TAZKIRAH : SEBELUM JUMAAT KALI INI JAUH MENINGGALKAN KITA

Mari sama-sama tambahkan selawat dalam harian. Moga Allah memberkati seluruh hidup kita.
Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»

Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]
Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut.
Sabda Nabi SAW:
(الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ)
Maksudnya: “Orang Bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”. [HR: Tirmizi. Sahih]

Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.





TAZKIRAH : BUMI BAKAL MENJADI SAKSI

Bumi akan jadi saksi atas amalan kita. Bumi akan berbicara dan mengkabarkan mengenai amalan setiap manusia di muka bumi, semua itu atas izin Allah.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ayat,

يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا

Pada hari itu bumi menceritakan beritanya.” (Surah Al Zalzalah : 4)

Rasul lalu bertanya, “Apakah kalian tahu apa yang diceritakan oleh bumi?”

Para sahabat menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ أَخْبَارَهَا أَنْ تَشْهَدَ عَلَى كُلِّ عَبْدٍ أَوْ أَمَةٍ بِمَا عَمِلَ عَلَى ظَهْرِهَا أَنْ تَقُولَ عَمِلَ كَذَا وَكَذَا يَوْمَ كَذَا وَكَذَا قَالَ فَهَذِهِ أَخْبَارُهَا

Sesungguhnya yang diberitakan oleh bumi adalah bumi jadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, baik laki-laki mahupun perempuan yang telah mereka perbuat di muka bumi. Bumi itu akan berkata, “Manusia telah berbuat begini dan begitu, pada hari ini dan hari itu.” Inilah yang diberitakan oleh bumi. (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Faedah dari hadis:

  • Al Qur’an sangat bagus jika ditafsirkan oleh hadits Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.
  • Hendaklah manusia memperbanyak melakukan amalan ketaatan dan benar-benar menjauhi perbuatan maksiat kerana bumi akan menjadi saksi untuk berbicara pada hari kiamat, mengungkap segala yang diperbuat oleh manusia.
  • Allah mampu membuat makluk berbicara, bahkan tanah atau bumi yang kita pijak boleh berbicara. Bumi akan bersaksi terhadap amalan kebaikan dan keburukan yang kita perbuat.
  • Yang menjadi saksi bagi manusia pada hari kiamat adalah kitab catatan amalnya, pendengarannya, penglihatannya, kulit dan tangannya serta bumi yang dipijak. Sehingga setiap manusia tak mungkin mengelak dengan kesaksian yang ada.
Moga Allah menguatkan semangat kita untuk terus beribadah dengan lebih baik.






TAZKIRAH : INGATAN BUAT KITA YANG SELALU LUPA

Jom kita baca peringatan ini dengan mata dan hati.

Jahat atau baik kita, solat jangan ditinggalkan. Solat bukan sebab kita baik tetapi solat itu perintah Allah S.W.T. Solat kita adalah lambang kehidupan kita.

Solatlah, kerana Allah S.W.T menjanjikan rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup dan rezeki.
Nabi Muhammad S.A.W tidak kagum dengan pangkat dan kekayaan manusia. Jika tidak, sudah pasti gunung yang hendak ditukarkan kepada emas tidak ditolak oleh Rasulullah S.A.W.
Orang bekerja seronok kalau dapat bonus, itu semasa hidup, bagaimana kehidupan kita setelah mati?
Punya anak yang tidak tinggal solat itu bonus, dapat anak yang pandai membaca Al-Quran itu bonus, sedekah masa hidup itu bonus dan ilmu yang dikongsi juga adalah bonus.

Sehebat mana pun kita, kita tetap akan mati. Sehina mana pun kita, kita tetap akan mati, takut dengan mati, kita tetap akan mati.

Sayang dengan kehidupan ini, kita tetap pasti akan mati. Hakikat hidup di dunia ini adalah kematian diakhirnya.

Mati itu pasti,

Sakaratul maut itu pasti,

Alam barzakh itu pasti,

Ingatlah mati. Renungkan saat kita bersendirian setelah mati. Lenyapkanlah sangkaan buruk kepada sesiapa pun.

Kita tidak membawa segunung harta setelah mati, kita tidak bawa sijil tertinggi yang kita ada. Kita hanya mengharap rahmat Allah S.W.T iaitu Tuhan sekalian alam.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik, meskipun terkadang kebaikan itu tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada sesiapa pun kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yang kamu lakukan. Dan yang membencimu tidak percaya tentang kebaikan yang masih ada pada dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik tetapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri.

Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya.

