5 SYARAT UNTUK BUAT MAKSIAT

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima 5 syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, " Syarat pertama , jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya."
Mendengar itu dia mengerutkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan?
Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua ," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!"
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Tangguhkan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima ?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.




Isi kandungan Gel Oil Cleanser YOUTH.



~Mengandungi Green algae (rumpai laut)  fungsi untuk detox dan membersihkan kulit. Di dalam Gel Oil Cleanser ini tiada biji skrub. Kerana sudah ada green algae yang power. Serios rasa instant bersih muka tanpa skrub.
Lagipon penggunaan skrub tidak elok setiap hari. Kerana penggunaan skrub yang kerap akan menghasilkan minyak yang lebih banyak. Dan ia juga akan menipiskan lapisan kulit dengan lebih cepat. Seminggu sekali, its fine.

~ Avocado oil. Avocado terkenal dengan melembapkan kulit. Oleh itu, selepas kita menggunakan pencuci muka YOUTH, kita akan rasa lembut dan lembap. Best je muka tau. Tidak kering dan tidak rasa macam muka tertarik juga tegang.

~Muscadine grape extract

~Yeast extract

~Vital repair

#YouthbyMJ

Keistimewaan pencuci wajah YOUTH.



3 in 1
~membersihkan kulit wajah
~mem’scrub’ kulit wajah
~Make-up remover
#YouthbyMJ

SEBELUM JUMAAT KALI INI JAUH MENINGGALKAN KITA

Mari sama-sama tambahkan selawat dalam harian. Moga Allah memberkati seluruh hidup kita.
Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»

Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]
Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut.
Sabda Nabi SAW:
(الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ)
Maksudnya: “Orang Bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”. [HR: Tirmizi. Sahih]

Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.


Kenali jenis kulit anda?




Jenis kulit ni dalam dunia ni ada beratus jenis kulit. Ada kajian kata beribu. Amazing kan kejadian ALLAH.

Tapi yang kita tahu, kulit berminyak dan normal. Itu je kan?
Oleh itu, pelbagai jenis kulit ini menyebabkan banyak jenis pencuci muka?
Betul ke?
#YouthbyMJ



Kenapa kita kena cuci muka dengan pencuci muka?

Supaya liang roma kita yang tersumbat tu, boleh clear balik. Kalau kita tak cuci, ia akan semakin tersumbat. Bayangkan macam batang paip. Kalau kita tak endah untuk pam atau letak pelincir atau peluntur, pasti satu hari ia akan tersumbat teruk. Dan menghemburkan semula isi nya kan? Sama macam kulit kita. Kena lah cuci supaya ia boleh berfungsi dengan baik.

Tak kurang juga untuk mendapatkan wajah yang ceria dan cantik juga licin. Kalau bab pemalas bebeno nak cuci muka, sabun badan tu, sekali harung je basuh muka. 2 in 1 la kan.

Kalau tak cuci muka, sel kulit mati akan terperap dan menebal di wajah. Buat kulit kita nampak gelap dan kusam. Tak percaya, jangan la basuh muka seminggu. Tengok apa hasilnya.

Cuci muka ni macam cuci pinggan la. Untuk buang minyak dan kotoran. Setiap kulit manusia pasti ada minyak. Sikit atau banyak sahaja konsepnya. Kalau pinggan tak basuh, kita nak guna semula ke? Tak kan. Sama juga macam muka, kalau tak cuci muka, baik sedekah je pada bank kulit. Senang plastik surgeon nak buat pembedahan.

#YouthbyMJ

CINTA TIDAK LULUS SYARIAH

“Saya cintakan awak sepenuh hati dan rela hidup mati bersama awak.” 
Sedar atau tidak, cinta sejati di dunia antara suami isteri tidak semestinya menjadi cinta abadi sehingga ke syurga. 
Cinta seorang suami kepada isterinya tidak hanya terbatas kepada kilauan berlian, emas atau haruman kuntum bunga, tetapi yang jauh lebih penting adalah penjagaan keluarga dari sambaran api neraka. Firman Allah:
“Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh para malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”- Surah al-Tahrim 66:6

Malang sekali bagi suami isteri yang romantik di dunia tetapi terpisah jauh menjadi musuh di akhirat kelak:
“Pada hari itu sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).” -Surah al-Zukhruf 43:67

Juga amaran Allah dalam ayat ini:
“Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri dan anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” - Surah al-Taghabun 64:14
Percintaan palsu ini pernah ditegaskan oleh Nabi Ibrahim A.S kepada kaumnya dahulu sebagaimana firman Allah:
“Dan Nabi Ibrahim berkata pula (kepada kaumnya): Perbuatan kamu menyembah berbagai berhala, tidak menyembah Allah itu, hanyalah kerana menjaga hubungan kasih mesra di antara kamu dalam kehidupan dunia ini; kemudian pada hari kiamat kelak setengah kamu akan membantah setengahnya yang lain, dan setengah kamu pula akan melaknatkan setengahnya yang lain; dan (kesudahannya) tempat kembali kamu ialah neraka, dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan” -Surah al-‘Ankabut 29:25

