MERKURI dalam kosmetik

“Merkuri boleh menyebabkan penyakit yang kronik” Pengamal perubatan Marvin M.Lipman, MD 1973 “Food and Drug Administration” (FDA)

Produk pemutih dan anti penuaan.
Produk menghilang kedutan, jerawat kasar dan sebaginya masalah kulit.
FDA berkata lagi, produk yang mengandungi merkuri sering digunakan di pasaran Asia, Afrika dan Latin.
• Risiko merkuri.
Menyebabkan masalah penghadaman dan merosakkan buah pinggang.
“Merkuri juga menyebabkan kerosakan pada sistem saraf tunjang, menyebabkan tremor, hilang ingatan dan lemah sendi” kata Orly Avitzur, M.D Pakar Saraf.
Paling merbahaya merkuri adalah pada ibu mengandung.
Bayi dalam kandungan terdedah kepada pelbagai masalah, seperti cerebral palsy dan masalah lain berkaitan otak.

Seseorang dewasa boleh menyerap 450mcg merkuri pada sekali sapuan dengan produk yang mengandungi 10,000 ppm merkuri. Itu adalah 90 kali ganda jumlah minyak ikan dalam dalam seekor ikan.
Menakutkan bukan?
Nanti Mamajura sambung lagi..
Naik sheikh pula cerita bab bahana ni 😜

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik
#mukatiadaganti

Paraben


Paraben digunakan dengan meluas dalam industri kosmetik dunia.
85% jenama produk kecantikan mengandungi Paraben.

‘They’re inexpensive and effective’

Paling banyak digunakan adalah butylparaben, methylparaben, dan propylparaben.

Shampoo, conditioner, maskara, foundation, pencuci muka dan body lotion. Dan paling banyak kandungan dalam deodorant. Bak kata Adam “ketiak wangi”

Masalah paraben?
Paraben mempunyai struktur seperti menyerupai estrogen. Tapi namanya xenoestrogens. ‘Estrogen disruption’ boleh kearah kanser payudara dan masalah pembiakan. Pada tahun 2004, pakar mengatakan, terdapat struktur paraben dalam slide mikrosopik seorang pesakit kanser payudara.

Tetapi tiada kajian saintifik yang mengatakan paraben penyebab kanser payudara.

Namun, University of Reading membuat kajian, 18 dalam 20 sample tisu pesakit kanser payudara mengandungi paraben. Tapi ini masih belum kuat mengatakan paraben penyebab kanser.

Tapi kita sebagai pengguna harus tahu apa isi kandungan dan bijak memilih.
Nak nak sekarang produk tempatan tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Tahukah kita isi kandungannya?

Tepuk ‘botol pencuci muka’, tanya ‘diri sendiri’

#SaintisCantik
#beYoutiful
#Cantikdanselamat

Tips yang mengalami kedutan wajah.

Wrinkles atau kedutan. Kurangkan atau lambatkan kedutan. jom try TIPS ini.

• Stop smoking
• Tidur yang cukup
• Jangan stress-stress. Makan Bcomplex
• Tepek SPF cream
• Tidur dengan posisi baring. Bukan mengiring
• Amalkan minyak ikan
• Makan buah-buahan segar
• Minum soya
• Basuh muka 2 kali sehari dengan pencuci
• Amalkan Vitamin Retinol (A)



• Konsisten dengan vitaminC