GMo dan Non GMO

Tembikai Oh Tembikai

================

.
Anak-anak saya memang hantu buah. Kelmarin beli tiga sisir pisang tak sampai 10 minit licin di makan oleh 5 orang anak-anak syurga.
.
Tapi hari ini bukan nak bercerita pasal pisang. Tapi mahu cerita tentang tembikai. Beberapa minggu lepas semasa sarapan pagi En Suami menghulurkan sepinggan bekas berisi tembikai.
.
Nampak isinya sangat menarik dan mengoda jiwa untuk dimakan. Tapi nafsu terhenti bila melihat bijinya yang berwarna putih bukan hitam.
.
Sudah pasti saya tak akan sentuh. Mengapa? Tahukah kalian tembikai yang bijinya berwarna putih merupakan tembikai GMO.
.
Apa itu GMO?
.
GMO adalah singkatan dalam Bahasa Inggeris untuk Genetically Modified Organisms.Organisma yang diubahsuai secara genetik (GM) yang dihasilkan menggunakan bioteknologi, yang boleh menghasilkan tindakbalas tumbuh-tumbuhan yang biasanya tidak terdapat secara semula jadi. Sekurang-kurangnya 30 buah negara di seluruh dunia termasuk Kesatuan Eropah ahli-ahlinya telah memilih untuk menetapkan peraturan-peraturan yang ketat ke atas makanan yang diubahsuai secara genetik dan produk-produk sampingannya.
.
Apa kesan sampingan jika kita terus mengambil produk GMO ini?
.
 Meningkatkan risiko kanser dengan meningkatkan potensi pertumbuhan sel pra-kanser
Sistem imun yang rendah
Otak, hati dan organ reproduksi yang lebih kecil
Sel nukleus yang tidak normal
Kadar kematian yang lebih tinggi
Pencemaran herbisid yang lebih tinggi kerana kebanyakan tanaman GMO lebih tahan kepada racun serangga, oleh itu lebih banyak racun perosak yang digunakan. Kadar penggunaan racun serangga yang lebih tinggi mencemarkan persekitaran
Meningkatkan kes alahan, autism, masalah penghadaman kerana sebahagian produk ini boleh berada di dalam tubuh kita sepanjang hayat dan mengakibatkan kesan buruk dalam jangkamasa panjang.
.
Haa jangan dipandang ringan ya dengan GMO ini. Kesan jangka panjangnya sangat2 membahayakan.
.
Berhati-hati jika membeli buah-buahan untuk anak-anak terutamanya. Anggur yang tiada biji, jambu batu yang tida biji, buah tomato yang sama sahaja saiznya dan soya yang kebiasaanya memang jadi kegemaran anak-anak.
.
Sebab itulah saya memilih hanya soya Shaklee untuk seisi keluarga. Mengapa?
.
Kerana Soya Shaklee non-gmo. Ianya dikawal rapi dari proses menanam, tuai dan petik. Dibasih pun mengunakan air bukan dari alkohol.
.
Dan pastinya diyakini selamat berkesan dan mesra alam.
.
Nak tahu lebih lanjut tentang Soya Shaklee, boleh hubungi saya.
.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

No comments