Jika benar mencintai pasangan anda, maka senantiasalah mendidik atau mengingatkan antara satu sama lain dengan kehendak Allah. Belajarlah dari kisah Abdullah bin Mas’ud dan isterinya Zaynab R.A:
“(Zaynab isteri kepada Abdullah bin Masud menceritakan): Pada suatu hari Abdullah bin Masud masuk bertemuku lalu duduk di sebelahku. Beliau mendapati di leherku terikat seutas benang (azimat). Beliau bertanya: Benang apa yg terikat di lehermu?” Zaynab menjawab: “Ini adalah benang jampi untuk mengubati sakitku.” Abdullah bin Mas’ud kemudiannya mencabut dan memotong benang itu seraya berkata: “sesungguhnya keluarga Abdullah Ibn Mas’ud tidak memerlukan syirik” kerana aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya jampi (yang syirik), tangkal dan azimat tergolong dari amalan syirik kepada Allah” -Sunan Ibn Majah & Musnad Ahmad

Jika boleh, kekalkan cinta suami isteri dan anak-anak sehingga ke syurga dengan menepati piawaian cinta yang digariskan Allah melalui agama. Firman Allah:
Dan orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amalan mereka; setiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.” -Surah al-Tur 52:21

Itu bicara cinta halal hasil ikatan yang diiktiraf agama. Jika cinta halal pun masih belum menjamin bahagia di dunia dan di akhirat, bayangkan bagaimana pula halnya cinta gelap tidak lulus syariah yang banyak berlaku dalam masyarakat. 
Tambah parah jika cinta hitam sebegini membawa kepada ketelanjuran yang dimurkai Allah. Pun begitu, pintu pulang senantiasa terbuka luas untuk manusia yang bersalah.
Rasa cinta lelaki perempuan memang sukar dibendung kerana ia adalah tuntutan fitrah. Apa yang penting adalah bagaimana Islam melorongkan cinta ini menuju laluan yang tepat iaitu perkahwinan. 
Islam tidak membenarkan rasa fitrah ini dibiarkan bertenggek pada dahan rapuh yang tidak mampu menanggung si monyet bagi masa yang lama. Itulah hakikat percintaan tidak lulus syariah.
Jika rasa ini begitu kuat mendorong seseorang Muslim, Islam mengajar kita agar memagarnya dengan pagar puasa: 
“Ertinya: Sesiapa yang mampu berkahwin, maka hendaklah dia segera berkahwin kerana ia mampu menundukkan pandangan (dari memandang yang haram) dan menjaga kemaluan (dari melakukan zina). Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia mampu menjinakkan nafsu.”- Sahih al-Bukhari
Selain itu, Allah juga mengajar kita agar menjauhi dosa zina yang biasanya berputik daripada kosmetik cinta terlarang sebegini: 
“Dan “janganlah kamu dekati zina,” sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” -Surah al-Isra’ 17:32

Dalam bahasa Arab, tegahan mendekati sesuatu perkara membawa maksud larangan berganda dari melakukannya (Tafsir al-Alusi). 
Allah memang mengetahui kelemahan manusia dalam berhadapan dengan medan magnetik ujian cinta tidak lulus syariah. 
Oleh itu Dia mengingatkan kita agar langsung menjauhi semua laluan yang membawa kepada zina. Sesiapa yang masuk ke dalam lingkungan medan magnetik godaannya sukar lolos dan mudah tewas.
Jika orang jahil bersungguh meraikan cinta pada hari Valentine sama ada dalam hubungan halal suami isteri atau cinta tidak lulus syariah atas nama kekasih, usahlah kita turut sama terpalit dengan musibah kejahilan mereka. 
Tanpa adanya orang Barat memperkenalkan hari cinta, Allah sudah lama mewartakan cinta sejati dalam kerangka Islam. 
Bahkan Allah yang bernama al-Rahim iaitu Yang Maha Penyayang lebih mengetahui cinta yang bagaimana diperlukan oleh makhluk ciptaanNya ini.
Cinta yang dilandaskan semata-mata atas gelora nafsu adalah produk Iblis yang sudah lama bersumpah mahu merosakkan manusia. Lihat sahaja berapa ramai manusia yang sesat akal dan imannya kerana produk Iblis ini. 
Berapa ramai bayi tidak sah taraf lahir hasil dari cinta songsang ini. Berapa ramai bayi dicampak ke dalam tong sampah kerana ketelanjuran mangsa produk Iblis ini? Berapa banyak kes kita dengar lelaki membunuh wanita kerana amarah cemburu. 
Tidak kurang juga rumah tangga yang runtuh kerana usikan cinta terlarang orang ketiga dan sebagainya. 
Oleh itu, jadilah manusia yang bijak dengan meraikanlah cinta anjuran Allah dalam kerangka Islam. 
Bercintalah dalam batasan Allah nescaya cinta kita berbalas dengan redhaNya di dunia dan di akhirat.
Sumber: Ustaz Abdullah Bukhari