8 perkara yang membuat anda “tidak rasa cantik”


#1 make-up remover dan pencuci wajah.
Anda rasa kedua-dua nya sama fungsi. Tidak! Mereka ada fungsi tersendiri dan jangan ambil mudah. Terutama cucian make-up bahagian mata yang susah nak hilang dan leceh. Cuci bersih ye.
#2 Cleansing wipes.
Selepas guna, basuh dengan air ye. Walaupun katanya tidak perlu dibilas. Pasti ada kandungan alcohol pada wipes itu. Dan perlu dibilas semula untuk tidak membuatkan iritasi kulit.
#3 Berus muka
Penggunaan berus muka tidak digalakkan digunakan setiap hari, ada kemungkinan ia akan menghakis lapisan kulit.
#4 Pencuci muka yang berbaloi.
Kaji kandungan pencuci wajah anda. Jangan ada kandungan hydroquinone dan merkuri juga paraben. Elakkan sebaiknya. Ini bagi memastikan ia sesuai untuk kulit anda.
#5 Cuci muka sehari sekali.
Jangan. Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari ye. Pagi dan malam. Pastikan juga kulit wajah bersih bebas make-up sebelum tidur.
#6 mencuci muka dengan air panas.
Jangan. Ia merosakkan lapisan kulit. Dan membuatkan kulit lebih rengsa dan mengalami kemerah-merahan.
#7 skrub wajah
Guna skrub wajah yang kasar. Ibarat menggunakan kertas pasir dimuka. Licin tapi merosakkan.

UNTUK KITA YANG MAHU BERFIKIR

Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali Rahimahullah berkata;
“Orang yang sombong adalah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya. Dia memandang orang lain rendah, meremehkannya dan menganggap orang lain itu tidak layak mengerjakan suatu urusan. Dia juga sombong dari menerima kebenaran dari orang lain” - kitab Jami’ul Ulum Wal Hikam 2/275
Raghib Al-Asfahani Rahimahullah berkata;
“Sombong adalah keadaan seseorang yang merasa bangga dengan dirinya sendiri, memandang dirinya lebih utama dari orang lain. Kesombongan yang paling dahsyat adalah sombong kepada Rabbnya dengan cara menolak kebenaran (dari-Nya) dan angkuh untuk tunduk kepada-Nya baik berupa ketaatan mahupun dalam mentauhidkan-Nya” - Kitab Umdatul Qari’ 22/140
Seseorang yang sudah biasa berbohong, baik dalam ucapan mahupun tindakan pada hakikatnya sedang menjerumuskan dirinya dalam kehinaan.
Dia sedang menambah catatan amalan buruknya, yang kelak harus dipertanggungjawabkan. Berupayalah untuk menghindari kebohongan walau bagaimana sekalipun.
Berlaku jujurlah baik dalam ucapan dan tindakan. Betapa pahit pun, yakinlah kejujuran akan lebih dihargai dan mendapat tempat di hati orang lain daripada kebohongan.
“Hendaklah kalian berlaku jujur kerana kejujuran itu menunjukkan kepada kebaikan dan kebaikan menunjukkan jalan menuju syurga” -Riwayat Bukhari
sumber: Rizal Alhaj




Kulit kering?

Kenapa anda rasa kulit tegang selepas mencuci?
Kerana kulit anda terlalu kering.

Antara punca kanser

Antara punca kanser kulit adalah terlalu lama terdedah pada sinaran matahari tanpa pelindung.
Jangan ambil mudah.

BILA TERNIAT UNTUK BERBUAT BAIK, JANGAN BERTANGGUH!

