Serum wajah.

Serum dan jenis kulit. U ols dah tahu ke jenis kulit memasing? Jom kita tahu jenis SERUM. Kulit berjerawat. Carilah •Serum VitaminC (meningkatkan penghasilan kolagen, mempercepatkan proses pembaharuan dan baiki kulit dan juga mengurangkan inflamasi) • Retinol( antioksida dan mengurangkan inflamasi) • Zinc (mengurangkan iritasi dan penghasilan minyak dan hyaluronic asid (mengekalkan kelembapan) Kulit kering- Carilah • Serum vitaminE. (Antioksida, memelihara sel dari dioksida, niacinamide (membantu elastik kulit, • Glycolic acid (membantu membuang sel kulit mati dan lighten discoloration • Hyaluronic acid (mengekalkan kelembapan) Kulit kusam - Carilah • Serum antioksida seperti green tea, resveratrol, ferilic asid (melawan radikal bebas, meningkatkan pelindungan terhadap natahari, dan membakki sel dengan lebih cepat dan membenarkan proses pembaharuan kulit pada waktu malam. Okay tak info i ni? Nanti sambung pasal Argan Oil ye..

Apa itu serum?




Serum adalah salah satu produk penjagaan kulit yang digunakan selepas mencuci wajah dan sebelum menggunakan pelembap. Serum mengandungi bahan yang “power” sebab Ia meresap terus kedalam kulit.
************************

Kenapa Serum power?

Serum terdiri daripada molekul yang halus. Sebab itu ia terus meresap terus kedalam kulit. Kepekatan serum sangat tinggi dengan bahn aktif.
Sebab itu dalam penjagaan wajah, serum ini seperti item WAJIB.
Mungkin anda rasa tidak penting sekarang, tapi bila dah mula berjeragat, masa tu baru tergugat.
**********************************

Adakah serum sejenis pelembap?
Ya dan tidak.
Memang ya serum mempunyai bahan seperti hyaluranic acid yang menghalang kulit kering, tetapi serum tetap bukan pelembap. Jenis krim adalah lebih sesuai dan membentuk lapisan pelindung diwajah.
Serum meresap kan?
So ia tidak melembap di luar.
*****************************************

Bila masa kita perlu menggunakan serum?

Baca label. Bagi saya, sekali sehari saja sebelum ke kerja. Unless, kalau malam tu ada nak keluar jejalan, tepek lagi serum la kite..
********************************

Beza Serum, oil, dan essence?

Serum- water based. Ia memelihara bahagian bawah kulit. Bahagian atas nya adalah pelembap (moisturizer)

Oil- oil based. Ia mempunyai molekul yang lebih besar dari serum dan pelembap.
Lapisan pertama kita guna serum.
Lapisan kedua kita guna pelembap. Dan lapisan ketiga kita guna oil face ni. Oil face memelihara dan menjaga serum dan pelembap. Oil face seakan lock kelempaban kulit sepanjang hari.
Oleh itu, ia memelihara kulit kita supaya kelihatan smlembap dan bermaya.

Essence- sama fungsi macam serum. Tapi essence lebih water atau cair dari serum. Serum lagi pekat.

**
Oleh itu, u ols dah dapat gambaran?

Next post Mamajura sambung lagi pasal ADAKAH SERUM SESUAI DENGAN KULIT ANDA?

Know you skin part 2.


Kenali jenis kulit u ols. Dan Mamajura dah selitkan sekali jenis pelembap / moisturizer yang sesui.

•KULIT KERING•
Antara masalah terbesar pada kulit wajah. Masalah kulit kering kebanyakkan nya adalah dari keturunan, faktor persekitaran seperti kerjaya, makanan, masalah hormon dan cuaca.

Cuci muka setiap hari untuk memastikan sel kulit mati terbuang. Penggunaan serum, dan pelembap yang mengandungi hyaluronic asid, glycerin dan bahan laut seperti kolagen laut dan alga sangat membantu.
Ini bagi mengekalkan kelembapan dan memegang air. Nama pon amik supplement dari laut, muka pon rasa lembap macam di lautan.

•KULIT NORMAL•
Yang berkulit normal pula selalu masalah kulit kering di pipi. Sebab pipi pau kot 😜
Kulit normal dan tak berminyak ini seusai dengan pelembap jenis gel atau krim kerana gel atau krim lebih meresap dengan baik dan lama.

•KULIT BERMINYAK•
Kulit berminyak, dari pandangan mata kita boleh nampak kan. Bersinar dari jauh. Apatah lagi orang yang mengalaminya. Kulit berminyak tampak sihat tapi cepat berkedut.

Pelembap jenis essence lebih sesuai kerana jenis yang tak berminyak. Takkan nak pakai krim, lagi tampak berminyak kan?.

•KULIT SENSITIF•
Masalah kulit sensitif sangat merunsingkan dan boleh membuatkan anda jadi down.
Malu dan tidak ada keyakinan diri.
Bahan yang ada dalam alat kosmetik juga perlu dititik beratkan. Harus lah bebas free paraben, pewangi sintetik, sulfate detergents, phthalaters, urea, DEA TEA.

Cara bagi anda yang berkulit sendirif, pertama bila nak try alat kosmetik atau penjagaan wajah, try pada lengan dulu. Biar dalam 30min.
Bila lengan takde masalah, tak ada gatal atau naik merah, try belakang telinga. Kalau tak ada masaah, okay la tu. Sesuai lah anda dengan produk tu.

So, dah boleh detect apa jenis kulit u ols?

Moga manfaat 😍

Know your skin.


Kenali jenis kulit u ols.

🌀 Normal
🔆 Dry
🚫 Oily

Macam mana nak detect?


Be YOU.


Bangun tidur.
Rasa tak kulit wajah sendiri?
Itulah jenis wajah anda.


Semua kacang menyebabkan jerawat?



Tidak la, jangan la “cakap kacang begitu”

Almond mengandungi asid oksalat baik untuk merawat kulit dan mencegah jerawat.

Kacang soya pula mempunyai protein dan asid amino yang lengkap untuk mencantikkan kulit. Dan terbukti dapat melawan inflamasi dalam badan. Juga mencegah kulit kering supaya tampak lebih muda.

Almond dan kacang soya ini adalah contoh “kacang lupakan kulit”


Suka makan kacang tapi takut jerawat?


Suka makan kacang tapi takut jerawat?

Jawapan utk mengatasi?

Bersenam.
Biarkan peluh keluar melalui pori wajah. Aktifkan pori muka supaya tidak tersumbat. Dan jangan lupa minum banyak air.

Nak lagi berpeluh kaw kaw orang kata, bersenam dengan Cinch Tea.
Meningkatkan metabolisma kita 😘