Wanita jangan malas jaga muka tau.

Wanita jangan malas jaga muka tau. Suka orang kata umur 40 padahal baru 33.
Perangai matang takpe, jangan umur matang ðŸ˜‹
Simple tips for ma ladies out there.
• Minum air putih banyak-banyak. Bukan air manis tau.
• Supplemen yourself dengan Omega 3, Omega 6, Collagen, VitaminC, VitaminE dan VitaminA. This is a fact. Bukan sebab i ols jual vitamin je, tapi memang gini makanan untuk cantik ye.
• Tidur dengan baik dan cukup masa.
• Gunakan pelembap dan serum. Bukan seminggu sekali tau. Setiap hari okay. Lebih baik yang ada pelindung cahaya matahari. Tolong jangan malas sangat.
• Kalau dah ada krim pon malas, apa kata petik daun lidah buaya dan lumurkan pada wajah.
• Jikalau mahu menggunakan make-up, cari yang ada pelembap. Sekarang lipstick pon ada pelembap.
• Gunakan krim malam sebelum tidur (yang berunsur krim, bukan macam jenis temulawak tu. Itu mungkin ada merkuri)
• Sesekali boleh gunakan minyak argan pada wajah dan rambut.

Sejarah surah Dhuha.

Baru Mamajura tahu sejarah surah Dhuha.
Jari Nabi Muhammad SAW ditimpa sebuah batu. Jari baginda bengkak dan luka. Ianya sangat menyakitkan sehingga baginda tidak keluar rumah selama 3hari. Baginda juga demam.
Dan, Ummu Jamil, isteri Abu Lahab mengajak kaum musyrikin Quraisy mengejek baginda. Ejek berjemaah pula tu. Kalau zaman sekarang dah jadi makcik bawang.
Baginda sangat berduka dan sakit hati.
Dan Allah SWT menurunkan menurunkan surah Dhuha.
Lalu baginda senang hati dan gembira. Duka hati baginda pon lenyap. Kemudian baginda beetakbir dan bersyukur.
Sekian, Cerita pendek ku.

Berhati-hati sebelum terkena.

Sebelum makan atau guna sesuatu produk, kaji dulu.
Kalau produk takde tulis bahan atau ingredients JANGAN guna dan JANGAN pakai.
Produk yang elok pasti berani mengetengahkan bahan-bahan nya.

No negative!

Cikgu pesan, untuk menulis di media sosial, elakkan dari menulis ketika perasaan marah atau sedih. Untuk general, perasaan negatif.
So Mamajura dah lama praktikkan apa yang cikgu ajar. Bertahun sudah ku menulis dengan perasaan positif.
Elakkan mengutuk, memerli orang. Menghina agama dan berpolitik.
Begitu juga bila kita nak membaca. Baca semua benda dengan perasaan positif. Jangan dengan perasaan nak membawang. Kalau permulaan ayat orang itu dah terpalit unsur negatif, dan mencubit hati kita, scroll laju-laju. Jangan baca. Kesannya sentap sampai tua woooo.
Nama pon media SOSIAL, kadang-kala memang SO-SIAL. Pelbagai ragam penulisan. Pelbagai perasaan. Pelbagai emosi. Pelbagai masalah.
Kita tak boleh nak salahkan penulis, hak penulis. Ayat kasar nya “FB aku, suka hati aku la. Suka baca. Tak suka unfriend, block terus”
Ada je kawan Mamajura yang suka meroyan di FB. Tapi kita baca dengan nada yang kelakar. Sure royanan dia kita akan rasa kelakar. Dan kita komen benda yang kelakar. Dan tanpa sedar, kita pon dah pulihkan emosi penulis tadi.
Tapi berbalik kepada statement pertama Mamajura, ku tak menulis dengan emosi negatif. Rugi kalau menulis dengan perasan negatif. Hati tak tenang. Cari bala.
Ada juga cikgu pesan, walaupon tak happy tulis dengan perasaan happy. Nanti emosi baik sendiri.
I will keep on writing. Because i have my own missions.
Doing Shaklee as a business is not a part-time, its a LIFETIME business.
Good Morning!