Apa pernah, kalian mengalami satu keadaan di mana melihat adanya individu di hadapan mata kalian yang dalam kesulitan dan merasa menyesal kerana tidak dapat membantu?
Barangkali kalian pernah membiarkan duit syiling milik seorang makcik tua yang terjatuh di atas lantai, walaupun di dalam hati kalian terdetik untuk menolong untuk mengambilkannya? Lalu kalian merasa serba salah setelah makcik tua itu berlalu pergi.
Terkadang kita menyesal sendirian kerana tidak membantu.
Di sini saya ceritakan satu kisah, pengalaman seorang rakan saya yang terdetik niat untuk membuat satu kebaikan. Namun niatnya langsung tidak menjadi kenyataan atas pilihan sendiri. Malah mengundang rasa serba salah dan penyesalan. Jadi, bagaimana niat murni Nur ini tidak terlaksana? Ayuh, teruskan pembacaan kalian.
Kejadian Di Vending Machine
Begini, rakan saya Nur merupakan seorang pelajar di salah satu institusi pengajian tinggi tempatan yang menuntut dalam jurusan pergigian. Menjadi rutin Nur untuk mengulangkaji pelajaran di perpustakaan kampus.
Dijadikan cerita pada suatu hari, bagi mengurangkan rasa mengantuk semasa mengulangkaji di perpustakaan, Nur bercadang untuk membeli air di vending machine.
Selesai mendapatkan minuman pilihan, Nur duduk di sebuah bangku berhampiran mesin tersebut. Duduk dan menikmati minuman di tangannya, sambil pandangan mata di tebar ke sekeliling. Dirasakan segar sedikit matanya berbanding di dalam perpustakaan tadi. Mengantuk sungguh!
Pada satu sudut di mana terletaknya vending machine tadi, terdapat seorang pelajar lelaki bukan warganegara tempatan yang dilihat sedang berdiri di hadapan mesin air itu. Dimasukkan duit kertasnya ke dalam mesin tersebut. Tidak berjaya. Vending machine itu menolak kembali duit kertas yang dimasukkan. Berulang kali dicubanya. Tetap tidak berjaya.
Nur memerhati gelagat si pelajar lelaki tersebut. Gaya mencari-cari duit syilingnya. Dilihat berkali-kali individu itu mengira duit syilingnya. Sekejap-sekejap mengira syiling, sekejap-sekejap memandang vending machine. Tidak cukup duit syiling lagaknya.
Gayanya mengundang simpati Nur untuk membantu. Ditambah lagi individu itu adalah pelajar warga asing. Agak terpinga-pinga dibanding pelajar warga tempatan jika berada dalam situasi yang sama. Mungkin individu itu tidak berapa mahir dengan penggunaan vending machine di situ. Nur merasakan serba tidak kena dengan situasi tersebut.
Nur serba salah sama ada ingin membantu atau tidak pelajar tersebut.
Dalam hati Nur bermonolog,
“Ishh.. Orang tu macam tak cukup syiling je. Teringin juga nak hulur syiling, tapi dia pelajar lelaki. Rasa segan pula nak menegur.”
Niat Yang Tidak Ditunaikan
Nur memandang individu tersebut dari jauh. Lama. Nur masih berkira-kira ingin membantu ataupun tidak. Namun akhirnya Nur mengambil keputusan untuk tidak menghulurkan bantuan kepada individu tersebut.
Daya ingin menolong dalam diri Nur dirasakan belum cukup kuat. Terasa berat untuk hanya bangun, maju beberapa tapak dan menghulur beberapa keping duit syiling sebagai bantuan.
Lantas Nur berlalu dan kembali ke dalam perpustakaan. Sesampainya Nur di dalam perpustakaan, dia berkata di dalam hati,
“Rasa macam menyesal tak tolong foreign student di vending machine tadi. Bukan senang sebenarnya Tuhan nak bagi aku peluang buat baik. Lagi pula Tuhan yang izin untuk tunjuk pada aku, ada orang dalam kesulitan.
Bukan kebetulan untuk tiba-tiba dapat pandang situasi tersebut. Ya, peluang yang bukan saja-saja Tuhan bagi. Sayangnya aku dah pun lepaskan peluang yang Tuhan berikan dan rasa perasaan serba salah tidak menolong ini tak best. Buat rasa menyesal saja.”
Hari Nur diteruskan dengan penyesalan yang membawa pengajaran. Insiden tersebut telah mengajar Nur sesuatu. Jika diputar kembali masa sekalipun, belum tentu Tuhan akan memberikan momen yang sama dengan peluang yang sama.
Bilamana kita sudah pun terdetik niat untuk membantu pada sesiapa yang dalam kesulitan apatah lagi di depan mata, jangan bertangguh untuk membantu! Seperti kata ulama’ silam terkenal,
“Apa yang telah terluput daripada umurmu tidak ada gantiannya, dan apa yang telah terhasil daripada umurmu, tiada ukuran nilai harganya” Sheikh Ibnu ‘Atoillah
Kalau Bukan Sekarang, Bila Lagi?
Kini, Nur menceritakan kembali bagaimana beliau tidak lagi melepaskan peluang untuk membantu. Membantu sesiapa saja yang tercapai pada pandangan matanya andai ada yang memerlukan. Bagaimana perasaan seakan ‘lega dan lapang’ yang menakjubkan dirasakan bilamana dapat membantu orang lain.
Apabila dapat melakukan kebaikkan, hati kita akan merasa bahagia sekali.
“Just now I saw a foreign guy, going somewhere and asked other people the direction. I walked behind him and looked at him. He was looking for some place I think. So I asked,
“Mr, where are you going?”
“I’m looking for surau.”
“That is the surau (pointing at the surau).”
Then I smiled. Well God, thank you.
Sekian.
Karya: Addin Dyna
“Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan(kebajikan) sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya..” 
(al-Zalzalah : 7)

Tips membersihkan wajah dengan betul.