“Kita bukan siapa-siapa untuk menilai siapa-siapa”

Penulis: Rizal Alhaj

TAZKIRAH : 8 CARA KREATIF UNTUK BERSEDEKAH

#1- Sabun Basuh Tangan Di Masjid

Ada kebanyakan masjid yang kita pergi, tidak disediakan sabun. Tandas pula kadang-kadang agak berbau sebab tiada pewangi.
Jadi ada baiknya kalau kita dapat belikan sabun dan juga pewangi. Kemudian letakkan di masjid yang berhampiran. Inshaa Allah, ramai yang dapat menggunakannya.

#2- Selipar Untuk Masjid

Kebanyakan masjid juga kekurangan selipar yang kita selalu guna untuk menggambil wuduk ataupun masuk ke tandas. Anda boleh menghadiahkan beberapa pasang selipar jepun dan letakkan di masjid.

#3- Simpan Syiling

Kita kumpul duit syiling, simpan dalam tabung tetapi setiap hari Jumaat kita keluarkan duit syiling tadi dan sedekahkan di Masjid atau kepada orang yang susah..

#4- Berikan Baki Bayaran

Paling mudah untuk bersedekah adalah ketika membeli sarapan pagi di gerai tepi jalan, baki bayaran RM1 – RM2 tu kita sedekahkan buat makcik atau pakcik yang berniaga tu.

#5- Kain Pelikat Dan Telekung

Sedekahkan kain pelikat dan telekung di surau shopping mall, surau stesen minyak dan hentian rehat. Semoga bermanfaat dapat digunakan bersama.
Disamping itu, boleh juga sedekahkan di masjid yang biasa kita kunjungi disamping memungut kain pelikat atau telekung yang telah kotor. Kita bawa pulang untuk basuh atau hantar dobi.

#6- Makanan Kucing

Walaupun kita tidak membela kucing, kita boleh membeli makanan kucing dalam pek yang kecil. Letakkan di dalam kereta dan jika kita kemana-mana dan terjumpa kucing berkeliaran, beri mereka makan. Kucing adalah makhluk kesayangan Rasulullah S.A.W.

#7- Kertas & Pen

Dimana-mana majlis ilmu samada ceramah, tazkirah dan kuliah di masjid biasanya hadirin yang mendengar tidak membawa pen dan juga buku catatan.
Kita boleh beli satu kotak pen dan kertas A4 kemudian diagihkan di dalam majlis ilmu tersebut. Kos yang tidak mahal tetapi memberi manfaat yang sangat besar.

#8- Surah Al-Fatihah

Sedekahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah S.A.W, para sahabat, isteri atau suami kita, kepada kedua ibubapa kita, para sahabat dan kenalan kita yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia.
Bacakan juga Al-Fatihah untuk diri kita juga. Doakan yang baik-baik untuk setiap orang yang kita jumpa. Sedekah yang paling baik ialah apabila kita dapat memberikan sesuatu yang orang lain perlukan.

sumber: Rizal Alhaj

No Soap atau Bebas Sabun.




Di awal 90’s, kita semua di momokkan dengan iklan Herbal Essences kan? (“Yes! Yes! Yes!”)
Masa ni zaman kanak-kanak, pakat semua nak beli shampoo ni kan? Ikut trend la katakan.

Ron Robinson seorang saintis di dalam bidang kosmetik berkata, pengguna dan orang ramai percaya dan sangat tertarik yang sabun yang banyak akan membersihkan badan, rambut atau wajah dengan baik sekali. ZASS! Bersih.


Tetapi, tahukah anda yang sabun yang banyak tidak elok. Kerana kandungan bahan kimia yang tinggi. Iaitu Sodium Lauryl Sulfate.

Kenapa syarikat kosmetik ni suka SLS ni? Kerana ia murah dan mudah untuk didapati. Ia juga menghilangkan minyak dengan cepat. Menghilangkan minyak dengan cara yang ada keburukan pada kita.

“Ada kajian yang menyatakan, SLS boleh menyebabkan pedih mata dan menyebabkan kulit menjadi sangat kering dan lama-kelamaan menjadi pedih.”

Bagi mereka yang sudah sedia ada mengalami masalah kulit kering, ia akan menyebabkan kulit mereka lebih teruk. Juga masalah kulit sensitif akan membuat mereka lebih terseksa.

Ada kajian tetapi tidak kukuh, menyatakan SLS boleh menyebabkan kanser.

Saya ada baca di forum dimana, mereka berbincang tentang  “No Soap” topik ni. Rata-rata mereka pernah mengalami kulit kering dan sensitif. Mereka juga antara yang tertatrik dengan iklan tv. Tertarik juga dengan produk yang viral dan mengeluarkan banyak buih.
Mindset mereka juga, banyak buih- lebih bersih- best!


Tetapi sangkaan mereka silap, kerana lama-kelamaan keadaan kulit makin mengering dan pedih.
Rambut makin banyak gugur dan kulit kepala menjadi pedih.