Jeragat part 5

Sekiranya sudah terlambat, peta di wajah bertambah 😜 Jom sambung #kulitkeringkulitberminyak ni.
Bagi mereka yang berkemampuan, memilih rawatan laser untuk merawat pigmentasi tetapi ia tidak kekal lama, malahan ia menipiskan kulit muka.

Tetapi ada sesetengah produk wajah yang memberi kesan pada wajah tetapi mengambil masa juga. Namun, ia lebih selamat dan murah. Tetapi ingat, jangan pilih #produktimbangkilo 😜

Mamajura listkan beberapa rawatan alternatif yang boleh dibuat dirumah

• Lenyekkan isi buah avocado dan ambil jusnya. Sapu pada wajah. Amalkan setiap hari.

• Sapu cocoa butter pada jeragat dengan konsisten. Lakukan selang sehari tau.

• Campurkan jus limau kasturi dan madu, sapu pada wajah dan biarkan selama 15minit.

• Lenyek kentang mentah dan dapatkan airnya. Sapu pada kawasan berkenaan. Kentang itu juga boleh dijadikan masker.

Lepas guna semua bahan tersebut, jangan u ols makan pula tau 😜 itu Mamajura tak ajar.

#DoozyBeauty
#beYOUtiful
#mamaCOOL
#SaintisCantik

Jeragat part 4

Kesan pigmentasi.
Bagi Mamajura yang mengilhamkan #kulitkeringkulitberminyak ni, pigmentasi sangat stress!
Sesetengah daripada kita mungkin berpendapat bahawa pigmentasi bukanlah masalah yang serius tetapi sebaik sahaja melanin mula bertambah dan bercantum dengan sel kulit, keadaan akan menjadi teruk.
Pigmentasi akan bertambah teruk dan warna kulit berubah. Namun, pigmentasi boleh dirawat jika rawatan disegerakan bagi mengelak kesan lebih buruk.
Sambung pasal rawatan nak?

Jeragat part 3

Penyebab pigmentasi. Kita harus tahu penyeban sebelum mencegah kan. Sambung #kulitkeringkulitberminyak

Sinar ultraviolet (UV)
Sinar matahari merupakan penyebab utama terjadinya pigmentasi. Penggunaan sunblock sangatlah penting untuk melindungi kulit dari kesan buruk sinar UV
Hormon
Hormon juga merupakan salah satu penyebab timbulnya pigmentasi. Biasanya yang menjadi penyebab adalah hormon estrogen, progesteron, dan MSH. Pigmentasi ini biasanya terjadi pada ibu hamil, yaitu pada trismester ketiga, dan juga pada pemakai pil kontrasepsi.
Ubat
Ubat-ubatan juga berpengaruh pada kulit. Ya, ubat-ubatan akan menyebabkan timbulnya pigmentasi atau jeragat di kulit. Jika seseorang mengambil ubat-ubatan difenilhidantoin, mesantoin, klorpromazine, sitostatik, dan minosiklin maka jeragat akan muncul.
Genetik dan keturunan
Faktor genetik juga mempengaruhi kesihatan kulit. Jika keluarga anda memiliki pigmen jeragat, adalah normal jika pigmentasi terjadi pada anda. Menurut doktor kulit, timbulnya jeragat kerana faktor keluarga yang mempengaruhi sekitar 20-70 peratus. Selain itu faktor keturunan juga punca timbulnya jeragat atau pigmen. Biasanya ia dijumpai pada golongan hispanik dan golongan berkulit gelap.
• Produk Kosmetik
Beberapa jenis kosmetik juga dapat mempengaruhi terjadinya pigmentasi, terutama pada kulit wajah. Segala jenis kosmetik khususnya yang mengandung pewangi atau bahan-bahan tertentu dapat menyebabkan fotosensitiviti kulit.
• Pencemaran udara
Sangat penting bagi kita untuk menggunakan pelindung kulit ketika keluar rumah. Ini penting agar risiko pigmentasi akibat pencemaran udara tidak berlaku.Pencemaran udara juga menjadi penyebab terjadinya jeragat atau pigmen. Terbentuknya jeragat atau pigmen ini disebabkan sel kita menciptakan antioksidan dan membebaskan melanin berlebihan untuk membasmi kerosakan akibat bahan yang dapat menyebabkan terjadinya iritasi kulit.