1- Cuci muka sebelum tidur. Cuci muka dengan sabun pencuci muka bukan hanya air kosong/paip. Kalau kita bilas muka begitu saja dengan air kosong, muka akan jadi lebih berminyak. Kerana air kosong tak menghilangkan minyak pon, sebaliknya membiarkan begitu saja. Nak nak
bila orang memang jenis wajah berminyak dan tidur, lagi banyak minyak terhasil esok pagi. Oleh itu, cuci wajah dengan pembasuh muka.
2• Basuh make-up. Jangan biarkan make-up terletak lama di wajah. Juga wajib sebelum tidur, muka bebas bahan make up. Nak tidur sambil pakai alat make-up? Motif? Dapat jumpa prince charming ke?
3• Gunakan air biasa je. Jangan sejuk sangat. Jangan panas sangat. Ini MJ cerita mengenai penggunaan harian ye. Lain la kalau pergi spa ada facial wap bagai. #MamajuraFacialOnTheWheels
4• Kadang-kadang kan, guna la berus atau span lembut tau. Jangan la u ols berani beli yang kedai Korea ke China, berus nya kasar. Rosak kulit.
5• Lepas siap basuh muka, jangan tonyoh muka dengan towel. Dap dap je. Lap manja gitu.
So dah settle semua, jangan lupa oleskan pelembap, serum krim malam atau serum malam. Jangan dibiarkan kulit togel.
Selamat beramal u ols.

KENAPA ALLAH TIDAK MEMAKBULKAN DOA AKU?

Abu Hurayrah radhiyallahu’anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"مَا مِن رَجُلٍ يَدعُو الله بِدُعَاءِ إِلَّا استُجِيبُ لَهُ، فَإِمَّا أن يُعَجِّلَ لَهُ فِي الدُّنيَا، وَإِمَّا أن يُدَّخَرَ لَهُ في الآخيرَةِ، وَإمَّا أن يُكَفَّرَ عَنهُ مِن ذُنُوبِهِ بِقَدرِ مَا دَعَا مَا لَم يَدعُ بِإِثمٍ أو قَطِيعَةِ رَحِمٍ أو يَستَعجِل، قالوا: يا رسول الله وَكَيفَ يَستَعجِل؟، قال: يقولُ دَعَوتُ رَبِّي فَمَا استَجَابَ لِي" [رواه الترمذي من صحيح الباني].

Tidaklah seseorang yang berdoa kepada Allah SWT dengan satu doa, kecuali ia akan dijawab untuknya sama ada:

1. disegerakan (dijawab doa itu) untuknya di dunia, atau,

2. disimpankan untuknya di akhirat kelak, atau,

3. dihapuskan darinya dosa-dosanya mengikut kadar doanya dengan syarat selama mana dia tidak berdoa (1) perkara yang membawa dosa, atau (2) perkara yang memutuskan silatur rahim, atau (3) dia tidak tergesa-gesa.

Para sahabat pun bertanya: “wahai Rasulullah, bagaimana seseorang itu boleh tergesa-gesa (dalam berdoa)?” Nabi menjawab: “(apabila) dia mengatakan: aku telah berdoa kepada Tuhanku, tetapi Dia tidak menjawab doaku untukku” [Riwayat Termizi dari Sahih al-Albani].

Syaikh al-Mubarakfuri (w.1353H) menyatakan ijtihad beliau dalam menerangkan maksud tergesa-gesa dalam hadith di atas, bahawasanya tergesa-gesa di sini bermaksud sama ada kerana dia merasakan lewatnya doa itu dijawab atau dia melahirkan rasa putus-asa kerana doanya tidak dijawab. Lantaran itu, kedua-duanya amatlah dicela.

Kemudian beliau rahimahullah menyambung, yakni cara Allah menjawab doa hambaNya, antaranya:

1. mendapatkan seperti apa yang diminta pada waktu yang diinginkan, atau

2. mendapatkan pada waktu lain kerana sesuatu hikmah yang menyebabkan ianya dilewatkan, atau

3. menolak keburukan yang digantikan dari doa itu, atau pemberian kebaikan lain yang lebih baik dari apa yang diminta, atau

4. disimpankan ia untuk hari yang mana dia akan lebih memerlukan kepada ganjaran dari doa tersebut, atau

5. terhapusnya dosa-dosa mengikut kadar apa yang diminta




“Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan(kebajikan) sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya..” 
(al-Zalzalah : 7)