, mereka ada dari centre Kumon yang lain. Pindah ke centre yang Adam belajar ini.
Antara sebab yang mereka kata, cikgu centre lama garang gila. Tengking dan marah budak. Adoiii. I cannot brain la. Marah teruk sampai anak itu sendiri tak nak datang. Fobia gamaknya.
Dan beri homework setebal buku. Pengsan la. Sebab Kumon ni jenis everyday homework. Kalau homework setebal buku, macam mana nak belajar dan buat homework sekolah lagi. Sampai parents tu cerita anak dia kena tidur pukul 12tgh malam baru siap semua kerja.
Dan ada centre yang racist. Pilih bangsa pula. Bangsa I dan M tak layan dengan baik. C saja. That shows you are not a good example.
Tips nak pilih Kumon kan,
#1, Survey dulu tempat. Tengok keadaan sekeliling. Tengok suasana dan keadaan kelas.
#2 Tengok cara principal tu layan kita bila nak survey. Dia welcome kita atau nak tak nak layan.
#3 Tengok dan perhati cara dia didik anak-anak yang lain. Tengking atau cakap elok-elok.
#4 Tengok cara tolak ansur principal dengan anak kita. Mamajura sendiri minta homework satu hari 2 helai sahaja. Sebab Mamajura tahu tahap kemampuan otak Adam. Dulu teacher pernah bagi 4 helai, kesian tengok Adam dah stress. Then bila minta 2 helai saja, teacher setuju. Adam pon happy.
Lagi satu Mamajura nak share betapa bertuah dan bersyukurnya sebab Allah mudahkan urusan Adam di sini.
Adam dah 2 tahun dapat ASHR (Advanced Student Honoured Roll) 1 year advanced untuk Matematik. Darjah 1 (tahun lepas) tapi dah buat bahagi. Mama yang stress nak ngajo. Hahaha..
Adam happy dan tak merungut nak datang Kumon.
Last week, ada karangan English di sekolah kebangsaan. Soalan nya “Who is your favourite teacher?”
Jawapan dia “Teacher Molly”
LOL, Mamajura gelak. Sebab Teacher Molly ni cikgu Kumon dia. Masuk juga korum. Mesti cikgu English di sekolah kebangsaan dia heran, “aku tak de pon kawan sekolah ni nama Molly”
Alhandulillah, Adam happy.
Semoga Adam istiqamah dan rajin belajar.



Bersin banyak kali.

Mama bersin.
“Mama, Adam dah kira. 4 kali bersin”
“Tu la, adoi. Sorry Adam”
“Tak cukup vitaminC la tu. Kalau lebih 3 kali, maknanya nak demam tau.”
Amboi, anak Shaklee sangat.

Tips Anak Demam

Dia nak pergi sekolah kebangsaan.
Mama dah bagi makan nasi dan ubat.
Chipsmore dan Calciyum pon dah makan.
#1 Masa anak demam, kita kena rajin check badan anak panas atau tak.
Kalau nak tidur, set jam setiap sejam. Bangun dan rasa badan dia. Mama jadi mata panda la jawabnya.
#2 Lagi satu, bila dia buang air besar, tanya la.. hehehe.. “Tahi cair ke tak?”
Kalau cair tu, seronok Mamajura rasa.
#3 Make sure anak banyak minum air putih. Bagi la guna syringe pon tak apa. Asal dia minum. Macam pagi tadi Mamajura berjaya bagi Adam sebotol mineral botol kecil. Terkebil-kebil dia minum.
#4 Vitamin jangan lupa. Bila demam mama bagi Nutriferon. Dan dia tahu vitamin wajib dia yang lain.
#5 Madu. Madu memang Adam suka. Kalau mama stok up madi stik tu, kejap je dia habiskan. Sampai mama kena sorokkan. Tak jumpa madu, dia balun pula kismis. Tu pon mama kena sorokkan.

Penggemar Origami

Balik sekolah, ada aktiviti dalam kereta.
Mesti ada. Kalau tak, kereta ibarat rollercoaster. Dan mama ibarat Aslan.
Spare kan Origami dalam kereta. Kalau tak, lagi pening mama.
Sambil buat origami ni, ayat dia berbunyi begini,
“Mama, nanti kita jumpa Cristiano apa tu (Cristiano Ronaldo) okay. Dia hebat. Legend”
Awal Disember dulu dia sebut Cristiano Naruto.
Penat la mama fikir siapa. Bila masa pula Naruto ada nama Sepanyol.
Siap dia terangkan warna jersi putih la. Ada tulis FC la. Ada lagi dia siap lukis.
Rupanya CR7.
Okay Adam. Nanti kita pergi jumpa okay. Mama pon teringin nak naik Audi dia 😜

Mulai 2018

Mulai 2018, rutin makan vitamin buat Adam dah berubah pada waktu pagi.
Waktu pagi sebelum masuk sekolah agama.
Sebelum ni Mamajura bagi sebelum tidur.
So dah tukar. VitaminC dan Omega juga Vitalea.
Dan bila dah mula bagi pagi ni, soalan dan statement pagi-pagi pon pelik. Ligat otak berfikir gamaknya.
“Mama, nanti Adam besar, Professor Comot dah tua. Adam pula boleh jadi Professor Comot kan?”
Suka sangat layan Sains Comot. Geram je mama nak rebonding rambut Prof tu.

Kemas beg sekolah anak

Fail clip macam ni je..
Plastik.



Tahun ni Mamajura buat macam ni.

Satu subjek satu fail.
Lebih kemas dan lebih sistematik.

Adam Harith punya idea tau.
Mama ikutkan je sebab dia yang kemas beg sendiri.

Fail beli kat kedai rm2. 3 fail rm2 saja. So boleh stock up extra sikit je.

So far, tahun lepas pon buat macam ni untuk subjek BM, Matematik dan BI. Fail bertahan sampai habis persekolahan.

Better fail plastik dari fail kertas. Fail kertas 3 hari dah koyak.

Boboiboy darjah berapa?

Soalan paling susah mama nak jawab.
“Mama rasa-rasa Boboiboy darjah berapa? Dia sekolah kat Selangor juga ke mama?”
Tolong bagi idea.
Kot la siapa tahu.

Hari pertama sekolah

 😘
Ini kisah saya.
Masa ada rambut, songkok lipat ni ngam. Cantik je kat kepala saya. Saiz 21.

Tapi hari ni, rambut sudah kena cantas, begini lah rupa songkok saya.
Pengudaraan yang lebih. Senang ilmu masuk 😆

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng.

MJ bagi 4 bintang.
⭐️ sebab Adam gelak melekek-lekek.
⭐️ sebab bila tanya nak tgk lagi? Dia jawab NAK!
⭐️ sebab dia sing along song.
⭐️ sebab sound system dan lokasi pengambaran best. Rasa nak pergi.


MJ pon melekek-lekek gelak tau.

Cerita ni full of emosi. Especially emosi anak-anak yatim.
Sedih (MJ menangis tau) ada 3round kot. Menyentuh emosi 😂Haha.
Kelakar. Upin Ipin kelakorrr. Volume 5 Adam gelak. Siap dia lupa tangan berbalut. Konon dia nak tepuk tangan, tapi tak boleh angkat 😀
Sing-a-long. (MJ dan Adam siap karok tau)
Budak depan we ols siap joget-joget.

Bravo Upin & Ipin dan KRU.
Tak sabau tunggu Upin Ipin the Movie.

Nota kaki : Kena pergi wayang tau. Sebab sound system tu baru feel. Di tambah pula dengan popcorn 🍿 dan kerusi empu