Kenali jenis kulit anda.

Kenali jenis kulit u ols. Ada berpuluh-puluh jenis kulit di dunia. Tapi yang biasa kita dengar kulit kering, kulit kering dan kulit berminyak.
Susah nak detect tau. Sebab satu muka pon boleh ada 3 jenis ini.
Pelik tapi benar.
•KULIT KERING•
Antara masalah terbesar pada kulit wajah. Masalah kulit kering kebanyakkan nya adalah dari keturunan, faktor persekitaran seperti kerjaya, makanan, masalah hormon dan cuaca.
•KULIT NORMAL•
Yang berkulit normal pula selalu masalah kulit kering di pipi. Sebab pipi pau kot 😜 gurau je. Sebab pipi lebih banyak terdedah kan. Bulat molek orang kata.
•KULIT BERMINYAK•
Kulit berminyak, dari pandangan mata kita boleh nampak kan. Bersinar dari jauh. Apatah lagi orang yang mengalaminya. Kulit berminyak tampak sihat tapi cepat berkedut.
•KULIT SENSITIF•
Masalah kulit sensitif sangat merunsingkan dan boleh membuatkan anda jadi down.
Malu dan tidak ada keyakinan diri.
Kulit merah, jerawat nanah..
So, dah boleh detect apa jenis kulit u ols?
Moga manfaat 😍

Cantik dari luar

Ada pula tanya cantik luar macam mana.
Kena beli baju mahal-mahal ke? Kena jadi putih ke?
Kena pakai baju ketat ke?
Kena pakai kasut 5inci ke?
Teruk nawww kan, tips ini lagi senang tau. Benda yang kita nampak.
• Jangan merokok (muka cepat tua)
• Guna pelembap (lambat penuaan)
• Guna SPF (tidak berjeragat)
• Jauhi gula (cepat tua sebab kolagen hilang)
• Bersenam (peluh keluar dari pori, muka glowing)
Lagi simple je kan.
Selamat beramal 😘😘

Cantik dari malam

Cantik dari dalam. Macam mana kita nak cuba?
• Sentiasa berfikiran positif.
• Senyum selalu.
• Bersyukur.
• Minum air banyak
• Hati kena baik.
• Yakin.
• Solat kena jaga.
Simple kan?
#DoozyBeauty 
Ingat kah anda Johnson and Johnson di saman USD 117million gara-gara produk yang dicemari asbestos.

Oleh itu, pemilihan produk kecantikan dan make-up ini perlu diteliti tau.

Kaji dulu mana datang hasil talc nya. Kebanyakkan talc di dapati di Pakistan dan Afghanistan. Kerana murah. Tapi murah tidak bererti selamat, kerana ia mungkin dicemari asbestos.

Padan lah produk make-up jenama antarabangsa mahal. Dan ada logiknya kandungan yang terdapat dalam kosmetik mereka berkualiti dan melepasi tahap pemeriksaan keselamatan dan tidak dicemari bahan asing.

Choose wisely

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik 

Pengalaman pahit produk penjagaan wajah

Pengalaman pahit menggunakan produk penjagaan wajah?
Mamajura tiada because im so fussy dalam pemilihan produk wajah.
Dahulunya sebelum ada Nutriwhite, Mamajura (2012 dan below) guna drugstore saja. Loreal, Safi je macam tu.
Zaman sekolah menengah pon tak ada guna produk sebarangan. Ye la, dulu tak ada sangat jutawan kosmetik ni. Kalau ada pon, tak kenal 😜
Tak pernah guna local produk sebab ntah la. Dah mindset local produk ni produk 1 kilang. Dengan masalah merkuri dan hydroquinon la.
Alaaaa, dulu pon tak belajar pon pasal produk-produk ni. Tak ada awareness sangat. Tapi bila dah tahu dan study, memang dah lebih berhati-hati.
Kulit ku tak banyak masalah. Jerawat pon tak ada. Malu nak keluar. Kalau ada, ku akan riuh sekampung. Close friends dan adik ku akan menjadi orang yang muntah bila dengar. Hahahahah.
Tapi masalah dark circle ketara, keturunan memah kuat masalah ini. So it runs in the blood bebeh!
Tapi bila tengok kawan-kawan yang ada masalah kulit, yang bertukar kulit menjadi licin macam patung, yang mendapat pigmentasi yang sangat teruk, yang kulit licin instant, rasa geram dan kasihan pon ada.
Yes, kita terpanggil nak beri lebih awareness! Thats my missions!

FAQ Youth 1

Apa yang istimewa sangat pasal #YouthSkinCare ni. Ye la, Mamajura tak habis-habis share. Nak juga tahu kan?
100% Vegan.
Yes, hanya sumber ekstrak tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.
Ada sesetengah produk ada bovine ekstrak, ada sheep placenta.
Tapi YOUTH tidak. YOUTH claim 100% vegan.

Penting ke guna produk yang ada SPF?


Tak penting kalau kita tinggal di dalam gua yang dan hanya mencari makan di dalam sungai juga berada di dalam gua.
Tapi bagi kita yang tinggal di alam nyata, Mamajura bercerita tentang Malaysia la ye. 
Ya, sangat teramat sungguh penting,
Sebab apa? Sebab Malaysia adalah negara yang ada matahari dan terletak di garisan khatulistiwa. Panas dan sejuk saja musim nya.
(Tak termasuk musim banjir dan musim durian) 😜
Orang Malaysia kalau panas, boleh jadi hangat lit lit. Itu kira panas betul la kan.
Oleh itu, peluang untuk mendapat sinaran matahari sangat besar.
Dan penting untuk memakai produk yang ada SPF ini.
Lebih elok yang tertulis “Broad Spectrum Sunscreen”
Itu nanti Mamajura kupas lagi ye.
Kenapa pentingnya pelindung dari matahari ni?
• Melambatkan proses penuaan kulit
• Melambatkan kemunculam jeragat
• Mengelakkan kulit gelap atau terbakar
• kes paling teruk adalah mengelakkan dari kanser kulit
Orang lelaki biasa ambil mudah perkara ini kan?
Ke ada juga kaum hawa sama tak kisah bab krim ni?
Nak mengaku ke tak?