Di Malaysia banyak kan jual produk macam ni. Seperti Shokubutsu, Dettol, dan banyak la. Kalau yang tiada masalah kulit, its fine. Yang ada masalah kulit, alahai kesiannya.
Kena lah cari alternatif lain.

Dan produk Shaklee, semua bebas SLS. Dalam BasicH, Dish Wash dan paling terbaru adalah YOUTH.

Ala.. pencuci muka yang hot sekarang ni.




TAZKIRAH : PENAPIS TAHAP TIGA

Kita begitu bimbang dengan tahap kebersihan air yang kita minum setiap hari. Untuk memastikan air yang kita minum itu bersih dan selamat, kita pun membeli penapis air yang beribu harganya. Tetapi bagaimana dengan kebersihan rohani kita? Adakah "makanan" yang sampai ke jiwa kita itu bersih?

Pada zaman dahulu, ada seorang guru yang sangat alim. Suatu hari guru ini didatangi oleh seorang muridnya.

"Wahai guru, mahukah guru mendengar satu cerita tentang seorang guru lain yang tinggal di kampung sebelah?"

"Tunggu dulu. Sebelum kamu memberitahu cerita itu, saya ingin menjalankan sedikit ujian yang dipanggil "penapisan tiga peringkat"

"Penapisan tiga peringkat?"

"Ya, betul. Sebelum kamu bercerita tentang guru itu, mungkin ada baiknya kita berfikir sejenak dan menapis setiap perkataan yang bakal keluar dari mulut kamu Sebab itulah saya menamakannya "penapisan tiga peringkat".

Peringkat pertama ialah KEBENARAN (truth).
Adakah kamu benar-benar yakin cerita yang bakal kamu sampaikan kepada saya itu, cerita benar?

"Tidak, sebenarnya saya baru saja terdengar cerita itu dan...."


"Baiklah..jadi kamu tidak pasti samada cerita itu benar atau tidak. Sekarang, kita cuba peringkat kedua pula iaitu KEBAIKAN (goodness).
Adakah cerita yang bakal kamu sampaikan kepada saya tentang guru itu, sesuatu yang baik?"

"Tidak, sebaliknya...."

"Jadi, kamu akan menyampaikan sesuatu yang tidak elok tentang guru tersebut dan juga kamu tidak pasti samada cerita itu benar atau tidak. Sekarang tinggal satu lagi peringkat iaitu peringkat ketiga.

Peringkat ketiga ialah MANFAAT (usefulness).

Adakah cerita yang bakal kamu sampaikan kepada saya itu akan memberi manfaat dan kebaikan kepada saya?"

"Tidak juga..."

Murid itu terdiam.


"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari perasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Penerima taubat dan Maha Penyayang. "
(Al Hujurat, 49:12)










Youth Mahal

Perkongsian Testimoni dari salah seorang
Pengguna YOUTH.

Eya YOUTH mahal, tapi tidak semahal pembedahan kulit. Consultation saja RM 600 gais.

Serius, setiap posting kawan-kawan dan aku dengar sendiri video semalam tu. Aku nangis! Bila nampak keadaan muka sekarang. Ya Allah. Bersyukurnya kenal YOUTH!

Dulu fikiran aku sampai mau bunuh diri bila nampak muka sendiri. Itu belum azab pedih bila cuci muka. Sakit! Sangat sakit! Sengsara tu Allah saja tau.
Sengsara jiwa, sengsara fizikal. Aku sampai kehilangan kawan sebab aku terasa apa dia cakap pasal muka aku.




Bukan sekali dua aku bertekak dengan suami sebab dia cuba untuk tegur muka aku. Aku sedih. Aku takut! Aku yang dulu suka bercakap, sampai hilang keyakinan diri.
Aktiviti harian yang aku suka, aku terpaksa buat sendiri. Kalau suami ada gathering aku terpaksa undur diri. Kalau ada event, aku terpaksa cakap sibuk. Sebab aku malu. Malu sangat.

Tapi, Alhamdulillah! Lepas pakai YOUTH! Sedikit demi sedikit trauma tu hilang.


Teman, kalau ko suka berpanas. Please spend duit untuk skincare. Kalau ko suka beraircond, please spend duit untuk skincare. Kalau ko suka bermakeup, please kawan. Spend duit untuk skincare.
Pilihlah skincare yang betul-betul menjamin keselamatan anda. Aku sebelum ini pakai skincare organik! Drugstore! Tapi bukan bertambah baik, malah lebih teruk!

Aku sudah rasa! Aku tau sakitnya itu.
YOUTH menjamin 100% berkesan pada semua orang! 100% organik! Bukan cakap kosong. Tapi ada bukti secara klinikal. Bukan hanya pada botol saja! Tapi ada tertulis dalam jurnal bahawa YOUTH 100% berkesan!