Sinaran UV ada 3 jenis.


UVA
UVA (age skin cells) boleh merosakkan DNA. Sinaran ini boleh mengakibatkan masalah kerosakan kulit dalam jangka masa yang panjang contoh kedutan dan jeragat. Dan juga kanser kulit.
UVB lebih power dari UVA. Ia boleh merosakkan kulit secara terus dan menyebabkan kulit terbakar atau sunburn. Juga lebih teruk menyebabkan kanser kulit.
UVC yang paling power. Tapi sinaran ini tidak berada di dalam sinar matahari dan tidak berada di ruanh udara kita. Sumber dari cahaya lampu berkimia. UVC paling bahaya dan kebiasannya menyebabkan kanser.
Tapi bagi orang Shaklee, mesti paling suka UVC.
Kan! UV dan UVC 😋

Apakah radiasi UV? Atau UV Radiation?


Matahari adalah sumber utama sinaran UV. Akan tetapi lampu juga sumber UV.
Pendedahan lama dan tidak dilundungi oleh sinaran UV boleh memudaratkan kita.
Antaranya,
•kulit terbakar
•DNA kulit rosak
•kulit memjadi gelap akibat pigmentasi
•paling teruk adalah kanser kulit.

TAZKIRAH : INGATAN ALLAH UNTUK KITA



مَا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ وَمَا أَصَابَكَ مِنْ سَيِّئَةٍ فَمِنْ نَفْسِكَ وَأَرْسَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُولًا وَكَفَى بِاللَّهِ شَهِيدًا
 Ertinya: Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini) (al-Nisa'[4:79]).


Juga firman Allah:
وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ
Ertinya: Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu (al-Syura[42:30]).

Sabda Rasulullah SAW:
لَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ شَوْكَةٌ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً وَحَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً
Ertinya: Tidaklah ditimpa seorang yang beriman akan satu tusukan duri atau yang lebih rendah (atau lebih tinggi) dari itu, melainkan Allah akan mengangkat satu darjatnya dan menghapuskan darinya satu kejahatan (dosa) (Sahih Muslim, Sunan al-Tirmidhi dan Musnad Ahmad).

MUSIBAH SEBAGAI UJIAN DAN TANDA KETINGGIAN IMAN SERTA TAQWA
Rasulullah SAW pernah ditanya:
من أشد الناس بلاء ؟ قال : « النبيون ، ثم الأمثل فالأمثل يبتلى الرجل على حسب دينه ، إن كان صلب الدين اشتد بلاؤه
Ertinya: Siapakah orang yang paling teruk diuji? Baginda menjawab: Para nabi, kemudian orang yang selepasnya, kemudian orang yang seperti mereka. Seseorang itu diuji berdasarkan agamanya, sekiranya pegangan agamanya teguh maka ujiannya bertambah kuat (Musnad Ahmad, Mustadrak al-Hakim)

 KESIMPULANNYA:

Sekiranya anda ditimpa musibah, bersyukurlah kepada Allah kerana ia mungkin menjadi penghapus dosa yang tidak mampu anda tanggung di akhirat atau menjadi sebab darjat iman anda diangkat. Boleh jadi anda sebenarnya sedang ditegur Allah kerana dosa tersebut. Teguran sebenarnya baik untuk membaiki kelemahan serta kekurangan diri. Bahkan pada satu sudut, musibah itu juga menunjukkan KECAKNAAN DAN INGATAN ALLAH YANG ISTIMEWA kepada anda. Oleh itu, sekiranya anda ditimpa musibah lakukan 2 langkah ini sebagai terapi hati:
1)      Ucaplah lafaz Istirja’ dan doa ini:
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (155)
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (156)
 Ertinya: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (al-Baqarah[2:155-156]). 

Doa yang diajar Rasulullah SAW kepada Ummu Salamah bagi orang yang ditimpa musibah:
{ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ }اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَخْلُفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
Ertinya: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Ya Allah! Berikan ganjaran pada musibah yang menimpaku dan gantilah ia dengan sesuatu yang lebih baik lagi (Sahih Muslim)
2)   Ucaplah Pujian kepada Allah kerana musibah menunjukkan keCAKNAan Allah kepada anda serta diskaun dosa yang tak mungkin mampu ditanggung di akhirat. Contohilah Rasulullah SAW yang tetap memuji Allah walaupun selepas melihat sesuatu yang tidak disukainya:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
Ertinya: Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW apabila melihat sesuatu yang disukainya akan mengucapkan “Segala Puji bagi Allah yang dengan ni’matnya sempurnalah segala perkara yang baik,” dan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak disukainya mengucapkan “Segala Puji bagi Allah di atas semua perkara/keadaan (Sunan Ibn Majah).





Sinaran UV.

Mamajura bagi u ols gambaran.
SPF 15 blocks 93% of UV rays
SPF 30 blocks 97% of UV rays
SPF 50 blocks 98% of UV rays
Dan gambaran lebih mendalam adalah macam ni,
SPF 15 (93% perlindungan) membolehkan 7 daripada 100 photons menembusi kulit.
SPF 30 (97% perlindungan) membolehkan 3 daripada 100 photons menembusi kulit.
SPF 50 (98% perlindungan) membolehkan 2 daripada 100 photons menembusi kulit.

March 2018 baby


TAZKIRAH : MENGHARAPKAN SESUATU YANG MERUGIKAN


Mari muhasabah bersama. Mungkin ada antara kita umat Islam saat ini. Mereka memang gemar melakukan puasa sunat (Isnin-Khamis dan lainnya), namun semata-mata hanya untuk menguruskan badan sebagaimana saranan dari beberapa rakannya. Ada juga yang gemar sekali bersedekah, namun dengan tujuan untuk melancarkan rezeki dan kerjaya hidupnya. Begitu pula ada yang rajin bangun di tengah malam untuk bertahajud, namun tujuannya hanyalah ingin menguatkan badan. Semua yang dilakukan memang suatu amalan yang baik. Tetapi niat di dalam hati senyatanya tidak ikhlas kerana Allah, namun hanya ingin mendapatkan tujuan-tujuan duniawi semata. Kalau memang demikian, mereka boleh termasuk orang-orang yang tercela sebagaimana disebutkan dalam ayat berikut.
Allah Ta’ala berfirman,
مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ (15) أُولَئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الْآَخِرَةِ إِلَّا النَّارُ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (16)
Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah Hud: 15-16)
Ibnu ‘Abbas –radhiyallahu ‘anhu- menafsirkan surat ini dengan mengatakan, “Sesungguhnya orang yang riya’, mereka hanya ingin memperoleh balasan kebaikan yang telah mereka lakukan, namun mereka minta segera dibalas di dunia.”
Ibnu ‘Abbas juga mengatakan, “Barangsiapa yang melakukan amalan puasa, solat atau solat malam namun hanya ingin mengharapkan dunia, maka balasan dari Allah: “Allah akan memberikan baginya dunia yang dia cari-cari. Namun amalannya akan sia-sia (lenyap) di akhirat nanti kerana mereka hanya ingin mencari dunia. Di akhirat, mereka juga akan termasuk orang-orang yang merugi”.










Apa itu SPF Suncreen?


Sun Protection Factor Sunscreen.
SPF adalah ukuran tahap berapa lama kulit kita akan dilindungi dari sinaran UV.
Sinaran UV boleh menyebabkan sunburn, kerosakan kulit dan kanser kulit.