Paraben digunakan dengan meluas dalam
industri kosmetik dunia.
85% jenama produk kecantikan
mengandungi Paraben.
‘They’re inexpensive and effective’
Paling banyak digunakan adalah
butylparaben, methylparaben, dan propylparaben.
Shampoo, conditioner, maskara,
foundation, pencuci muka dan body lotion. Dan paling banyak kandungan dalam
deodorant. Bak kata Adam “ketiak wangi”
Masalah paraben?
Paraben mempunyai struktur seperti
menyerupai estrogen. Tapi namanya xenoestrogens. ‘Estrogen disruption’ boleh
kearah kanser payudara dan masalah pembiakan. Pada tahun 2004, pakar
mengatakan, terdapat struktur paraben dalam slide mikrosopik seorang pesakit
kanser payudara.
Tetapi tiada kajian saintifik yang
mengatakan paraben penyebab kanser payudara.
Namun, University of Reading membuat
kajian, 18 dalam 20 sample tisu pesakit kanser payudara mengandungi paraben.
Tapi ini masih belum kuat mengatakan paraben penyebab kanser.
Tapi kita sebagai pengguna harus tahu
apa isi kandungan dan bijak memilih.
Nak nak sekarang produk tempatan tumbuh
bagai cendawan selepas hujan.
Tahukah kita isi kandungannya?
Tepuk ‘botol pencuci muka’, tanya ‘diri
sendiri’
#SaintisCantik
#beYoutiful
#Cantikdanselamat