Blusher dan warna kulit.



Ahhhh.. suka nya saya tengok gmbar ni. Rasa nak beli semua je kan. Hari ni pakai pink, esok pakai oren, tulat pakai pink menyala. Indahnya kehidupan kalau boleh macam tu.

Saya kalau pakai pink fuschia tu, rupa badut sarkis dah. Serious story u ols tau sebab pernah beli. Sumpah menyesal. Terkebil-kebil tengok muka sendiri.

U ols kulit yang warna apa? Tu saya dapat gambar ihsan google, tunjuk warna kulit dan warna blusher sesuai. Tak pening kepala kan nak tengok. Sebab kalau pergi kedai, semua nak beli. Kalau rasa diri tu putih, warna apa je sesuai. Tapi kalau warna kulit hitam manis tu, sedar pipi lah ye

Jujur cakap, saya beli blusher untuk stok 4 tahun sekali punya. Padahal pipi ada 2 je. Pakai blusher pon seminggu tak sekali 😜

Suka. Suka tengok benda cantik dan mencantikkan.

Ingat ye, pakai blusher untuk lebih berseri. Bukan untuk jadi badut yang menggelikan hati.

Jadi...pilih blusher dengan teliti.

Notakaki: nak kulit pinkish semulajadi, banyakkan makan vitamin c. Insyallah elok pipi macam kena blusher sepoi2 bahasa

#DoozyBeauty
#beYOUtiful



#mamaCOOL

Guna facial wipes.



Elok ke sebenarnya?

Cleansing wipes memang berguna untuk mencuci make-up dan wajah. Nak solat senang. Nak berjalan pon senang.

Tetapi adakah ia betul-betul mencuci wajah?

Ya- ia menghilang segala kotoran make-up, habuk dan minyak.

Tidak- tetapi tidak mencuci dan membuang kotoran tersebut. Hanya macam letak tepi. U ols kena juga basuh dengan air tau.
Macam u ols sapu facial wash tapi lap je. Tak cuci kan?

Oleh itu, dah guna facial cleansing wipes, anda masih kena guna air ye. Bilas balik kotoran tersebut.

Cantik dari luar.


Ada pula tanya cantik luar macam mana. Kena beli baju mahal-mahal ke? Kena jadi putih ke? Rasanya tak kot. Cantik luar?

Lagi senang.
Benda yang kita nampak.

• Jangan merokok (muka cepat tua)
• Guna pelembap (lambat penuaan)
• Guna SPF (tidak berjeragat)
• Jauhi gula (cepat tua sebab kolagen hilang)
• Bersenam (peluh keluar daru pori, muka glowing)

Simple je kan.

Selamat beramal 😘😘


PETUA KECANTIKAN DALAM ISLAM


Sekarang MJ  share ye.

1• Jangan tinggal solat. Dan sentiasa berwuduk.

2• Minum air suam selepas bangun tidur. Minum segelas dan kemudian baru bersugi.

3• Mengurut wajah dengan selawat. Caranya dari dagu hingga ke dahi sebanyak 3kali.

Zikir baca “Ya Badiyah” 1x
Zikir baca “Ya Nur” 1x
Zikir baca “Ya Hadi” 1x
Zikir baca “Ya Allah” 3x

4• Baca surah Al-Waqiah. Ayat 35-38

5• Baca surah Yusuf selepas subuh

6• Berdoa masa lihat cermin.

7• Elakkan makan makanan darat dan laut dalam satu masa. Kerana cas ion nya berbeza. Nanti bergaduh pula ayam dan sotong dalam perut kita.

8• Sebelum makan, makan buah-buahan dulu. Untuk mengelakkan sembelit. Kalau sembelit, muka berkerut. Tak comel kan? 😜

9• Mandi sebelum subuh. Bagi segar badan.
Kalau sempat, sebelum Azan tu, Tahajjud seround 😘