Blusher dan warna kulit.



Ahhhh.. suka nya saya tengok gmbar ni. Rasa nak beli semua je kan. Hari ni pakai pink, esok pakai oren, tulat pakai pink menyala. Indahnya kehidupan kalau boleh macam tu.

Saya kalau pakai pink fuschia tu, rupa badut sarkis dah. Serious story u ols tau sebab pernah beli. Sumpah menyesal. Terkebil-kebil tengok muka sendiri.

U ols kulit yang warna apa? Tu saya dapat gambar ihsan google, tunjuk warna kulit dan warna blusher sesuai. Tak pening kepala kan nak tengok. Sebab kalau pergi kedai, semua nak beli. Kalau rasa diri tu putih, warna apa je sesuai. Tapi kalau warna kulit hitam manis tu, sedar pipi lah ye

Jujur cakap, saya beli blusher untuk stok 4 tahun sekali punya. Padahal pipi ada 2 je. Pakai blusher pon seminggu tak sekali 😜

Suka. Suka tengok benda cantik dan mencantikkan.

Ingat ye, pakai blusher untuk lebih berseri. Bukan untuk jadi badut yang menggelikan hati.

Jadi...pilih blusher dengan teliti.

Notakaki: nak kulit pinkish semulajadi, banyakkan makan vitamin c. Insyallah elok pipi macam kena blusher sepoi2 bahasa

#DoozyBeauty
#beYOUtiful



#mamaCOOL

Guna facial wipes.



Elok ke sebenarnya?

Cleansing wipes memang berguna untuk mencuci make-up dan wajah. Nak solat senang. Nak berjalan pon senang.

Tetapi adakah ia betul-betul mencuci wajah?

Ya- ia menghilang segala kotoran make-up, habuk dan minyak.

Tidak- tetapi tidak mencuci dan membuang kotoran tersebut. Hanya macam letak tepi. U ols kena juga basuh dengan air tau.
Macam u ols sapu facial wash tapi lap je. Tak cuci kan?

Oleh itu, dah guna facial cleansing wipes, anda masih kena guna air ye. Bilas balik kotoran tersebut.

Cantik dari luar.


Ada pula tanya cantik luar macam mana. Kena beli baju mahal-mahal ke? Kena jadi putih ke? Rasanya tak kot. Cantik luar?

Lagi senang.
Benda yang kita nampak.

• Jangan merokok (muka cepat tua)
• Guna pelembap (lambat penuaan)
• Guna SPF (tidak berjeragat)
• Jauhi gula (cepat tua sebab kolagen hilang)
• Bersenam (peluh keluar daru pori, muka glowing)

Simple je kan.

Selamat beramal 😘😘


PETUA KECANTIKAN DALAM ISLAM


Sekarang MJ  share ye.

1• Jangan tinggal solat. Dan sentiasa berwuduk.

2• Minum air suam selepas bangun tidur. Minum segelas dan kemudian baru bersugi.

3• Mengurut wajah dengan selawat. Caranya dari dagu hingga ke dahi sebanyak 3kali.

Zikir baca “Ya Badiyah” 1x
Zikir baca “Ya Nur” 1x
Zikir baca “Ya Hadi” 1x
Zikir baca “Ya Allah” 3x

4• Baca surah Al-Waqiah. Ayat 35-38

5• Baca surah Yusuf selepas subuh

6• Berdoa masa lihat cermin.

7• Elakkan makan makanan darat dan laut dalam satu masa. Kerana cas ion nya berbeza. Nanti bergaduh pula ayam dan sotong dalam perut kita.

8• Sebelum makan, makan buah-buahan dulu. Untuk mengelakkan sembelit. Kalau sembelit, muka berkerut. Tak comel kan? 😜

9• Mandi sebelum subuh. Bagi segar badan.
Kalau sempat, sebelum Azan tu, Tahajjud seround 😘


Cantik dari dalam.




• Sentiasa berfikiran positif
• Senyum always.
• Bersyukur
• Minum air banyak
• Hati kena baik
Dan yang penting kena Yakin.

Macam mana nak Yakin?

Petua kecantikan orang dulu-dulu.



Apa yang u ols masih ingat dan amalkan?

Antara yang boleh teringat lagi sekarang,
• mandi bunga untuk naik seri.
• jangan basuh rambut masa period.
• jangan pijak bantal.
• jangan habiskan makanan anak.
• jangan main diluar waktu maghrib.
• jangan gosok mata.
• pakai bedak sejuk.
• jangan mandi lepas berpeluh, nanti naik panau.
• bilas rambut dengan santan.

Yang kelakar pon ada kan?
• tak nak bagi ketiak busuk, gosok ketiak dengan lutut. Adoi.. How??? Howww???
• kalau demam, pkai baju tebal dan stokin. Selubung dengan selimut.
• nak buat kenduri kahwin, campar seluar dalam pengantin kat atas khemah supaya tak hujan.

Mitos atau kebetulan atau fakta?

Cara menutup wajah yang ada pori besar.


Cara nya adalah dengan menggunakan Primer.

Fungsi Primer adalah Pore Minimizer. Ia membantu make-up tampak lebih smooth effects.

Primer ada 2jenis.
Silikon based dan water based.
Silikon primer digunakan bila foundation pon jenis silikon.
Begitu juga waters based jika guna foundation jenis cecair.

Primer hanya di dap dap, selepas menggunakan pelembap dan sebelum foundation.

Mamajura pernah guna primer Laura Mercier, Benefit dan Maybelline.
Yang mahal mesti lagi cantik kan?
Memang masa guna Laura Mercier tu rasa muka ni mahal. Hahahahaha.. make up nampak lawa yang berbeza lawa.



Anda guna primer brand apa?